Thursday, December 29, 2005

Aku ok ke?

Ramai yang bertanya. "Ko ok ke Has laki ko keje kat Penang, ko kat sini?"

Aku OK. Takde masalah. Err.. masalah kecik-kecik tu ade laaaaa. Jadi, kenapa saya bagi laki saya keje kat Penang?

1. Rasanya dari sejak dia mula kerja sampai la dah dua tiga kali tukar kerja, nama M***lola la yang jadi idaman dan igauan. Berpuluh-puluh kali apply. Jadi bila dah dapat ni terasa tak sampai hati nak halang. takut kempunan.

2. Dulu Penang ngan KL ni memang la jauh. Sekarang ni dekat aje. Ada highway, ada kapalterbang tambang rendah, ada internet n ada Celcom 3G (muahahahaha.. free Ad.) So tak terasa sangat. Walaupon abang berkerja seberang laut (kat pulau kira seberang laut la kan) tapi hujung minggu dia balik.

3. Kami saje-saje nak test power duduk jauh-jauh. Best jugak rindu-rinduan. Sekali-sekale berjauhan. Contoh masa abang kena pergi training seminggu di Singapore dulu. perasaan rindu-rinduan tu memang indah dan menusuk jiwa. Yang paling best sekali bila abang sendiri mengaku yang dia sengsare berjauhan dengan isterinya yang disayangi (hins! hins!) Heh! baru dia tau isteri die lebih penting dari gaji riban-riban. Hehehehehe.

4. Aku nak belajar berdikari balik. Setelah setahun lebih belaki ni aku jadi lemau. Manjeeeeeeeeee sesangat. Baju tak reti nak basuh sendiri. Sapu sampah jarang-jarang sekali. Berkemas rumah apetah lagi. Hahahahaha!! semua laki buat. perghh!! bunyi cam pemalas giler eeek? Jadi aku kena adjust balik kepale aku supaya pandai balik buat semua benda-benda tu.

Cukupla kot 4 alasan. Malas lah nak justify. Selagi aku rasa ok. ok la kots. Sedih? Memang laa terasa sikit sunyi + sayu bila rindu datang mengetuk pintu. Rasa macam tatau nak buat apa bila rindu tu datang. Bila dekat-dekat hujung minggu sengih pon makin panjang muncung makin kurang. Hehehehe..

So pendek kate aku gumbira sebab dah dekat hujung minggu... yeehaaaaa

Wednesday, December 21, 2005

Kelam Kelibut

Arghhh.. banyaknye benda nak kene kemas ni.. grr grr.

jadi sarang tikus..

Tuesday, December 20, 2005

Me and my life

Alhamdulillah.

Hari ni hari kedua dalam minggu kedua abang dan aku terpisah jauh disebabkan kerjaya. Abang di Penang. Dan aku di sini. Di bandar bijak bistari. Hehehe

Perit. Rindu. Sebak. Syahdu. Semua perasaan pon datang. Perempuan mengandung memang begitu. Jauh dari sang suami pulak tu. Malam-malam tak lena tidur dibuatnya. Dahla ada sorang budak kecik yang baru nak berjalan dibawah jagaan. Perit-perit.

Tuhan, tabahkan hatiku.

Tuesday, November 29, 2005

KEDEKUTNYERRRR

bukan rete die pon..
rete kampeni..
tapi tak bagi orang nak bawak..
kene beli pc baru lagi..
benci OU tue tuuuuuuu...

Thursday, November 24, 2005

Lemau

Macam biasa.. angin lemau melanda..

Aku malas nak buat kerja yang melambak ni

Monday, October 31, 2005

Dah nak raya..

Lama tak berupdate.. Malas.. Tak tau nak cerita apa. Bulan-bulan yang mengundang seribu satu cabaran buat diri. Almaklumlah, Ramadhan.

Tapi sekarang Ramadhan dah sampai ke hujung. Sekejap sangat aku rasa. Kalau dulu masa kanak-kanak, lamanya nak menghabiskan Ramadhan. Letih rasanya. Nak-nak bila dihujung Ramadhan ni.

Wednesday, September 14, 2005

Banyaknya kerja nak buat.. pendeknya masa..

Aduihhh!! Minggu lepas dan minggu ni aku memang penat. Mental dan fizikal. Macam-macam aktiviti.

3 hb pegi ke Melaka. Saja pergi join annual dinner alumni sekolah. Jumpa senior-senior lama. Aku ingat nak mintak autograf bro eddie putera tapi malu la pulak. Isk. Seronok dapat tengok senior-senior bersembang sakan. Batch aku, aku sorang aje yang pergi. Dah jenuh dikompang tapi takde sape pon yang nak menyahut.

4 hb dari Melaka terus ke Terengganu. Singgah di Pulapol Ayer Hitam N. Sembilan menziarah adik ipar. Sembang punya sembang, 2 jam lebih jugak kami disana. Disebabkan balik kali ni bawak si kecik, banyak kali berhenti rehat dan bancuh susu. Pukul 11 malam baru sampai ke rumah Tok. Memang penat. Tidur langsung tak ingat dunia. Si kecik melalak mintak susu pon dalam sedar tak sedar je bangun bancuh susu. Duduk di kampung kerjanya melepak-lepak sambil menziarah sedare mare abang. Ramai yang nak tengok si kecik tu.

7hb balik semula ke KL. Singgah di Rantau Petronas jumpa ex-housemate. Rindunya. Hubby tanye, "Puas hati?" Aku jawap, "Jadi-jadilaaa.. kalau ikut hati sampai subuh esok pon belum tentu puasnya."

8hb aku lembik. Demam, MC satu hari. Si kecik pulak meragam. Salah sikit menangis. Asyik nak berkepit aje. Serba serbi tak kena. 9hb aku kerja. Kelam kabut jugak di pejabat nak sudahkan kerja. Si kecik makin kuat meragamnya. Malam Sabtu si kecik buat perangai. Selang 2 jam bangun menangis. Bagi susu pon sikit aje yang diminum. Selebihnya merengek nak berkepit.

10hb si kecik dah panas satu badan. Tapi masih gembira-gembira nak main-main. Bawa ke klinik untuk check-up ibu dan anak sekali. Si kecik demam. Doktor bagi ubat demam dan anti biotik. Yang peliknya sampai Ahad tak jugak elok demamnya. Subuh-subuh Isnin, hubby ajak ke HKL. Senang katanya sebab rekod semua ada di HKL. Sanggup dia meredah jam dan menunggu. Jumpa Doktor disuruh ambil darah. Si kecik mengamuk bila nurse cucuk-cucuk dia. Bila di periksa doktor kata ada virus. Buang aje antibiotik. Bagi makan ubat demam dan biarkan badan dia lawan penyakit.

Tok di kampung dah kerisauan. Adik aku dikerah untuk drive melawat cucu. Seronok juga hati aku sebab dapat jumpa mak. Bila dah jumpa dan tengok sendiri keadaan cucu, baru lega. Petang tu jugak mak balik ke kampung semula.

Semalam baru keluar bintik-bintik merah. Aiseh! Kena campak rupanya anak ibu. Nothing much that I could do. Alhamdulillah demamnya dah reda. Tapi memang anak ibu ni rock dan selamba. Dia kurang merengek. Siap boleh main-main. Sembang-sembang lagi. Hari ni aku kena pergi kerja sebab banyak sangat kerja yang menanti. Aku memang tak de hati nak kerja. Tapi cari makan.

Haziq Haikal, cepatlah sembuh sayang.

Friday, September 02, 2005

Terima kasih daun keladi

Entry ini untuk kekanda kesayangan hati..

Semalam sambil kami makan malam aku meluahkan segala rasa kusut dalam kepala. Aku menangis lagi. Aku kata aku perlukan bantuan. Dia tanya banyak soalan pada aku. Aku pon tanya banyak soalan pada dia. Agaknya sekarang baru dia faham kenapa aku selalu mengamuk tak tentu hala. Bila kami selesai makan, aku rasa lega. Kusut dalam kepala dah makin ringan. Aku tau dia akan cuba untuk membantu aku.

Lepas menonton CSI, aku terlelap depan TV. Aku rasa letih sangat. Dia kejutkan aku untuk masuk tidur. Aku rasa panas jadi aku mandi sebelum aku tidur. Anak pon dia dah tidurkan. Bila aku keluar bilik air, dia tengah sibuk-sibuk dibawah. Aku pon bersiap-siap nak tidur. Dia naik dengan secawan milo panas. Dia suruh aku tidur dulu sebab air panas sangat. Dia kejutkan aku suruh minum air yang dah sejuk. Aku tengok dia tengah sibuk kemas-kemas rumah dan kutip baju-baju untuk dibasuh. Mata aku berat sangat. Habis secawan air aku terus tidur.

Aku terjaga jam 5.30 pagi. Itu pon sebab Haziq Haikal dah menangis mintak susu. Lenanya aku tidur. Pertama kali aku tidur dengan lena. Perlahan-lahan aku alihkan tangannya supaya dia tak terjaga. Aku bangun nak bancuhkan susu. Haziq Haikal dah makin kuat tangisnya. Tiba-tiba tangisan Haziq Haikal reda. Rupa-rupanya dia bangun juga nak pujuk anak. Kami sama-sama terlelap kembali.

Pagi ni aku rasa aku lebih tenang. Harapnya mood swing aku tak kembali. Terima kasih untuk sang suami.

Thursday, September 01, 2005

Postnatal Depression

Malam tadi aku menangis lagi. Macam dua tiga malam lepas dan malam-malam sebelumnya di bulan-bulan lepas. Aku jadi marah, kecewa dan terasa aku seorang ibu yang tak berguna. Tapi bezanya malam tadi, aku sedar yang aku memerlukan pertolongan. Aku tak mahu menderita dalam diam.

Aku kurang tidur, kalau tidur pon selalunya kerap terjaga.
Masa abang takde dirumah minggu lepas, aku langsung tak boleh tidur. Kesannya, minggu ni aku demam selsema yang on-off.
Aku kurang selera makan. Mula-mula dulu aku ingat sebab 'morning sickness'. Kalau sebab alahan sepatutnya dah makin kurang sebab aku dah hampir 4 bulan. Aku jadi tak suka makan.
Aku mudah menangis. Tidak kira atas sebab apa. Kadang-kadang tanpa sebab. (Aku terasa macam nak menangis sekarang ni).
Aku banyak berfikir "What if?". Kemudian aku jadi risau + takut yang aku tak boleh kawal sehingga aku menangis.
Kadang-kadang aku jadi benci dengan anak dan abang. Aku nak lari jauh-jauh dari diorang. Tapi bila aku sorang-sorang kat office aku selalu risaukan diorang.
Aku cepat nak marah. Semua benda menyebabkan aku jadi kecewa dan nak marah. Aku benci banyak benda sampai sekecik-kecik perkara pon boleh menyebabkan aku nak jadi meradang. Tapi selalunya aku simpan. Belum tahap nak mengamuk lagi.
Aku selalu terjaga tengah malam dan berdebar-debar. Aku rasa itulah malam terakhir aku di muka bumi ini sebagai manusia. Aku rasa aku akan mati pada saat itu.
Aku risau macam-macam perkara. Aku takut aku tak dapat jadi ibu yang baik pada anak aku. Aku rasa aku tak buat secukupnya untuk keluarga aku.
Aku pernah terfikir untuk tidak meneruskan kandungan sekarang. Semua fikiran negatif penuh dalam kepala aku sekarang. Aku takut anak kedua ni akan sama macam abangnya. Aku betul-betul tak sanggup lagi nak menghadapi saat-saat keseorangan di hospital dulu.

Dua tiga hari lepas aku baca balik jurnal masa aku di hospital dulu. Aku banyak mengalami post natal blues. mungkin sebab anak aku lahir tak cukup bulan. Tapi bila aku fikir balik. All those 'blues' never go away. Masih melekat. Masih mengganggu fikiran aku. Kemudian aku terfikir, "Ya Allah, mungkinkah aku mengidap post natal depression?"

I really-really need help. Aku dah google. Aku dah jumpa banyak website. Aku tengah baca. Mungkin boleh membantu.
http://pkmains.mmu.edu.my/artikel/tekanan_wanita_selepas_bersalin.html
http://www.pni.org.uk/index.htm

Peliklah, sekarang aku dah rasa agak lega. AGaknya dengan meluahkan rasa di sini aku jadi sedikit tenang.

Friday, August 26, 2005

Sunyinya pejabat

Hari ni ramai yang bercuti. Cuti sekolah. Ditambah-tambah lagi dengan yang nak pergi seminar N**ia di Bukit Tinggi tengah hari ni. Hanya ada aku dan sorang lagi member di pejabat ni. Yang lain mana entah menghilangnya. Boss takde, kerja pon kurang jadi aku nak taip cerita panjang-panjang hari ni.

Hari ni hari ke-3 abang di Jeram Besu. Uh uh! Aku rindu.. oooooh aku rindu.. katakan padanya aku rinduuuuu.. laa laa laaa.. semalam memang kronik. aku rasa organ dalaman aku boleh 'koleps' nak menahan kerinduan yang menggunung. Tapi bila aku bangun pagi ni, aku rasa tenang. Mungkin sebab aku bangun lebih awal dari biasa. Mungkin juga sebab organ dalaman aku dah berjaya menahan gunung rindu tu. Hari pertama je yang seksa agaknya. Maklum la jarang berenggang semenjak menikah setahun lalu. Aku rasa bertuah juga sebab jarang-jarang dapat rasa rindu yang sebegini kronik. Dulu-dulu masa bercinta, perghhh!! bagai nak rak rindu-rinduan. Habis guling satu katil sampai tergolek jatuh bersembang di telefon berjam-jam pon tak hilang jugak kerinduan. Bila dah kawen, perasaan kronik tu dah hilang. Ni baru nak rasa balik.

Abang tentu tengah menikmati keindahan alam hutan rimba bertemankan nyanyian unggas-unggas hutan. Aku dengki. Aku nak jugak gi camping. Dulu masa aku belajar, boleh kata tiap-tiap tahun aku akan join aktiviti yang melibatkan hutan ni. Walaupon aku tak se'extreme' bebudak OutRect Club (sorang member aku ni rajin sangat panjat gunung, masuk hutan, redah sungai sampai aku gelarkan dia Orang Utan. Kalau tak masuk hutan dalam dua tiga bulan, tapak kaki dia boleh kebas-kebas.. agaknyalaa). Kalau ikutkan aku ni jenis yang lemau. Cuma pandai berlakon tough jek. heh!

Aku nak cerita pengalaman aku bercamping. Cerita ini mengandungi unsur-unsur riak dan bangga diri yang tidak keterlaluan.

Masa aku sekolah rendah, cikgu pengakap sekolah aku yang suruh aku join pengakap. Sebabnya, masa aku darjah 4 aku ngan bebudak kelas aku dengan sukarela buat dikir barat masa Hari Guru. Macam hadiah surprise masa perhimpunan sekolah. Satu sekolah terkejut tengok aku nyanyi gelek-gelek sakan. Cikgu tu suruh join pengakap semata-mata nak menang malam persembahan. Dan disebabkan aku memang comel + pandai belakon + pandai nyanyi maka memang sekolah aku menang besar pada Malam persembahan Jambori Pengakap Daerah. Itulah kali pertama aku pegi camping. Walaupon kat padang sekolah je. Lepas tu jangan cerita, asal ada Jambori je aku akan join. Sampai mak ngan ayah aku risau sebab anak dia yang sweet sweet brown ni dah jadi well done. Pendek kata sekolah satu Daerah S**ak B*r**m tu dah jenuh aku redah. Oh ye. Lagi satu kenapa cikgu suka suruh aku ikut camping ialah sebab aku dah pandai masak. Orang kampung beb! Pertandingan masak tu dalam tangan sekolah aku jek. Aku ingat menu kemenangan sekolah aku masa aku darjah 5. Ikan kembung masak sambal dengan sayur labu masak lemak. Ada sambal belacan lagi ngan ulam kacang botol yang kitorang pau dari rumah makcik sebelah camping site lagi. Kitorang mintak bukan curi.

Masa aku sekolah menengah aku tak join Pengakap. Aku join Puteri Islam. Kawan aku yang ajak sebab dia kate aku kekurangan sifat kewanitaan. Lagipon aku malas nak beli uniform Pengakap baru. Masa aku Form 4 berlaku rombakan. Puteri Islam ramai sangat ahli, jadi aku dengan penuh perasan suara aku sedap aku join persatuan Choir. Masa aku form 4 memang aku sekali lagi tak lekat kat sekolah. Banyak aktiviti aku join. Tapi semuanya pertandingan kuiz. Satu-satunya acara camping yang persatuan aku join masa sekolah aku buat Jambori besar-besaran untuk semua pasukan unit beruniform di sekolah. Team kitorang punya uniform: kemeja putih, kain merah menyala ngan scarf merah menyala ikat kat kolar macam tie. Bebudak Pengakap, PKBM n lain-lain gelak-gelak kat kitorang. Apa ingat kitorang cheerleaders ke apa? Ingat pompuan takleh lawan diorang ke? Yang bestnya team kitorang tu semua budak pompuan satu batch. Hehehe.. memang geng!

Team kitorang menang pertandingan kebersihan khemah. Pertandingan masak tu tak payah cerita laaa. Memang dlm tangan. Aku sebagai quater master yang terer memasak mane boleh kalah. Cikgu bagi macam-macam bahan mentah. Lauk utama ayam. Tergolek sekor-sekor. Pandai-pandai korang laa nak kerat macam mane. Kitorang punye menu, kari ayam n ayam goreng special. Sayur aku dah lupa. Tapi kawan-kawan aku memang hebat-hebat. Sorang pegi kerat-kerat daun pisang kat belakang khemah jadi hiasan. Sudip nasi kawan aku buat dari buluh yang dikerat n raut bagus-bagus. Kitorang sapu bersih semua kategori. Hiasan dan rasa. Cikgu team kitorang kate team lain semua hidang ayam goreng. Kitorang je ade gulai. Ramai jugak cikgu-cikgu pakat tumpang gulai ayam kitorang. Sorang cikgu siap mintak resipi kat aku. Kembang kempis hidung aku.

Selebihnya aku join kem motivasi. Pengalaman yang paling bess masa aku ikut Program Tunas Samudera. Aku belayar naik kapal layar KLD Tunas Samudera dari Lumut ke Langkawi. Memang tak boleh dilupakan. Terima kasih Cikgu Nordin sebab pilih saya. Jasamu ku kenang. Dia mengajar subjek Pen. Seni yang memang aku keras (selalu cukup-cukup makan.. takde bakat). Aku belayar selama 10 hari. Cerita belayar ni di entry yg lain. Tapi yang pentingnya masa aku balik sekolah selepas pelayaran, kawan-kawan aku selalu buat lawak. Sebab aku bukan takat well done tapi dah masuk kategori hangus! Seronoknya masa Form 4 dulu.

Habis SPM, masuk universiti aku ingat aku tak nak lagi aktif. Nak tumpukan perhatian pada study aje. Berangan! Semuanya bermula dengan ajakan kawan. Aku join Peers Group. Lepas tu aku join Silat Cekak Ust. Hanafi. The best years of my life. Aku dapat berjalan rata. Tetiap tahun aku pergi camping n team building. Camping kat kaki Gunung Ledang untuk Per. Silat masa aku first year paling mencabar. Habis lebam-lebam satu badan jatuh-jatuh langgar batu. Aku rasa paling lawak sekali masa night walking. Kena jalan sorang-sorang dalam gelap dalam hutan balik ke camp site. Masa beramai-ramai tengah bace doa aku boleh terlelap. Sedar-sedar nama kena panggil suruh aku jalan balik ke camp site. Aku ingat diorang follow. Tapi rupenye kena jalan sorang-sorang. Takutnya macam nak lari balik rumah masa tu jugak. Fasi memang sengaje nak sergah-sergah. Nasib la, aku tengah mamai so aku bo layan jek. Kawan aku sorang ni memang kelas! Die pergi bersilat dengan fasi yang sememangnya jurulatih kitorang. Terperanjat. Esoknya semua pakat gelak gelak bile fasi cerita. Habis buah silat ape ntah yg die keluarkan.

Walaupon aku suka aktiviti luar, aku paling tak suke PACAT. Aku geli sesangat. Masa ikut program Orienteering (err.. bace map n kompas tuh) kat Sungai Congkak, group kitorang tersesat sebab mamat yang pegang kompas tu tak cerita tangan die ada titanium. Tersesat sampai kubang babi. Aiseh.. pacat jangan cerite. Kenduri besar. Aku sebab takut sangat, penuhkan kocek aku dengan garam. Aku dah secure segale lubang-lubang seketat-ketat yang mungkin. Tapi pacat tuh sikit punya pandai. Dia usaha jugak panjat seluar aku sampai ke perut. Aku punya jeritan satu Sg. Congkak boleh dengar agaknya. Kawan aku yang kena gigit sampai dekat 10 ekor rileks jek. Aku kena sekor je menjerit macam nak mati.

Satu perkara aku belajar dari pengalaman-pengalaman ni. You yourself is the limit. Kadang-kadang aku rasa macam nak putus asa bila kena cabaran yang aku rasa susah. Tapi bila kita kuatkan semangat,percaya dengan diri kita, memang kita boleh melakukan apa saja. Pendek kata nothing is impossible. Semuanya dalam kepala. Orang tua-tua kata, "Hendak seribu daya. Tak hendak seribu dalih".

Cuma kalau dengan pacat, memang aku tak boleh. Geli sampai ke tulang sumsum. eeeuuwwww.. fikir pasal pacat pon anak rambut dah tegak.

Thursday, August 25, 2005

Lamanya tak update

Selamat cuti sekolah. Memandangkan anak baru umur 7 bulan, jadi aku tak boleh nak mengada-ngada mintak cuti. kena bagi peluang pada boss yang ada anak sekolah.Takpe. lepas cuti sekolah aku bercuti panjang. Yahooooo dot com!!

Semalam abang pegi team building di Jeram Besu. Tinggal lah daku anak beranak di rumah. Nasib baik ade adik-adik yang duduk sekali dengan aku. Kalau tak mau mati kutu aku dibuatnya. Aku pergi balik kerja masih macam mem besar. Berhantar dan berambik. Hehehe. Ape nak buat. Ini puteri pucuk kelompang sedang berbadan dua. Sang putera tak membenarkan puterinya ini menaiki kude-kude awam. Takut pitam ditengah jalan. Lemau seh!!

Ini kali pertama aku ditinggalkan abang disebabkan kerja. Selalunya aku yang tinggalkan abang bila aku balik kampung sorang-sorang. Huu huu huu.. Sedih woo.. Macam nak nangis dibuatnya. Aiseh! Macam mane dah boleh tak reti tidur sorang-sorang ni. Aku ingatkan bila abang takde aku boleh bergembire tidur dengan lena tanpa gangguan. rupanya payah pulak mata nak lelap. Abang tinggalkan baju kepam dia. konon-konon buat bekal jangan bagi anak demam rindu. Heh! Mak dia yang kepit. Baru boleh lena. Cepatla balik abang!!

Sebut pasal demam. Aku kagum dan bersyukur pada Tuhan. Si kecik tu dah pandai bergolek-golek dan mulut pon dah macam bertih goreng. Memang seronok main. Sekarang ni tengah angkat-angkat punggung tinggi-tinggi. Yang menjadi kepelikkan dan kekaguman aku ialah dia langsung tak demam. Alhamdulillah, kurang laa sikit risau aku. Tapi tertanya-tanya jugak. Anak kawan-kawan aku semuanya asyik demam-demam. Si kecik tu jangan kate demam, kalau batuk pon batuk gatal. Hari Ahad n Isnin lepas aku kena demam selsema. Tapi dia boleh lepak jek. Memang la aku kurangkan bersentuhan dengan dia, tapi aik? takkan satu bersin pon tak kena? Walau bagaimanapun, aku bersyukur. Pelik pon pelik lah. Agaknya budak tak cukup bulan ni memang macam tu ke?

Ok.. time to go back!! Miss my son n hubby so much.

Friday, August 05, 2005

Rasa best dan rasa lemau

Aku tak tau bestnya jadi ibu. Sejak enam bulan yang lalu aku dah rasa macam-macam perasaan semenjak bergelar ibu. Ada gembira, ada sabar, ada geram tapi yang paling banyak penat.

Walau pon aku penat, tapi aku rasa sangat-sangat berbaloi. Hanya aku yang rasa macam mana bestnya perasaan bila tengok muka anak yang disayangi senyum pada kita masa kita baru sampai ke rumah. Hanya aku yang rasa betapa bestnya anak minta peluk sebelum tidur. Bestnya bestnya. Aku rasa segala isi dalam dunia tak boleh nak dibandingkan dengan perasaan gembira aku bila dapat mengadap muka anak. Aku cukup kagum dengan bayi yang sekecil itu pandai menyayangi insan bergelar ibu dan abahnya.

Malam tadi Haziq Haikal menangis bila aku membelakangkan dia. Nak tidur sambil orang mengadap dia. Padahal ibu dia tak tengok pon dia tidur. Ibu dah lama lena agaknya baru dia tidur. Pagi ni Haziq Haikal kejutkan ibunya. Dia pegang muka ibu sambil tegur. Aaaahhhh.. bestnya.

Aku akan rasa best berganda tahun depan. Hehehe.. Tapi sementara nak best tuh aku kena tahan segala rasa lemau yang bertandang. Tadi ak udah terlelap kat meja. Dengan sekelip mata aku dah terlentok ke meja. Tertidur. Lemau! Aku cuma berharap kandungan ini dapat bertahan sampai ke akhirnya. Kalau boleh jangan la macam Haziq Haikal yang tak sabar-sabar nak keluar.

Aku rasa dunia aku sebenarnya best. tapi kenapa aku rasa lemau.

Thursday, August 04, 2005

Entry lama-lama

Aku baca balik blog lama aku. Lainnya gaya penulisan. Mungkin cara pemikiran dah berbeza.

Ayat aku dulu pendek-pendek tapi pedas pedas belaka. Penuh dengan unsur-unsur bengong. Hahahaha!. Penuh perasaan gitu.

Aku nak kembali macam dulu.

Hmmm...

Semenjak dua menjak ni orang di sekeliling aku asyik bercerita pasal poligami. Kes paling haru ialah isteri simbah cuka getah di muka dan dada suami gara-gara suami nak kahwin lagi. Itu pon sang suami masih nak teruskan niat menikah lagi satu. Si suami tu patut bersyukur kerana isteri masih sayangkan dia. Cuba bayangkan kalau si isteri dah menyampah dan benci tahap dewa. Kalau aku (aku bilang KALAU) bukanlah dada dan muka jadi sasaran. Aku curah pada 'anu'nya biar kecut. Baru puas hati beb! Kata orang alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Masuk penjara pon puas hati beb! (Itu KALAU)

Tak! Aku bukan anti poligami. Hukum Tuham mana boleh lawan. Cuma perlaksanaan tu yang selalu jadi pertikaian. Macam MB Kelantan bagi nasihat. Nak poligami kenalah jantan dan pandai pujuk isteri. Ni dah la tak pandai pujuk, dengan dayusnya mentangankan pulak isteri.

Dalam Yahoogroup alumni pon sibuk cerita benda yang sama. Sorang senior perempuan pernah tanya kawan sekerja dia kenapa lelaki nak kahwin lagi satu. Ustaz tu jawab, macam kita minum air teh hari-hari. sekali sekala teringin juga nak minum air lain. Ceewah!! Senior aku bagi balik. Teh pon kita boleh pelbagaikan apa. Hari ni minum teh halia, esok teh O, luse teh tarik, tulat teh ais limau dan macam-macam cara lagi. Pendek kata berbalik kepada individu tu sendiri.

Orang tua-tua kata, jangan bercakap besar takut kena atas kepala kita sendiri. Jadi bukan aku nak 'kondem' sesiapa yang berpoligami. Cuma pada aku, kalau nak ikut sunnah Nabi, jangan main ikut sekerat-sekerat. "Ikut sunnah nabi poligami ni". Ceeewaaah!! Ambik sekerat je. Segala terma dan syarat poligami yang Nabi amalkan tak nak pulak diikut.

Orang yang paling rapat dengan aku pon hampir dimadukan. Nak kahwin di Siam lagi. Nasib ahli keluarga sempat menghalang. Pada aku lelaki tu memang tak boleh pakai punya jenis. Sampai sekarang sikit pon aku tak percaya kat lelaki tu. Satu auns pon tak sampai.

Ye! Ye! Belum kena atas batang hidung boleh laa bercakap. Bukan! Aku ulang bukan niat nak kata kat sesapa. Cuma aku rasa macam nak luku je kepala lelaki yang kena simbah asid dek bini dia tu. Kalau laa ada sikit rasa tanggungjawab, kebijaksanaan dan kesabaran, banyak jiwa yang tak menderita.

Erghhh.. Aku rasa loya.

Wednesday, August 03, 2005

Cerita mabuk

Aduiih.. Tak tahan lagiiiiii..

Pening aku macam air laut. Ada pasang surut. Selera makan pon sama. Kadang-kadang ada, kadang-kadang takde. Paling best bila ada, lepas tu keluarkan balik. Errggh..

Lagi lemah badan dibuatnya. Minggu lepas aku dapat MC 2 hari. Badan dah nak kering. BP dah rendah sangat. Patutla aku rasa lantai rumah macam berlubang-lubang dan tak rata. Bukan salah lantai tapi salah kepala aku. Darah kurang sampai ke kepala.

Pagi tadi aku lapar sangat, jadi aku beli nasi lemak. Sambil baca surat khabar aku makan. Sikit pon aku tak tengok apa yang masuk dalam mulut. Main telan aje. Alhamdulillah, kenyang juga aku pagi ni. Tapi akibatnya tengah hari ni aku tak lalu nak makan. Tekak aku dah kembang kempis. Perut macam ada tsunami. Aku tak tahan lagi. Telan air masak banyak-banyak. Tak nak bagi nasi lemak keluar balik.

Oh ye!. Hari ni hari jadi kak ngah, adik aku. Selamat hari jadi!! la laa laa. Aku nak ajak dia keluar makan-makan.

22 hb ni, hari jadi hubby tercinte.. laa laa laaa

Tuesday, July 26, 2005

Sibuk dengan mabuk

Aku alahan teruk.

