Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

Tuesday, March 15, 2011

The picture speaks thousands words..

I'm not going to post the picture here.. but i've put up the picture in a frame so that the boys can see..

the smile is genuine because the happiness is for the kids.. they enjoyed the trip.. no doubt..

when the picture was taken.. my hand brushed his.. but he never reach out and hold my hand.. it just hung there.. and i wasn't try to reach him..

we were together.. walking side by side but not closed enough.. i felt like having a day trip with a friend..

i've started questioning my feelings.. well.. it still hurts..

the picture speaks thousands of words that i could not say.. not here.. not to anyone.. but it shows..

Thursday, April 01, 2010

it's been a while..

it's been a while since i have some mood to write. i've drafted something past few days but unable to upload it..

i've been trying to start posting/uploading some pictures to make my blog more cheerful or at least fascinated..(which nobody read.. i presume) I'll get myself a brand new phone with camera so i could join somebody putting pictures in his blog.

having a busy weeks in the office after a week of absence. a report to submit, proposals paper to prepare and a meeting to coordinate.. err.. 2 meetings actually.

on the other hand, feeling a bit lonely.. unexplainable loneliness that gnawing my heart and accompany me during my sleepless nights. i've tried scrubbing and cleaning but still.. hmmm..

maybe i should try baking instead.. at least it could fill up my empty stomach..

lepas tu jadi gomok.. yeeehaaaa..

Tuesday, January 13, 2009

Beza sayang dan cinta

Hari ni aku baru sedar beza antara sayang dan cinta.. kita boleh sayang seseorang tapi tak bercinta dengan dia.. macam sayang mak, adik-adik n anak-anak. kita sayang sangat kat diorang tapi kita tak bercinta dengan diorang.. bila kita bercinta kita akan buat perkara paling bangang sekali tanpa kita sedari janji orang yang kita cintakan kita akan notice kite.. tapi kalau kita sayang orang tu, walaupun orang tu tak balas pon kita tetap sayang dia.. walaupun die tak perasan pon kita, kita tetap sayang dia..

aku sayang sangat kat dia.. walaupun perbuatan and kata-kata aku kadang-kadang menyakitkan hati dia dan hati aku sendiri.. walaupun dia layan aku macam hampas pon aku tetap sayang pada dia.. walaupun aku terasa macam dia dah tak sayang kat aku.. aku tetap sayang dia.. walaupun dia sakitkan hati aku.. walaupun dia lukakan hati aku berkali-kali aku tetap sayangkan dia..

tapi cinta aku rasa makin pudar.. aku tak boleh nak tengok muka dia macam dulu.. aku tak boleh nak tersenyum dengan hati berbunga-bunga bila teringat kat dia.. tapi sayang aku tetap sama.. sikit pon aku tak boleh nak bencikan dia.. berkali-kali aku cakap aku benci.. tapi tak pernah sampai pon dalam hati.. aku sayang sangat-sangat kat dia..

aku tahu aku tak gembirakan hati dia dengan sedih tiap-tiap hari.. tapi hati aku tak tahan.. aku sayang sangat kat dia tapi tergamak dia lukakan hati aku.. aku tak mau diduakan.. aku mahu hanya aku di hati dia.. sama macam aku letak dia seorang dihati aku.. sebab tu aku sayang sangat kat dia.. walaupun dia dah buat macam-macam tapi aku tetap maafkan dia.. aku tetap nak bersama dia.. sebab aku sayang sangat kat dia..

Ya Allah.. kurangkanlah rasa sayang aku ni.. tambahkanlah rasa cinta padaMu.. kerana aku merana dengan cinta manusia ni..

Wednesday, March 05, 2008

Smell the roses and enjoy your coffee..

I had to put a STOP on all this crying business. I'm exhausted from all this overwhelming emotions. Macam kena bipolar disorder plak.. Kejap ok.. kejap tak ok.. Penat.. tau tak penat?

Therefore.. aku kena berhentikan segala tangisan ni.. Aku kena kuakan semangat.. uih.. tapi kene nangis gak sekali sekale.. mane bleh simpan semua dalam diri.. boleh membawak kepada meletup.. kite sedih.. so kite kena nangis laa kan.. kalau kite sedih tapi kite gelak.. kan ke lain macam jee bunyiknyee... errrr...

ok.. back to roses n coffee.. so.. azamku.. aku nak enjoy hidup ni.. aku nak cium bau roses kalau boleh hari hari.. nak letak gamba bunge ros n spray bau ros kat meja ni.. hehehehe.. ok kan? lepas tu nak enjoy aku punya milo/teh tarik/teh o (sebab aku tak boleh minum kopi).. life to short to be miserable..

What i want to do before i die..
1. Panjat gunung.. takat Bukit Beruang je.. ceh.. so kena start jadi fit.. nak panjat gunung.. err.. gunung paling rendah kat Malaysia gunung ape eeek?

2. Bungee jumping.. kat New Zealand.. wahahaha.. berangan.. kena start simpan duit nih.. takkan dah kena osteoporosis baru nak gi New Zealand kan.. nanti terjun jek.. tulang cabut.. muahahahahaha..

