Malam tadi aku menangis lagi. Macam dua tiga malam lepas dan malam-malam sebelumnya di bulan-bulan lepas. Aku jadi marah, kecewa dan terasa aku seorang ibu yang tak berguna. Tapi bezanya malam tadi, aku sedar yang aku memerlukan pertolongan. Aku tak mahu menderita dalam diam.
Aku kurang tidur, kalau tidur pon selalunya kerap terjaga.
Masa abang takde dirumah minggu lepas, aku langsung tak boleh tidur. Kesannya, minggu ni aku demam selsema yang on-off.
Aku kurang selera makan. Mula-mula dulu aku ingat sebab 'morning sickness'. Kalau sebab alahan sepatutnya dah makin kurang sebab aku dah hampir 4 bulan. Aku jadi tak suka makan.
Aku mudah menangis. Tidak kira atas sebab apa. Kadang-kadang tanpa sebab. (Aku terasa macam nak menangis sekarang ni).
Aku banyak berfikir "What if?". Kemudian aku jadi risau + takut yang aku tak boleh kawal sehingga aku menangis.
Kadang-kadang aku jadi benci dengan anak dan abang. Aku nak lari jauh-jauh dari diorang. Tapi bila aku sorang-sorang kat office aku selalu risaukan diorang.
Aku cepat nak marah. Semua benda menyebabkan aku jadi kecewa dan nak marah. Aku benci banyak benda sampai sekecik-kecik perkara pon boleh menyebabkan aku nak jadi meradang. Tapi selalunya aku simpan. Belum tahap nak mengamuk lagi.
Aku selalu terjaga tengah malam dan berdebar-debar. Aku rasa itulah malam terakhir aku di muka bumi ini sebagai manusia. Aku rasa aku akan mati pada saat itu.
Aku risau macam-macam perkara. Aku takut aku tak dapat jadi ibu yang baik pada anak aku. Aku rasa aku tak buat secukupnya untuk keluarga aku.
Aku pernah terfikir untuk tidak meneruskan kandungan sekarang. Semua fikiran negatif penuh dalam kepala aku sekarang. Aku takut anak kedua ni akan sama macam abangnya. Aku betul-betul tak sanggup lagi nak menghadapi saat-saat keseorangan di hospital dulu.
Dua tiga hari lepas aku baca balik jurnal masa aku di hospital dulu. Aku banyak mengalami post natal blues. mungkin sebab anak aku lahir tak cukup bulan. Tapi bila aku fikir balik. All those 'blues' never go away. Masih melekat. Masih mengganggu fikiran aku. Kemudian aku terfikir, "Ya Allah, mungkinkah aku mengidap post natal depression?"
I really-really need help. Aku dah google. Aku dah jumpa banyak website. Aku tengah baca. Mungkin boleh membantu.
http://pkmains.mmu.edu.my/artikel/tekanan_wanita_selepas_bersalin.html
http://www.pni.org.uk/index.htm
Peliklah, sekarang aku dah rasa agak lega. AGaknya dengan meluahkan rasa di sini aku jadi sedikit tenang.
No comments:
Post a Comment