Tuesday, December 06, 2011

saya budak baru belajar..

ini minat baru saya.. dalam sepoloh keping amik.. 3 je yang ok.. haissh.. nak kene cari tok guru nih..
PS: ni salah angle bayang.. bumper saya tak sebesar iteewwh.. hehehe

Tuesday, November 22, 2011

From the bottom of my two feet





If we could see the world from our feet, we would see a different view. always looking up so that we might not get stepped on. I do not want to be so philosophically, but sometimes it is good to see down for us to appreciate up. Don't get what I mean?

You see, I always thought that I'm the victim. People should appreciate me more etc. The fact that, things may not look like what it seems or what I might think it is. Therefore, it is good to see it from different perspective. I always thought that he might be happy but the truth may differ.

So from the bottom of my feet I'm sorry that you are actually not happy as I thought..

Note: Muahahahahahahahaha.. sikit pon tak sebenarnya.. lagi gembira ada.. nak marah pon ada.. hampeh punyer org!

Tuesday, November 01, 2011

Malas dan musim sakit

Okey.. okey.. aku mengaku aku malas nak update blog. selain tuntutan kerja di pejabat dan rumah, aku lebih suka mengakar depan tv.. walaupon cerita tak best.

lagi satu, dah dua minggu lebih aku sakit. demam, selsema, batuk dan sakit tekak yang macam tak nak baik-baik. dah berbotol ubat batuk ditelan. berpapan-papan ubat selsema ditelan. tapi tetap tak nak baik. mungkin antibodi cipan gamaknya. mogok nak berfungsi.

yang kesiannya bila terjangkit dengan bebudak tu. demam tu tinggi tapi relaks je boleh main lagi. haiishhh..

sama ada sebab sakit atau malas.. aku takde mood nak buat pape.. malas malas malas

Wednesday, September 28, 2011

Trying to be a good mom

People said the best parenting advice came from people who don't have kids.. I believe its true because when I have my own kids, i've followed non of the advice, give non but shared a lot of happy memories with other mom.

I've read few books on parenting tips but in the end, you know your kids and the best way to do it is by "redah-je-with-knowledge" concept. there is no right or wrong way.. just the best that we can do for our kids and lots and lots of pray that they will turn out ok.. just like when we were little how we hate our mom and dad's way of bringing us up but we grown up to be who we are because of them?

sometimes i kind of regret not spending more time with them. but then again, i should take full advantage of the time that i have with them so that every moments counts. i wish they will remember the good times they had with their ibu when they grow up.

i'm not perfect. i have my ups and downs. i'm a bit "garang' with them sometimes. it is a challenge to raise kids in todays environment. but i try my best to show them the rights from the wrong. i hope and i pray Allah will show them the right way.

In the end, i will try my best to bring them up and they will turn out fine. maybe better than me.. Amin

Monday, September 12, 2011

selepas 14 tahun

aku tak nak menulis pasal raya. raya sekarang ni adalah untuk anak-anak aku.. paling aku tunggu-tunggu tetiap kali raya ialah kami adik-beradik baca yasin dan tahlil di kubur ayah.

semenjak ayah takde, hanya pada hari raya aku rasa keluarga aku cukup lengkap. ayah, mak dan adik-adik. cuma ada tambahan suami/isteri dan anak-anak. dan aku selalu terbayang keadaannya kalau ayah masih hidup.

macam tak percaya dah 14 tahun ayah pergi. tetiap kali aku ziarah kubur ayah, aku mesti menitiskan air mata.. almaklumlah aku kan jenis sayu-sayu gitu.. dalam hati ada taman punya kategori. dan macam biasa adik-adik aku ignore je kalau nampak aku start kesat-kesat air mata.. aku selalu jadi orang yang terakhir tinggalkan kubur ayah..

tahun ni aku cakap kat ayah aku sayang dia.. aku mintak dia doakan aku dan anak-anak aku.. aku minta dia doakan aku bahagia dan dipermudahkan perjalanan hidup.. dan aku doakan dia aman dan tenang disana. aku juga cakap kat dia.. nanti kita jumpa lagi..

haish.. masa menaip ni pon air mata ku meleleh-leleh.. memang sinetron btol.. hehehe

nota kaki: aku nak simpan duit nak buat kepok n nisan baru untuk ayah..

