Hari ni ramai yang bercuti. Cuti sekolah. Ditambah-tambah lagi dengan yang nak pergi seminar N**ia di Bukit Tinggi tengah hari ni. Hanya ada aku dan sorang lagi member di pejabat ni. Yang lain mana entah menghilangnya. Boss takde, kerja pon kurang jadi aku nak taip cerita panjang-panjang hari ni.
Hari ni hari ke-3 abang di Jeram Besu. Uh uh! Aku rindu.. oooooh aku rindu.. katakan padanya aku rinduuuuu.. laa laa laaa.. semalam memang kronik. aku rasa organ dalaman aku boleh 'koleps' nak menahan kerinduan yang menggunung. Tapi bila aku bangun pagi ni, aku rasa tenang. Mungkin sebab aku bangun lebih awal dari biasa. Mungkin juga sebab organ dalaman aku dah berjaya menahan gunung rindu tu. Hari pertama je yang seksa agaknya. Maklum la jarang berenggang semenjak menikah setahun lalu. Aku rasa bertuah juga sebab jarang-jarang dapat rasa rindu yang sebegini kronik. Dulu-dulu masa bercinta, perghhh!! bagai nak rak rindu-rinduan. Habis guling satu katil sampai tergolek jatuh bersembang di telefon berjam-jam pon tak hilang jugak kerinduan. Bila dah kawen, perasaan kronik tu dah hilang. Ni baru nak rasa balik.
Abang tentu tengah menikmati keindahan alam hutan rimba bertemankan nyanyian unggas-unggas hutan. Aku dengki. Aku nak jugak gi camping. Dulu masa aku belajar, boleh kata tiap-tiap tahun aku akan join aktiviti yang melibatkan hutan ni. Walaupon aku tak se'extreme' bebudak OutRect Club (sorang member aku ni rajin sangat panjat gunung, masuk hutan, redah sungai sampai aku gelarkan dia Orang Utan. Kalau tak masuk hutan dalam dua tiga bulan, tapak kaki dia boleh kebas-kebas.. agaknyalaa). Kalau ikutkan aku ni jenis yang lemau. Cuma pandai berlakon tough jek. heh!
Aku nak cerita pengalaman aku bercamping. Cerita ini mengandungi unsur-unsur riak dan bangga diri yang tidak keterlaluan.
Masa aku sekolah rendah, cikgu pengakap sekolah aku yang suruh aku join pengakap. Sebabnya, masa aku darjah 4 aku ngan bebudak kelas aku dengan sukarela buat dikir barat masa Hari Guru. Macam hadiah surprise masa perhimpunan sekolah. Satu sekolah terkejut tengok aku nyanyi gelek-gelek sakan. Cikgu tu suruh join pengakap semata-mata nak menang malam persembahan. Dan disebabkan aku memang comel + pandai belakon + pandai nyanyi maka memang sekolah aku menang besar pada Malam persembahan Jambori Pengakap Daerah. Itulah kali pertama aku pegi camping. Walaupon kat padang sekolah je. Lepas tu jangan cerita, asal ada Jambori je aku akan join. Sampai mak ngan ayah aku risau sebab anak dia yang sweet sweet brown ni dah jadi well done. Pendek kata sekolah satu Daerah S**ak B*r**m tu dah jenuh aku redah. Oh ye. Lagi satu kenapa cikgu suka suruh aku ikut camping ialah sebab aku dah pandai masak. Orang kampung beb! Pertandingan masak tu dalam tangan sekolah aku jek. Aku ingat menu kemenangan sekolah aku masa aku darjah 5. Ikan kembung masak sambal dengan sayur labu masak lemak. Ada sambal belacan lagi ngan ulam kacang botol yang kitorang pau dari rumah makcik sebelah camping site lagi. Kitorang mintak bukan curi.
Masa aku sekolah menengah aku tak join Pengakap. Aku join Puteri Islam. Kawan aku yang ajak sebab dia kate aku kekurangan sifat kewanitaan. Lagipon aku malas nak beli uniform Pengakap baru. Masa aku Form 4 berlaku rombakan. Puteri Islam ramai sangat ahli, jadi aku dengan penuh perasan suara aku sedap aku join persatuan Choir. Masa aku form 4 memang aku sekali lagi tak lekat kat sekolah. Banyak aktiviti aku join. Tapi semuanya pertandingan kuiz. Satu-satunya acara camping yang persatuan aku join masa sekolah aku buat Jambori besar-besaran untuk semua pasukan unit beruniform di sekolah. Team kitorang punya uniform: kemeja putih, kain merah menyala ngan scarf merah menyala ikat kat kolar macam tie. Bebudak Pengakap, PKBM n lain-lain gelak-gelak kat kitorang. Apa ingat kitorang cheerleaders ke apa? Ingat pompuan takleh lawan diorang ke? Yang bestnya team kitorang tu semua budak pompuan satu batch. Hehehe.. memang geng!
