Wednesday, January 05, 2005

Tujuh Bulan

Minggu ni minggu ke-28. Ini bermakna aku dah 7 bulan. Lagi 2 bulan Godangz Jr. akan lahir. Kalau ikut tarikh yang diberi doktor, 24 Mac 2005. Tak sabarnya rasa.

Ini anak sulong kami. Tak sampai sebulan lepas menikah dah lekat. Ada orang kata cepatnya kami menimang anak. Ada yang bertanya "kenapa tak honeymoon dulu setahun baru fikirkan nak menimang anak?". Ada juga yang beri galakan bagus beranak awal. Dah tua-tua payah kalau nak beranak lagi. Kami senyum dan kata "Alhamdulillah, rezeki diberi Allah". Kemudian orang sibuk-sibuk tanya bertanya dan meneka. "Dah scan? Baby boy ke baby girl?". Kami senyum lagi dan kata "Dah scan tapi saja nak bagi surprise" Boleh kan?

Alahan mengandung biasa-biasa sahaja. Alhamdulillah, cuma pening-pening biasa dan muntah ala kadar secukup rasa. Kalau takde langsung pon susah juga. Nanti tak mencabar pulak kata orang. Secukup rasa saje. Cuma dugaan yang paling susah aku nak kawal rasanya dugaan hati dan perasaan. Hati jadi mudah tersentuh. Sikit-sikit nak merajuk dengan suami. Payah.. payah..

Semoga Allah memberi kesihatan untuk aku meneruskan kandunganku ini untuk 2 bulan lagi. Oh ya.. baby kami sangat aktif. Dah berapa kali scan, dia aktif sungguh menendang-nendang. Bahagianya rasa.

No comments: