Wednesday, December 20, 2006
Tak tau nak letak tajuk apa..
..........................................................
Namanya Alin. Mak kata ayahnya yang pangggil dia Alin. Ayah Alin nak anak perempuannya penuh kelembutan dan keayuan. Sebab Lin tuh maksudnya lembut. Tapi ayah Alin dah lama meninggal. Dalam hidup alin cuma ada mak dan Arun. Harun nama penuhnya tapi alin lebih suka panggil Arun. Dari kecil sampai sekarang Alin panggil Arun bukan Harun. Aruah nenek Arun pon sama. Arun pon panggil diri sendiri Arun.
Alin dan Arun membesar sama-sama. Rumah nenek Arun dekat dengan rumah Alin. Nenek Arun jual kuih. Mak Alin pula kerja di pejabat. Bukan. Mak Alin bukan pegawai eksekutif di pejabat. Mak Alin cuma kerja jadi "cleaner". Pagi-pagi mak Alin dah keluar. Pukol 4.30 petang baru mak Alin balik. Jadi bila mak Alin pergi pejabat, Alin duduk rumah nenek Arun. Arun lagi tua dari Alin. Arun macam abang pada Alin. Alin tiada adik beradik lain. Arun pon sama. Mereka cuma ada "each other".
Alin tak pernah ada kawan. Alin pernah tanya Mak kenapa budak-budak sebaya Alin tak mau berkawan dengan Alin. Mak cuma senyum sambil cuba sembunyikan air mata. Jadi, Alin cuma berkawan dengan Arun. Cuma Arun seorang yang mahu berkawan dengan Alin. Bila Arun balik sekolah, Arun ajak Alin main buai. Ajak Alin jalan-jalan. Alin pelik sebab semua orang pandang Alin dengan muka sedih masa Arun ajak Alin jalan-jalan.
Alin masih ingat masa Alin ikut Arun hantar kuih Nenek ke kedai. Ada budak ejek-ejek Alin. Ada budak baling-baling batu pada Alin. Alin sedih. Alin nangis kuat-kuat bila batu kena badan Alin. Tapi Arun ada. Arun lindung Alin dari kena batu. Kemudian Arun hambat budak-budak yang baling batu pada Alin. Arun tunjuk penumbuk Arun. Arun suruh Alin bagitau Arun kalau ada budak-budak lain kacau Alin. Arun kata dia akan jaga Alin sampai bila-bila. Arun pujuk Alin jangan menangis. Alin angguk-angguk sambil tahan esak yang berbaki. Malam tu bila Alin cerita pada Mak, mak nangis sungguh-sungguh sambil peluk Alin. Alin keliru lagi.
Thursday, December 14, 2006
Menu Dewan Makan
1. Ikan jaket
Ikan cencaru aka ikan jaket ialah ikan favourite dewan makan. Variasi masakan ikan jaket ni ada beberapa jenis.- Ikan jaket kuah pindang. Bayangkan ikan yg separe pucat berenang-renang dalam kuah yang pucat jernih. Rasa masam masin yang bersilih ganti.
- Ikan jaket goreng keras. Kepada peminat Star Wars, bolehla gunakan ikan jaket ni sebagai Light saber. Boleh mendatangkan cedera parah kepada pemakan yg gelojoh.
- Ikan jaket masak kicap. Gabungan ikan jaket goreng keras dan kuah kicap.
2. Kacang panjang. Selalunya kacang panjang ni dimasak dengan minyak. Ke minyak dimasak dengan kacang panjang? Ahhh.. yang pentingnya kacang panjang tu mesti berminyak-minyak.. Konpius aku..
3. Daging ayam. Lauk yang ditunggu-tunggu semua orang kecuali aku. Aku ada pengalaman ngeri ngan ayam dewan makan. So aku cuma makan ayam goreng sahaja. So bila ayam masak lemak ke, ayam masak kuah apentah atau ape-ape saje jenis kuah, Nyot and Ejay awal2 lagi dah booking nak duduk sebelah aku. Aku confirm tak makan ayam tu. Sila la kan laaa..
4. Daging. Aku boleh tolerate dengan daging. So masak kari ke, asam pedas ke, aku belasah je.
5. Sarapan. Menu sarapan tak banyak sangat variasi. Antaranya
- Beehoon goreng. Kadang-kadang ok tapi selalunya KO. Keras kejung. Masin dan tersangat pedas. Cara nak bagi boleh dimakan, curah air teh o yang panas menggelegak dan manis dalam meehoon goreng. Baru boleh makan. Bess jugak kadang-kadang beehon goreng teh o kitorang.. haha.. buruk lantaknya aku..
- nasik lemak dan telur rebus. Ok laa pada tekak aku. Tapi sambal dia.. peerghh.. lekang telinga. Pedassss
- roti dengan telur hancur bersambal. Nih menu favourite. Memang berebut laa sebab sedap.
- roti ngn marjerin simen. marjerin pada 4 keping roti boleh buat sebijik kek. Banyaaaak sangat bertepek.
- Nasik goreng kacang panjang. Bertabur kacang panjang dalam tu. Mesti berminyak dan pedas.
6. Minum pagi/ minum malam: Minum pagi selalunya ada kuih yang best macam karipap, popia, kueh bom. Tapi kuehnya kecik-kecik. Boleh pegi makan masa waktu rehat. Cuma orang yang rajin macam aku je pegi dewan makan masa rehat. Waktu malam lepas balik prep selalunya ada biskut dan milo. Cuma kadang-kadang ada bubur kacang.
7. Minuman wajib Teh O. Panasnya menggelegak. Boleh bocor tekak. Kadang-kadang Air WAHI (macam Milo laa). Kadang-kadang kopi susu. Tengah hari aku lupa air apa. Teh O jugak ke? atau ada sirap.. Ejay tolong aku..
Menu special/Makan special masa hari Sabtu malam Ahad. Kami ada High Table. Bermakna kena makan guna fork and spoon. Menu pon special, nasi minyak selalunya. Buah epal dan ais krim. Masa ni aku sebagai AJK Dewan Makan memang penat sebab kena hidang, tapi best sebab dapat extra ais krim. wuhuuu.. Oh ya.. bila pakai fork and spoon nak mengoyakkan ayam goreng yg keras kejung, peristiwa ayam terbang selalu berlaku. Muahahaha..
Oh ya.. lupa pulak, buah-buahan mesti ada. Pisang, staaaaarfruit (ade sorang cikgu yg sebut starfruit dengan menekankan perkataan STAR), pisang, limau, pisang dan epal. Hahaha.. perasan tak berapa banyak pisang disebut.
Masa form 1 aku memang buruk lantak. Aku belasah je tak kira rupa dan rasa. Tapi lepas kejadian ayam ngeri tu, aku terus pilih makan. Kembang seh tekak. Cuba korang bayangkan masa tengah sedap-sedap melayan kuah masak merah. Tak nak membazir jadi kuah yang melekat di serai pon korang hisap. Tapi masalahnya bukan serai tapi bulu ayam.. kembang weeeeii tekak. Sheesh!
Aku kena berterima kasih dengan dewan makan. Sebab menu dewan makan la aku berjaya maintain body macam ni.. I love you lah dewan makan..
Friday, December 08, 2006
Lain ulu, lain parang. Lain dulu, lain sekarang
Dulu nak pergi mana-mana aku cuma mintak izin mak aje. Bungkus2 lebih kurang, jalan! Nasib baik aku takde kereta dan tak pandai memandu kereta. Kalau tak semedang je la aku nih berjalan-jalan. Dah dapat kerja pon, boss suruh pergi jalan-jalan. Sarawak, Kedah, Kelantan. cuma boss tak pernah pulak suruh gi kerja kat Alaska, Amerika.. dan negara-negara selain negara Malaysia.."Malaysiaaaa oh Tanahairkuu.. "
Anyway.. semenjak dah beranak nih.. tak pernah lagi aku kerja yg meninggalkan anak.. Eh? Bukan hari-hari pergi kerja tinggal anak ke? Maksud aku terpaksa tinggalkan anak berhari-hari. Malam ni and malam esok aku tidur sorang tanpa anak-anak dan suami. Kena tinggal ngan suami dah biase.. (mase abg pergi Penang.. Motolola.. remember??) Cuma aku je yg tak pernah tinggalkan anak lama-lama. Aduih.. pedih beb..