Kali pertama dulu tak seteruk ini. Peningnya, muntahnya, tiada selere makan dan letihnya berganda-ganda. Aku KO. Pagi dan petang aku lembik. Pagi tadi habis secawan susu aku muntahkan. Dulu sempatla ditahan sampai ke office baru dibuang. Tapi kali kedua ini, belum habis pon secawan dah ditendang balik.

Minggu ni aku sibuk. Sibuk dengan urusan sendiri dan juga urusan keluarga. Mak nak buat kenduri kahwin 13 Ogos nanti. Tengah sibuk-sibuk di kampung. Bukan adik aku yang nak nikah tapi anggap sajalah anak saudara mak. Anak adik angkat mak yang nak dinikahkan. Mak sanggup menggalas beban orang lain semata-mata kerana kasihan dengan anak yatim itu. Aku memang tak suka sebenarnya. Aku tak berkenan dengan perangai anak-beranak itu. Mulanya memang kasihan tapi lama-lama menyampah. Kalaulah ada sedikit akal yang digunakan, anak beranak itu sangat senang. Janda kaya raya woooo!! Tapi sebab agaknya tiada fikiran panjang jadi susah. Lagi menyakitkan hati bila aku dengar, ada hati nak membeli kereta sedangkan beras pon orang lain sedekahkan.

Aku tahu niat mak baik. Cuma aku takut nanti mak yang terima bahananya. Bakal besan tu pulak sudah terkenal di kampung tu mulutnya jahat. Kalau tak jahat takkan pokok kelapa dilaman orang dia letakkan hukum wakaf. Cehh!! Aku terasa sangat-sangat tak berkenan. Tapi demi mak tersayang aku akan tolong. Tolong sedaya mungkin (tapi kena berkira ooo.. tak boleh main tolong sebarang.. lain laa adik beradik sendiri).

Dah dah! Aku nak mabuk kembali. Mr. Tan dah memanggil-manggil. Tsunami dalam perut ni belum reda. Aku cuma makan biskut tawar cecah air sejuk dari pagi. Terbayangkan nasi pon boleh menyebabkan diserang muntah.

Sabar.. sabar.. sabar..

Thursday, July 21, 2005

Aku bersyukur padaMu Tuhan!

Terima kasih buat kembar Aini dan Aida.

Aku terima rezeki yang Allah beri. Mungkin rezeki kami pada anak-anak dulu. Aku yang sehat patut bersyukur kerana tak teruk nak mengandung macam Aini. Cuma mabuk biasa-biasa. Pening, nak pitam dan muntah-muntah.

Tapi aku rasa mabuk kali ni luar biasa. Aku lagi teruk peningnya. Aku lagi teruk nak pitamnya. Kena cepat-cepat ambik supplement macam ni. Aku betul-betul tak larat. Muntah tu kalau aku biarkan, memang akan bermaharajalela. Aku benci muntah. Sebab nanti tekak aku sakit dan ada rasa tak sedap. Euuwwww.. lagi membuatkan aku rasa nak muntah.

Aku jadi lembik. Aku jadi pemarah sebab bila aku tak sehat, aku mudah penat. Bila aku penat, aku marah. Marah dan penat. Kombinasi pembunuh! Kalau orang lain tak terbunuh, aku yg terbunuh. Errghh!!

Arghh!! hormon telah mengambil alih badan aku. Apa aku tulis ni?

Monday, July 18, 2005

Perasaan Bercampur (Mixed Feelings)

Aku jadi tak tentu arah. Jiwa kacau.

Banyak perkara bermain difikiran. Aku tak tau sama ada patut aku bersedih atau bergembira.

Cuma yang aku tahu aku perlu bersyukur. Ini pemberianNya.

Aku takut.

Aku letih.

Arghhhhh.. Jiwa kacau.. Badan juga kacau bilau.

Friday, July 15, 2005

Kali kedua?

Huh?

Positive?

Abang! Mari sini tengok!

Eh? Ni negative ke invalid ni?

Sengih


Aku tatau nak senyum ke nak nangis

Wednesday, July 13, 2005

Cepatnya!!

Cepatnya masa berjalan (atau berlari?). Dah pertengahan bulan 7. Diam tak diam, Haziq Haikal dah 5 bulan. Makin besar, makin bulat, makin kuat dan makin nakal.

Badan pulak rasa tak sedap dua tiga hari ni. Pening-pening, rasa loya dan tak lalu nak makan. Balik rumah terasa macam nak terus tido aje. Nak masak pon takde mood.

Mungkinkah Haziq Haikal nak dapat adik?

Friday, July 08, 2005

Keldai Yang Menjengkelkan

Aku tak faham dengan keldai yang menjengkelkan di pejabat aku ni. Adakah kerana aku golongon popular menjadikan keldai ini amat dengki. Mungkinkah kerana dia berkahwin dengan kuda padi golongan bangsawan menjadikan dia lupa diri? Mungkin juga kerana hubungannya dengan kuda padi itu menyebabkan keldai yang menjengkelkan itu berfikir yang dia juga boleh berlagak seperti kuda arab?

Adakah dengan menggodek-godekkan punggungnya yang lebar itu boleh membuatkan dirinya popular seperti aku?

Mungkin dia belum sedar yang dirinya hanyalah seekor keldai yang menjengkelkan.

Wednesday, July 06, 2005

Iklan Syampoo

Aku letak komen ni kat entry Mat Jan.

mak aku kata "budak pompuan tuh gatai. pegi library bukan nak belajo, nak pegi ngorat!"

aku kata (dlm hati aje) "ye mak, anak mak pon gatai jugak. dulu pegi lib pon sebab nak ngorat senior.."

he he he

*ade ke org berani nak ngorat si fazura ni? garang woo..
hasmn | 6.7.2005 - 11:23:13 am | #


Bila tengok iklan syampoo ni aku teringat kenangan dulu-dulu masa aku rajin pergi library. Banyak sungguh kenangan. Siapa kata ulat buku sahaja yang boleh pergi library. Ulat bulu pon boleh kalau diikutkan. Macam-macam aktiviti boleh dibuat di library kecuali melalak berkaraoke. Berdating tu salah satu aktiviti utama. Tanyalah mana-mana budak U. Library la tempat paling happening

Jadi bila mak bagi komen macam tu, aku nak gelak tapi ditahan. Mana boleh membuka pekung didada beb. Aktiviti aku berubah mengikut tahun aku di Uni. Aku gatai masa aku di Pre-U. Tahun pertama di Uni. Ala kanak-kanak Ribena lagi. Riang gembira. Nak study teruk-teruk pon bukannya susah sangat subjek masa pre-u. Aku kenal dengan abang pon masa aku di pre-u ni la.

Aku kenal abang melalui telnet. Macam chat room tapi boleh laa tahu identiti sebenar kalau tau tricknya. Semua bebudak yang duduk dalam computer lab aja yang rajin telnet ni. Selalu bertelnet, tapi tak pernah jumpa. Jadi abang pernah bagitau dia pon datang library. Siap bagitau lokasi meja. Jadi kadang-kadang aku ikut roommate aku lepak lib semata-mata nak 'usha' mana satu abang aku ni. Berdasarkan meja yang diberikan ni, adalah sorang senior yang selalu duduk kat situ. Mati-mati aku ingat pak long tu abang aku. penat je jalan jauh-jauh pergi ambik kamus (rak buku tebal-tebal macam kamus dekat-dekat dengan meja tu) sebab nak tengok hensem ke tak 'abang' aku ni. kebetulan pulak pak long tu memang mengancam. Aiseh, aku dah gila bayang.

Bila kami betul-betul jumpa, aku malu sendiri. Salah orang laaaa.. Rupanya abang aku tu cuma masuk library bila lab komputer dah tutup. Pukul 10 malam baru nak masuk library (sebab nak copy assignment/tutorial dari pak long tadi). Ceh! Nasib baik abang aku pon hensem.

Kawan aku pernah cerita, bebudak uni ni macam buku dalam library jugak. Yang perempuan masa junior kategori red spot. Kene booking awal-awal. Kemudian pindah rak general. Bila final year duduk kat rak Encyclopedia/kamus-kamus. Lelaki pulak lain. Terbalik dengan student perempuan.

Jadi bila aku dah tak "single and available" lagi, aku pon menumpukan perhatian kepada study. Pergi library untuk study. Kadang-kadang sebab ada discussion dengan group member untuk assignment dan sebagainya. Aku bukannya minah library. Sebab aku tak boleh belajar dalam keadaan senyap sunyi. Panas punggung duduk diam lama-lama. Kalau tak kerana discussion, aku pergi library semata-mata nak tengok orang.

Cuma iklan tu tak real. Sebabnya, mana ada student pompuan pergi library pakai tudung simpul-simpul bagai, berbelit-belit kat tengkuk cam dalam iklan tu. Jarang aku jumpa yang pergi library berhias bagai. Selalunya, kalau mat library n minah library ni, dress code diorang takkan lari dari slipar jepun, jeans n t-shirt. Terompah tak pernah pulak aku tengok. Yang pentingnya kot bulu beruang tak boleh ditinggalkan. Library uni aku dulu suhu penghawa dinginnya adalah 4 darjah dibawah tahap beku.

Bila aku di tahun akhir, aku tengok ada laa sikit perubahan dari segi dressing bebudak ni. Agaknya sebab uni kami ni uni swasta. Ada yang dressing macam nak gi clubbing. Cuma diorang ni masuk library nak carik boyfriend/girlfriend ajak keluar. Ceh!

Dah lama aku tak duduk library. Seronok sebenarnya lepak library nih. Bukan saja boleh baca buku, malah ko boleh ngorat, usha orang, buat lawak bisu, kacau mak cik/pak ci guard dan tido. (eee.. aku pernah jumpa yg air liur meleleh atas meja.Yerk!!)

Wednesday, June 22, 2005

Cerita Bahasa Arab

Sembang-sembang waktu makan tengahari. Ada boss, ada anak buah, ada mak buah sambil makan-makan buah. Cerita-cerita pasal Bahasa Arab. Boss A cerita satu cerita. Ceritanya asal tak tau datang dari mana. Jadi tak boleh nak bagi kredit pada empunya cerita.

Menantu pandai cakap Arab

Dalam sebuah kampung ada seorang Pak Aji yang mempunyai anak perempuan yang cantik. Ramailah yang tergila-gilakan anak Pak Aji ni.

