Disember 2007 akan jadi bulan paling sibuk dalam hidup aku. Walaupon tarikh bersalin doktor dah ganjakkan ke hujung bulan Januari, disebabkan pengalaman lalu, Disember aku kena bersedia.
Kunci rumah dah dapat. Elektrik dah sambung. Basuh dan kemas je belum. aku cuma boleh tolong tengok. Nak tolong banyak-banyak, haiyyaaaaa.. bawak perut sendiri pon tak larat.. ni kan pulak nak tolong mencuci rumah..
yehaaa.. rancangan keji dah tersusun rapi.. muahahahhaha... sape lagi aku bleh 'pau' nak hias rumah ni?? sape nak sponsor langsir umah baru sila hantar emel... jasa anda akan dikenang sampai langsir reput.. hahahha
Wednesday, November 21, 2007
Friday, November 16, 2007
Yey!! Hatiku berbunga riaaaa
Wuhuuu!! Yippeee!! Lalaa la alaaaa.. Lelaaa lelaaa lelaaaaa..... aspalelalaaaa..
Hati sangat gumbira berbunga-bunga. Kalaulaa orang boleh nampak bunga-bunga dihati ku ini, mesti orang kata aku tokei kedai bunga.. yehaaa..
smalam balik rumah sendiri.. walaupon gelap dan masih kotor.. aku sukaaa.. laa laa laaa... biarlah kecik dan tak seberapa.. yang penting itu rumah sendiriii..(rumah laki laa tapi.. hahahahha)
sukanya sukanyaaa.. yehaaa

Wednesday, November 07, 2007
Kerinduan Melampau
Dah 10 tahun dia tinggalkan aku. Perpisahan yang pada mulanya aku tidak relakan. Walaupon aku dapat menerima kenyataan yang dia takkan kembali, tapi kerinduan padanya tak pernah padam..
Dalam masa sebulan ni dah 2 kali dia datang dalam mimpi.. dua kali juga aku tersedar sambil berendam air mata.. subuh tadi dia muncul lagi.. macam selalu selalu, aku tersedar sebab teresak-esak sampai tersedak.. nafas jadi sesak dan macam selalu selalu juga sepanjang hari aku akan jadi sebak..
aku taktau apa sebabnya tapi semenjak dua menjak ni aku boleh mimpikan ayah.. selalunya dia tak sempat nak berkata-kata apa-apa.. aku cuma boleh lepaskan rindu dalam mimpi.. aku cuma sempat peluk dia sambil menangis, lepas tu mesti aku terjaga... agaknya ada makna yang tersirat atau sekadar kerinduan yang melampau...
.............
ayah,
kak long rindu sangat pada ayah.. walaupon dah 10 tahun ayah pergi tinggalkan kami, terasa macam baru semalam kami masih bergurau senda.. walaupon kami tak pernah cakap kami sayangkan ayah.. tapi kami sangat-sangat sayangkan ayah..
notes: kenapa aku sebak sangat sekarang nih?? rosaklaa keyboard ni disimbah air mata aku yang macam tak reti-reti nak berenti nii.. aku menaip dengan mata yang banjir.. aiseh.. spek dah banjirr...

Thursday, October 25, 2007
AidilFitri 1428
Salam Aidilfitri buat yang mengenali diri ini.. Harap dimaafkan segala kesilapan yang dilakukan.. Serba ringkas aktiviti aku AidilFitri tahun ini...
Seminggu sebelum raya aku dah balik kampung.. YeyYYyYYY! Ini tahun bermalam raya dengan mak.. tak laa teruk-teruk aku masak sorang-sorang.. boleh buli adik.. hahahaha.. bess bess.. Thank you ah abang yang tercinta..
Sibuk berkemas rumah sebab kak ngah nak nikah raya ke-8.. penat jangan kira.. sampai hari ni penat lagi.. tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar..
Haziq Haikal n Najmi beraya sakan.. 2 minggu tak kena kurung.. seronok bukan main.. Ibu yang penat.. nak kejar kesana kemari.. mujur laman luas..
Pendek kata.. raya tahun ini daku sangat gembire.. walaupon ade laaa perkare-perkara yang menyebabkan makan hati.. tapi fair laa kan.. kita mana boleh dapat semua yang kita nak.. nanti jadi tamak..
Untuk kawan-kawan, sila jemput saya ke rumah terbuka anda.. rumah mertuaku sentiasa terbuka.. datang jee.. Salam raya

Tuesday, September 25, 2007
Dimana Aura positifku ini?
Susah betul nak mencari konsentrasi hari ini. Dalam kepala aku bersarang dengan macam-macam perkara. Nak mencari aura positif supaya aku dapat menarik nafas lega di bulan-bulan akan datang. Tapi dimana aura positif itu menghilang. Perasaan sekarang seperti kegembiraan aku telah disamun. Aku tak suka berperasaan begini. EErrrghhhhhhghhghhgghhhh..
Dimana dia aura positif aku hari ni. Supaya aku dapat menceriakan diri pada hari-hari akan datang...
Serabutnyaaaa.....

Monday, September 17, 2007
Bulan Ramadhan
Ramadhan ke-4 aku sambut sebagai bini orang. Dan ini kali ke-3 aku pregnant masa Ramadhan. Tahun lepas jek single mingle berpuasa. Kali ni kena pose dengan baby dalam perut.
Setakat lima hari puasa, aku masih blom kantoi bangun sahur. Makan dengan berjaya pulak tuh.. Siap ambik pil Obimin dengan penuh dedikasi. Harus gemuk gedempol adik dalam perut. Kan kan kan..
Ramadhan kali ni, aku belum berjaya menginsafkan diri dalam banyak perkara... iskkk

Monday, September 10, 2007
Rukun Nikah dan lain-lain
Rukun Nikah ada lima perkara. Yang pertama Suami, kemudian Isteri, kemudian wali, kemudian saksi dan akhir sekali Akad.
Tapi nak menjaya sesebuah perkahwinan melibatkan berpuluh-puluh rukun. Dari perkara-perkara sebesar rukun nikah sampai laa rukun kenduri kendara. Itu baru rukun, belum masuk bab tatatertib dan adab-adab serta protokol. Banyak sungguh peringkat-peringkatnya yang perlu diikut dan disusun. Pendek kata, kalau tak sabar boleh membawa kepada peringkat gila.
Setelah dipersetujui oleh majlis tertinggi kedua belah pihak maka, akan bernikahlah kak ngah selepas hari raya. Oleh kerana masa suntuk maka sila ganda kuasa duakan peringkat gila tadi. Bukan takat kekalutan dalam persediaan fizikal malahan ketahan mental juga perlu.
Sebagai kak long yang penyayang..(ceeewwwwaaah!!) aku dah menjadi biro pengaduan awam. Sini kena dengar sana kena dengar. Aku la consultant, counselor and coach all in one. Pening kepala dah ni.. mana nak jadi wedding planner, mana nak jadi pendengar masalah dan mana lagi nak memikirkan masalah sendiri.
Takpa takpa.. I can do it.. Yah yah yah!! Akulah SUPER KAK LONG!!!

Wednesday, August 22, 2007
You and me.. 9 years and counting..
Happy Birthday to youuu.. happy birthday to youuu.. happy birthday to my haaaaabiii.. happy birthday to youuuu.. yey yeye yeee!! *clap clap...*
happy 29th birthday to my dearest and loveliest husband.. the best in the world (for me.. not for sharing basis..) tahun depan abang dah TIGA POLOH TAHON.. hahahaha.. dah tuaaaa... daku masih duapuluhan.. uh uh..
Hari ni jugak genap 9 tahun perkenalan secara 4 mata kami.. 9 tahun dating each other.. tapi abg tipu laa kalau kate tak pernah kluar dating dengan orang lain dalam mase 9 tahun ni sebab bi ingat kes x-men.. hehe..
anyway, it's been a wonderful 9 years.. look at we've achieved so far.. 2 and 1/2 anak.. ok laa kan.. tu laa harta paling berharga pon.. nak kata harta lain.. takat keta wera kelabu tuh ade laaa.. hahaha.. papepon.. bi bahagia dalam masa 9 tahun ni.. we've been together through thick and thin.. susah senang bersama.. standard aa marah-marah.. mane ade bumi yang tak ditimpa banjir.. hahahaha..
to my dearest.. i love you so much.. hope you have a wonderful days ahead.. good luck at the new place.. eh.. lupa laa nak congrats abg.. tahniah diatas pertukaran kerja kali ke-6.. hahahaha.. 7 tahun pengalaman kerja di 6 buah company.. great achievement.. so by 40 at least abag musti bleh lompat lagi 10 company.. wuhuuuu.. bi doakan last company yang abg lompat tuh company sendiri.. CEO.. amiiinnn..
to the rest of the world.. i pray for world peace.. amin..
Note: the author has suffered a temporary left brain malfunction.. hence lack of logical thinking ability and led to this non-sensical posting... thank you

Wednesday, July 18, 2007
Perkara pelik pembawaan budak
Aku tak tau mane datang istilah pembawaan budak. Istilah ini digunakan jadi alasan bila perkara-perkara pelik berlaku pada diri mak budak. Sebagai contoh, ini perkara-perkara yang aku selalu mengadu/komplen pada sesiapa yang sudi mendengar atau pura-pura dengar.
1. Muka aku macam kena tembak peluru penabur. Jerawat tumbuh merata-rata tempat. Menggerutu. Tak macam masa mengandung dua abang. Muka bersinar-sinar kegebuan. Takde langsung sinar kelicinan. Bila pegang pipi macam pegang kertas pasir gred kasar. SAkit plak tu..
2. Gatal-gatal satu badan. Aku mandi pakai sabun taaauuuu... siap gosok-gosok lagi.. tapi makin gosok makin rasa gatal. Aku ingat sebab kulit kering. Aku tonyoh losyen. Pon gatal jugak. Makin garu makin sedap. Tau-tau kulit dah lelas dah. Yang tak tahan kalau gatal-gatal menyerang masa dlm bilik meeting. Aiiyoohh.. Cannot tahan maaaa..!!
Nanti laa aku senaraikan lagi.. aku rasa list ni akan panjang kalau aku layan... tak gitu?

Wednesday, July 11, 2007
Minggu-minggu yang memenatkan
Bukan nak mengadu.. cuma 2 minggu awal bulan Julai ini adalah minggu yang memenatkan. Aku rasa bulan Julai ni bulan penuh stress..
1. aku masih alah lagi. muntah dengan jayanya. Kadang-kadang boleh makan. Kadang-kadang aku puasa. Jadi dengan BP yg rendah dan kekurangan Hb, aku selalu nampak black spot especially pagi-pagi. Alhamdulillah aku belum pengsan sesuka hati lagi.
2. minggu lepas ada meeting dengan CEO. jadi aku kena kerja sampai malam. meeting. habis meeting dengan CEO, start business plan 2008.
3. aku tengah bertapa dlm bilik meeting. esok satu hari lagi nak meeting. minggu depan BP08 submission. kepale dah pening-pening dah nih..
terima kasih atas ucapan kalian.. aku memang berharap dapat girl.. tapi kalau rezeki masih boys aku redha sahaja.. janji sehat dan takde cacat cela. itu sahaja..
bila laa mabuk nih nak ilangg.. krem perut muntah..

Thursday, June 21, 2007
Monday, April 23, 2007
Up close and personal
Semenjak dari aku baru kawen sampai laa dah beranak 2, aku selalu dengar cerita yang FIL aku berkawan dengan orang itu dan orang ini. Tapi aku tak pernah jumpa lagi orang itu dan orang ini. Sampailah hari Sabtu lepas..
Aku tengah bersilat dengan Haziq Haikal dalam bilik air. Dengan badan separuh basah dan rambut yg huru hara aku dengar orang bagi salam.. Masa dia masuk, dia senyum dan angguk kepala pada aku yang tengah bersilat lagi nak bagi pakai baju Haziq Haikal. Pakcik ni simple je..(kereta dia baru dan besar) Dia berkemeja dan berseluar slack biasa-biasa. Tapi rambutnya yang mengurai paras bahu itu putih semuanya.. Aku rasa macam aku kenal pakcik ni, tapi siapa?
Diorang sembang gitu-gitu aje mungkin sebab aku dan MIL aku ada.. Offer nak buat air ditolak mesra sebab diorang nak gi menebeng di kedai kopi.. Nak sembang secara intensif agaknya.. Aku pon tak sangka orang macam dia nak datang rumah kitorang yang biasa-biasa aja.. Ye laa.. diakan Uwei hj Shaari..

Monday, April 09, 2007
Here and back again
Macam Bilbo Baggins.. Here and back again. Cuma aku bukannya pergi mengembara. Aku cuma sibuk dengan kehidupan biasa. Bermula dengan meeting dengan top management. Aku kena siapkan presentation slides. Notis 3 hari diberikan. Dalam masa yang sama, anak ke2 demam teruk. Masuk wad pada hari yang sama SVP sales datang ke office. Aku penat sebenarnya sebab sepanjang minggu aku tak tidur menjaga anak dan menyiapkan keje. Jadi takde sebab kenapa aku takut nak attend meeting dengan SVP tu.
Minggu berikutnya aku sibuk dengan persediaan untuk CEO pulak nak datang ke office. Ok. aku dah naik sengal dah nih. Mujur anak-anak dah semakin sehat. Hujung minggu pulak ada event. Jadi aku memang dah betul-betul jammed.
Sekarang aku dah nak masuk mode sibuk melampau lagi. Hopefully by the end of this month, aku boleh ambik cuti panjang. Aku seriously dah nak demam.

Monday, March 05, 2007
walking tall 2007
walk for health
don't let health walk away
Walking Tall is a non-competitive walk and fundraising event aimed at increasing community awareness on women's health. Proceeds will fund health programmes undertaken by the I.S Puvan OBGYN Foundation and the Obstetrical and Gynaecological Society of Malaysia. Whether you are a survivor celebrating life, a son supporting mother, a husband honoring a wife, or simply a concerned friend, you'll be glad to be part of this important cause for women's health. For more details, call 03-6201 3009 or simply show up on the day.
* sunday 11 march '07 * taman tasik titiwangsa * 7.00 a.m. * 3km walk * health check-up * health education & advice * registration fee RM10 * free exclusive t-shirt & wrist band
---------------------------------------
Aku bercadang nak join acara acara amal macam ni.. Jadi kawan-kawan, jom berjalan jalan di tasik titiwangsa. Lepas dah penat jalan-jalan kita naik eyes on malaysia. baru laa world!!.. eeeuuwww.. tarik balik.. barulaa sehat... pehal aku tiru mawi nih..
Thursday, March 01, 2007
Oh Angin.. bawakan daku berita gumbiraaaa
Semalam angin membawakan khabar gembira..
Khabar yang bila akan jadi nyata,
Khabar yang senantiasa dinanti.
wuhuuuu.. kalau la angin tu punya berita betul.. yahuuuu.. Bandung.. here I come!!!

Monday, February 26, 2007
Kepale ting tong.. Emosi tenat.. aarghhhh
Masa-masa yang sangat kritikal sekarang ni. Emosi, fizikal, financial dan macam-macam lagi. Aku rasa macam diserang semput yg tenat. Aku jadi penat. Banyak sebab kenapa aku rasa berat.
1. Rumah mak. *&%$$@ punye mangkok yang bawak lari duit rumah mak. Aku tak halalkan. Kalau aku nih sang gelembai*, dah lame dia jadi batu. Lepas tu aku hanyutkan dia ke laut lepas. Biar sampai tujuh keturunan dia tak dapat cari. Sebab mangkok ni dah bawak lari duit makanya segala financial plan dah kelam kabut. Habis togel dah saving aku nak siapkan rumah mak ni. Aku betul-betul dah penat nak pikir. Nak suruh adik pulak pikir. Tension punya pasal. Aku suruh je kontraktor tu stop dulu construction. Nasib baik mak ada. Sejuk sikit hati.
*Sang Gelembai ni wujud dlm cerita org dulu-dulu. Kerjanya menyumpah orang jadi batu sesaja. Aku pon pelik. Dia makan apa? Kalau ditegur je semua jadi batu. Makan batu gamaknya dia nih..
2. Aku kena makan ubat. Detail ubat tak payah laa aku cerita tapi aku rasa macam ting tong semacam. Pening seeh.. Ditambah dengan loya. Gile ah.. Macam ngandung anak sulung aku rasa. Aku buang jugak laa pil ni.. Sib baik aku dah janji ngan diri sendiri nak try satu bulan sahaja. Sengal kepala aku.
3. Rumah sendiri. Bila laaa boleh pindah ke rumah sendiri ni. Kena tunggu Letter of Consent dari Pemaju la pulak. Entah bila laa pemaju ni nak bagi surat. Aku dah banyak angan-angan Mat Jenin ni. Dah siap Layout untuk Interior Decoration lagi. Aku nak letak singa, gajah, kuda, dubuk tetapi bukan babi. Letak pokok-pokok. Tema rumah aku nanti "Me Jane. You Tarzan".. hahahha.. ok tak? (sawan sedara-mare bila melawat rumah nanti..). Yang penting aku nak duduk dengan family aku sendiri sebelum tension aku jadi kritikal. Aku takut sebab kadang-kadang aku punya sabar jadi sikiiiiiiiiiiiiit sangat dan aku kena istighfar banyaaaaaaaaaaaaak sangat.
4. Hidung anak-anak aku sumbat tak baik-baik. Alahan diorang nih merisaukan aku. Nak tidur malam pon susah bila diorang berlawan dengkur. Aku nak gi mintak rhinocort ngan doktor la ini macam. Kesian diorang. Hidung tersumbat. Aku pon kadang-kadang sumbat jugak.
Dah laa.. nak penatkan fizikal berkerja pulak.. hahahahah

Tuesday, January 09, 2007
27 today!!
I got 3 more years before hitting the big 3.. wuhuuu!!
(Ok. No more mushy mushy teary teary posting.)
Alhamdulillah masih bernyawa dan bernafas lagi sehingga ke hari ini. 27 tahun hidup dimuka bumi. Entah bila nak disimpan dalam bumi. (arrghh.. stop!)
sms pertama dari Hanis (adik bongsu) wish happy birthday dalam kol 12.05 pagi. Heh! Kak Long baru 17 laa dik!! Then dari Yani.. Lepas tuh wish dari hubby. SMS pon baca dah pukol berapa entah. Hek! Aku dah lelap kol 11 malam. Agaknya hubby wish tengah malam pon aku tak sedar.. Ada wish ke bang?
Sebelum naik bas (aku sekarang jadi budak sekolah.. pegi balik naik bas) hubby tercinta bagi hadiah.. wuhuuu.. I love you sayang.. the thoughts that really matter. (kononnya.. muahahahaha).
Ok.. keje belambak sampai aku dah pening report ape utk meeting ape n bila.. untuk sahabatku Ejay.. jangan lah pangkah namaku.. daku sibuk.. huu hu huuu.. nak celebrate birthday pon tak leh...

Subscribe to:
Posts (Atom)