Tak boleh langsung teringat.. ni nak gi nangis laa kejap lagi ni.. huu huu huuu..
Monday, December 04, 2006
10 things I love being in Mozac
When I got the offer letter, I was huh? Blur semacam. Melaka? Uh uh! Hujung dunia mana tu? I remember Cikgu Dollah telling me.. "Sekolah tu atas bukit. Dekat Ayer Keroh. Bagus sekolah tu.. bla bla bla.. while I'm still trying to figure where on earth is Melaka? Aku pernah ke Johor sebab Pak Ngah di Johor. Tapi Melaka? Seumur hidup aku, aku cuma tau boarding school ade satu je. SMS Teluk Intan sebab every time aku balik kampung memang aku nampak sekolah tu.
Mula-mula aku memang menyampah dengan sekolah tu.. tapi sekarang aku sayang sangat-sangat. Antara sebabnya..
1. Cikgu Dollah memang tak menipu bila dia kata sekolah tu atas bukit. Tapi dia lupa nak cerita berapa tinggi bukit tu. Aku ingat macam anak bukit atau tinggi setakat dua tiga meter dari paras laut. Sekali bila sampai, mak aaaaiii.. aku rasa macam dekat seribu meter dari aras laut (ok.. melampau sangat bunyinya.. tapi memang tinggi). Seluruh keluarga aku, mak ayah adik-adik, tok, pakcik makcik dan sepupu yg menghantar aku kekaguman. Dah la masa pagi aku mendaftar tu baru lepas hujan. Jadi suasana atas bukit tu sungguh nyaman dipenuhi kabus ala-ala berada di pusat peranginan. Masa minggu orientasi, kami (junior form one) kena mengira tangga yang ada. Aku dah ingat-ingat lupa tapi yg pentingnya, dari pondok guard sampai ke atas dekat blok A, ada dalam 200 anak tangga. Anak tangga dia ada yang lebar-lebar dan ada yang curam. Kalau sama size aku rasa kalah anak tangga Batu Caves.
2. Kera/monyet/beruk sangat ramai dan agresif sekali. I remember one of them kudung. Jahatnyeeee.. selambe monyet jek die curi pisang tepi kantin.. Sampai sekarang nenek aku dok teringat lagi monyet kudung tu. Tak pernah pulak aku tanya camne die boleh kudung. Aku rasa si kudung ni (SK) kepala monyet (macam DON monyet laa) kat atas bukit tu.Garangnya mak datok.. sumpah aku memang kecut perut bila SK ni bawak anak buah die gi makan nasik kat tempat kitorang buang sisa nasik kat dining hall. Aku ingat lagi ade sorang senior aku, kak Suhaila (bukan nama sebenar) yg memang otai habis.. Satu petang bila SK ni ngan anak-anak buah die menyerang hostel (korang akan tau bila dengar jeritan-jeritan yaring monyeeeeeeeeeeeeettttttttttt!!") Kak Suhaila ni dengan selambanya ambik gayung ketuk-ketuk kepala SK ni berkali-kali. Gile kecut perut aku tengok betape brutalnya kak Suhaila itu. Kalau nak cerita pasal monyet ni, aku kena dedicate satu entry khas untuk SK dan anak buah dia. Aku ngan dorm mate siap kena basuh dorm masa SPM lepas monyet-monyet nih buat wild party masa kitorang tengah exam..
3. Krisis air yang tak pernah berkesudahan. Aku tak tau sekarang macam mana keadaannya. Mungkin RMK9 ni, kerajaan bagi peruntukan untuk beli pam air baru atau PAM (Perbadanan Air Melaka) dah menukar paip lama bagi meningkatkan kualiti air (hahahaha..eh? apesal aku gelak?). Aku masuk Mozac pada tahun 1993. Krisis air baru pulih (kononnya..) Tapi boleh dikatakan tiap-tiap hari kena turun bukit (aku dah bagitau bukit tu tinggi kan?) dan mandi dekat rumah pam sambil mengambil risiko untuk disekodeng budak putera. Ramai yang ambik inisiatif bunuh diri dengan mengangkat air dari bawah keatas. Angkat satu baldi, tapi bila sampai cuma tinggal suku. Masa ni la ramai senior lelaki menjual minyak dengan menawarkan diri menjadi balaci mengangkat air air sambil mengayat bakal-bakal adik angkat atau yang dah ada adik angkat mengambil peluang untuk berdating. Aku yg takde abang angkat terpaksa la angkat air sendiri. Nasib baik mak dah latih aku angkat kat rumah.
4. Outing yang menyemputkan dada. Sebab apa semput dada? Baca No 1. Cuma bila aku join outing dengan parents kawan-kawan je baru tak semput dada. Kadang-kadang ada juga parents yg baik hati tumpangkan kami naik atas bila tengok termengah mengah panjat jalan kaki ikut jalan yg berliku-liku sebab tak nak naik tangga. Aku jarang outing masa form 1 - form 3. Bila aku dah masuk form 4 (bila aku dah tumbuh tanduk instead of tocang) aku memang suka outing.. saja jalan-jalan sampai aku hilang IC.
5. Cuaca sejuk dan nyaman. Baca No 1 kalau lupa. Tak tipu punya. Kami kena tipu hidup-hidup dengan senior masa minggu orientasi bila senior kata sekolah ni ada 4 musim dan masa kitorang baru sampai tu musim sejuk. Mati-mati aku percaya sebab masa aku daftar tu aku rasa aku nampak salji turun (ape kebodohnya.. padehal kabus jek.. bila belajar geografi baru aku tau aku dah kena tipu.. rase gila bangang..hahaha). Aku dah lupa sapa yang goreng kitorang masa tu.. tapi yang aku tau.. tu kengkawan abg bai aka atok punye keje laa tu..
6. Nak mandi kena booking bilik air pakai towel. Lepas tu lepak ngan muke poyo depan tu sambil menyumpah seranah orang yg bertapa kat dalam tu. Nak tau turn nombor berape senang je, kalau ada satu towel maknanya org kat dlm tu punya, so ko punyer towel automatik akan jadi org no 2. Tak payah terkejut laa kalau masa tengah mandi tiba-tiba orang gi sidai towel pastu siap boleh adjust-adjust towel.. Nak ngelat? ko letak la towel ko awal-awal sebelum tidur siap ngan baldi air (baldi air dah ade isi penuh laa.. sebabnya? refer no 3). Kalau taknak susah-susah, ko bangun awal (macam aku ngan bestfren aku..) mandi kol 5.30 pagi.. pastuh siap-siap pakai baju sekolah.. pastuh tido balik.. hahahahaha.. senang kan? Sebab yang ni jugak menyebabkan aku pandai mandi express dan boleh membersihkan diri dengan sebaldi sedang air sahaje.. terer eh? (Eh! ni hanya untuk budak puteri jek.. budak putera aku tak nak tau.. entah diorag mandi ke tak?
7. Alternatif bagi permasalahan no 6 ialah kolah air. Baldi yang penuh berisi air pon ambil dari kolah ni la. So sesiapa yang berkulit tebal atau bila aku tidor terbabas, aku memang mandi kat kolah ala-ala Sofia Jane dalam filem Perempuan dan dot dot.. (tak payah describe la kan..) Kalau weekend memang laa aktiviti membasuh dilakukan disini.. Siap ada sesi cuci-mencuci rambut. Amoi sorang ni ajar camner cuci rambut cara salon sebab makcik dia ada salon. Memang seronok..
8. Lepak tepi lereng masa riadah.. Masa riadah adalah wajib kecuali yang ada kelas mengaji. Suka hati korang la nak bersukan ke, nak berlepakkan ke. Macam aku dengan kawan-kawan kami ada sesi menternak badan. Cuma aku je yang tak berjaya-jaya nak menternak badan sampai laa sekarang. Jangan marah aaa ejaay.. Port paling nyaman sekali kat tepi lereng belakang blok A. memang bahaya sebenarnya tapi tu laa tempat paling best sekali. Berebut-rebut nak lepak kat situ. Pemandangannya memang superb!. Orang yang lalu lalang kat jalan raya sebenarnya boleh nampak bebudak bertenggek tepi lereng tu. Makan-makan sambil duduk juntai-juntai kaki.. Nikmatnyaaaa..
9. Masa prep. Hari-hari duduk dalam kelas. Weng je rase. Ada 3 masa prep. Pagi.. 6.30 - 7.10 pagi.., petang dari 2.30 petang - 4.30 petang. Prep malam mula kol 8.00 sampai kol 10.30. Prep pagi ni diperkenalkan oleh arwah Ayahanda Ramli (pengetua masa aku masuk form 1, bersara masa aku form 3 dan meninggal masa aku form 5). Aku ingat normal ada prep subuh ni.. Rupanya kat Mozac je ada prep subuh. Tapi aku respect ngan Arwah. Masa sarapan sebelum prep subuh ni Arwah selalu datang dan sarapan sama-sama di dining hall.. Pernah sekali masa dining hall lewat siapkan sarapan (kesian kat makcik n pakcik yg kerja kat dining hall kitorang.. kol 4 dah kena masak) arwah halau kitorang lepas perhimpunan pagi untuk pergi sarapan. wuh huuu.. escape perhimpunan. Balik pada prep.. Hari Sabtu prep pagi bermula jam 10 pagi lepas Dorm inspection (nanti aku cerita lain kali) sampai kol 12.30. Lepas tu outing.. Sabtu malam Ahad, masa berlibur. Suka hati laa nak buat apa. Biasanya tengok tv laa.. Pagi Ahad ada kelas membaca.. ape tujuan kelas membaca ni pon aku tak tau.. Eh.. melalut plak.. Tapi masa prep ni sepatutnya digunakan untuk buat revision.. tapi kawan-kawan aku ada banyak aktiviti lain masa prep ni.. nanti aku cerita benda-benda hilang akal yg kawan-kawan aku buat.. (aku tak buat sebab aku nerd) hehehehe..
10. Kawan-kawan. Di sini aku berjumpa dengan manusia-manusia bergelar kawan yang aku rasa banyak membentuk aku menjadi aku sekarang. Ada yang rapat, ada yg biasa-biasa. Ada juga yg macam talam.. Cuma yang luar biasa aku blom jumpa.. Ada yang mula-mula aku bercakar tak ingat-ingat tapi jadi kawan paling rapat. Ada yang aku ingatkan kawan sejati rupanya macam pisau belati. Adat la kan.. Tapi manusia-manusia yang aku sebut disini, mereka sentiasa ada bersama-sama aku masa senang dan susah.. Untuk Nyot, Sawi, Ejay, Madu, Alin, Jack, Hana, Wendy, Bebek, Donut, Peyjan... (in no particular order..) korang adalah berlian dalam hidup aku.. You gave me strength when I was weak.. You gave me shoulder to cry on.. You gave me hope.. and most of all, you gave me love as a true friend. Aku tatau macam mana nak berterima kasih pada korang sekalian.. Yang aku tak sebut kat sini bukan korang tak penting.. tapi dengan mereka-mereka ini, aku rasa memang kami dah ditemukan sejak dari alam roh lagi.. hehehe..
Mozac banyak mendewasakan aku. Ajar aku jadi independant. Ajar aku jadi Kak Long yang boleh adik-adik aku harapkan. Betul la kata arwah ayah masa dia tak bagi aku keluar MOzac..(baca entry untuk ayah).. Aku belajar banyak perkara.. aku tau banyak benda.. aku didedahkan dengan dunia.. Aku bangga menjadi salah seorang pelajarnya..
Buat kerja Amal dan ingatan yang kembali
Antara 10 perkara yang aku nak buat sebelum aku mati ialah buat kerja kebajikan. Belajar bahasa isyarat. Menunggang kuda, terjun bungee.. dan lain-lain..
Aku teringin nak buat kerja amal. Sepatutnya aku kena mulakan dimana-mana. Jadi, sebagai satu azam aku tahun depan, aku akan cari satu NGO untuk aku berbakti. Aku rasa aku patut bagi sesuatu pada masyarakat. Kalau tak boleh secara fizikal, aku boleh sumbangkan idea. Tu paling lemah dan sekecil-kecil sumbangan.
Sebenarnya, masa aku di HKL dulu, aku dah terfikir satu projek. Tapi dalam kesibukan aku menjaga anak dan berdoa hari-hari dia cepat keluar wad, aku tak sempat nak zahirkan projek aku tu dalam bentuk paper work. Aku sempat conteng-conteng pada kertas yang aku dah tak ingat letak dimana. Nasib baik idea tu masih ada dalam hidden file dicelah celah lipatan otak aku. Artikel tu berjaya mengeluarkan file tu semula cuma aku kena susun balik idea tu. Apa projeknya?
Wait and see..
Thursday, November 30, 2006
Cerita XX-Ray
Semalam diorang beramai-ramai hantar Medical report pada HR. Bila buat medical checkup kena laa buat X-ray dada. Bila aku tengok gambar x-ray tuh, aku mesti teringat kes aku buat medical check-up dulu.
Aku buat medical check-up di Perak. Hospital tempat maksu, sepupu-sepupu aku kerja. Memandangkan aku boleh buat cepat, aku belasah je laa.
So masa buat x-ray, aku n sorang lagi makcik saja yang ada. Dah siap, aku pon ambik sampul aku dan terus pergi jumpa doktor. Memandangkan Doktor kenal Maksu makanya takde soal jawab panjang lebar. Aku lepas dan balik ke rumah Tok.
Masa dirumah tok, Kak Zah, sepupu aku (dia ni Nurse) nak tengok gambar x-ray aku. Dia pelik sebab gambar x-ray aku macam berkabut dan ade tompok-tompok. "Ko ada TB ke?". Aku gelak-gelak cakap Kak Zah saje nak kenakan aku.
Balik ke rumah mak di Selangor, aku tengok balik gambar x-ray tu sebab tak puas hati kenapa Kak Zah boleh kata aku ada TB. Tiba-tiba... "Ramlah binti Dollah"(bukan nama sebenar)???? Aarrrghhh.. alamakkk!! tertukar gambar x-ray laaaa... aiiyyooo.. nih dah petang.. esok nak pergi KL melapor diri.. Camner nih??
Kesian makcik tuh.. datang hospital sakit-sakit tapi bila tengok x-ray sehat.. Jadi aku kena pergi klinik swasta buat x-ray balik. Suruh doktor kat klinik tuh tulis surat lain katekan aku sehat n x-ray yg doktor sepital kerajaan tuh dah tertukar.. grrr.. weng laa kan?
Wednesday, November 29, 2006
Dapur anganku
Aku kagum dengan kekayaan rempah ratus dalam masakan India. Aku suka dengan cara baling-baling-golek-golek-masak-lebih-kurang orang barat. Aku suka dengan masakan Malaysia yang kaya dengan pelbagai pengaruh masakan. Pendek kata aku suka rancangan masakan. Sampaikan assignment website aku masa pra-u aku buat pasal resipi. Thank you to the wonderful world of internet and G**gle, aku ade banyak koleksi resipi yg aku simpan. Cuma tunggu masa untuk aku cuba.
Oleh yang demikian, aku dah lama memasang angan-angan untuk memiliki dapur idaman. Aku dah terbayang-bayang aku beraksi ala Jamie Oliver memasak bak ribut didapur ku yg serba lengkap dengan peti ais 3 pintu dan built-in oven. Order je makanan apa yang diidam. oriental? western? japanese? indian? mediteranian? Perrghh.. sorang pon tak kubenarkan masuk ke dapur idaman ituh.. oohhhh.
Tak sabarnya nak menantikan saat itu menjadi nyata.. erk.. alamak! nanti takde alasan pulak bila malas nak masak menyerang
Friday, November 10, 2006
Macam-macam
Perut jadi semacam menjadikan badan rasa lain macam..
Tekak pon perit semacam yg akhirnya menjadikan batuk bunyik macam-macam..
Aku dan dua orang putera kesayangan demam. Nasib baik abah tak join sekaki demam. Kalau tak terukla ibu kena menjaga diri sendiri yang demam dan 3 orang bayi.. uh uh.. bayi kecik ok lagi. jage bayi tua yang payah. merengek kalau bayi kecik.
sebenarnya malam raya ada kejadian syahdu yang aku nak tulis.. tapi aku masih simpan lagi.. nanti-nanti lah cerita
Friday, September 29, 2006
New GM, Something about Mentality and Balik Kampung!!