Satu hari masa di kedai kopi, bertanyalah seorang kawan Pak Aji ni kepada Pak Aji kriteria menantu idaman. Jawap Pak Aji, "Aku kalau boleh nak menantu yang pandai cakap Arab". Kebetulan perbualan Pak Aji itu didengari oleh dua orang anak muda harapan bangsa yang bercita-cita nak jadi menantu Pak Aji.

Beberapa hari kemudian, dua orang anak muda harapan bangsa tadi sedang menjala di sungai. Kebetulan Pak Aji lalu. Pak Aji tersenyum penuh harapan bila mendengar dua orang pemuda ini sedang bercakap dalam bahasa Arab. "Sah! Calon Menantu" hatinya berkata.
Pemuda A: Ma is selamu!
Pemuda B: Wa takuna buyaya!

Sebenarnya si A kata, "Pegila SELAM". Jawab si B, "aku TAKUt BUaYA"

Kesian Pak Aji.

Macam cerita Pendekar Bujang Lapok laa kira-kiranya. "Wal Faadang fasirun, ta adodil fokokayui, fanasun tariqu'" Muahahaha..

Kekasih

Kekasih

Akan kupintal buih-buih
menjadi tali
mengikatmu

akan kuanyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan
ranjang tidurmu

akan kutenun awan-gemawan
menjadi selendang
menudungi rambutmu

akan kujahit bayu gunung
menjadi baju
pakaian malammu

akan kupetik bintang timur
menjadi kerongsang
menyinari dadamu

akan kujolok bulan gerhana
menjadi lampu
menyuluhi rindu

akan kurebahkan matari
menjadi laut malammu
menghirup sakar madumu

Kekasih, hitunglah mimpi
yang membunuh realiti
dengan syurga ilusi.


Usman Awang

I'm hopelessly jatuh cinta bergolek-golek dengan puisi ni.

Monday, June 20, 2005

Selamat Hari Bapa

Selamat Hari Bapa..

Aku tak pernah ucapkan selamat hari bapa kepada ayah. Sebabnya ayah tak pernah tahu wujud hari bapa. Ayah juga tak sambut hari jadi. Ayah cuma sambut Hari Raya. Aku pon tak tau wujudnya hari untuk bapa.

Bila aku mula kenal adanya hari untuk bapa, ayah dah tiada. Jadi, aku tak pernah nak tau sambut hari bapa.

Tahun lepas baru aku nak sambut hari bapa. Tu pon sebab abang jadi bakal bapa. Jadi aku bagi kad ucapkan selamat hari bapa. Tahun ni aku tak buat apa-apa. Nak bakar kek aku tak pandai. Mungkin boleh belanja abang malam ni makan dimana-mana.

Walau apa pon, doa aku untuk semua bapa-bapa didunia ini (kecuali 'bapak ayam') semoga kalian beroleh kesejahteraan dan kebahagian terutamanya untuk ayahku, abah Haziq Haikal dan tak lupa juga untuk ayah mertuaku.

Aku sayang ayah..
Aku sayang abah Haziq Haikal.
Selamat hari Bapa untuk kalian..

Friday, June 17, 2005

Penat berfikir

Dua tiga menjak ni aku rajin berfikir yang bukan-bukan. Semua benda aku nak risaukan. Aku mula berfikir benda-benda yang tak payah fikir pon. Tapi aku pikir juga. Lama-lama aku jadi tension. Lepas tu susah nak lelapkan mata. Arrrgggghhh!!!

Semalam aku berfikir kenapa aku boleh banyak berfikir sampai tak boleh nak pejamkan mata malam-malam. Akhirnya aku dapat jawapan. Aku terlebih berfikir dan aku kurang penat. Jadi untuk mengatasi masalah ini, aku berazam untuk menyembuhkan penyakit terlebih berfikir ini dengan cara-cara berikut:

1. Jangan berfikir untuk berfikir yang bukan-bukan.

2. Bayangkan aku berada di tepi pantai yang indah di kepulauan Bahamas. (errr.. nanti aku kena berfikir macam mana nak sampai kepulauan Bahamas pula. Idea kurang bernas)

3. Aku akan mula bersenam. (Semangat! Semangat! Seeeeeeeeeeemangat! Yah! Yah! Yah!. Hahahahaha)

4. Aku kena tukar tempat kerja. Kena cari bos garang + psiko. (Malam-malam aku hanya akan bersyukur kerana berjaya 'survive' hari tu tanpa kena marah dan memikirkan strategi untuk hidup satu hari lagi esoknya)

5. Ambik ubat tido (Cara terakhir)

6. Suruh abang tepuk-tepuk manja sampai aku tertidur. (Ceeeeeeeeeewah!!)

7. Errr... Apa lagi ye?

Kesimpulan disini, sila bantu saya. Perlukah saya berjumpa tuan tabib untuk mengatasi masalah ini?

Oh ya. Perkara yang selalu saya fikirkan itu biarlah menjadi rahsia. Biasalah, masalah 'insecurities'.

Thursday, June 16, 2005

Aku dan kopi

Semenjak dua menjak ni aku memang langsung tak boleh minum kopi. Sedap tu memang sedap tapi jantung aku jadi tak sedap. Agaknya kesan dari ubat "tahan contraction".

Aku baru tau yang ubat tu ubat untuk orang sakit jantung. Ubat tu bagi otot-otot rahim aku rileks tapi bagi otot jantung aku teruja. Uh uh! jadi aku berdebar-debar dan berpeluh-peluh dan rasa macam nak pitam. Tekanan darah aku turun. Aku jadi tak keruan.

Err.. apa aku merepek ni? Agaknya kesan daripada 'Ais blended chocolate Exspresso' yang aku minum tadi.

Damn..

Friday, June 10, 2005

Bercakap atau berjalan dulu?

Anak teruna kecik tu dah pandai menegur orang dengan macam-macam jenis bunyi. Sungguh ramah dia 'bercakap' dengan bahasa dia yang langsung ibu n abah tak faham.

Nampak gayanya macam akan bercakap dulu baru pandai berjalan budak kecik tu.

Nota tambahan: Macam mana nak bagi satu kepala tumbuh rambut. Rambut si kecik tumbuh kat atas je.. Dah macam si Pekan pulak.. ish!

Tuesday, June 07, 2005

Jalan-Jalan Hantar Pengantin

Penatnya!!!!

Cuti panjang hujung minggu kami anak beranak berada di Johor. Menghantar sepupu abang menikah di Mersing. Ye saya.. anda tak salah baca Mersing. Nasib baik dengan bas (ceewaahhh!! mcm boleh drive.. bi kesian kat abang ok!) Tak laa penat nak drive dengan penuh sesak-sesak orang. Eheks..

Panas dan penat.. kesian si kecik tu. Sampai habis lekang baju sebab kepanasan. Tapi bukan main suka lagi dia sebab ramai orang layan dia. Ibu n abah tumpang bess sebab dapat layanan VIP (org lain tidur tak pakai kelambu.. hehehe.. tak payah berperang dgn nyamuk)..

Hari ahad melawat bapa-bapa saudaraku di Layang-layang. Kat mana tu? Johor la!! Hish!! tak belajar geografi ke? Semua aku panggil. Pak Ngah, Pak Cik n Pak Su. Aku tak nak fikir lagi perkara yang lepas. orang kata buang yang keruh ambil yang jernih. Tak gitu?

Balik KL hari Isnin. Penat memang penat. Tapi aku gembira sebab aku terasa dah menjadi sebahagian daripada keluarga abang.

Wednesday, June 01, 2005

Jiwa kacau!!

Banyak sangat jemputan walimah hujung minggu ni.. Semua nak pergi kalau boleh..

Paling mengacau jiwa ialah kawan karib masa kat sekolah nak bertunang.. erghh.. dia tak bagitau aku pon.. aku tau dari orang lain.. sedihh!!!!!!!

Tuesday, May 31, 2005

Entry Hilang

Aku penat jadi sasterawani (wujud ke perkataan ni?) tadi.. Aku karang puisi untuk seorang sahabat..

Bila nak publish, entry hilang bagai ditiup angin lalu. Hati ini jadi tak keruan. Kalau boleh ku mamah blogger ni, dah lama terbarai isi perutnya. Aku jadi nak marah. Bila aku nak marah aku rasa macam nak nangis.

Mungkin ade hikmahnya entry tu hilang. Mungkin kalau dia tak hilang aku akan jadi riak dan takabbur kerana aku pandai mengarang puisi (siapa perasan ada unsur-unsur riak sila angkat tangan).. Kalau entry tu tak hilang mungkin aku akan kembang-kembang hidung rasa bangga dengan diri sendiri yang sangat 'jiwang'. Tambah kembang kalau ada orang puji-puji.. (cehh!! keji.. )

Walau apa pon.. Hari ni aku bahagia kerana aku lawa (hahahaha!! perasan perasan!!) Aku berjaya pakai kebaya vaa vaa voom mak.. Jangan marah kalau orang tegur kata aku macam anak dara.. (siapa yang rasa loya tu tandanya tgh mengandung.. wahahahahahaha<--gelak jahat cam Darth Vader)

Malam ni nak melawat sahabat yang selamat melahirkan puteri sulungnya semalam.. Alhamdulillah..

Monday, May 30, 2005

Simbiosis

Pagi yang indah ini
tersenyum sendiri
ciap miap burung diluar jendela
seakan memanggil namamu

jika ku punya mata
nun diatas angkasa
kan ku tengok dikau
setiap ketika
dimana saja kau berada

walau dimana pun dikau berada
berjalan atas bumi yang tua
akan ku turut serta bagaikan udara
simbiosis diantara kita

aku tak pandai mengarang puisi
tidak ku pandai bermadah berseni
satu kalimah yang ku seikhlas tahu
hanyalah ku cinta padamu..

Hoyeeeeee!!! Ku cintaaaaaaaa padamuuuuuuuuu...

Pertama kali..

Dalam hidup ni kita melalui macam-macam perkara untuk kali pertama.. Pertama kali bertentang mata (sorang pandang fries, sorang lagi genyeh mata); pertama kali berpegangan tangan dan bermacam-macam lagi pertama kali yang kita lalui.