Monday, August 15, 2011

Banyakkan Doa dan kurangkan cakap

Ustazah tu kata bila Allah uji kita dengan suami maka caranya dengan banyakkan doa dan kurangkan cakap..

so mulai hari ni.. aku nak banyakkan doa.. cakap dah banyak kurang dah.. sampai naik sakit pinggang berus lantai bilik air.. wohaaa..

Monday, August 01, 2011

just wondering around

I've been extremely busy managing life and works these past few months that any stolen moment for myself is a blessing. Last saturday was the day. the kids were at my mak's house. enjoying a little break from their ibu as well. hehehe.

so what do we do when we have ample time to ourselves? we go and walk aimlessly i say! no like 'mental disorder' aimlessly but like a tourist. and where do we go? we go to Jalan Tuanku Abd Rahman. Wohaaa!!

I got myself a dental works done before that though. so to nurse the tooth, i decided to do a window shopping at KL's heart of shopping paradise. Start at Sogo (unfortunately it was a members-only day.. so i cannot enter.. huhuhu).. then walk all the way to Masjid Jamek through Jalan Masjid India and all.

I'm tired but happy.. and oh i am so going back for the potato paratha that i had at the food court in Jalan Masjid India..

Saturday, July 02, 2011

not a vein entry

women always obsessed with their weight and appearance.. Sebab tu ramai jutawan kosmetik di Malaya ni..

macam aku.. obses dengan berat badan.. not that aku obese ke ape.. tapi dulu berat aku ngam-ngam je.. borderline anorexic pada satu tahap.. BMI aku 17.. tapi memang aku takde selera makan... so aku jadi foodie.. aku baca blog yang related to food.. sebab aku nak cari benda yang aku suka makan supaya aku tak kurus  kering yang menyebabkan aku mudah sakit..

now with them around lagi laa kene tambah stok resepi untuk masak.. saje.. nak bagi diorang makan banyak-banyak jugak sebab diorang pon kurus-kurus... so bila aku kata aku gemuk tu jangan kecik hati sebab ni laa berat badan aku yang terberat tanpa aku pregnant.. bp aku pon dah normal..

thanks to fellow blogger yang banyak bantu aku.. skang aku dah tau ape tu BMR. aku sebenarnya kene makan banyak sket sebab aku kurus.. pastu aku kene bersenam sebab sebelum ni walaupon aku kurus tapi stamina hampas.. jalan kaki lime minit pon rasa macam nak mati..

so.. aku nak maintain hidup aktif ni.. and thank to kak LG aku teruja untuk ikut gaya hidup sempoi dia..

Thursday, June 30, 2011

risiko makan

okeyh.. kawan-kawan jangan marah.. ini entry untuk peringatan diri sendiri..

berat saya sekarang adalah LIME PULOH DUE kilo.. wohaa!! sudah menggemuk dengan jayanya..

i blame it on the list of food blogs that i follow.. diorang telah menyebabkan saya menyukai makanan dan terinduce untuk overmakan..

waaaaa... nak kurus slim-slim kering macam dulu..

Monday, June 27, 2011

makan

ni bukan blog makan-makan.. tapi nak bagitau yang aku dah terjatuh centa sama ini kedai makan..

sesuai dengan cita-cita nak sehat dan nak cepat.. dari melantak beger baik kite melantak sandwich.. cecece.. tengok laa bile dah pandai buat roti nanti.. cececece.. anyway.. budak bikin sandwich ni macam blur bila aku mintak 2 jenis sos je.. ape? salah ke? dah aku cume suke mustard and mayonis je kat sandwich seafood & crab.. salah ke?

papehal pon.. sape nak belanje nih??

Friday, June 24, 2011

Abah..ayah..babah..daddy..appa..etc

Tahun-tahun sebelum ni aku selalu bercerita sedih-sedih pasal ayah. Tapi tahun ni bersempena dengan hari ayah, aku nak tulis pasal semua ayah yang aku ada sepanjang hidup aku sampai hari ni..

Ayah
Md Nor Hamid. Ni ayah kandung aku. Separuh DNA code aku ni diberikan oleh ayah aku. Nama aku pon berbintikan nama dia. Ayah yang aku kenal sampai umur aku 17 tahun. lepas tu die pon pergi meninggalkan kami adik beradik sampai bila-bila. Mohon Allah perkenankan doaku untuk bertemunya semula di Syurga.