Anyway, received email from a friend citing something about mentality m***** which kept me wondering, what kind of mentality that she meant? Oh come on! I'm not defensive whatsoever. It just pissed me off when people make 'smart' remark and over generalization like cow are stupid, cow eat grass so whoever eat grass is stupid. Duuhh!!!
I'm rambling like a mad woman and I'm off to Terengganu visiting Tok Pah this weekend (hence the absent for the meeting). She's my husband paternal grandmother and we see her like once a year. Poor orang tua got cucu like him.. hehehe.. jangan marah ah abang!
Talking about Tok Pah, I'm having trouble communicating with her. As you can see I'm a hard core west coast M'sia Perakian + Kedahan (Wujud ke perkataan ni?) and Tok Pah is born and live in Trengganu her whole life. So she speak like the true Trengganu's native and as she speak, I could only understand half of the thing she said. I end up nodding my head acting like I understand what she's talking about. Macam ayam bercakap dengan itik which abang finds it funny.
Been planning what to serve Tok Pah during iftar and bubur lambuk the only dish that I could think about. Thanks to dear husband, for his support and critics waaaaaaaaaaaaaaaaaayyyyy before he taste my bubur lambuk. Tak pe dia.. Let's Tok Pah rasa and decide.
Have a nice weekend everybody and selamat berpuasa
Wednesday, September 27, 2006
Ramadhan Al-Mubarak
Walaupon office dekat dengan rumah, memandangkan cik abang kerja jauh, terpaksa laa melangut di office ni selepas orang semua dah habis balik bekerja. Uh uH..
Anyway.. enjoys
Friday, September 22, 2006
Training and new PDA
Training selama 3 hari. Lecturer tu sangat bagus dan anak muridnya pon pandai-pandai jadi kelas cepat habis. hari pertama aku membeli belah tingkap (window shopping) hari kedua aku tengok movie dan hari ketiga aku bersembang sakan dgn kawan lama
Monday, August 21, 2006
Selamat Ulangtahun ke-8 Harijadi ke-20
Selamat ulangtahun ke-8. Esok genap lapan tahun abang menyambut hari lahir ke-20. Esok genap lapan tahun aku menyambut pertemuan pertama. Pening. Ke-8? Ke-20? Pertama?
Lapan tahun lalu, pertama kali aku bertemu dia adalah di harijadinya yang ke-20. Masih ku ingat matanya yg merah digenyeh. Serangga masuk mata atas motor. Aku masih ingat perasaan berdebarnya aku nak menegur abang yg duduk menunduk sambil mengelek helmet. Aku masih ingat semuanya. Macam baru semalam.
Aku juga masih ingat e-kad yang dihantar selepas aku balik dari berjumpa dia. Betapa bermaknanya ayat-ayat yang ditaip. Ayat ringkas yang menyatakan dia ikhlas. Bukan rupa sebagai ukuran. (yee.. aku tak cantik tapi sangat comel!!)
Pertemuan pertama itu takkan aku lupa (melainkan aku diserang Alzheimer..). Walaupun selepas itu ada pertemuan kedua, ketiga, ... ke-114, aku tak pernah lupa pertemuan pertama itu.
B tak pernah lupa. Terima kasih atas kasih sayang yang dicurahkan. Doaku semoga berpanjangan. Selamat harijadi sayang.
Friday, August 11, 2006
Sangat letih
Aku baru tukar cermin mata. Mahalnya! Lebih baik tukar contact lense dari tukar cermin mata. Kanta sahaja sampai beribu. Isk. Kerana rupa aku sanggup berkorban harta. Terpaksa bercermin mata kembali. Mata luka. Entah? tak tau musababnya.
Uh uh.. Birthday suami tercinta semakin dekat. Tak tau nak bagi hadiah apa. Dengan budget yang sempit, tak dapatlah aku nak membeli PS2. (heheheh.. alasan)
Nampaknya aku terpaksa memberikan hadiah paling mahal iaitu kasih sayangku.. muahahahaha
Tuesday, July 11, 2006
Esok hari Takut!!
Entahlaa.. Agaknya betul cakap kawan aku. Aku dah berada dalam zon selesa. Otak aku tepu. Bertukar menjadi tauhu. Dah lama aku tak gunakan otak aku untuk berfikir dengan jayanya. Aku terpaksa berusaha dengan gigih nak mengaktifkan kembali saraf-saraf kepala untuk berkerja keras. Yah Yah Yah!!
Esok juga nak jumpa doktor di HKL. Bukan aku tapi putera yang sulung. uh uh! Nanti kena marah lagi dengan Doktor Farah sebab berat badan tak nak naik. AAAAA... banyaknye ketakutan..
Friday, July 07, 2006
Kenangan dulu-dulu (Bahagian 3)
Aku membesar di kampung. Dari kawasan hutan belukar sampai sekarang dah bertukar menjadi kawasan pertanian tersohor dengan kawasan padinya di Selangor. (Pengumuman: Aku bukan JAWA!. Tok, tokwan aku orang Kedah. Mak orang perak.Aku boleh sebut ayarq and ayorr). Seingat aku, rumah mula-mula kami rumah pusaka tokwan. Lantainya kayu hutan berketam. Licin. Tiangnya bulat-bulat sebatang pokok kayu hutan. Gelegar, bendul, kekuda, tetupai dan segala lagi nama bahagian rumah hand-made (mengikut cerita mak aku). Aku masih ingat, aku duduk berjuntai kaki dari tingkap mengadap laman rumah. Hatta gigi depan aku patah masa berumur 3 tahun disebabkan jatuh 'terjerembab' tersepak bendul yg bulat itu.
Aku masih ingat depan rumah ada pokok jambu keling (kulit luarnya merah, isinya putih masam-masam manis), pokok mangga ciku, mangga telur, mangga 'apetah'. Dan macam-macam lagi pokok buah-buahan eksotik. Kami main perang-perang dengan anak jiran-jiran. Kemudian rumah pusaka ni kena robohkan. Ayah kata dah reput. Bahaya! Sebab tu gigi aku patah!
Rumah kedua kami bila Ayah beli kedai runcit kawannya dan kami pindah ke rumah baru yang ayah bina sedikit demi sedikit. Di rumah kedai ni, 4 orang adik aku lahir di sini. Kedai ayah sangat strategik tapi letaknya atas tanah wakaf jalan yg bersempadan dengan tanah Hj. Bakhil bin Kedekut. Hj. Bakhil ni tak bagi ayah berniaga disitu walaupon tanahnya semak bin samun. Kami pernah jumpa gajah! (Dalam tivi laa.. hehehe) Selalu ular menumpang teduh di rumah kami. Jadi kami pindah ke tapak asal rumah pusaka. Tak jauh pon, cuma sepelaung.
Ayah ada duit simpanan jadi ayah beli rumah orang dan dipindahkan secara gotong royong ke tapak rumah pusaka. Aku kagum sebab diorang boleh angkat rumah! Orang kampung aku semuanya superman! Boleh angkat rumah. Aku darjah empat masa kami berpindah ke rumah baru yang sangat tinggi! Padi mula ditanam dan laman rumah aku selalu banjir. Kalau hujan lebat, kami kena pindahkan selipar dan kasut-kasut naik atas rumah. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kami adik beradik akan menjerit-jerit "mak! mak! kasut hanyut". Mak cuma boleh tengok sebab mak tak berani nak turun. "Banyak katak, mak geli". Kami tak geli jadi kami main air dengan gembiranya.
Rumah kami tiada elektrik dan paip air. Air minum mak tadah air hujan. Mandi dan membasuh di parit depan rumah. Malam-malam ayah pam lampu minyak gas (gasoline). Nak tengok tivi kami pakai bateri. Terhad setakat pukul 10 malam sahaja. Hari minggu dua jam waktu pagi sahaja. Pukul 10 malam, kami semua dah tidur. Rumah kami tiada tilam. Bentang tikar, pasang kelambu dan tarik selimut. ZZzzzZZZz.
Mandi pagi nak kesekolah sangat simple. Semudah ABC. Buka baju, terjun pelantar, selam-selam, lompat naik rumah. Siapa yang malas nak terjun ayah curah berbaldi-baldi air. Aku dan 2 orang adik belajar berenang freestyle dalam parit ni la. Selalunya kami 'berkubang' kerbau style petang-petang diikuti dengan sessi perang selut/tanah liat dengan anak jiran di pelantar sebelah. Hasilnya, badan berkilat-kilat macam sawa batik dan sikit-sikit rupa kerbau balar. Ini diikuti dengan birat-birat diselinap (dirotan) 'regih nyor'. Aku dulu tomboy. Panjat pokok, main tembak-tembak... pendek kata nakal.. (bab main kena cerita lain kali.)
Mak memasak pakai dapur kayu api. Upgrade jadi dapur gas bila ayah buka kedai runcit. lampu gasoline upgrade jadi lampu kalimantang bila aku dah naik darjah 5. Lepas ada elektrik baru ada paip air. Paip air dipasang pon diluar rumah. Nun ditepi laman. Kami kena angkat air bawa naik ke rumah. Baru boleh pergi main. Tangan kami adik-beradik semua kuat-kuat. Tak perlu pergi gym. Kami tak perlu mandi parit lagi tapi kami tetap berkubang.. hehehe..
Lepas tu aku masuk sekolah berasrama penuh. Jauh di Melaka. Rumah kedua aku... Dulu aku benci dengan asrama aku. Sebab tak boleh mandi parit, panjat pokok jambu, lari-lari susup sasap dalam semak bila mak marah. Melompat-lompat celah anak padi. Tangkap ikan sepat, ikan laga, ikan puyu, ikan haruan, ikan keli, belut bla bla bla... Mak marah sebab kami tak makan ikan-ikan tu. Mak geli nak siang. Mak nak muntah bila makan.
Ahhhhhh! Aku rindu dengan bau sawah.. Aku rindu dengan desiran pokok padi yang menghijau laksana permaidani. Aku rindu dengan lambaian daun kelapa dan pokok pisang. Aku rindu dengan kenangan itu....
Nota:
regih nyor = bende alah yang macam keris tu. aku tau nama dia regih nyor sahaja. memang pedih kalau kena. Selalu kena selinap kat betis.
Wednesday, June 21, 2006
Kenangan dulu-dulu (Bahagian 2)
Aku jumpa yg psiko. Aku jumpa yang kelaka tapi malu-malu kucing. Tapi yang aku tak boleh lupa dua orang lelaki yang memberikan impak maksima dalam hidup.
Sorang tu menyebabkan aku tinggalkan terus IRC dan yg sorang lagi dah jadi suami. :)
Aku tak nak cerita macam mana yg sorang tu berjaya mentaubatkan aku dari IRC, tapi aku nak cerita macam mana yang sorang lagi tu boleh jadi suami..
Dia abang cyber aku.. Abang angkat.. perkenalan yang dimulakan oleh kawan aku.. kusangkakan senior perempuan rupanya lelaki. Ceh@! dah nak masuk waktu semayang jumaat pon melepak lagi dalam komp lab. Entah mengapa dia tak terniat pon nak mencari rupa aku memandangkan komp lab tu bukannya jauh sangat pon. Aku memang sejuk kaki tangan bila dia bagitau dia senior lelaki.. kiranya kena panggil abang bukannya kakak.
Memandangkan kelas selalu dibuat di lab komputer, makanya selalu aku bersembang dengan abang cyber aku ni. Kami berkenalan bulan 4, tak pernah sekali pon bertemu secara empat mata. Bulan 8 baru kami set appointment nak jumpa. Hari jadi dia. Dia nak belanja aku McD. Punyala pemalu sampai merah-merah mata digonyoh. Tak caya tanya Mama Ilsa Iman.
Dari situ segala-galanya bermula...
Thursday, June 15, 2006
Kenangan dulu-dulu (Bahagian 1)
Selepas ayah tiada, aku buat pilihan untuk sentiasa tersenyum. Aku mahu orang akan sentiasa melihat aku gembira dan mudah didekati. Untuk tidak makan hati, aku berazam untuk menyimpan diari. Dan bermula Januari 1998 aku mula menulis diari. Semua isi hati dan perkara yang aku rasakan menarik aku luahkan pada helaian kertas diari aku. Aku bercadang nak terbitkan buku ala Bridget Jones Diary. (kononnya)
1998 aku di pra uni. Zaman kegemilangan aku. Maksud aku, bukanlah gemilang terbilang macam Mawi lepas menang AF. Cuma 1998 zaman aku mula kenal alam dewasa. Aku betul-betul enjoy hidup. Aku kenal dan rasa macam-macam perasaan. Aku dilamun cinta pon pada tahun 1998. Ini semua gara-gara jakun dengan internet. Aku kenal dengan telnet, IRC, yahoo, alamak etc... Aku kenal Abang..
Memandangkan bilik di asrama dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, maka dengan penuh berbesar hati kami menggunakan semua kelengkapan yang digunakan. Ada telefon, ada lan connection dan macam-macam lagi. Roommate aku bawa pc. Jadi kami sama-sama explore internet. Kami kenal chat room. Dipendekkan cerita aku ada ramai boyfriend di alam maya.. Oh betapa bengongnya aku..
Tuesday, June 13, 2006
Ayah
Nama ayah saya Md Nor bin Hamid. Mengikut Surat beranak ayah dilahirkan di Kedah. Nama Tokwan saya Hamid bin Mat Saman dan nama Tok saya Halimah binti Jaeh. Ayah saya lahir pada tahun 1957. Ayah lahir dalam bulan Februari. Jadi ayah saya bukan anak merdeka. 40 tahun kemudian, ayah meninggal dunia.
Aku macam samar-samar punca ayah meninggalkan kami. Aku tau ayah sakit. Barah yang parah. Aku teringat aku pernah baca report biopsi ayah. Bla..bla, massive malignant tumor covering lymphoid gland messuring 4 x 8 x 7 cm. Aku teringat aku rasa macam nak terjun dari tingkat 1 Hospital Ipoh masuk dalam kolam ikan koi. Ayah tanya aku "Apa doktor tulis? Doktor cakap apa?" Aku jawap "Entah la yah! Doktor ni tulis cakar-cakar. Langsung Kak Long tak paham". Aku rasa macam nak menangis sebab tipu ayah. Aku baru 16 tahun masa tu.
Ayah mula sakit-sakit lepas aku dapat result PMR. Aku pujuk mak nak keluar dari SBP. Aku nak duduk rumah dengan mak ayah. Aku rasa cukuplah 3 tahun aku duduk asrama. Ayah tak benarkan. Ayah nak aku teruskan di SBP sampai habis SPM. Aku menangis-nangis merajuk dengan ayah. Alasan ayah, nanti senang aku nak dapat biasiswa sambung belajar ke luar negara. Aku taat, jadi aku teruskan juga. Awal tahun 1996, tengkuk ayah bengkak sampai mata sebelah pon tertutup. Ayah masuk hospital. Doktor buat biopsi. Dan resultnya aku yg baca.
Doktor Hosp. Ipoh rujuk ayah ke hospital swasta untuk buat radioterapi. Setiap hari ayah kena laser (kata mak) 3 saat sahaja. Kos rawatan untuk 3 saat itu ialah RM250. Ayah kena laser 30 hari. RM7500 untuk kos radioterapi sahaja. Masa tu rumah kami di Johor, tapi ayah nak buat rawatan di Perak sebab kampong mak di Sitiawan dan ramai anak-anak sedara mak kerja hospital. Adik-adik aku tinggal di johor dengan Pak Ngah kami. Aku di Melaka sebab sekolah berasrama. Jadi bayangkan kos yg kami kena tanggung. Kami bukan orang senang. Nasib baik ada tanah sawah yang boleh disewakan buat belanja.
Lepas radioterapi ayah makin sehat. Ayah dan mak kembali ke Johor. Rambut ayah tinggal atas kepala je lebat. Belakang kepala botak. Kami bergurau kata ayah macam baby. Cukur bantal. Aku balik ke sekolah dengan gembira.
Masuk 1997 ayah sakit-sakit balik. Aku tengah sibuk dengan persiapan nak SPM. Aku bukan saja sibuk dengan SPM tapi sibuk juga dengan kuiz dan pertandingan macam-macam. Pendek kata, waktu cuti aku selalu kesana-kesini wakil sekolah. Jadi aku telefon ke rumah tok di Perak bertanyakan khabar ayah. Selalu ayah marah kalau aku telefon dia. Katanya dia tak apa-apa. Jangan bazirkan duit katanya. Sepanjang Jan sehingga Julai, aku jadi manusia bengong. Kali pertama dalam sejarah persekolahan aku, aku dapat nombor 11. Ayah marah sebab sepanjang hidup aku disekolah aku maintain no. 1 dalam darjah/tingkatan. Cikgu-cikgu dah mark aku budak pandai giler (itu duluuuuuu.. zaman dulu dulu).
Cuti penggal bulan Jun ayah dah makin kurus. Dia selalu mengadu sakit pinggang. Mak dan adik-adik aku berniaga sate waktu malam. Aku tinggal dirumah jaga ayah dan adik yang bongsu. Aku tengah baca buku biologi masa ayah panggil minta tolong picitkan kaki dia. Ayah tanya aku belajar apa. Aku cakap biologi. Aku cerita dengan dia apa yang aku belajar dalam biologi. Kalau nak jadi doktor aku kena pandai biologi. Kata-kata ayah selepas tu masih terngiang-ngiang di telinga aku sampai hari ni. Ayah suruh aku belajar rajin-rajin. Dia takde harta nak diwariskan pada anak-anak. Dia cuma boleh bagi pelajaran walaupon dia tak pandai membaca. Dengan pelajaran katanya aku dan adik-adik boleh pergi jauh. Tak perlu kerja susah payah macam dia. Dia minta aku senangkan mak dan adik-adik. Kami sama-sama menitikkan air mata. Itu kali pertama aku melihat air mata ayah.
Aku balik semula ke sekolah dengan hati yang berat. Ayah makin parah, tapi aku tak tau. Adik-adik pon tak tau sebab ayah dah balik ke Perak dengan mak. Katanya dia nak mati di Perak supaya senang anak-anak nak balik ziarah kubur dia nanti. Sehari sebelum ayah pergi, aku tergerak hati nak call ke Perak. Mak kata Pak Cik (adik ayah) dlm perjalanan dari Johor nak ambil aku balik ke Perak. Aku dah bersedia untuk menerima segala kemungkinan (kononnya). Aku minta kebenaran untuk balik kampung dari warden masa bebudak lain tengah sibuk nak pergi dewan makan, makan malam.
Kami sampai pukol 11 malam. Ayah kurus sangat. Bercakap pon dah tak berapa terang sebab mulut dia kering. Nak duduk pon mak yang ampu. Bila kami sampai ayah terus tolak mak. Katanya anak-anak dia dah sampai. Biar anak-anak dia yang jaga dia. Aku tanya ayah nak minum ke? Ayah kata dia nak susu. Aku bancuhkan susu Anlene tolong pegangkan straw dan cawan. Ayah habiskan satu cawan susu. Kemudian ayah nak mandi. Aku, mak dan adik lelaki aku papah dia dan mandikan dia. Tukarkan kain pelikat dia. Dia tak nak baring jadi adik aku ampu dia duduk. Adik lelaki aku Emy baru 15 tahun masa tu. Kami sembang-sembang dan aku sempat tunjukkan pada dia piala kuiz perdana peringkat nasional yang baru aku menang. Entah pukul berapa aku terlelap hujung kepala dia.
Aku terjaga bila aku dengar mak panggil. Mak kata ayah takde respon bila dipanggil. Cuma matanya saja yg memandang. Kami adik-beradik duduk keliling ayah. Mak panggil Emy duduk tepi ayah. Mak suruh Emy ajar ayah mengucap. Aku nampak setitis air mata ayah mengalir. Kemudian aku bangun. Aku pergi ke beranda sebab aku tak berdaya nak melihat ayah pergi. Ayah pergi dengan tenang pada pukul 9.50 pagi 9 Ogos 1997. Sepanjang hari aku macam dalam mimpi. Lepas ayah menghembuskan nafas yang terakhir, tak setitik pon air mata aku tumpah. Aku dan mak rebah masa ayah diusung ke kuburan. Aku jadi sangat letih.
Aku kembali semula ke sekolah pada hari Isnin, hari kedua ayah tiada. Mak su aku belikan tiket bas express dari Lumut ke Melaka. Aku balik macam orang bengong. Macam kebas. Aku cuma sempat bagitau kawan aku sejurus selepas ayah meninggal. (Aku lupa terus no. telefon sekolah. Mujur kawan aku balik kampung masa tu). Aku rasa tak berdaya nak panjat tangga, jadi aku naik teksi ke sekolah. (Sekolah aku atas bukit. Tinggi macam nak naik Genting). Pak guard kat bawah tahan. Teksi tak boleh naik. Aku menangis disitu juga. Kelam kabut dia hantar aku naik ke sekolah. Sampai depan dorm, aku jadi lembik. Kawan-kawan papah aku masuk bilik. Sorang pon tak berani nak tanya. Malam tu, bebudak asrama putri buat bacaan Yassin sedekahkan pada arwah.
Hari-hari berikutnya aku jadi blur. Otak aku macam kebas. Ayah meninggal seminggu sebelum aku nak duduk peperiksaan percubaan SPM. Semua cikgu yang mengajar kelas aku dan cikgu yang pernah mengajar aku panggil aku bagi kata-kata semangat. Aku tak ingat pon apa yang diorang nasihatkan pada aku. Cuma nasihat sorang cikgu yang melekat dalam kepala aku. Katanya aku kena berusaha sedaya upaya aku dan serahkan selebihnya pada Allah. Dia tahu aku risau masa depan aku tanpa ayah, tapi katanya rezeki manusia itu ditangan Tuhan.
Alhamdulillah, katanya memang betul. Walaupon percubaan SPM aku tak secemerlang mana jika dibandingkan dengan keupayaan otak aku yg sebenarnya (aku hampir-hampir kantoi Add Maths), aku berjaya dapat biasiswa dan sambung pelajaran di universiti swasta. Sekarang ni aku dapat pulak berkerja dengan syarikat yang menaja aku belajar dulu. Sebab tu aku rasa walau seteruk mana pon syarikat ni layan aku, aku tetap bersabar. Sekurang-kurangnya sampai habis kontrak.
Moral of the story: Aku rindu ayah. sob sob sob.. Selamat hari Ayah
Wednesday, June 07, 2006
Kenapa kepale ku ini??
Dari hari Khamis aku bercuti sampai la semalam. 6 hari. Bila masuk kerja hari ni kepala macam berat.
Arghhh.. tengok tengok.. betapa berasapnya kepale.. nasib baik baca balik sebelum klik hantar..
kerjasama tuan/puan bla bla bla...
Sekian, terima kasut
Kasut???
Dem
Monday, May 29, 2006
Esok tahun yang kedua
Entah. Aku tak pandai nak mengukur sebab aku bukan juru ukur. Aku tak pandai nak mengira-ngira sebab aku bukan ahli matematik. Aku cuma seorang isteri. Isteri kepada seorang lelaki yang dinikahi 2 tahun lalu. Jadi aku cuma tahu merasa. Aku cuma ada perasaan sebagai seorang isteri.
Kadang-kadang kami bermasam muka. Tapi selalunya kami bergelak ketawa. Itu biasa. Kami saling menerima. Aku baran. Dia pon baran. Tapi pandai-pandaila nak mengawal baran jangan jadi kebakaran. Aku peramah, dia pendiam tapi kami tak pernah kehilangan idea untuk bersembang. Aku gelap, dia cerah. Dia tinggi aku rendah. Pendek kata, kami saling lengkap melengkapi.
Pernah aku rasa kecewa bila dia tak memahami. Aku pernah rasa teramat penat. Aku pernah rasa alangkah baiknya kalau aku masih single. Aku bukan superwoman. Aku nak jadi supermom tapi takde kain terbang merah. Aku nak jadi suri rumah tapi hanya dalam kepala saja. Aku kadang-kadang tak berdaya. Bila aku tak berdaya aku jadi marah. Aku nak marah dia. Kerana tak cuba memahami.
Tapi dia juga manusia seperti aku. Dia juga kecewa, penat, marah dan tak berdaya seperti aku.
