Wednesday, December 20, 2006

Tak tau nak letak tajuk apa..

ni cuma cerite fiksyen.. takde kene mengena dengan yang hidup atau yang mati.. cuma rekaan semata-mata..
..........................................................

Namanya Alin. Mak kata ayahnya yang pangggil dia Alin. Ayah Alin nak anak perempuannya penuh kelembutan dan keayuan. Sebab Lin tuh maksudnya lembut. Tapi ayah Alin dah lama meninggal. Dalam hidup alin cuma ada mak dan Arun. Harun nama penuhnya tapi alin lebih suka panggil Arun. Dari kecil sampai sekarang Alin panggil Arun bukan Harun. Aruah nenek Arun pon sama. Arun pon panggil diri sendiri Arun.

Alin dan Arun membesar sama-sama. Rumah nenek Arun dekat dengan rumah Alin. Nenek Arun jual kuih. Mak Alin pula kerja di pejabat. Bukan. Mak Alin bukan pegawai eksekutif di pejabat. Mak Alin cuma kerja jadi "cleaner". Pagi-pagi mak Alin dah keluar. Pukol 4.30 petang baru mak Alin balik. Jadi bila mak Alin pergi pejabat, Alin duduk rumah nenek Arun. Arun lagi tua dari Alin. Arun macam abang pada Alin. Alin tiada adik beradik lain. Arun pon sama. Mereka cuma ada "each other".

Alin tak pernah ada kawan. Alin pernah tanya Mak kenapa budak-budak sebaya Alin tak mau berkawan dengan Alin. Mak cuma senyum sambil cuba sembunyikan air mata. Jadi, Alin cuma berkawan dengan Arun. Cuma Arun seorang yang mahu berkawan dengan Alin. Bila Arun balik sekolah, Arun ajak Alin main buai. Ajak Alin jalan-jalan. Alin pelik sebab semua orang pandang Alin dengan muka sedih masa Arun ajak Alin jalan-jalan.

Alin masih ingat masa Alin ikut Arun hantar kuih Nenek ke kedai. Ada budak ejek-ejek Alin. Ada budak baling-baling batu pada Alin. Alin sedih. Alin nangis kuat-kuat bila batu kena badan Alin. Tapi Arun ada. Arun lindung Alin dari kena batu. Kemudian Arun hambat budak-budak yang baling batu pada Alin. Arun tunjuk penumbuk Arun. Arun suruh Alin bagitau Arun kalau ada budak-budak lain kacau Alin. Arun kata dia akan jaga Alin sampai bila-bila. Arun pujuk Alin jangan menangis. Alin angguk-angguk sambil tahan esak yang berbaki. Malam tu bila Alin cerita pada Mak, mak nangis sungguh-sungguh sambil peluk Alin. Alin keliru lagi.

Thursday, December 14, 2006

Menu Dewan Makan

Waktu lunch memang waktu yang menyeksakan bagi pekerja yang tak berkenderaan sendiri macam aku. Bila tiada kenderaan bermakna kenalah makan di kantin. Hari-hari mengadap lauk yang lebih kurang sama, aku teringat makanan masa aku di Mozac dulu. Menunya lebih kurang sama. Cuma aku nak highlight menu istimewa.

1. Ikan jaket

Ikan cencaru aka ikan jaket ialah ikan favourite dewan makan. Variasi masakan ikan jaket ni ada beberapa jenis.
  • Ikan jaket kuah pindang. Bayangkan ikan yg separe pucat berenang-renang dalam kuah yang pucat jernih. Rasa masam masin yang bersilih ganti.
  • Ikan jaket goreng keras. Kepada peminat Star Wars, bolehla gunakan ikan jaket ni sebagai Light saber. Boleh mendatangkan cedera parah kepada pemakan yg gelojoh.
  • Ikan jaket masak kicap. Gabungan ikan jaket goreng keras dan kuah kicap.

2. Kacang panjang. Selalunya kacang panjang ni dimasak dengan minyak. Ke minyak dimasak dengan kacang panjang? Ahhh.. yang pentingnya kacang panjang tu mesti berminyak-minyak.. Konpius aku..

3. Daging ayam. Lauk yang ditunggu-tunggu semua orang kecuali aku. Aku ada pengalaman ngeri ngan ayam dewan makan. So aku cuma makan ayam goreng sahaja. So bila ayam masak lemak ke, ayam masak kuah apentah atau ape-ape saje jenis kuah, Nyot and Ejay awal2 lagi dah booking nak duduk sebelah aku. Aku confirm tak makan ayam tu. Sila la kan laaa..

4. Daging. Aku boleh tolerate dengan daging. So masak kari ke, asam pedas ke, aku belasah je.

5. Sarapan. Menu sarapan tak banyak sangat variasi. Antaranya

  • Beehoon goreng. Kadang-kadang ok tapi selalunya KO. Keras kejung. Masin dan tersangat pedas. Cara nak bagi boleh dimakan, curah air teh o yang panas menggelegak dan manis dalam meehoon goreng. Baru boleh makan. Bess jugak kadang-kadang beehon goreng teh o kitorang.. haha.. buruk lantaknya aku..
  • nasik lemak dan telur rebus. Ok laa pada tekak aku. Tapi sambal dia.. peerghh.. lekang telinga. Pedassss
  • roti dengan telur hancur bersambal. Nih menu favourite. Memang berebut laa sebab sedap.
  • roti ngn marjerin simen. marjerin pada 4 keping roti boleh buat sebijik kek. Banyaaaak sangat bertepek.
  • Nasik goreng kacang panjang. Bertabur kacang panjang dalam tu. Mesti berminyak dan pedas.

6. Minum pagi/ minum malam: Minum pagi selalunya ada kuih yang best macam karipap, popia, kueh bom. Tapi kuehnya kecik-kecik. Boleh pegi makan masa waktu rehat. Cuma orang yang rajin macam aku je pegi dewan makan masa rehat. Waktu malam lepas balik prep selalunya ada biskut dan milo. Cuma kadang-kadang ada bubur kacang.

7. Minuman wajib Teh O. Panasnya menggelegak. Boleh bocor tekak. Kadang-kadang Air WAHI (macam Milo laa). Kadang-kadang kopi susu. Tengah hari aku lupa air apa. Teh O jugak ke? atau ada sirap.. Ejay tolong aku..

Menu special/Makan special masa hari Sabtu malam Ahad. Kami ada High Table. Bermakna kena makan guna fork and spoon. Menu pon special, nasi minyak selalunya. Buah epal dan ais krim. Masa ni aku sebagai AJK Dewan Makan memang penat sebab kena hidang, tapi best sebab dapat extra ais krim. wuhuuu.. Oh ya.. bila pakai fork and spoon nak mengoyakkan ayam goreng yg keras kejung, peristiwa ayam terbang selalu berlaku. Muahahaha..

Oh ya.. lupa pulak, buah-buahan mesti ada. Pisang, staaaaarfruit (ade sorang cikgu yg sebut starfruit dengan menekankan perkataan STAR), pisang, limau, pisang dan epal. Hahaha.. perasan tak berapa banyak pisang disebut.

Masa form 1 aku memang buruk lantak. Aku belasah je tak kira rupa dan rasa. Tapi lepas kejadian ayam ngeri tu, aku terus pilih makan. Kembang seh tekak. Cuba korang bayangkan masa tengah sedap-sedap melayan kuah masak merah. Tak nak membazir jadi kuah yang melekat di serai pon korang hisap. Tapi masalahnya bukan serai tapi bulu ayam.. kembang weeeeii tekak. Sheesh!

Aku kena berterima kasih dengan dewan makan. Sebab menu dewan makan la aku berjaya maintain body macam ni.. I love you lah dewan makan..

Friday, December 08, 2006

Lain ulu, lain parang. Lain dulu, lain sekarang

"Dulu lain.. sekarang lain.. dahulu bujang sekarang dah kaweeeen... dulu lain.. sekarang laaiiiinnn.." itu lagu Tan Sri SM Salim.. ye ye.. tapi memang betul.. dulu aku bujang.. sekarang ade anak 2.

Dulu nak pergi mana-mana aku cuma mintak izin mak aje. Bungkus2 lebih kurang, jalan! Nasib baik aku takde kereta dan tak pandai memandu kereta. Kalau tak semedang je la aku nih berjalan-jalan. Dah dapat kerja pon, boss suruh pergi jalan-jalan. Sarawak, Kedah, Kelantan. cuma boss tak pernah pulak suruh gi kerja kat Alaska, Amerika.. dan negara-negara selain negara Malaysia.."Malaysiaaaa oh Tanahairkuu.. "

Anyway.. semenjak dah beranak nih.. tak pernah lagi aku kerja yg meninggalkan anak.. Eh? Bukan hari-hari pergi kerja tinggal anak ke? Maksud aku terpaksa tinggalkan anak berhari-hari. Malam ni and malam esok aku tidur sorang tanpa anak-anak dan suami. Kena tinggal ngan suami dah biase.. (mase abg pergi Penang.. Motolola.. remember??) Cuma aku je yg tak pernah tinggalkan anak lama-lama. Aduih.. pedih beb..

Tak boleh langsung teringat.. ni nak gi nangis laa kejap lagi ni.. huu huu huuu..

Monday, December 04, 2006

10 things I love being in Mozac

Reading MA's blog regarding Kakak's UPSR result do stir a warm fuzzy feelings and I remember wanting to write something about my alma mater. Baru sekarang ada mood (ada masa terluang) nak menulis. Lagipon surat khabar report banyaknya application nak masuk boarding school.

