Duhai hati..
Sabarlah dikau..
Tabahlah dikau..
Duhai hati..
hilangkanlah rasa marah.. kerana marah itu ibarat api.. yang hanya membakar diri..
wujudkanlah rasa sabar.. kerana sabar itu ibarat air di pergunungan.. yang menyejukkan diri..
hilangkanlah rasa dendam.. kerana dendam itu ibarat barah.. hanya merosakkan badan..
wujudkanlah rasa maaf.. kerana maaf itu ibarat penawar kepada segala penyakit hati..
Duhai hati..
Sabarlah dikau..
Tabahlah dikau..