Tarikh ini pada tahun lepas, pertama kali aku bersalam dan mencium tangan seorang suami.. Hari pertama aku bergelar seorang isteri..

Tarikh ini pada tahun ini, kali pertama aku menyambut ulangtahun pertama perkahwinan kami.. Semenjak dari tarikh ini pada tahun lepas, aku belajar banyak perkara untuk pertama kali.. Pertama kali tidur berteman.. Pertama kali mengandung.. Pertama kali merasai sakitnya melahirkan anak.. Pertama kali aku mengenal erti kasih sayang yang penuh sarat..

Untuk insan tersayang, terima kasih untuk pertama kali yang telah kulalui.. Ada banyak lagi perkara pertama kali yang ingin aku tempuhi bersama-sama abang di masa akan datang.. Aku berdoa semoga kami akan menyambut tarikh pertama kali ini untuk tahun-tahun akan datang selagi belum 'dipanggil pergi'.

*aku dapat cd compilation lagu-lagu Ella.. err.. tak paham sebenarnya kenapa cd Ella.. tapi aku tetap bersyukur pada Tuhan.. Thanks alot sayang..*

Friday, May 27, 2005

Macam air..

Bonus baru dapat.. gaji pon dah masuk.. tetiba rasa kaya.. muahahahaha..

tapi tak sampai dua jam pegang duit.. tolak sana.. tendang sini.. kais lebih kurang.. pling! dah abih.. kalah magician.. macam air je pegi..

walau macam mana pon.. aku lega sangat-sangat. hutang dah takde.. so bulan bulan akan datang aku akan kaya dengan lebihan duit gaji yg selama hari ni tolak hutang.. yey!! boleh menyimpan lebih sikit.. nanti duit simpanan banyak.. akan cepat kaye.. hooo..

Berangan!!

Tuesday, May 24, 2005

Hampir setahun..

Hampir setahun kami mendirikan rumahtangga.. Ajaib eh? Baru nak masuk setahun kawin tapi anak dah 4 bulan.. Harus menimbulkan gosip besar!! Apa nak buat!! Anak kami excited nak keluar awal.. Doc kata besar dalam perut sampai bulan 3.. dia nak besar kat luar perut jadi bulan satu dah keluar.. Anak ibu tu.. nak share bulan harijadi dengan ibu.. "Bulan 1 tahun depan kite 'pressure' abah yee!"

Pejam celik pejam celik dah nak hampir setahun kami jadi roommate.. housemate.. soulmate(???? camne jadi soulmate.. fuh!!) pendek kate.. macam-macam 'met' laa except coffemate (hehehe..) Aku bersyukur pada Tuhan..

Weekend nih nak ajak darling hubby gi joli katak pisang lepas ujan.. kalau bleh nak ajak karaoke.. lepas tuh pegi main bowling.. pastuh main salji.. erk! sawan sawan!! sebenarnya agenda utama weekend ni nak servis kereta (kan lebih menarik agenda tadi drpd servis kereta.. bleeh!!)

pape pon.. tengah berdoa dengan tekun semoga kampeni hubby baik hati bagi bonus pada hubby.. Kalau hubby dapat belanja buat facial Dermalogica, aku bersyukur pada Tuhan.. *wink wink*

Sedikit "Apdet"

Sedikit 'apdet' aturcara Mr. & Mrs Godang berserta Godang Jr. dihujung minggu

20.05.2005
Tarikh yang cantik.. Di tarikh yang cantik ini seorang sahabat lama mendirikan rumahtangga.. Hmm.. mesti no. dua dan lima menjadi angka keramat.. mendirikan rumahtangga pada usia 25 tahun pada tarikh 20.05.2005.. Ceewahh!! Hadiah kenang-kenangan pon cantik. Pen putih dan silver.. lepas guna boleh bawak balik.. yey!
To Mr. & Mrs Siput.. I wish you all the best!

21.05.2005
Jalan-jalan cari makan.. Berjaya menukarkan voucer hadiah perkahwinan kepada barang keperluan sebelum tamat tempoh.. (expired date:22.05.2005.. ngeeee) Hasilnya: 1 kipas baru + rice cooker + headphone (tak puas hati.. bias!) Petangnya makan free di McD Bangsar menghadiri birthday party sorang budak comel yg minat barney (the singing purple dinosour.. kenapa laa bebudak boleh minat ngan menatang ni i have no idea.. aku rasa macam weng jek bile tengok perut dinosor goyang goyang bile die menari.. hishh!!) Yang pentingnyer alhamdulillah.. kenyang makan.. :P

22.05.2005
Melepak depan tv. Mrs Godang pening kepala n demam.. Panas sikit.. tapi yang tak bestnya baru gaya nak lelapkan mata si Jr. dah buat perangai.. mementang dah pandai nak diagah.. nak suruh orang mengadap muka dia.. grrr.. ibu penat laa sayang.. Akhirnya anak beranak tak kemana-mana.. Makan malam masak sendiri buat sup bebola ikan kembung.. sedap la pulak.. (sedikit riak.. heeee)

23.05.2005
Balik rumah in law.. ingatkan boleh laa lelapkan mata sebab ramai yg jage.. mcm biasa.. budak kecik tu dah pandai demand nak didukung.. nak diangkat.. grr grrr.. ibu die penat sangat-sangat mcm kena belasah..

All in all, a productive weekend sebab berjaya mengusung si kecik tu merata-rata tempat.. ngeee.. sorri aa doktor.. si kecik tuh dah berat laa doc.. dah lime kilo.. dulu sebelah tangan.. sekarang due belah tangan pon lenguh.. kalau org kampung abah kata "serban" tangan-tangan dukung die.. :P

Thursday, May 19, 2005

Bodoh Sombong Belagak

Tengah hangin dengan budak sekor kat opis nih.. dah laa belagak.. mengada-ngada.. tak padan ngan jawatan awak tuh.. kalau nak jadi boss gi sekolah balik.. ambik degree ke master ke phd ke.. pastuh nak hidung ko tinggi langit pon dipersilakan.. salah org je dia nampak.. salah dia.. tak sedar diri betul. ingat ni kampeni mak bapak die ke??

Habis dah hilang mood aku nak keje

Monday, May 16, 2005

Gurun

Antara perbualan dalam kereta untuk hilangkan tension stuck dalam traffic jammed.

abg: bi, gurun apa terpanas?

me: tatau..

abg: gurun kalahari.. gurun terbesar?

me: sahara.. gurun tersejuk?

abg: gobi..

me: wah!! pandainya abang.. gurun yg takde padang pasir?

abg: gurunto.. *kaki grotto nye jawapan*

me: salah laaa.. GURUN KEDAH.. muahahahahahahaha.. kene kene.. satu kosong..

aku turun kereta dengan sengih memanjang.. abg dengan sengih tak puas hati dan penuh dendam..

nasib la kan.. dapat bini cerdik pandai *penuh riak dan takabbur*

Monday, May 09, 2005

Rasa nak nangis...

"Utk bakal ibu, ibu tercinta, ibu mertua, ibu sedara, ibu angkat, ibu tunggal (IT), ibu jari dan tak lupa buat IBU ROTI dgn ucapan SELAMAT HARI IBU" - sms dari ex boss yg raaaaaaaaaaaaaaamai anak (anak sedara, anak angkat, anak tekak, anak mata dan berlari-lari anak.. :p)

Ini kali pertama aku sambut Hari ibu memandangkan aku dah jadi ibu. Perasaannya? susah nak describe.. tapi secara seriusnya.. memang aku rasa nak nangis..

aku bermalam di rumah mertua. seronok bukan main tok n tokki haziq haikal dapat jumpa cucu.. habis kene uli-uli aidilfitri si haziq haikal. budak bertuah tu pon baik.. habis tension pon dia berderik bila kene picit-picit dgn mak-mak sedara.. kesian haziq haikal. sapa suruh pipi kembang sangat?

sebenarnya takde plan pon nak sambut hari ibu.. abang ajak keluar.. so memandangkan haziq haikal ada ramai yg nak jaga.. maka kami tinggalkan haziq haikal dan keluar dating berdua pegi tengok wayang.. hehehehe.. selambe! bagitau kat mak nak keluar je.. tapi akhirnya terpecah rahsia nak gi klcc.. hehehehe.. layan tengok cerita "The Pacifier".. makan-makan.. lepak-lepak coffee bean sembang-sembang mcm masa dulu-dulu. aku rasa happy sangat. aku terasa sangat happy sampaikan masa dlm bas nak pergi ke lrt stesen aku boleh tersengih macam kera.. teruja macam baru mula-mula keluar dating.. (lama apa tak dating.. 3 bulan tuu...<-- ayat kaver)

aku rasa nak nangis sebab ramai org menulis tentang ibu masing-masing.. apa apa pun aku sayang mak!!

Friday, May 06, 2005

Yeay! The power of technology

Macam tak percaya! Boleh berlepakan di rumah sambil menaip entry untuk hari ni.. kembali bersemangat saya.. this is the power of technology. kalau ikutkan kawasan perumahan aku ni takde line streamyx.. tiang telefon pon takde..jadi bila dapat try 3G ni.. akan ku gunakan sepenuhnya.. hooo yee!! tiba tiba bangga dengan diri sendiri (padahal hubby yang setup semua ni.. grrr..)

semalam haziq haikal kena 2nd dose imunisasi 3 serangkai.. (untuk penyakit ape ntah?) so dia start demam-demam. badan dia panas ... (abg kacau ... muahahaha ... <-- hubby yg taip) tapi yang herannya, selera makan masih sama.. grr grr.. berat dia dah 4.2 kg.. rasa mcm dah orait.. tapi kecik ke utk baby 3 bulan? ke sbb dia tak cukup bulan maka dia kecik (atau besar?)
*blank sekejap*
dia dah merengek-rengek bila sampai petang.. kena pujuk bagi makan ubat. oh bertuahnya anakku ini, dia tak takut langsung makan ubat especially ubat yg manis.. masam je dia tolak.. air masak pon dia tanak..

aiseh.. anak dah ajak tido.. dah pandai tanak baring.. nak didudukkan. matanya terbeliak pandang kiri kanan atas bawah.. macam semua benda nak ditengok sekaligus.. alahai.. nampak sangat anak ibu!

