Dalam hati ini ada banyak pertempuran.. kadang kadang menang, kadang kadang kalah.. sebab peperangan ini belum tamat.. kerana aku tak tau macam mana nak menamatkannya.. sebab banyak pertempuran yang kalah dan menang.. masih seri. belum ada satu pihak yang menunjukkan kemenangan. jadi macam mana perang nak tamat..
Dalam hati ini ada banyak persimpangan.. aku cuma berani tengok apa yang ada di depan.. aku takut nak melangkah memilih jalan. Aku takut bagaimana kalau apa yang aku tengok itu cuma fatamorgana (uisshh.. perkataan bombastik nih!!) Atau itu kenyataan pasti yang harus aku tempuhi.. Aku takut aku akan berpatah balik dan menyesal dengan jalan yang aku pilih..
Dalam hati ini ada banyak luka yang perlu disembuhkan. Ada kepercayaan yang perlu dikembalikan.. Ada pengkhianatan yang perlu dimaafkan.. dan aku pasti.. bila itu semua hilang.. aku bisa menang peperangan itu.. aku bisa memilih jalan yang akan mengamankan hati dan diri..
Buat masa sekarang.. aku masih buntu.. aku nak buat itu.. tapi hati menidakkan.. Bila hati kata YA.. akal pula kata TIDAK.. apa yang aku nampak tidak meyakinkan aku untuk meneruskan apa yang aku ingin lakukan.. dan kadang kadang apa yang aku lakukan menyakitkan diri sendiri..
Maybe I don't love him enough.. to love someone unconditionally is you still love him even if hurts you so much.. you put his happiness first.. and for that you are willing to sacrifice..
entah.. aku buntu