Wednesday, January 12, 2005

Akukah wanita itu?

Aku ingin jadi seperti mereka.
Mempunyai hati sekeras waja namun lembut bak sutera.
Punya semangat seorang perwira namun penuh keayuannya.
Punya senyuman semanis gula disebalik pahit rasa duka.

Aku ingin jadi seperti mereka.
Kekasih yang setia walau dilanda derita.
Punya hati yang penyayang tidak mengenal batas masa.
Punya rasa cinta yang tebal walaupon dugaan melanda.

Aku ingin jadi seperti mereka.
Wanita-wanita yang bergelar isteri yang setia.

Hari Sabtu yang lalu, ayah mertuaku diserang darah tinggi. Orangnya degil. Walau dipujuk tetap tidak mahu ke klinik untuk diperiksa. Mungkin semua ayah begitu. Hati mereka keras tidak mahu menunjukkan kelemahan didepan anak-anak. Tapi mak mertuaku tak jemu-jemu memujuk. Akhirnya, petang Ahad baru bersetuju untuk dibawa ke klinik. Itupon rasanya sebab dia dah tak tahan sangat. Asyik mengerang kesakitan. Ayah terus dihantar ke hospital bila bacaan tekanan darahnya melebihi 200. Malam itu juga ayah dimasukkan ke wad. Kami bersembang sampaila ke jam 2 pagi.

Hari Isnin aku dan abang bercuti. Memang niatnya nak bercuti sebab nak sambut harijadi aku. Tapi memandangkan ayah masih di hospital, kami cuma pergi ke KWSP dan terus balik ke hospital. Mak balik ke rumah malam tu. Tak menemankan ayah memandangkan adik-adik ipar nak ke sekolah. Kesian mak. Hatinya tentu terbahagi dua. Nak menemankan ayah di hospital dan pada masa yang sama nak menjaga anak-anak. Aku dapat merasakan yang mak serba salah. Tapi mak masih lagi mampu gelak-gelak.

Dulu, masa arwah ayah masih ada dan sedang sakit. Mak pon begitu. Adik-adik di Johor tapi mak di Perak menjaga ayah. Kuatnya hati mereka. Aku pon ingin jadi seperti mereka.

No comments: