Manjanya aku! Dah ada orang nak manjakan kita. Sila ambil peluang sepenuhnya. Semenjak aku berbadan satu hinggalah berbadan dua, abang memang manjakan isterinya. Kerja rumah kebanyakannya dia yang buat. Tanggungjawab suami katanya. Tugas isteri melayan suami. Bila isteri tak penat, dia akan melayan suaminya dengan senyuman paling manis. Betul tak para isteri?
Sayangnya, dah dua malam kami tidak bersembang-sembang panjang sebelum melelapkan mata. Sebab utama, mataku lelap dulu. Belum jam 11 aku dah jauh belayar di alam mimpi. Dua tiga hari lepas aku memang susah nak tidur. Asyik terjaga dan kemudian susah benar nak melelapkan mata semula. Mungkin ini latihan awal bila anak kami dah keluar nanti. Masalahnya suami ku itu lenanya macam batang kayu. Kalau aku melompat buat aksi tarzan pon belum tentu dia akan bangun. Paling tidak hanya menjawab "hmm.. hmm" dan kembali mengerekot.
Si manja abang ini juga kepanasan tahap maksima. Berpeluh berbaldi-baldi. Alangkah nyamannya kalau bilik kami ada penghawa dingin. Biar sejuk macam di Alaska. Kesian abang. Mengerekot kesejukan kerana si manjanya memerlukan angin ribut taufan (kipas angin dengan kelajuan maksimum) untuk tidur. Si manja abang ini juga malas nak memasak makan malam. Kalau ada pon sekali sekala. Tetap dia tak marah malah dia pula yang memasak walaupon sekadar mendadar telur. Bahagianya. Jadi tak hairanlah kalau si manja ini badannya naik bagai dipam-pam. Penuh muka bak pau baru keluar pengukus. Peha dan punggung. Errghh.. tak payah cerita. Kalau ayam, menitik-nitik lemak bila dipanggang.
Walau apa pon, si manja ini sangat sayangkan buah hati pengarang jantungnya. Macam lagu Siti Nurhaliza, "aku meminta pada yang ada..bla bla bla.." Aku bermanja pada yang sudi memanjakan. Tak gitu 'my big baby boy'?
No comments:
Post a Comment