Tok Hashim,
Second father figure that I know. Ini ayah kepada mak. Mase kecik aku adik beradik banyak masa dihabiskan di rumah Tok di Perak. Orangnya tak tinggi. Everytime aku tengok cerita nasib labu labi, bila tengok arwah Mahmud June menari malam pesta muda mudi. aku mesti sengih-sengih sebab dulu arwah tok paling suka tiru gaya tu bila die mengusik wife die (nenek dia la kan). Tok ni menyebabkan aku jadi seorang yang suka sarapan. Menu sarapan tok :nasi goreng sambal belacan campur telur, air kopi O kaw, telur suku masak dan ubat cap kaki tiga satu peket. Buang ubat cap kaki tiga satu peket tuh, yang lain tu semua makanan sarapan kegemaran aku. oh! and he was funny to the boot!. especially lawak-lawak kentut dia. hahahahahaha.. Dia sangat dihormati di kampung sampai ada orang gelarkan dia Tok Keramat (masa dia hidup) sebab apa yang dia cakap akan jadi betul. Tokei Cina kedai di Batu 8 tempat lepak dia selalu mintak Tok scan baby apa dalam kandungan wife die. ANd it was 100% tepat. Lagi satu larangan dia jangan laa dilawan. kalau dia kata jatuh, maka jatuh laa.. a very wise man. he left us when i was 12 in Mekah masa Haji. Pegi Mekah langsung tak balik2..

Pakcik Rabu *abah*
Ni ayah tiri aku. Lepas 5 tahun ayah pergi, mak kawen lain. Dah 9 tahun he is in the family tapi aku tak boleh jugak nak panggil "Abah". Memang masa dia nak kawen dengan mak kami tentang. cuma tak habis-habisan. semua kegusaran dan kerisauan kami adik-beradik kami tulis dalam satu surat untuk mak dan pakcik. dia setuju dengan syarat-syarat tuh dan diorang teruskan jugak perkahwinan tu. memang mula-mula kami agak tak berkenan. Orang asing kan, dahla takde pertalian darah. Tapi lama-lama aku hormat pada dia. walau berbeza macam mana pon, rasa sayang tu tetap akan ada. terutamanya bila aku tengok mak gembira. rumah kami di kampung pon cantik. WAlaupon dia tak baca blog ni.. hehehe.. dan mungkin aku takkan cakap depan-depan die.. tapi dalam hati aku selalu aku panggil dia abah.. wohaa.. thank you abah sebab jaga mak.. or mak jaga abah.. hahahaha..

Ayah (Wan Mohamad)
Ni ayah mertua ku. Mula-mula kenal aku agak takut dengan dia. Mane tak terkejut bila dia bertempik satu rumah panggil anak dia. Anak2 pon takut dengan dia. tapi aku hormat sangat pada dia. Orang yang sangat tetap pendiriannya. Satu perkara yang aku sangat suka. Dia tak peduli apa orang nak kata sebab itu pendirian dia sampai orang kata dia degil. Mula-mula kawen memang aku nampak dia sangat keras tapi semenjak dah bercucu especially budak 3 orang tu dah makin besar, aku makin nampak his soft side. biasalah orang kata, dengan anak tangan-tangankan tapi dengan cucu manja-manjakan. aku banyak belajar dengan ayah sebab dia suka bagi nasihat.

Abah kepada anak-anak ku
Ni lah sumber kebahagiaan dan juga sumber kedukaan aku.. tapi yang penting dia jadi sumber kebahagiaan anak-anak. so part Abah yang ni aku serahkan nanti pada anak-anak ku untuk menulis pujian-pujian pada abah diorang.

Walau apa pon, 4 lelaki bergelar ayah, abah dan apak ni sangat-sangat mempengaruhi hidup aku sama ada aku sedar atau tak sedar. Dan yang paling penting.. aku sayang diorang ni!!

Monday, June 20, 2011

skang time rajin..

pagi tadi mase dalam perjalanan macam ade cerita best nak tulis.. tapi dah jumpe member lame trus ilang.. borak-borak.. lepas tu abg call plak.. borak-borak.. buat keje.. borak-borak.. buat keje sket.. pastu kuar makan.. borak-borak..

tapi pape pon.. skang ni time rajin nak update blog.. takde criter best pon.. criter nangis-nangis pon takde.. wohaaa!

Friday, June 17, 2011

citer merapu di pagi hari..

hai hai haaaiii... ini pagi jantungku berdegup-degap.. mimpi indah.. mujur berjaya bangun subuh.. mimpi citer hindustan seeeehhh... hero idaman masuk mimpi.. saruk kan..

kisahnya bermula disebuah kampung dipendalaman yindia.. saruk kan datang ke kampung menjadi shekgu.. macam biase bile hero dtg kampong mesti ade nyanyi2.. so ini heroin.. (enhem enhem.. tuan punya blog memperasankan diri jadi rani mukeji ) yang masih anak dare sunti join sekaki nari-nari.. wahaaaii.. (best tak? best tak?) so pandang-pandang jeling-jeling senyum-senyum... mesti laa hero akan terkasima bila terpandang sorang je anak dara dalam kampung tu yg muka pan-asia berbanding anak dare lain yg kulit 'redup-redup' belaka.. (muahahahahaha..)

skip part dramatik-dramatik.. gaduh2 family semer.. heroin ni ala-ala sedih macam kene rijek dgn hero yang kononnya masih teringatkan cinta lama yang dah padam.. jadi bila tau yg heroin nih syok gila penuh tulus ikhlas naif ala-ala bendul org kampung pada si hero.. makanya hero pon merangkul heroin n say i love you.. (tambah pokok n soundtrack citer mohabbatein)

gile syok wohh kene peluk ngn saruk kan dalam mimpi.. siap terbau-bau kemeja baru.. uish.. macam tanak lepas laa.. mungkin mase ni laa lagu penutup citer ni kluar sebab lepas tu aku terjaga..

memang syok peluk selimut duvet yang baru dibasuh siap letak softener... muahahahahahaha.. rase nak karate tak?

p/s: to whom it may concern.. itu mungkin menunjukkan ciri-ciri kekurangan kasih sayang. hahahaha..

Thursday, June 16, 2011

Wuhuuu!! i menang duit ribu-ribu coca-cola nak kasik!

You winner!! Simcard anda berjaya memenangi Wang RM30,000.00 dari "COCA-COLA"
No siri 887239
sila call office: 013-854-9695 MOH ASLAN
Penghantar: COCA COLA

YAAAA RIGHT!!

hantar msg kat abg "agak2 ni nak call saje2 carik pasal bleh tak?"
abg jawab "yey. call2. hehe. tengok sket apa dia nak kelentong."

macam laa aku ni bodoh piang nak pecaya... minum coca cola pon tidak.. hehehe.. tapi atas dasar "research" i pon call laaa..by the way.. sila guna nombor lain seperti no office, public phone etc. jangan ngang tepon gune no henpon korang

*guna nada excited*
- en moh aslan ke ni?
YA
- dari coca cola?
YA
*mumbling* NOMBOR SIRI BRAPA?
-887239 (ni macam bangla je stail cakap nih)
NOMBOR TELEPON CIK BRAPA?
- uik? you hantar msg kata i menang you tanya pulak? ni i menang ke tak ni?
YALLA, KITA ADA 3 NOMBOR SINI, D*G*, M***S SAMA C*****. NOMBOR CIK BRAPA?
- eh? i takde pakai d*** n m****s, i pakai c***** je.. macam mana i nak collect duit 30k tu?
SAYA MAU TAU NOMBOR TELEPON CIK DULU.. NOMBOR CIK BERAPA?
- you yang hantar msg kata i menang lepas tu you tanya nombor tepon i berapa.. takkan you tak tau nombor siapa yang menang?
*tuutt... tutt....tuuttt*
die letak tepon..

ahahahaha.. poyo punye penyamun.. nih mesti nak curik tac nih.. mesti soklan lepas ni ape nombor akaun bank nak bank in duit.. tapi ni teori konspirasi aku dengan abg je laaa..

so sesape nak main-main cinta ngn bangla ni.. sila laa call nombor diatas.. NOT!

Monday, June 13, 2011

coretan kebosanan

tengah terfikir kalaulah hari ni hari terakhir aku di dunia ini.. macam aku ingin diingati.. wohaa.. sangat dalam eh?
so tengah mencongak-congak perkara- perkara yang aku suka buat di dunia ni masa hidup yang mungkin orang akan ingat aku..

1. happy go lucky type of person. tu aku rasa laa.. sebab aku suka buat lawak-lawak mengong ngan member bila sembang-sembang. orang yang baru jumpa dan kenal pon akan label aku sebagai orang yang kelakar.. hehehe..

2. baik ati.. (cececece).. mane pernah lagi dengar org ngata depan-depan kan.. tapi ramai yang puji-puji aku sebab aku nih baik ati.. tak pernah dengki-dengki kat orang (tu sebab aku tak pernah bagitau korang yang aku dengki kat korang.. hahahaha) mudah sangat nak tolong orang.. ye ye ye.. cukup.. sebelum ade yang muntah

3. diam.. herm.. ni aku agak konpius sebab ade orang pernah bagi remark yang dia nampak aku ni jenis pendiam.. sebenarnya aku ni jenis diam dulu.. bila dah survey the water got no buaye.. then my true color shows.. but yes.. sometimes aku jenis diam dulu..

4. strong and tabah kind of people.. most people are.. yang tak tabah and strong tu jenis yang terejun-terjun bangunan..makan-makan ubat tido macam makan nasi etc.

cukup la kan.. cuma kalau anak-anak mesti ingat ibu diorang yang garang tapi mesre.. muahahaha.. what i said is what i meant cenggituh.. takde kona-kona.. tapi kalau main kita main betul-betul..

okeyh.. aku dah ilang boring dah.. tetibe timbul sakit kepale yang berdenyut-denyut..

Tuesday, May 31, 2011

happy 7th anniversary

Semalam genap 7 tahun aku bergelar Mrs Godangz. Ade sikit bitter (tu je perkataan aku jumpe nak describe rupa bentuk mood aku semalam).

aku sedih, suka, pedih, gembira, bahagia, menyampah, kecewa, duka dan seribu lagi perasaan hidup bersama dengan dia. aku banyak kali pikir apekah akan bahagia aku dimasa depan? aku juga banyak kali pikir nak hidup sendiri. aku banyak kali pikir pasal anak-anak.

dan dalam aku dok berperasaan macam-macam dan berpikir macam-macam, dah tujuh tahun aku bersama. dah tujuh tahun yang macam-macam aku dah rasa dan aku rasa boleh mendewasakan aku yg masih perasan remaja ni..(hehehehe..wink!)

kadang-kadang aku selalu gak question aku punya perasan pada dia. kenapa aku masih bersama dengan dia walaupon aku pernah dilukai.. kadang-kadang aku selalu ignore die sebab aku masih rasa marah pada dia.. dan kadang-kadang aku merajuk dalam diam.. dan kadang-kadang aku nangis sorang-sorang.. kadang-kadang aku terasa macam aku cuba nak membenci dia..

tapi sebenarnya aku sayang sangat kat dia.. sebab selalu-selalu jugak dia buat aku happy. selalu-selalu jugak dia tunjukkan yang die juga sayangkan aku.. dan selalu dia tak pernah jemu untuk cakap 'i love you'

dan mungkin sebab tu kami masih bersama sampai tahun ke 7 dan mungkin tahun-tahun akan datang kalau panjang umur. doa aku semoga Allah berkati hidup kami suami isteri anak beranak dan kurniakan kebahagian di masa-masa depan dengan rezeki yang melimpah ruah... (macam yang aku nak.. hahahaha)
test phone baru

Friday, April 08, 2011

in negative mode

in a negative mode. not good for the system..

kene buang dari dalam sistem darah supaya tak bawak balik rumah..

takpe.. takpe.. ingat.. rezeki ade di mana-mana

Tuesday, March 29, 2011

B***hing in FB

Ini entry naik angin.. kene lepaskan dari sistem supaya tak rosakkan any working function seperti tidur lena dan selera makan.

tolonglah kawan-kawan, JANGAN memburukkan orang dalam FB.. memanglaa org tu bukannya celebriti.. tapi still maruah/kredibiliti orang jadi taruhan disitu.

ape salah kalau tak puas hati pada individu tu diluahkan terus terang pada empunya badan? FB is not the place.. Boleh jadi buruk imej orang.. dalam list tu mungkin ada kawan-kawan orang tu.. paling teruk kalau dalam list tu ada boss, customer atau orang yg berkenaan yang boleh menyebabkan periuk nasi orang terganggu.

sebab tu aku tanak ade FB dah.. sebab malas nak layan orang-orang sengal yang perasan tak keruan ni menulis status di wall masing-masing tanpa rasa tanggungjawab.. tak kesah la korang ni mat rempit ke, artis program realiti atau sekadar makcik penolak kertas dipejabat GLC. ko nak letak pebenda ko makan or pebenda ko buat minggu lepas lantak laaa.. tapi bila ko buruk-burukkan orang kat tempat public tu apehal mek?

ntah laa.. aku dah mmg putus harap dah dengan FB ni.. macam yang pernah aku taip dulu, kalau orang tu betul-betul kawan aku die mesti carik aku n bagitau aku papehal yg berlaku di dunia fb

Wednesday, March 23, 2011

saya tidak sedih

blog ni dah jadi macam sampah dah.. macam macam ada.. mungkin sesilap orang boleh label minah ni psiko gamaknya.. bipolar ke ape.. semenjak dua menjak ni banyak benda sedih je..

well.. skang ni saya sudah kurang sedih.. sebab dah malas nak pikir benda-benda sedih.. ada banyak lagi benda gembira yang boleh difikirkan contohnya bila nak naik gaji.. wuhh huuu.. bila nak jadi cantik.. yuhh huuuu.. bila nak ade lesen kete.. erkk..!

cuma satu je kesan sampingan bila hati dah gembira ni.. badan jadi gumuks.. banyak makan.. laa laa.. mood masak memasak juge bertambah-tambah.. sampai terjadi nak mencuba resepi nasi ayam penyet.. so bila sendiri buat makanya sendiri makan.. banyak..

saya (kenape guna saya plak ni?) cuma nak fikir masa depan.. ape yang nak dibuat esok.. luse.. minggu depan.. tulat.. itu sahaja.. tak payah nak pikir lagi dah dosa orang buat aniaya kita.. maafkan saja tapi lupakan tu susah sket.. hehehehe.. esok lusa balasan Tuhan tu ada.. juga as a reminder to myself not to do the same thing.. self check and balance.. hari ni kite aniaya orang (sengaja atau tidak) esok lusa pasti Tuhan balas.. so jangan sedih-sedih bila terasa diri ini tersepit.. sebab Allah sentiasa ada.. janji kita mintak padaNya..

Ya Allah, redhakanlah kehidupanku dunia dan akhirat.. aminn..

Tuesday, March 15, 2011

The picture speaks thousands words..

I'm not going to post the picture here.. but i've put up the picture in a frame so that the boys can see..

the smile is genuine because the happiness is for the kids.. they enjoyed the trip.. no doubt..

when the picture was taken.. my hand brushed his.. but he never reach out and hold my hand.. it just hung there.. and i wasn't try to reach him..

we were together.. walking side by side but not closed enough.. i felt like having a day trip with a friend..

i've started questioning my feelings.. well.. it still hurts..

the picture speaks thousands of words that i could not say.. not here.. not to anyone.. but it shows..

Saturday, February 19, 2011

tentang lagu

kita semua minat dengar lagu.. aku juge..

tapi lagu yang aku suke tak semestinya korang suke.. aku peduli ape.. kan kan kan.. so salah satu playlist lagu kesukaan aku adalah lagu tahun 70an..

baru-baru ni aku baru berjaya menonton citer hantu kak limah.. halahaiii.. sudah terminat ngan lagu soley soley.. mujur ade internet.. gugel je sekali.. so bleh terus layan.. uh uh.. rupenye grup yang nyanyi lagu ni nyanyi satu lagi kesukaan ku.. Chirpy Chirpy Cheep Cheep.. waaa haa haa

ok.. kalau nak hiburkan hati ku ni sila lah bagi lagu-lagu hits 70s ye kawan-kawan.. lagu hindi aku bleh cari sendiri.. wup wup

Monday, February 07, 2011

ada sesuatu dengan bendang

dah lama tak balik rumah mak. jadi bila dapat cuti panjang boleh laa ajak bebudak tu balik umah mak. seronok. dan mengamankan jiwa.. ada sesuatu dengan bendang yang mendamaikan jiwa kacau..

aku suka ambil angin petang-petang di luar kawasan rumah sambil layan jiwang (muahahaha.. jiwang laa sangat) tengok bendang.. ada sesuatu yang melekakan bila layan bendang seluas mata memandang..

macam mana nak layan jiwang dengan bendang? meh sini nak cerita.. nak real nye experience kene laa amik cuti 100 hari. dari start tanam sampai menuai.. ape kate amik upah skali buat.. lagi layan..

masa menanam - anak pokok padi tinggi 1 kaki macam permaidani. aku selalu leka layan ombak anak padi. memang asyik.. takat nak tengok embun, jam 10 pagi masih basah lagi.. kalau takat nak mandi embun takde hal punye lah except kene blasah ngan tuan punya bendang sebab dah lanyak pokok padi die..

padi start berbuah - tatau laa baka ape mardi bagi skang ni.. dari start tanam sampai terbit buah memang sekejap jek.. dari kuar buah padi sampai die tukar kaler kuning pon kadanga-kadang boleh miss.. tapi dulu-dulu mase aku pegi balik sekolah aku selalu tengok.. kan ade pepatah biar ikut rasmi padi makin lama makin tunduk.. serius die tunduk...

masa musim tuai padi - time paling sibuk.. dulu takde lori lori.. semua pakai guni dan ayah amik upah angkat guni padi. jadi bila ade bendang nak menuai kene booking org angkat padi ni.. tapi sebab nak lebih efficient, mardi suh pakai lori direct hantar kilang. tak payah timbang satu-satu guni.. aiseh.. terside track plak.. aku layan jiwang ngan bau freshly cut padi.. perghh.. memang sedap bau die.. susah nak describe.. kalau ade perfume yang bleh buat bau tu confirm aku beli.. hehehe..

sebut pasal guni padi.. aku kagum ngan arwah ayah.. die tak skolah tapi bab kira-kira hazabnye cekap.. congak dalam kepale je.. macam ade saintifik kalkulator.. tak tak.. ade excel dalam kepala.. die nye kire-kire mmg cekap..

ok.. tu je.. ni sebenarnya entry sebagai pengubat jiwa sebab rase homesick.. hu hu hu

Friday, January 21, 2011

Penatnyeeee...

Penatnyeee..

tak sangka sungguh nak membahagi masa dengan kerjaya dan anak-anak sangat-sangat memenatkan.. maksud saya anak-anak bersekolah.. kene buat jadual.. buat rutin.. berkejar ke sane sini..

ok.. masih banyak perubahan yang perlu dibuat.. but for the time being..

I WILL SURVIVE!!!Hoyeeee

Monday, January 10, 2011

Happy Birthday to Me.. yesterday



Yesterday was my birthday.. nothing much except feeling grateful that i'm still alive and kicking.. alhamdulillah

i made my own cake.. decorate it myself and let the boys blow the candles.. Hehehe.. it was a little celebration for the kids..

this morning my friend in the office including boss held a surprise party for me.. uh uh.. sungguh terharu.. sob sob..

well.. not much to say.. just happy birthday to me.. by the way this is not my actual cake.. this is just some random googled picture..

Monday, January 03, 2011

Happy New Year 2011

Happy New Year.. bahhh.. it's just another day with another number. the hurrah's of new year celebration doesn't affect me much.. still i felt something is not right..

i still need to re-strategies my life.. more thing to work on.. new hobbies and a lot of other things that i want to do.. i guess i need to start writing on my list of things to do before i kick the bucket..

i start my new year with learning to make praline and beautiful chocolate.. at least it is still have colors. can't post the picture here because with 4 hungry boys, the chocolates was gone in a few minutes.. (sigh!) but not to worry.. i'm going to make more.. err.. after i get all the tools and equipment..

I'm also drooling for a new camera.. i want one.. (my birthday is coming very very soon.. please please somebody give me a camera for my birthday.. I'll accept it even if i received it in august)

i want to complete my driving license.. hehehe.. i know i know.. so old no lesen kah? what to do? so afraid to drive looh.. i'm afraid to cross the street.. then how about driving.. it is scarier.. but i have too.. i must have P before end of 2011.. hehehe..

what else do i want.. hmm.. rasanya macam banyak.. nanti lah tulis balik