Perkahwinan bukan macam dalam drama. Tapi tak la sekronik "Sembilu Kasih". Ada pahit, ada manis, ada seronok, ada tangis. Aku menerima seadanya dan aku berdoa, semoga kami akan sentiasa bersama bukan setakat dua tiga tahun sahaja tapi untuk selamanya.
--------------------------------
Tahun lepas dia bagi CD lagu.. Aku terharu sebab dia peka dengan cerita-cerita aku.
Tahun ini.. aku masih menanti.. hehehe
Hadiah aku??
Aku bagi dia.. AKU.. wink wink.. boleh?
Monday, May 15, 2006
Selamat Hari Ibu
Memandangkan Haziq Haikal dan Najmi Naufal belum boleh mengucapkan Selamat Hari Ibu, maka saya sebagai ibu mereka mengucapkan "Selamat Hari Ibu kepada IBU.. "hehehehe
Selamat Ulang tahun kelahiran yang ke-50 untuk mak tersayang.. love you mak.. muah muah
Thursday, May 04, 2006
Pre-Anniversary jiwang...
Cincin di jari manis...
Sebentuk cincin belah rotan dijari manis dipusing pusingkan. Dia tunduk menahan air mata dari jatuh berguguran. Hatinya sebak berbaur gembira. Apa yang hendak dikatakan pada lelaki itu dia tidak pasti. Ada sedikit kekecewaan tergambar di wajahnya. Dia mencuba sedaya upaya untuk menahan tangisnya. Aduhai lelaki, tahukah engkau perasaanku ketika ini? Tidak terduga olehnya, besarnya rintangan yang harus ditempuhi untuk hidup bersama lelaki itu yang sangat dikasihinya.
"abang, jom kita balik!" itu saja yang termampu diluahkan.. buat sementara waktu. Tempat yang dulu menjadi satu kenangan paling manis dalam hidupnya tidak lagi manis. Tempat yang dulu bisa mengukir senyuman di bibir hanya menambahkan kelat di hatinya. Empangan air mata seperti tidak dapat dibendung lagi. Hanya menunggu masa untuk pecah dan menghamburkan segala isinya tumpah ke bumi. Lelaki itu masih diam. Membiarkan dia melayan perasaannya. Setitis air mata yang gugur diseka jangan sampai ada yang melihat. Dia merasakan betapa peritnya ranjau yang harus ditempuhi untuk hidup bersama lelaki itu yang sangat dikasihinya.
.......
itu cerita lama.. cerita sebelum aku jadi mrsgodangz.. masa aku masih lagi hasmn yg single but not available.. zaman-zaman celaru aku.. zaman bercinta ala-ala filem hindustan.. syahdu.. sampai aku letak komen dalam gesbuk Mak Andeh. sekadar meluah perasaan.. aku simpan lagi nasihat MA. Thank you very much for your words of wisdom.
Aku memang rapat dgn abang (doa aku moga kami akan kekal begini hingga akhir hayat). Dari saat pertama aku 'chatting' dengan dia, aku dah rasa sesuatu. You know? Kuch kuch hota hai! Lepas sembang gitu-gitu, kami jadi adik n abang angkat walaupon tak pernah berjumpa (kami belajar di Uni yg sama. Dia senior 2 tahun). Dari adik angkat kami upgrade jadi girlfriend boyfriend. Jadi kami ingat proses nak upgrade jadi husband & wife tu senang. Rupenya sangat payah.
Mungkin ada sebabnya kenapa ada halangan. Mungkin ada hikmah disebalik rintangan. Menjadi penguji kasih antara kami. Namun yang pasti, Alhamdulillah, hampir dua tahun kami terikat.
Thursday, April 13, 2006
Mari kite berjiwang-jiwangan
..."why?"
Kenapa dalam banyak-banyak perkataan yang wujud di muka bumi ini, perkataan itu yang digunakan. "kenapa?", "why?". sepatah sahaja tapi amat berat untuk dijawab. Sepatah sahaja soalannya tapi beribu jawapan yang mungkin. Lelaki itu bertanya kepada perempuan itu kenapa perempuan itu ingin berkahwin dengan lelaki itu. Satu soalan yang mudah dilontarkan tetapi payah untuk diberi jawapan. Bukan kerana perempuan itu tidak yakin dengan keputusan yang dibuatnya, tapi bagaimana perempuan itu ingin menyampaikan dengan cara yang terbaik supaya lelaki itu berpuas hati dengan jawapan yang diberinya nanti..
Kalau ikut kaedah Feqah, manusia dihukumkan berkahwin sama ada kerana wajib, sunat, harus dan kadangkala menjadi haram. Semuanya terpulang pada keadaan manusia itu sendiri.. Sudah namanya fitrah manusia itu diciptakan berpasang-pasangan. Saling perlu memerlukan antara satu sama lain.. Allah ciptakan manusia lelaki dan perempuan saling lengkap melengkapi.. Kemudian dari perkahwinan antara lelaki dan perempuan ini akan lahirlah zuriat yang akan memastikan wujudnya manusia di atas muka bumi Allah ini hingga ke Hari Kiamat nanti. "takkan nak jawab macam ni? macam menjawap soalan SPM pulak!"
Mungkin juga jawapannya ada didalam hati lelaki itu sendiri.. Sekadar ingin mendengar dari mulut perempuan itu.. Untuk tujuan apa, perempuan itu tak pasti. Perempuan itu pernah terbaca, salah satu sebab perkahwinan adalah kerana inginkan teman.. pasangan hidup yang melengkapi kehidupan pasangannya.. perempuan itu berfikir, betul juga. kalau sekadar untuk memenuhi tuntutan nafsu, tidak pernah terbaca dimana mana dada akhbar utama ada manusia yang mati kerana tidak pernah mengadakan hubungan seks. mati kerana terlebih?? herm.. mungkin.. kalau kerana harta dan wang ringgit, ramai dikalangan perempuan di zaman ini sudah berkerjaya.. perempuan itu sendiri sudah bergaji tetap.. tidak akan susah hidupnya kalau dia bergantung pada pendapatan sendiri malah berlebih lagi.. harta juga mampu dicari.. tapi kenapa perlunya pasangan hidup?? kenapa perlu menyusahkan diri untuk menyesuaikan diri untuk hidup dengan manusia lain bergelar suami??.. kenapa perlu mengharungi seribu satu persoalan dan masalah untuk duduk sebumbung dengan manusia bergelar suami??
wahai lelaki itu, beginilah jawapan dari perempuan itu. perempuan itu ingin menyerahkan seluruh kehidupannya pada lelaki itu. Kerana, di mata hati perempuan itu, dia melihat lelaki itu bisa menjadi penawar segala dukanya dan berkongsi segala gelak tawanya.. Lelaki itu akan menjadi pelindungnya.. Lelaki itu akan mencurahkan sepenuh kasih dan sayangnya kepada perempuan itu dengan penuh ikhlas.. Dan di mata hati perempuan itu, dia juga melihat.. Di dada lelaki itu juga, perempuan itu ingin curahkan segala kesayangan yang ada di hatinya agar dapat berkongsi rasa. Dibawah lindungan lelaki itu, perempuan itu dapat melihat sebuah keluarga yang bahagia.. seorang ayah yang penyayang dan bertanggungjawab.. seorang pemimpin yang dihormati.. seorang sahabat yang sentiasa disisi.. seorang suami yang dikasihi.. Perempuan itu berkata dalam hatinya.. "lelaki ini adalah segala-galanya untuk diriku.. mungkin kerana kebaikanku selama ini, aku dibalas dengan lelaki yang sebegini sempurna untukku".. Tapi yang terkeluar dari kerongkongnya.."tak tahu" sambil menjungkit bahu.. Aduhai perempuan itu..