3. sky diving.. yehaaaaa... aku nak rasa gayat tahap maksimum.. macam mane rasa nyawa hampir-hampir nak melayang..

4. aku nak tanam pokok bunga tulip... kat mane mane laaaa... sebab pokok tulip ni tanam pakai bebawang.. tanam musim panas.. nanti musim bunga baru keluar.. macam ala-ala melambangkan kehidupan baru bermula laaa.. aaaahh.. lambat tuh.. nak kena gi Belanda plak.. tanam bawang je laa senang..

5. aku nak gi lepak tepi pantai Cenang.. tengok air laut.. tengok dolphine.. tengok duyung.. eh? jauhnya berfantasi.. muahahahhaa..

6. aku nak belajar menganyam tikar.. dah lame daah impian nih.. mak tuh.. bukan nak ajar.. nak tunggu mengkuang pupus agaknya baru aku bleh belajar.. hehehehe

7. belajar membuat kek.. aa aa aa.. nih pon same.. kene gi carik kelas.. kena carik bahan.. kena bayar yuran.. lepas tu kek bantat.. hahahaha.. serius.. aku nak belajar buat kek.. yah yah yah..

yang paling utama sekali sekarang nih.. aku nak belajar memandu.. smalam aku dah nampak satu kedai sekolah memandu.. nak gi survey survey.. pastuh nak kene study.. musti pass dengan sekali ujian sahaje.. hehehehehe.. lepas ade lesen.. mau beli keretee.. bile ade kerete.. aku boleh memanjangkan ekor aku yang selame ari nih aku simpan.. yehaaa...

oh.. untuk korang yang tertanya-tanya.. alhmdulillah.. aku dan dia tak gaduh gaduh semenjak dua menjak ni.. aku nak jadi isteri penyejuk hati.. biarlah satu dunia kata dia jahat.. tak berhati perut.. hantu jeruk purut.. (aaa.. melalut lagi).. tapi kami dah semakin ke arah normal.. peluk-peluk masih same.. manje-manje masih ada.. cume skang ni aku nak tambahkan mengade-ngade dan merengek-rengek seksi.. muahahahaha.. kena perasan mude belie walaupon anak tigee.. :P

salah dia.. biar dia betulkan.. aku tengah nak betulkan salah aku.. two wrong doens't make one right.. kan kan kan.. biar die sedar kesilapan die dimana.. kedudukan aku di mana.. biar dia buat keputusan dia sendiri.. ape ape jua.. aku masih ingin jadi pembantu.. penyokong dia yang paling setia..

Wednesday, February 27, 2008

Pilihan aku

Aku dah buat keputusan.. biarlah dia susah nak buat keputusan.. tapi ini keputusan aku.. Aku yang memutuskan apa yang ingin aku lakukan dalam hidup ku sendiri.. sama ada dia suka atau tidak.. makin serabut atau tidak..

Aku memilih untuk berusaha kekal disisinya sampai bila dia memutuskan untuk tidak mahu aku disisi atau sampai aku tidak lagi berdaya menanggung penderitaan jiwa. Ya. Kenapa tunggu kalau menyiksa jiwa? Kerana aku yakin dan percaya, perkahwinan ini berbaloi diselamatkan.. Kerana aku yakin dan percaya, kami akan menjadi pasangan yang lebih bahagia bila semua badai ini reda.. dan kerana aku yakin dan percaya.. cintanya pada aku masih mendalam seperti mana kasih dan cintaku padanya..

katakan aku gila.. katakan aku buta.. tapi dia masih tetap lelaki yang aku cinta.. dimata dan dihati penuh dengan rasa syukur kerana dia lelaki baik.. tidak pernah sekali tangannya naik ke muka.. segala kemahuanku dipenuhi.. dia bertimbang rasa dalam semua perkara.. tidak pernah dia menipu aku melainkan tidak memberitahu.. dia menerima aku seadanya.. tidak pernah merungut tentang keburukanku.. malah memuji kelebihan yang ada padaku.. dia lelaki romantis walaupon kurang berkata-kata.. rasa kasih dan cinta dicurah tanpa perlu diminta-minta...

salahnya cuma satu.. tidak boleh membuat pilihan.. tidak mahu membuat pilihan.. membuatkan aku terkapai-kapai mencari penyudahan bila akan reda badai.. itu aku serahkan padanya untuk mencari jalan penyelesaian..

tapi bila aku membuat pilihan ini.. maka aku akan bersabar selagi berdaya.. aku akan bertahan selagi mampu.. akan ku perjuangankan hak aku sebagai isterinya sehinggalah dia menidakkan hak ku itu.. aku tidak menolak sekiranya takdir Allah menentukan setakat ini jodoh aku.. tapi aku juga tetap takkan mengalah.. Aku akan berusaha untuk menyelamatkan rumahtangga yang dibina.. aku maafkan segala kesilapannya.. aku takkan salahkan sesiapa melainkan diri sendiri yang serba kekurangan.. akan ku perbaiki diri agar jadi lebih baik.. menjadi isteri yang lebih baik.. menjadi kekasih yang lebih penyayang.. menjadi ibu yang lebih baik kepada anak-anaknya.. menjadi sahabat dan penyejuk hatinya..

aku akan beri masa kepada diri aku untuk melakukan semua itu.. seandainya selepas semua itu masih tidak berjaya.. aku akan menarik diri.. tapi menarik diri selepas aku tau aku bukannya pengecut yang lari dari medan perjuangan.. tetapi memang tiada apa lagi yang perlu aku perjuangkan..

YA ALLAH, KAU KURNIAKAN AKU KESABARAN DAN KEKUATAN DALAM MENGHADAPI UJIAN MU INI.. KAU BERIKANLAH AKU KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK UNTUK DIRIKU DAN KELUARGAKU.. DAN BERIKANLAH PETUNJUK KEPADA SUAMIKU..AMIN

Thursday, February 14, 2008

Bila Hati Sudah Retak..

Aku pernah nonton citer ni kat wayang masa aku kecik-kecik dulu. Aku tak ingat sape yang bawak. Tapi aku ingat Rubiah Suparman jadi misi aka bidan kerajaan kat kampong. Dia bawak diri sebab laki dia curang. Lepas tu masa kat kampung tu dia kena fitnah cuba menggoda laki-laki org di kampung itu selain tugasnya yang mencabar sebagai bidan kerajaan yang mendapat tentangan dari bidan kampung tersebut. Dia juga hampir dirogol oleh laki kepada salah sorang isteri yang berjaya diselamatkan masa nak beranak.. yang aku ingat ending dia, laki dia datang pujuk balik nak ke dia tapi dia tak ndak sebab kata dia "bila hati sudah retak..bla bla bla.." dan kedengaran esak tangis dalam panggung tu..

Aku taktau betul ke tak.. tapi rasanya Rubiah Suparman menang award untuk cerita tu.. yang pastinya.. semua masalah watak dalam cerita ni disebabkan oleh lelaki..

1. RS (Rubiah Suparman) terpaksa jadi bidan kerajaan diceruk kampung nun jauh d pedalaman sebab bawak diri sebab laki dia ceraikan dia n ada gepren lain.

2. RS kena fitnah goda laki org sebab laki-laki orang ni yang sebenarnya gatal tak boleh tengok janda. padehal die tak ambik port pon pasal laki-laki org ni.

3. Tugasnya ialah membidankan bini-bini orang kampung yang nak beranak. Kalau tak disebabkan lelaki, camne bleh mengandung. betul tak?

4. Die hampir dirogol oleh lelaki gersang yang telah dirijek oleh RS pada pertengahan cerite sebab lelaki ni laki orang.

5. RS jadi betambah makan hati bila ex laki dia datang merayu nak rujuk balik die.. Tapi aku suka sebab die rijek.. alasan paling masuk akal aku pernah dengar.. "Bila Hati Sudah Retak"

Kesimpulannya, memang sah lelaki telah menyusahkan hidup RS ni dalam filem ni.. tapi APe kena mengena Rubiah Suparman plak dalam kehidupan aku kan...? Entahlaaa.. pagi tadi aku macam ternampak-nampak lagi muka RS yang dizoom sampai nampak dagu dia belapis. Air mata berjurai-jurai.. ngan suare yang sayu dia cakap.."Bila hati sudah retak.." huuu huu huuu.. Syahduuuu....

Wednesday, February 06, 2008

Hati kering

Resepi untuk membuat hati kering...

1. Hati yang dihiris nipis-nipis (sukatan ikut berat badan tuan punya hati)
2. Satu mangkuk curang
3. Sedikit pembohongan/penipuan
4. 3 baldi air mata
5. Sebijik besen beli jiwe

Cara membuatnya..
Hati yang dihiris-hiris tadi digaul rata dengan curang dan sedikit pembohongan secukup rasa dalam besen beli jiwa. Kemudian basuh dengan secebok air mata. Ulang proses ini berhari-hari sampai air mata kering. kemudian jemur hati yang dah diperasakan tadi dibawah extreme condition seperti menjaga anak-anak yg tengah menangis dan menanggung keluarga sorang diri..

Bila hati tadi dah kering, simpan dalam balang kedap udara supaya tidak berkulat.

kelebihan hati kering ini ialah:
1. tidak mudah menangis tak tentu pasal..
2. tidak akan patah semangat bila bertemu dengan kesusahan...
3. tidak peduli dengan kata-kata orang
4. tidak mudah makan pujuk rayu..
5. boleh menjadi tangkal kebal.. (kebal perasaan sahaja.. kalau kena tikam/tembak.. still mati)

Tapi ingat.. bila hati kering ni boleh lemau semula.. tapi akan ambik masa yang sangat lama dan takkan kembali seperti sedia kala..

begitulah resepi kita pada hari ini puan-puan.. selamat mencuba.. renung-renungkan dan selamat beramal...