Wednesday, September 14, 2005

Banyaknya kerja nak buat.. pendeknya masa..

Aduihhh!! Minggu lepas dan minggu ni aku memang penat. Mental dan fizikal. Macam-macam aktiviti.

3 hb pegi ke Melaka. Saja pergi join annual dinner alumni sekolah. Jumpa senior-senior lama. Aku ingat nak mintak autograf bro eddie putera tapi malu la pulak. Isk. Seronok dapat tengok senior-senior bersembang sakan. Batch aku, aku sorang aje yang pergi. Dah jenuh dikompang tapi takde sape pon yang nak menyahut.

4 hb dari Melaka terus ke Terengganu. Singgah di Pulapol Ayer Hitam N. Sembilan menziarah adik ipar. Sembang punya sembang, 2 jam lebih jugak kami disana. Disebabkan balik kali ni bawak si kecik, banyak kali berhenti rehat dan bancuh susu. Pukul 11 malam baru sampai ke rumah Tok. Memang penat. Tidur langsung tak ingat dunia. Si kecik melalak mintak susu pon dalam sedar tak sedar je bangun bancuh susu. Duduk di kampung kerjanya melepak-lepak sambil menziarah sedare mare abang. Ramai yang nak tengok si kecik tu.

7hb balik semula ke KL. Singgah di Rantau Petronas jumpa ex-housemate. Rindunya. Hubby tanye, "Puas hati?" Aku jawap, "Jadi-jadilaaa.. kalau ikut hati sampai subuh esok pon belum tentu puasnya."

8hb aku lembik. Demam, MC satu hari. Si kecik pulak meragam. Salah sikit menangis. Asyik nak berkepit aje. Serba serbi tak kena. 9hb aku kerja. Kelam kabut jugak di pejabat nak sudahkan kerja. Si kecik makin kuat meragamnya. Malam Sabtu si kecik buat perangai. Selang 2 jam bangun menangis. Bagi susu pon sikit aje yang diminum. Selebihnya merengek nak berkepit.

10hb si kecik dah panas satu badan. Tapi masih gembira-gembira nak main-main. Bawa ke klinik untuk check-up ibu dan anak sekali. Si kecik demam. Doktor bagi ubat demam dan anti biotik. Yang peliknya sampai Ahad tak jugak elok demamnya. Subuh-subuh Isnin, hubby ajak ke HKL. Senang katanya sebab rekod semua ada di HKL. Sanggup dia meredah jam dan menunggu. Jumpa Doktor disuruh ambil darah. Si kecik mengamuk bila nurse cucuk-cucuk dia. Bila di periksa doktor kata ada virus. Buang aje antibiotik. Bagi makan ubat demam dan biarkan badan dia lawan penyakit.

Tok di kampung dah kerisauan. Adik aku dikerah untuk drive melawat cucu. Seronok juga hati aku sebab dapat jumpa mak. Bila dah jumpa dan tengok sendiri keadaan cucu, baru lega. Petang tu jugak mak balik ke kampung semula.

Semalam baru keluar bintik-bintik merah. Aiseh! Kena campak rupanya anak ibu. Nothing much that I could do. Alhamdulillah demamnya dah reda. Tapi memang anak ibu ni rock dan selamba. Dia kurang merengek. Siap boleh main-main. Sembang-sembang lagi. Hari ni aku kena pergi kerja sebab banyak sangat kerja yang menanti. Aku memang tak de hati nak kerja. Tapi cari makan.

Haziq Haikal, cepatlah sembuh sayang.

No comments: