Friday, August 26, 2005

Sunyinya pejabat

Hari ni ramai yang bercuti. Cuti sekolah. Ditambah-tambah lagi dengan yang nak pergi seminar N**ia di Bukit Tinggi tengah hari ni. Hanya ada aku dan sorang lagi member di pejabat ni. Yang lain mana entah menghilangnya. Boss takde, kerja pon kurang jadi aku nak taip cerita panjang-panjang hari ni.

Hari ni hari ke-3 abang di Jeram Besu. Uh uh! Aku rindu.. oooooh aku rindu.. katakan padanya aku rinduuuuu.. laa laa laaa.. semalam memang kronik. aku rasa organ dalaman aku boleh 'koleps' nak menahan kerinduan yang menggunung. Tapi bila aku bangun pagi ni, aku rasa tenang. Mungkin sebab aku bangun lebih awal dari biasa. Mungkin juga sebab organ dalaman aku dah berjaya menahan gunung rindu tu. Hari pertama je yang seksa agaknya. Maklum la jarang berenggang semenjak menikah setahun lalu. Aku rasa bertuah juga sebab jarang-jarang dapat rasa rindu yang sebegini kronik. Dulu-dulu masa bercinta, perghhh!! bagai nak rak rindu-rinduan. Habis guling satu katil sampai tergolek jatuh bersembang di telefon berjam-jam pon tak hilang jugak kerinduan. Bila dah kawen, perasaan kronik tu dah hilang. Ni baru nak rasa balik.

Abang tentu tengah menikmati keindahan alam hutan rimba bertemankan nyanyian unggas-unggas hutan. Aku dengki. Aku nak jugak gi camping. Dulu masa aku belajar, boleh kata tiap-tiap tahun aku akan join aktiviti yang melibatkan hutan ni. Walaupon aku tak se'extreme' bebudak OutRect Club (sorang member aku ni rajin sangat panjat gunung, masuk hutan, redah sungai sampai aku gelarkan dia Orang Utan. Kalau tak masuk hutan dalam dua tiga bulan, tapak kaki dia boleh kebas-kebas.. agaknyalaa). Kalau ikutkan aku ni jenis yang lemau. Cuma pandai berlakon tough jek. heh!

Aku nak cerita pengalaman aku bercamping. Cerita ini mengandungi unsur-unsur riak dan bangga diri yang tidak keterlaluan.

Masa aku sekolah rendah, cikgu pengakap sekolah aku yang suruh aku join pengakap. Sebabnya, masa aku darjah 4 aku ngan bebudak kelas aku dengan sukarela buat dikir barat masa Hari Guru. Macam hadiah surprise masa perhimpunan sekolah. Satu sekolah terkejut tengok aku nyanyi gelek-gelek sakan. Cikgu tu suruh join pengakap semata-mata nak menang malam persembahan. Dan disebabkan aku memang comel + pandai belakon + pandai nyanyi maka memang sekolah aku menang besar pada Malam persembahan Jambori Pengakap Daerah. Itulah kali pertama aku pegi camping. Walaupon kat padang sekolah je. Lepas tu jangan cerita, asal ada Jambori je aku akan join. Sampai mak ngan ayah aku risau sebab anak dia yang sweet sweet brown ni dah jadi well done. Pendek kata sekolah satu Daerah S**ak B*r**m tu dah jenuh aku redah. Oh ye. Lagi satu kenapa cikgu suka suruh aku ikut camping ialah sebab aku dah pandai masak. Orang kampung beb! Pertandingan masak tu dalam tangan sekolah aku jek. Aku ingat menu kemenangan sekolah aku masa aku darjah 5. Ikan kembung masak sambal dengan sayur labu masak lemak. Ada sambal belacan lagi ngan ulam kacang botol yang kitorang pau dari rumah makcik sebelah camping site lagi. Kitorang mintak bukan curi.

Masa aku sekolah menengah aku tak join Pengakap. Aku join Puteri Islam. Kawan aku yang ajak sebab dia kate aku kekurangan sifat kewanitaan. Lagipon aku malas nak beli uniform Pengakap baru. Masa aku Form 4 berlaku rombakan. Puteri Islam ramai sangat ahli, jadi aku dengan penuh perasan suara aku sedap aku join persatuan Choir. Masa aku form 4 memang aku sekali lagi tak lekat kat sekolah. Banyak aktiviti aku join. Tapi semuanya pertandingan kuiz. Satu-satunya acara camping yang persatuan aku join masa sekolah aku buat Jambori besar-besaran untuk semua pasukan unit beruniform di sekolah. Team kitorang punya uniform: kemeja putih, kain merah menyala ngan scarf merah menyala ikat kat kolar macam tie. Bebudak Pengakap, PKBM n lain-lain gelak-gelak kat kitorang. Apa ingat kitorang cheerleaders ke apa? Ingat pompuan takleh lawan diorang ke? Yang bestnya team kitorang tu semua budak pompuan satu batch. Hehehe.. memang geng!

Team kitorang menang pertandingan kebersihan khemah. Pertandingan masak tu tak payah cerita laaa. Memang dlm tangan. Aku sebagai quater master yang terer memasak mane boleh kalah. Cikgu bagi macam-macam bahan mentah. Lauk utama ayam. Tergolek sekor-sekor. Pandai-pandai korang laa nak kerat macam mane. Kitorang punye menu, kari ayam n ayam goreng special. Sayur aku dah lupa. Tapi kawan-kawan aku memang hebat-hebat. Sorang pegi kerat-kerat daun pisang kat belakang khemah jadi hiasan. Sudip nasi kawan aku buat dari buluh yang dikerat n raut bagus-bagus. Kitorang sapu bersih semua kategori. Hiasan dan rasa. Cikgu team kitorang kate team lain semua hidang ayam goreng. Kitorang je ade gulai. Ramai jugak cikgu-cikgu pakat tumpang gulai ayam kitorang. Sorang cikgu siap mintak resipi kat aku. Kembang kempis hidung aku.

Selebihnya aku join kem motivasi. Pengalaman yang paling bess masa aku ikut Program Tunas Samudera. Aku belayar naik kapal layar KLD Tunas Samudera dari Lumut ke Langkawi. Memang tak boleh dilupakan. Terima kasih Cikgu Nordin sebab pilih saya. Jasamu ku kenang. Dia mengajar subjek Pen. Seni yang memang aku keras (selalu cukup-cukup makan.. takde bakat). Aku belayar selama 10 hari. Cerita belayar ni di entry yg lain. Tapi yang pentingnya masa aku balik sekolah selepas pelayaran, kawan-kawan aku selalu buat lawak. Sebab aku bukan takat well done tapi dah masuk kategori hangus! Seronoknya masa Form 4 dulu.

Habis SPM, masuk universiti aku ingat aku tak nak lagi aktif. Nak tumpukan perhatian pada study aje. Berangan! Semuanya bermula dengan ajakan kawan. Aku join Peers Group. Lepas tu aku join Silat Cekak Ust. Hanafi. The best years of my life. Aku dapat berjalan rata. Tetiap tahun aku pergi camping n team building. Camping kat kaki Gunung Ledang untuk Per. Silat masa aku first year paling mencabar. Habis lebam-lebam satu badan jatuh-jatuh langgar batu. Aku rasa paling lawak sekali masa night walking. Kena jalan sorang-sorang dalam gelap dalam hutan balik ke camp site. Masa beramai-ramai tengah bace doa aku boleh terlelap. Sedar-sedar nama kena panggil suruh aku jalan balik ke camp site. Aku ingat diorang follow. Tapi rupenye kena jalan sorang-sorang. Takutnya macam nak lari balik rumah masa tu jugak. Fasi memang sengaje nak sergah-sergah. Nasib la, aku tengah mamai so aku bo layan jek. Kawan aku sorang ni memang kelas! Die pergi bersilat dengan fasi yang sememangnya jurulatih kitorang. Terperanjat. Esoknya semua pakat gelak gelak bile fasi cerita. Habis buah silat ape ntah yg die keluarkan.

Walaupon aku suka aktiviti luar, aku paling tak suke PACAT. Aku geli sesangat. Masa ikut program Orienteering (err.. bace map n kompas tuh) kat Sungai Congkak, group kitorang tersesat sebab mamat yang pegang kompas tu tak cerita tangan die ada titanium. Tersesat sampai kubang babi. Aiseh.. pacat jangan cerite. Kenduri besar. Aku sebab takut sangat, penuhkan kocek aku dengan garam. Aku dah secure segale lubang-lubang seketat-ketat yang mungkin. Tapi pacat tuh sikit punya pandai. Dia usaha jugak panjat seluar aku sampai ke perut. Aku punya jeritan satu Sg. Congkak boleh dengar agaknya. Kawan aku yang kena gigit sampai dekat 10 ekor rileks jek. Aku kena sekor je menjerit macam nak mati.

Satu perkara aku belajar dari pengalaman-pengalaman ni. You yourself is the limit. Kadang-kadang aku rasa macam nak putus asa bila kena cabaran yang aku rasa susah. Tapi bila kita kuatkan semangat,percaya dengan diri kita, memang kita boleh melakukan apa saja. Pendek kata nothing is impossible. Semuanya dalam kepala. Orang tua-tua kata, "Hendak seribu daya. Tak hendak seribu dalih".