Kalau lelaki itu bisa melihat dengan sedalam dalamnya, pasti dia akan melihat mata perempuan itu bergenang dengan air mata.. bukan kerana kesedihan, tapi penuh kecintaan pada lelaki itu.. Kalau lelaki itu merenung jauh ke lubuk hati perempuan itu, pasti dia dapat melihat hanya namanya terpahat kukuh.. Kalau lelaki itu bisa melihat.. perempuan itu sudah lama menyerahkan hatinya, jiwanya dan seluruh harapannya pada lelaki itu.. (I give my hand to you with all my heart.. Can't wait to live my life with you, can't wait to start... lagu background.. shania twain nyanyi)
Perempuan itu tahu, jalan dihadapan mereka masih panjang.. masih jauh.. penuh dengan liku-liku dan seribu satu persimpangan dan dugaan. Perempuan itu juga tahu, ada masa masanya mereka akan bertegang urat, menjeruk rasa.. perempuan itu juga tahu, kehidupan ini bukannya sebuah filem cereka yang penghujung ceritanya pasti.. bukan juga kisah dongengan di mana putera dan puteri akan hidup bahagia selamanya.. lelaki dan perempuan itu manusia biasa, lengkap dengan kekurangan dan kelebihan sendiri.. maka, perempuan itu yakin, kekurangan dan kelebihan itulah yang akan saling lengkap melengkapi.. dua manusia berlainan latar belakang serta sikap, hidup bersama dengan matlamat yang sama... membina keluarga yang bahagia.. mengeratkan lagi hubungan jiwa yang tercipta.. menghalalkan yang haram.. semoga mendapat keredhaan dariNya dunia dan akhirat..
Itu jawapan dari perempuan itu.. cuma tidak terluah dengan kata kata.. tidak dapat didengar oleh telinga kasar lelaki itu..
"bi nak kawen dengan abang?"
"nak!"(senyum)
"kenapa bi nak kawen dengan abang?"
usik tudung.. pusing pusing cincin.. tarik nafas..
"tak tau" (senyum sambil jongket bahu..)
"hmmmmmm..." (angguk angguk..)
"boleh ke kalau jawab tak tahu??" (senyum lagi.. pusing pusing cincin lagi)
"hem.." (angguk angguk kepala lagi.. senyum.. tapi sangat sedikit senyumnya)
:: wrote by me at 4:15 PM [+] ::
Ini entry lama.. aku letak kat blog dulu yg aku tak pernah share dengan orang.. kenape aku letak balik entry lame??
sebab semalam aku rasa kecewa dengan suami.. sebab semalam aku rasa nak marah dengan suami.. sebab semalam aku letih sorang-sorang.. dan aku rasa nak merajuk dengan suami..
tapi hari ni aku dah senyum.. aku tak jadi marah.. aku tak lepaskan kemarahan, kekecewaan dan kelukaan itu.. sebabnya hanya satu.. aku ingat jawapan aku kepada soalan "kenapa" yang pernah dia tanya dulu..
sile tahan air mata ye kengkawan.. (cewah! perasan)
Thursday, April 06, 2006
Nak jadi kaye jugak!!
nak menulis buku aku tak pandai mengarang ayat berbunge-bunge buat orang leka.
nak jual produk kesihatan aku tak reti nak buat testimonial yg power..
nak jual orang nanti kena sumbat dalam penjara.
tapi aku nak jadi kayee.. bile utang nak abis ni??
Alhamdulillah.. aku tetap kaya walaupon bukannya harta. Kaya dengan anak. kaya dengan budi bahasa. kaya dengan segala nikmat yg Tuhan bagi..
Wednesday, April 05, 2006
Dangdut Ah Ah Ah!!
Masa dangdut tengah hangat aku masih di sekolah menengah. dalam dorm kami ada sorang tokey kedai kaset (cd sangat mahal mase tu..). dari lagu omputeh sampai laa ke dangdut. memang minah ni borong semua. paling aku tak boleh lupe minah ni minat sangat ngan boy band.. dari kru sampai laa ke "bebudak lelaki jalan belakang".
selalunye bile lepas tensi belajar, aku ngan sorang laki minah ronggeng dlm dorm tu mula laa bukak kelab. yehaaa.aaaaaa!! kita gelek sampai pening.. oh oh!.. memang berpeluh-peluh.. siap bleh gi mandi lagi.. hahaha.. sikit pon tak takut walaupon org kate sekolah kitorang keras laa.. ade misteri nusantara laaa.. mane kami peduli..
oh oh.. tengok tv ada iklan kompilasi lagu-lagu amalina.. asyik ah ah ah!
Tuesday, April 04, 2006
Susu ibu
Kalau ada petua tolong laa bagi. sekali perah dapat laa dlm 4 ounce. rasanya najmi dah boleh minum lagi banyak dari tu. mungkin sbb tak nampak muke die tu yg susu kurang. arrggh..
hajat di hati nak bagi adik susu ibu sepenuh masa. tapi stok susu macam tak mencukupi.. bile kat opis ni sekali perah je.. nak perah lagi dah takleh.. agaknye badan belum berjaye menyesuaikan diri lagi agaknyer...
adeh.. camner nih.. tolongggg
Monday, April 03, 2006
Kembali Bertugas
bosan sangat sekarang ni. macam nak tido je.. masih blank lagi.. nak nak hari ni hari isnin. monday bluessssss... oh! no wonder la.. I'm wearing blue.
talking about blues (besides I'm wearing blue today).. I was hit by post natal blues few days after adik lahir. Agak mengharukan sebab aku tak boleh berhenti menangis dan hasilnye.. Sakit kepale secara besar-besaran (terasa otak membesar 8 kali ganda beratnya sampai mata pon nak terkeluar) dan mata bengkak (sebab otak tolak mate.. hehehehe)
Mungkin penyumbang utamanya ialah abah jauh di Penang. I was on my own nak menjaga 2 orang anak dengan badan yang masih lemah. Dah la badan tgh nak adjust hormon, sibuk tambah darah, betulkan tulang. Pendek kata, aku penat mental dan fizikal. ada rasa nak mengamuk, sedih, seronok dan macam-macam perasaan bercampur aduk. tambah-tambah bila abah balik weekend. Tengok Haziq Haikal aku menangis, tengok adik lagi laa aku menangis..
Penatlaaa.. nak sambung peningkan kepaleee..
Tuesday, February 21, 2006
wan najmi naufal
Sunday, February 05, 2006
Tahun Baru dan Anak baru
Untuk aku dan suami, Awal Muharram 1427 membawa seribu satu rasa kesyukuran. Wan Najmi Naufal selamat dilahirkan pada jam 10.42 pagi secara normal. Alhamdulillah, Najmi sehat walaupun dilahirkan 5 minggu lebih awal. Memang dah dijangkakan sebab dari minggu lepas aku dah MC. So sejarah berulang, adik dan abang dilahirkan tak cukup bulan. Cuma bezanya adik tak perlu duduk incubator sebab die sehat. Awal awal lagi dah bersedia.
So sepanjang dua bulan aku akan mengeraskan diri dirumah. Berpantang di rumah sendiri. Tak balik ke kampung pon. Mungkin nanti-nanti bila dah sehat.
Banyak nak cerita, tapi nanti-nantilah. Masa untuk menyusukan Najmi
Friday, January 13, 2006
Sunday, January 08, 2006
Hadiah Birthday
on the other hand, doctor dah bagi strict order to rest. perut sakit je terus gi hospital. so today aku tak pegi kenduri kat klang. aku lepak-lepak je kat rumah. nak balik sekinchan esok pon kene rest habis habisan..
dah 32 minggu, tapi adik besar dengan jayenyer.. dah 2 kg. macam pelik sikit sebab perut nampak kecik n berat aku turun.. err.. according to mak, kalau berat die turun maknenyer die dah dekat nak bersalinn.. hishh.. mintak jauh untuk sekian kalinya.. rasa serik duduk hospital..
esok luse story lagi.. anyway, Happy AidilAdha to all..
Friday, January 06, 2006
Kami sakit
mood masih ceria walaupon sakit2 sebab abang balik malam nih. yahuuuu.. malam nih tak peluk bantal lagi.
Tuesday, January 03, 2006
Power to Celcom 3G
cume kat rumah takde line 3G. terlindung balik bukit agaknye. aku nak gi komplen kat org network planning. suh pasang base station kat B. Jalil satu. Kasik kow-kownye signal. baru haziq Haikal bleh tengok muke abah die.
last weekend memang memenatkan. almaklumlah kenduri kat rumah mertua. entahla. malas nak jadi pahat. tapi stended aa.. mane ade bende kite puas hati semua. musti ade punye yang buat kite rasa panas hati.
all in all, aku suke hidup aku sekarang. walaupun hubby jauh.. (huu huu huu) tapi aku tetap rasa disayangi. cewwaaah!!
