Wednesday, January 28, 2009

I'm not happy but at least I'm not sad..

hanya Tuhan yang tahu betapa peritnya hati aku menanggung semua ni.. aku kebalkan hati aku demi insan-insan yang tak bersalah.. jadi aku terpaksa jadi orang yang tiada perasaan..

aku tak gembira.. tapi setidak tidaknya aku tidak lagi sedih.. sakit tu jangan cerita.. memang sakit.. selagi aku oleh tahan.. aku tahankan.. Aku percaya Tuhan Maha Adil.. mungkin hari ni aku menangis.. tapi esok-esok aku ketawa hingga ke syurga..

Wednesday, January 21, 2009

aku tak kuat..

sungguh.. aku tak kuat.. hati aku dah tak larat nak tahan semer kepedihan nih.. aku tatau macam mane nak buat.. hati aku memang dah luka yang masuk kategori sangat susah nak sembuh.. cuma aku tak kuat..

aku tak kuat dan aku takut.. aku tak nak sesiapa yang tak bersalah jadi mangsa dengan keputusan aku.. paling aku takut ialah aku buat keputusan yang salah..

tapi aku betul betul dah tak tahan.. hati aku dah tak kuat nak tahan semua ni.. aku takut aku mati beragan.. macam majnun tunggu laila.. entah..

aku penat.. aku letih.. aku tak nak dah menangis.. aku cuma ingin disayangi macam dulu-dulu..

Tuesday, January 13, 2009

Beza sayang dan cinta

Hari ni aku baru sedar beza antara sayang dan cinta.. kita boleh sayang seseorang tapi tak bercinta dengan dia.. macam sayang mak, adik-adik n anak-anak. kita sayang sangat kat diorang tapi kita tak bercinta dengan diorang.. bila kita bercinta kita akan buat perkara paling bangang sekali tanpa kita sedari janji orang yang kita cintakan kita akan notice kite.. tapi kalau kita sayang orang tu, walaupun orang tu tak balas pon kita tetap sayang dia.. walaupun die tak perasan pon kita, kita tetap sayang dia..

aku sayang sangat kat dia.. walaupun perbuatan and kata-kata aku kadang-kadang menyakitkan hati dia dan hati aku sendiri.. walaupun dia layan aku macam hampas pon aku tetap sayang pada dia.. walaupun aku terasa macam dia dah tak sayang kat aku.. aku tetap sayang dia.. walaupun dia sakitkan hati aku.. walaupun dia lukakan hati aku berkali-kali aku tetap sayangkan dia..

tapi cinta aku rasa makin pudar.. aku tak boleh nak tengok muka dia macam dulu.. aku tak boleh nak tersenyum dengan hati berbunga-bunga bila teringat kat dia.. tapi sayang aku tetap sama.. sikit pon aku tak boleh nak bencikan dia.. berkali-kali aku cakap aku benci.. tapi tak pernah sampai pon dalam hati.. aku sayang sangat-sangat kat dia..

aku tahu aku tak gembirakan hati dia dengan sedih tiap-tiap hari.. tapi hati aku tak tahan.. aku sayang sangat kat dia tapi tergamak dia lukakan hati aku.. aku tak mau diduakan.. aku mahu hanya aku di hati dia.. sama macam aku letak dia seorang dihati aku.. sebab tu aku sayang sangat kat dia.. walaupun dia dah buat macam-macam tapi aku tetap maafkan dia.. aku tetap nak bersama dia.. sebab aku sayang sangat kat dia..

Ya Allah.. kurangkanlah rasa sayang aku ni.. tambahkanlah rasa cinta padaMu.. kerana aku merana dengan cinta manusia ni..

Selamat ulangtahun kelahiran.. untuk diri sendiri

Hari Jumaat lepas aku sambut ulangtahun kelahiran aku yang ke-29. Setahun berlalu.. dan setahun juga aku berendam air mata..

tengah malam aku nyanyi lagu happy birthday untuk diri sendiri sorang sorang sambil tepuk-tepuk bebudak tu tido.. Faris je yang tergolek golek layan aku nyanyi lagu birthday untuk diri sendiri.. Sedih sangat sebab siangnya dia berjanji nak supper dengan aku.. tapi sampai pukol 2 pagi dia tak sampai-sampai. pagi nya pun tiada ucapan selamat untuk aku.. sekurang-kurangnya ada laa pelukan hangat tanda aku dihargai pada hari istimewa aku.. sedih sangat tapi aku tahan dalam hati.. aku tanya kenapa lambat, katanya dia lupa.. LUPA.. how thoughtful..

on the other hands, ramai lagi yang sayang pada aku.. Sawi belanja aku makan tengah hari padahal birthday die yang lepas aku tak wish pon dia.. ramai yang hantar sms kat aku wish birthday kat aku tapi aku lupa masa birthday diorang.. so memang aku sengal laa kan.. layak laa kot DH layan aku macam tu..

aku tak boleh nak kata this year is the worst birthday or best ever sebab due-due aku rasa..