Team kitorang menang pertandingan kebersihan khemah. Pertandingan masak tu tak payah cerita laaa. Memang dlm tangan. Aku sebagai quater master yang terer memasak mane boleh kalah. Cikgu bagi macam-macam bahan mentah. Lauk utama ayam. Tergolek sekor-sekor. Pandai-pandai korang laa nak kerat macam mane. Kitorang punye menu, kari ayam n ayam goreng special. Sayur aku dah lupa. Tapi kawan-kawan aku memang hebat-hebat. Sorang pegi kerat-kerat daun pisang kat belakang khemah jadi hiasan. Sudip nasi kawan aku buat dari buluh yang dikerat n raut bagus-bagus. Kitorang sapu bersih semua kategori. Hiasan dan rasa. Cikgu team kitorang kate team lain semua hidang ayam goreng. Kitorang je ade gulai. Ramai jugak cikgu-cikgu pakat tumpang gulai ayam kitorang. Sorang cikgu siap mintak resipi kat aku. Kembang kempis hidung aku.
Selebihnya aku join kem motivasi. Pengalaman yang paling bess masa aku ikut Program Tunas Samudera. Aku belayar naik kapal layar KLD Tunas Samudera dari Lumut ke Langkawi. Memang tak boleh dilupakan. Terima kasih Cikgu Nordin sebab pilih saya. Jasamu ku kenang. Dia mengajar subjek Pen. Seni yang memang aku keras (selalu cukup-cukup makan.. takde bakat). Aku belayar selama 10 hari. Cerita belayar ni di entry yg lain. Tapi yang pentingnya masa aku balik sekolah selepas pelayaran, kawan-kawan aku selalu buat lawak. Sebab aku bukan takat well done tapi dah masuk kategori hangus! Seronoknya masa Form 4 dulu.
Habis SPM, masuk universiti aku ingat aku tak nak lagi aktif. Nak tumpukan perhatian pada study aje. Berangan! Semuanya bermula dengan ajakan kawan. Aku join Peers Group. Lepas tu aku join Silat Cekak Ust. Hanafi. The best years of my life. Aku dapat berjalan rata. Tetiap tahun aku pergi camping n team building. Camping kat kaki Gunung Ledang untuk Per. Silat masa aku first year paling mencabar. Habis lebam-lebam satu badan jatuh-jatuh langgar batu. Aku rasa paling lawak sekali masa night walking. Kena jalan sorang-sorang dalam gelap dalam hutan balik ke camp site. Masa beramai-ramai tengah bace doa aku boleh terlelap. Sedar-sedar nama kena panggil suruh aku jalan balik ke camp site. Aku ingat diorang follow. Tapi rupenye kena jalan sorang-sorang. Takutnya macam nak lari balik rumah masa tu jugak. Fasi memang sengaje nak sergah-sergah. Nasib la, aku tengah mamai so aku bo layan jek. Kawan aku sorang ni memang kelas! Die pergi bersilat dengan fasi yang sememangnya jurulatih kitorang. Terperanjat. Esoknya semua pakat gelak gelak bile fasi cerita. Habis buah silat ape ntah yg die keluarkan.
Walaupon aku suka aktiviti luar, aku paling tak suke PACAT. Aku geli sesangat. Masa ikut program Orienteering (err.. bace map n kompas tuh) kat Sungai Congkak, group kitorang tersesat sebab mamat yang pegang kompas tu tak cerita tangan die ada titanium. Tersesat sampai kubang babi. Aiseh.. pacat jangan cerite. Kenduri besar. Aku sebab takut sangat, penuhkan kocek aku dengan garam. Aku dah secure segale lubang-lubang seketat-ketat yang mungkin. Tapi pacat tuh sikit punya pandai. Dia usaha jugak panjat seluar aku sampai ke perut. Aku punya jeritan satu Sg. Congkak boleh dengar agaknya. Kawan aku yang kena gigit sampai dekat 10 ekor rileks jek. Aku kena sekor je menjerit macam nak mati.
Satu perkara aku belajar dari pengalaman-pengalaman ni. You yourself is the limit. Kadang-kadang aku rasa macam nak putus asa bila kena cabaran yang aku rasa susah. Tapi bila kita kuatkan semangat,percaya dengan diri kita, memang kita boleh melakukan apa saja. Pendek kata nothing is impossible. Semuanya dalam kepala. Orang tua-tua kata, "Hendak seribu daya. Tak hendak seribu dalih".
Cuma kalau dengan pacat, memang aku tak boleh. Geli sampai ke tulang sumsum. eeeuuwwww.. fikir pasal pacat pon anak rambut dah tegak.
No comments:
Post a Comment