Wednesday, May 04, 2005

Diserang penyakit M

Dah lama tak update blog. pagi ni abang tanya "bila nak update blog?"hehehehe.. perlu ke jawap?

bercadang nak guna bahasa stended tapi kepala macam lemau masuk angin. Semenjak beranak kecik ni, (macam sebelum ni pernah ada anak jek) tidur tak cukup. Mata lebam bergelang macam mata panda. Baju pon serabai sikit. Sebabnya? aku diserang penyakit M.. Malas!!! susah la kan bila dah diserang penyakit M ni.. sungguh!

Haziq Haikal dah 3 bulan! yey! Makin debab anak ibu.. pipi melimpah ruah. dah boleh keluarkan suara tegur ibu pagi-pagi masa ibu tengah uli-uli nak bagi pakai baju. Comelnya anak ibu. Siang-siang Haziq Haikal minum susu formula. Malam-malam breastfeed. Senang kan? Ibu tak payah bangun bancuh susu. Cuma subuh-subuh gelap Haziq Haikal ajak ibu sembang. Ibu kejut abah.. Bonding time untuk abah and anak. Bijak kan?

Esok nak gi hospital. Nak gi check p*nis Haziq Haikal. Macam besar. Uh uh.. ibu n abah boleh rileks.. tapi bila tok dia tengok.. sudah panik dan ape lagi.. ibu sama abah kena marah.. ngeee! Esok dia kene cucuk lagi.. hoo.. hidung dia pon mcm berhingus.. isk isk isk.. risaunyaaa... macam ada kahak lekat.

isk.. kena buang penyakit M ni.. nanti jangkit kat anak.. :p

Monday, April 18, 2005

Permata Hatiku

Kali pertama aku memandang wajahnya, aku dah jatuh cinta. Cinta pandang pertama. Kali pertama aku menyentuhnya, hatiku tersentuh hiba.

Hati ibu mana yang tahan melihat permata hati didalam incubator dengan segala jenis tiub dan wayar dipasang. Melihat tubuh kecil dicucuk sana-sini terasa ingin menjadi galang ganti. Remuk redam hati. Kesian permata hati ibu. Kurusnya kaki dan tangan.

Monday, April 04, 2005

Pengalaman Pertama

Sepatutnya entri ini patut ditulis dua bulan lalu. Memandangkan kesuntukan masa dan tiada komputer, hanya sekarang dapat aku berkongsi pengalaman pertama bergelar ibu.

Anakku dilahirkan tidak cukup bulan. Agaknya terkejut makan lemang nasi masa Hari Raya AidilAdha. Tanpa aku sedar rupanya sakit yang ku alami sebenarnya sakit nak bersalin. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa cemasnya hati ini bila Dr. kata yang aku nak bersalin. BARU 7 bulan. Takkan la?

Selepas menahan sakit sehari semalam, pada pagi 26 Januari 2005, aku selamat melahirkan anak lelakiku. Sedihnya hati ini anakku terus dibawa lari. Isk..isk..isk.. hanya selepas pukul 6 ptg baru aku dapat menatap kembali wajahnya. itupon dari luar. nak pegang pon tak boleh. selama 23 hari di hospital banyak mengajar aku erti hidup. bertemu dan berkongsi cerita dengan ibu-ibu lain. Aku bersyukur, sekurang-kurangnya HH masih bersama aku..

Aku bahagia..

Friday, April 01, 2005

Kembali bertugas

Aku kembali bertugas selepas bercuti selama 60 ++..
Terasa bosan sebab banyak benda terlepas.. kene ambil masa seminggu dua untuk betulkan balik angin pejabat..

Alahai... rindunya kat anak dirumah...

Wednesday, January 26, 2005

cuti bersalin

... Selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 0852 January 26th, 2005 ...

Thursday, January 20, 2005

Salam AidilAdha..

"tengah buat ape mak?"

"dah siap masak rendang daging.. nak masak rendang ayam pulak.. lemang nasik kontot pakcik dah siap"

"err.. mak! dia tau tak lemang nasi dia macam orang asli masak nasik dalam buluh tu?"

"hehehe.. lantak kan dia.. janji gembira.."

"yelah!.. jumpa malam ni ye mak.. sampai lambat sikit.. takut jalan jem.. assalamualaikum mak!"

"waalaikumsalam.. pesan kat *abah* bawak kereta bebaik"

"insyaAllah.. bye!"

Malam ni nak balik kampung jumpa mak.. nak makan lemang nasik kontot..

Salam AidilAdha untuk semua...

Wednesday, January 19, 2005

Geng.. kawan.. teman dan sahabat

Orang kata kalau nak mengenal seseorang, kita tengok siapa kawan-kawannya. Kita tengok ahli keluarganya dan masyarakat sekitarnya. Agaknya orang tengok aku ni macam mana agaknya kalau berdasarkan kawan-kawan aku?

Aku ada dua kumpulan kawan di pejabat. Satu golongan kakak-kakak yang sudah berumahtangga. Satu lagi kawan-kawan masa aku belajar dan masih bujang-bujang belaka. Sama-sama meriah. Walaupon dari dua kumpulan yang berbeza, personaliti mereka hampir sama. Ustaz masa aku di Uni dulu pernah kata "kite ni dah berkawan sejak dari alam roh lagi. Sebab itu ada yang kita baru jumpa tapi mesra macam dah lama kenal". Jadi tak hairan kita akan cari kawan yang berperangai hampir-hampir serupa walaupon kadang-kadang tak sama. Macam kami. Meriahnya. Semuanya boleh dikatakan kuat bercakap dan bergurau. Tapi macam mana boleh dapat suami yang mulutnya berat macam dipasang sauh?

Kawan-kawan se'periuhan' di pejabat dah bercuti. Jadi pejabat ni jadi sunyi senyi. Ramai lagi yang akan menghilangkan diri esok. Bercuti menyambut AidilAdha. Aku masih lagi tertonggok di pejabat ni menanti suami. Esok pon masih berkerja. Orang lain mungkin tengah sibuk-sibuk nak buat persiapan menyambut AidilAdha. Yang seronoknya, aku balik ke rumah mak. Jadi, tak perlu nak membanting tulang mengerahkan tenaga nak masak-memasak. Semuanya akan siap terhidang. Oh! rajinnya anak mak ni.

Bagaimana agaknya kawan-kawanku menyambut AidilAdha?


Tuesday, January 18, 2005

Semuanya bercuti!!

Hari ni dah ramai yang mula bercuti. Esok bertambah-tambah lagi. Semuanya berebut-rebut nak balik beraya AidilAdha. Aku? InsyaAllah akan balik ke rumah mak pada malam 10 Zulhijjah nanti. Adik lelaki sulung nak menyembelih kambing tahun ni. Balik nak bagi sokongan penuh kepada kambing yang akan disembelih tu nanti. "Hish!! ade kee?"

Ramai pasangan kawan-kawan yang kukenal membuat sistem giliran (kecuali sepasang suami-isteri yang kukenali. Mak ayah rumah sebelah-sebelah). Aidilfitri balik ke sini. AidilAdha balik ke sana. Aku? Baru pertama kali menyambut Aidilfitri dan AidilAdha dengan suami. Perancangan nak balik kemana-mana ikut keadaan semasa. Sebagai contoh masa Aidilfitri yang lalu. Rancangannya nak balik Raya ke-2 tapi ditunda sehingga raya ke-3 gara-gara adik ipar yang bongsu masuk hospital patah tangan. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Jadi aku hanya berharap AidilAdha kali ni aku dapat bersama-sama dengan keluarga sebelah aku memandangkan Aidilfitri dah terlepas peluang. Sedih? Memang sedih. Tapi bukankah seorang isteri perlu sentiasa disisi suami.

Mulai esok hingga minggu depan pejabat akan kesunyian. Ramai yang bercuti panjang. Aku nak menyimpan cuti tahunan. Mungkin aku terpaksa gunakan banyak cuti untuk urusan lain seperti kenduri kahwin adik-beradik, anak sakit dan macam-macam lagilah. Abang pon bukannya banyak cuti. Kalau aku boleh bercuti lama pon belum tentu dia ada bersama. Jadi, marilah kita menjadi tunggul di pejabat. Ada sebarang masalah? Sila hubungi saya. Talian dibuka dari jam 8.45 pagi hingga 6.00 petang.

Selamat menyambut AidilAdha untuk semua. Jangan makan daging korban banyak sangat.

Si Manja..

Manjanya aku! Dah ada orang nak manjakan kita. Sila ambil peluang sepenuhnya. Semenjak aku berbadan satu hinggalah berbadan dua, abang memang manjakan isterinya. Kerja rumah kebanyakannya dia yang buat. Tanggungjawab suami katanya. Tugas isteri melayan suami. Bila isteri tak penat, dia akan melayan suaminya dengan senyuman paling manis. Betul tak para isteri?

Sayangnya, dah dua malam kami tidak bersembang-sembang panjang sebelum melelapkan mata. Sebab utama, mataku lelap dulu. Belum jam 11 aku dah jauh belayar di alam mimpi. Dua tiga hari lepas aku memang susah nak tidur. Asyik terjaga dan kemudian susah benar nak melelapkan mata semula. Mungkin ini latihan awal bila anak kami dah keluar nanti. Masalahnya suami ku itu lenanya macam batang kayu. Kalau aku melompat buat aksi tarzan pon belum tentu dia akan bangun. Paling tidak hanya menjawab "hmm.. hmm" dan kembali mengerekot.

Si manja abang ini juga kepanasan tahap maksima. Berpeluh berbaldi-baldi. Alangkah nyamannya kalau bilik kami ada penghawa dingin. Biar sejuk macam di Alaska. Kesian abang. Mengerekot kesejukan kerana si manjanya memerlukan angin ribut taufan (kipas angin dengan kelajuan maksimum) untuk tidur. Si manja abang ini juga malas nak memasak makan malam. Kalau ada pon sekali sekala. Tetap dia tak marah malah dia pula yang memasak walaupon sekadar mendadar telur. Bahagianya. Jadi tak hairanlah kalau si manja ini badannya naik bagai dipam-pam. Penuh muka bak pau baru keluar pengukus. Peha dan punggung. Errghh.. tak payah cerita. Kalau ayam, menitik-nitik lemak bila dipanggang.

Walau apa pon, si manja ini sangat sayangkan buah hati pengarang jantungnya. Macam lagu Siti Nurhaliza, "aku meminta pada yang ada..bla bla bla.." Aku bermanja pada yang sudi memanjakan. Tak gitu 'my big baby boy'?

Monday, January 17, 2005

Marilah pindah.. berpindah minda..

Tiada seorang pon yang mampu merubah diri kita melainkan diri sendiri yang ingin berubah. Macam abang pernah nasihatkan aku "don't change yourself but start doing things". Aku selalu berazam dan berusaha nak jadi rajin, tak nak bertangguh kerja. Selalunya azam tinggal azam. Jadi aku kene berusaha untuk mula membuat sesuatu. Sebagai contoh, malam ni aku akan membasuh baju. Berusahalah!!

Aku ingin berusaha untuk melaksanakan sedikit demi sedikit kerja-kerja yang aku tangguhkan. Jadi secara tak langsung aku akan jadi rajin. Baju lipat selepas diangkat. Memasak sambil membasuh pinggan mangkuk yang dah digunakan. Basuh baju sambil tengok tv (Abang sayang belikan mesin auto.. yey!!). Jadi kerja rumah bukan beban. Mudah kan?

Aku cuma rasa dengki dengan manusia-manusia yang masih mengharapkan orang lain untuk buat kerja-kerja yang dia sendiri sepatutnya uruskan. Dengki kerana mereka boleh duduk-duduk dengan selamba sambil orang lain buat kerja. Dengki sebab punggung diorang boleh makin lebar tapi ketiak kita makin masam. Ish.. Dengkinya!!

Cerewetkah kita?

Ayah mertuaku dah berada dirumah selepas 7 hari di wad. Masih pening-pening tapi doktor dah bekalkan ubat yang boleh buat kenduri sekampung. Banyak sungguh pil-pil yang perlu ditelan. Mak secara tidak rasmi terlantik menjadi 'Personal Assistant' merangkap 'Misi' merangkap 'isteri'. Itulah tugas seorang isteri. Tak gitu? Berkhidmat untuk suami.

Orang kata susah nak melayan orang cerewet. Cerewetnya akan jadi berganda-ganda bila sakit menjelma. Dengan kata lain mengada-ngada. "Meh sini nak sekeh kepala". Siapa kata? Dah tentu orang sakit perlukan lebih perhatian. Err.. bukan aku mengata ayah mertuaku mengada-ngada atau cerewet. Tapi rasa-rasanya semua orang sakit macam tu. Manja lebih sikit. Almaklumlah sakit.

Pada aku, orang yang mengomel-ngomel kena jaga orang sakit lagi cerewet.

Nabi kata isteri yang berkhidmat untuk suaminya dengan ikhlas akan diberi ganjaran berganda-ganda.

Friday, January 14, 2005

Aku jatuh cinta lagi.. dan lagi.. dan lagi

Hari ni aku jatuh cinta untuk kali yang entah keberapa. Setiap kali aku memandang wajahnya, rasa kasih mencurah-curah dalam jiwa. Sungguh. Aku jatuh cinta lagi pada suamiku.

Aku menghabiskan pagi ini dengan membaca catatan hidup seorang senior lelaki. Catatan hidupnya lebih hebat dari filem cinta Datuk Yusuf Haslam. Lebih memilukan dari cerita Sembilu. Malah lebih tragis dari filem Tragedi Oktober. Betapa aku dapat merasakan betapa dalamnya cinta lelaki ini kepada arwah isterinya. Masih segar dan dalam kasihnya pada isteri tercinta walaupon telah lama meninggalkan dirinya. Aku jatuh cinta lagi. Cerita beliau menambahkan lagi rasa sakitnya jatuh cinta aku. Jatuh cinta pada seorang lelaki bergelar suami.

Aku sedang mabuk dilamun cinta..

Wednesday, January 12, 2005

Akukah wanita itu?

Aku ingin jadi seperti mereka.
Mempunyai hati sekeras waja namun lembut bak sutera.
Punya semangat seorang perwira namun penuh keayuannya.
Punya senyuman semanis gula disebalik pahit rasa duka.

Aku ingin jadi seperti mereka.
Kekasih yang setia walau dilanda derita.
Punya hati yang penyayang tidak mengenal batas masa.
Punya rasa cinta yang tebal walaupon dugaan melanda.

Aku ingin jadi seperti mereka.
Wanita-wanita yang bergelar isteri yang setia.

Hari Sabtu yang lalu, ayah mertuaku diserang darah tinggi. Orangnya degil. Walau dipujuk tetap tidak mahu ke klinik untuk diperiksa. Mungkin semua ayah begitu. Hati mereka keras tidak mahu menunjukkan kelemahan didepan anak-anak. Tapi mak mertuaku tak jemu-jemu memujuk. Akhirnya, petang Ahad baru bersetuju untuk dibawa ke klinik. Itupon rasanya sebab dia dah tak tahan sangat. Asyik mengerang kesakitan. Ayah terus dihantar ke hospital bila bacaan tekanan darahnya melebihi 200. Malam itu juga ayah dimasukkan ke wad. Kami bersembang sampaila ke jam 2 pagi.

Hari Isnin aku dan abang bercuti. Memang niatnya nak bercuti sebab nak sambut harijadi aku. Tapi memandangkan ayah masih di hospital, kami cuma pergi ke KWSP dan terus balik ke hospital. Mak balik ke rumah malam tu. Tak menemankan ayah memandangkan adik-adik ipar nak ke sekolah. Kesian mak. Hatinya tentu terbahagi dua. Nak menemankan ayah di hospital dan pada masa yang sama nak menjaga anak-anak. Aku dapat merasakan yang mak serba salah. Tapi mak masih lagi mampu gelak-gelak.

Dulu, masa arwah ayah masih ada dan sedang sakit. Mak pon begitu. Adik-adik di Johor tapi mak di Perak menjaga ayah. Kuatnya hati mereka. Aku pon ingin jadi seperti mereka.

Sad but true..

Terasa agak kesyahduan dua tiga hari ni. Pertama sekali sebab kejadian tsunami baru-baru ni. Boleh termengalirkan air mata masa tengok berita. Terkejut abang. "Heh! Me got soft heart laaa..". Keduanya sebab hari jadi ku.. dan ketiganya.. aku akan jadi ibu lagi dua bulan.. isk isk isk

Entah kenapa hati mudah sangat tersentuh. Penat agaknya. Tak dinafikan, tidur makin payah. Kalau dapat lena dengan jayanya memang satu kejayaan yang besar. Asyik terjaga malam. Baby makin aktif dan makin besar. Bergoyang-goyang perut. Kadang-kadang rasa geli dan sakit. Selalunya rasa kelakar. Baby kami ni agaknye pemalu dengan orang. Kalau dia tengah aktif bergerak, lepas tuh abah dia pegang. Dengan secara automatik dia akan diam. Hmmm.. ke takot dengan abah die?

Kami dah ada pilihan nama untuk baby ni.. Nama biasa-biasa je.. takde nak letak canggih-canggih sampai payah nak sebut..

Sunday, January 09, 2005

Happy Birthday to Me...

Happy birthday to me.. happy birthday to me.. happy birthday to me..

Terima kasih mak kerana melahirkan anakmu ini.. terima kasih ayah kerana asuhanmu.. (walaupon tak lama).. terima kasih untuk suamiku kerana mencintai diri ini.. terima kasih Tuhanku kerana memberi keizinan untukku hidup selama ini di muka bumiMu.. Inilah hadiah paling berharga yang aku terima sempena ulangtahun kelahiranku tahun ini.. seperti tahun-tahun sudah.. aku syahdu bila tarikh ini menjelma.. kenapa?

kerana aku bersyukur dilahirkan sebagai aku....


Saturday, January 08, 2005

Hari itu..

Tuesday, July 27, 2004 ::

I've been blessed..

Alhamdulillah.. rasa nak menitik air mata bila doktor tunjukkan keputusan.. "Adik positive ye.." Aku rasa badan jadi ringan semacam.. Nak pitam pon ade..

So officially.. insyaAllah bulan Mac 2005 nanti aku akan jadi ibu.. Doaku hanya satu. semoga anakku sehat adanya..

Satu lagi news.. i'm going to start a new blog that i wish to share it with the whole world.. the wonderful world of motherhood..

Wednesday, January 05, 2005

Tujuh Bulan

Minggu ni minggu ke-28. Ini bermakna aku dah 7 bulan. Lagi 2 bulan Godangz Jr. akan lahir. Kalau ikut tarikh yang diberi doktor, 24 Mac 2005. Tak sabarnya rasa.

Ini anak sulong kami. Tak sampai sebulan lepas menikah dah lekat. Ada orang kata cepatnya kami menimang anak. Ada yang bertanya "kenapa tak honeymoon dulu setahun baru fikirkan nak menimang anak?". Ada juga yang beri galakan bagus beranak awal. Dah tua-tua payah kalau nak beranak lagi. Kami senyum dan kata "Alhamdulillah, rezeki diberi Allah". Kemudian orang sibuk-sibuk tanya bertanya dan meneka. "Dah scan? Baby boy ke baby girl?". Kami senyum lagi dan kata "Dah scan tapi saja nak bagi surprise" Boleh kan?

Alahan mengandung biasa-biasa sahaja. Alhamdulillah, cuma pening-pening biasa dan muntah ala kadar secukup rasa. Kalau takde langsung pon susah juga. Nanti tak mencabar pulak kata orang. Secukup rasa saje. Cuma dugaan yang paling susah aku nak kawal rasanya dugaan hati dan perasaan. Hati jadi mudah tersentuh. Sikit-sikit nak merajuk dengan suami. Payah.. payah..

Semoga Allah memberi kesihatan untuk aku meneruskan kandunganku ini untuk 2 bulan lagi. Oh ya.. baby kami sangat aktif. Dah berapa kali scan, dia aktif sungguh menendang-nendang. Bahagianya rasa.

Monday, January 03, 2005

Tahun Baru

Salam perkenalan.

Tahun Baru. Azam baru. Dan yang terbaru.. blog ni.

Aku berhajat nak berkongsi rasa dan pengalaman dengan semua orang tanpa semua orang perlu mengenali aku.

lagi tujuh hari aku nak menambah angka umur baru. hmmm...

Walau apa pon, selamat tahun baru..