Cuma kalau dengan pacat, memang aku tak boleh. Geli sampai ke tulang sumsum. eeeuuwwww.. fikir pasal pacat pon anak rambut dah tegak.

Thursday, August 25, 2005

Lamanya tak update

Selamat cuti sekolah. Memandangkan anak baru umur 7 bulan, jadi aku tak boleh nak mengada-ngada mintak cuti. kena bagi peluang pada boss yang ada anak sekolah.Takpe. lepas cuti sekolah aku bercuti panjang. Yahooooo dot com!!

Semalam abang pegi team building di Jeram Besu. Tinggal lah daku anak beranak di rumah. Nasib baik ade adik-adik yang duduk sekali dengan aku. Kalau tak mau mati kutu aku dibuatnya. Aku pergi balik kerja masih macam mem besar. Berhantar dan berambik. Hehehe. Ape nak buat. Ini puteri pucuk kelompang sedang berbadan dua. Sang putera tak membenarkan puterinya ini menaiki kude-kude awam. Takut pitam ditengah jalan. Lemau seh!!

Ini kali pertama aku ditinggalkan abang disebabkan kerja. Selalunya aku yang tinggalkan abang bila aku balik kampung sorang-sorang. Huu huu huu.. Sedih woo.. Macam nak nangis dibuatnya. Aiseh! Macam mane dah boleh tak reti tidur sorang-sorang ni. Aku ingatkan bila abang takde aku boleh bergembire tidur dengan lena tanpa gangguan. rupanya payah pulak mata nak lelap. Abang tinggalkan baju kepam dia. konon-konon buat bekal jangan bagi anak demam rindu. Heh! Mak dia yang kepit. Baru boleh lena. Cepatla balik abang!!

Sebut pasal demam. Aku kagum dan bersyukur pada Tuhan. Si kecik tu dah pandai bergolek-golek dan mulut pon dah macam bertih goreng. Memang seronok main. Sekarang ni tengah angkat-angkat punggung tinggi-tinggi. Yang menjadi kepelikkan dan kekaguman aku ialah dia langsung tak demam. Alhamdulillah, kurang laa sikit risau aku. Tapi tertanya-tanya jugak. Anak kawan-kawan aku semuanya asyik demam-demam. Si kecik tu jangan kate demam, kalau batuk pon batuk gatal. Hari Ahad n Isnin lepas aku kena demam selsema. Tapi dia boleh lepak jek. Memang la aku kurangkan bersentuhan dengan dia, tapi aik? takkan satu bersin pon tak kena? Walau bagaimanapun, aku bersyukur. Pelik pon pelik lah. Agaknya budak tak cukup bulan ni memang macam tu ke?

Ok.. time to go back!! Miss my son n hubby so much.

Friday, August 05, 2005

Rasa best dan rasa lemau

Aku tak tau bestnya jadi ibu. Sejak enam bulan yang lalu aku dah rasa macam-macam perasaan semenjak bergelar ibu. Ada gembira, ada sabar, ada geram tapi yang paling banyak penat.

Walau pon aku penat, tapi aku rasa sangat-sangat berbaloi. Hanya aku yang rasa macam mana bestnya perasaan bila tengok muka anak yang disayangi senyum pada kita masa kita baru sampai ke rumah. Hanya aku yang rasa betapa bestnya anak minta peluk sebelum tidur. Bestnya bestnya. Aku rasa segala isi dalam dunia tak boleh nak dibandingkan dengan perasaan gembira aku bila dapat mengadap muka anak. Aku cukup kagum dengan bayi yang sekecil itu pandai menyayangi insan bergelar ibu dan abahnya.

Malam tadi Haziq Haikal menangis bila aku membelakangkan dia. Nak tidur sambil orang mengadap dia. Padahal ibu dia tak tengok pon dia tidur. Ibu dah lama lena agaknya baru dia tidur. Pagi ni Haziq Haikal kejutkan ibunya. Dia pegang muka ibu sambil tegur. Aaaahhhh.. bestnya.

Aku akan rasa best berganda tahun depan. Hehehe.. Tapi sementara nak best tuh aku kena tahan segala rasa lemau yang bertandang. Tadi ak udah terlelap kat meja. Dengan sekelip mata aku dah terlentok ke meja. Tertidur. Lemau! Aku cuma berharap kandungan ini dapat bertahan sampai ke akhirnya. Kalau boleh jangan la macam Haziq Haikal yang tak sabar-sabar nak keluar.

Aku rasa dunia aku sebenarnya best. tapi kenapa aku rasa lemau.

Thursday, August 04, 2005

Entry lama-lama

Aku baca balik blog lama aku. Lainnya gaya penulisan. Mungkin cara pemikiran dah berbeza.

Ayat aku dulu pendek-pendek tapi pedas pedas belaka. Penuh dengan unsur-unsur bengong. Hahahaha!. Penuh perasaan gitu.

Aku nak kembali macam dulu.

Hmmm...

Semenjak dua menjak ni orang di sekeliling aku asyik bercerita pasal poligami. Kes paling haru ialah isteri simbah cuka getah di muka dan dada suami gara-gara suami nak kahwin lagi. Itu pon sang suami masih nak teruskan niat menikah lagi satu. Si suami tu patut bersyukur kerana isteri masih sayangkan dia. Cuba bayangkan kalau si isteri dah menyampah dan benci tahap dewa. Kalau aku (aku bilang KALAU) bukanlah dada dan muka jadi sasaran. Aku curah pada 'anu'nya biar kecut. Baru puas hati beb! Kata orang alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Masuk penjara pon puas hati beb! (Itu KALAU)

Tak! Aku bukan anti poligami. Hukum Tuham mana boleh lawan. Cuma perlaksanaan tu yang selalu jadi pertikaian. Macam MB Kelantan bagi nasihat. Nak poligami kenalah jantan dan pandai pujuk isteri. Ni dah la tak pandai pujuk, dengan dayusnya mentangankan pulak isteri.

Dalam Yahoogroup alumni pon sibuk cerita benda yang sama. Sorang senior perempuan pernah tanya kawan sekerja dia kenapa lelaki nak kahwin lagi satu. Ustaz tu jawab, macam kita minum air teh hari-hari. sekali sekala teringin juga nak minum air lain. Ceewah!! Senior aku bagi balik. Teh pon kita boleh pelbagaikan apa. Hari ni minum teh halia, esok teh O, luse teh tarik, tulat teh ais limau dan macam-macam cara lagi. Pendek kata berbalik kepada individu tu sendiri.

Orang tua-tua kata, jangan bercakap besar takut kena atas kepala kita sendiri. Jadi bukan aku nak 'kondem' sesiapa yang berpoligami. Cuma pada aku, kalau nak ikut sunnah Nabi, jangan main ikut sekerat-sekerat. "Ikut sunnah nabi poligami ni". Ceeewaaah!! Ambik sekerat je. Segala terma dan syarat poligami yang Nabi amalkan tak nak pulak diikut.

Orang yang paling rapat dengan aku pon hampir dimadukan. Nak kahwin di Siam lagi. Nasib ahli keluarga sempat menghalang. Pada aku lelaki tu memang tak boleh pakai punya jenis. Sampai sekarang sikit pon aku tak percaya kat lelaki tu. Satu auns pon tak sampai.

Ye! Ye! Belum kena atas batang hidung boleh laa bercakap. Bukan! Aku ulang bukan niat nak kata kat sesapa. Cuma aku rasa macam nak luku je kepala lelaki yang kena simbah asid dek bini dia tu. Kalau laa ada sikit rasa tanggungjawab, kebijaksanaan dan kesabaran, banyak jiwa yang tak menderita.

Erghhh.. Aku rasa loya.

Wednesday, August 03, 2005

Cerita mabuk

Aduiih.. Tak tahan lagiiiiii..

Pening aku macam air laut. Ada pasang surut. Selera makan pon sama. Kadang-kadang ada, kadang-kadang takde. Paling best bila ada, lepas tu keluarkan balik. Errggh..

Lagi lemah badan dibuatnya. Minggu lepas aku dapat MC 2 hari. Badan dah nak kering. BP dah rendah sangat. Patutla aku rasa lantai rumah macam berlubang-lubang dan tak rata. Bukan salah lantai tapi salah kepala aku. Darah kurang sampai ke kepala.

Pagi tadi aku lapar sangat, jadi aku beli nasi lemak. Sambil baca surat khabar aku makan. Sikit pon aku tak tengok apa yang masuk dalam mulut. Main telan aje. Alhamdulillah, kenyang juga aku pagi ni. Tapi akibatnya tengah hari ni aku tak lalu nak makan. Tekak aku dah kembang kempis. Perut macam ada tsunami. Aku tak tahan lagi. Telan air masak banyak-banyak. Tak nak bagi nasi lemak keluar balik.

Oh ye!. Hari ni hari jadi kak ngah, adik aku. Selamat hari jadi!! la laa laa. Aku nak ajak dia keluar makan-makan.

22 hb ni, hari jadi hubby tercinte.. laa laa laaa