When I got the offer letter, I was huh? Blur semacam. Melaka? Uh uh! Hujung dunia mana tu? I remember Cikgu Dollah telling me.. "Sekolah tu atas bukit. Dekat Ayer Keroh. Bagus sekolah tu.. bla bla bla.. while I'm still trying to figure where on earth is Melaka? Aku pernah ke Johor sebab Pak Ngah di Johor. Tapi Melaka? Seumur hidup aku, aku cuma tau boarding school ade satu je. SMS Teluk Intan sebab every time aku balik kampung memang aku nampak sekolah tu.

Mula-mula aku memang menyampah dengan sekolah tu.. tapi sekarang aku sayang sangat-sangat. Antara sebabnya..

1. Cikgu Dollah memang tak menipu bila dia kata sekolah tu atas bukit. Tapi dia lupa nak cerita berapa tinggi bukit tu. Aku ingat macam anak bukit atau tinggi setakat dua tiga meter dari paras laut. Sekali bila sampai, mak aaaaiii.. aku rasa macam dekat seribu meter dari aras laut (ok.. melampau sangat bunyinya.. tapi memang tinggi). Seluruh keluarga aku, mak ayah adik-adik, tok, pakcik makcik dan sepupu yg menghantar aku kekaguman. Dah la masa pagi aku mendaftar tu baru lepas hujan. Jadi suasana atas bukit tu sungguh nyaman dipenuhi kabus ala-ala berada di pusat peranginan. Masa minggu orientasi, kami (junior form one) kena mengira tangga yang ada. Aku dah ingat-ingat lupa tapi yg pentingnya, dari pondok guard sampai ke atas dekat blok A, ada dalam 200 anak tangga. Anak tangga dia ada yang lebar-lebar dan ada yang curam. Kalau sama size aku rasa kalah anak tangga Batu Caves.

2. Kera/monyet/beruk sangat ramai dan agresif sekali. I remember one of them kudung. Jahatnyeeee.. selambe monyet jek die curi pisang tepi kantin.. Sampai sekarang nenek aku dok teringat lagi monyet kudung tu. Tak pernah pulak aku tanya camne die boleh kudung. Aku rasa si kudung ni (SK) kepala monyet (macam DON monyet laa) kat atas bukit tu.Garangnya mak datok.. sumpah aku memang kecut perut bila SK ni bawak anak buah die gi makan nasik kat tempat kitorang buang sisa nasik kat dining hall. Aku ingat lagi ade sorang senior aku, kak Suhaila (bukan nama sebenar) yg memang otai habis.. Satu petang bila SK ni ngan anak-anak buah die menyerang hostel (korang akan tau bila dengar jeritan-jeritan yaring monyeeeeeeeeeeeeettttttttttt!!") Kak Suhaila ni dengan selambanya ambik gayung ketuk-ketuk kepala SK ni berkali-kali. Gile kecut perut aku tengok betape brutalnya kak Suhaila itu. Kalau nak cerita pasal monyet ni, aku kena dedicate satu entry khas untuk SK dan anak buah dia. Aku ngan dorm mate siap kena basuh dorm masa SPM lepas monyet-monyet nih buat wild party masa kitorang tengah exam..

3. Krisis air yang tak pernah berkesudahan. Aku tak tau sekarang macam mana keadaannya. Mungkin RMK9 ni, kerajaan bagi peruntukan untuk beli pam air baru atau PAM (Perbadanan Air Melaka) dah menukar paip lama bagi meningkatkan kualiti air (hahahaha..eh? apesal aku gelak?). Aku masuk Mozac pada tahun 1993. Krisis air baru pulih (kononnya..) Tapi boleh dikatakan tiap-tiap hari kena turun bukit (aku dah bagitau bukit tu tinggi kan?) dan mandi dekat rumah pam sambil mengambil risiko untuk disekodeng budak putera. Ramai yang ambik inisiatif bunuh diri dengan mengangkat air dari bawah keatas. Angkat satu baldi, tapi bila sampai cuma tinggal suku. Masa ni la ramai senior lelaki menjual minyak dengan menawarkan diri menjadi balaci mengangkat air air sambil mengayat bakal-bakal adik angkat atau yang dah ada adik angkat mengambil peluang untuk berdating. Aku yg takde abang angkat terpaksa la angkat air sendiri. Nasib baik mak dah latih aku angkat kat rumah.

4. Outing yang menyemputkan dada. Sebab apa semput dada? Baca No 1. Cuma bila aku join outing dengan parents kawan-kawan je baru tak semput dada. Kadang-kadang ada juga parents yg baik hati tumpangkan kami naik atas bila tengok termengah mengah panjat jalan kaki ikut jalan yg berliku-liku sebab tak nak naik tangga. Aku jarang outing masa form 1 - form 3. Bila aku dah masuk form 4 (bila aku dah tumbuh tanduk instead of tocang) aku memang suka outing.. saja jalan-jalan sampai aku hilang IC.

5. Cuaca sejuk dan nyaman. Baca No 1 kalau lupa. Tak tipu punya. Kami kena tipu hidup-hidup dengan senior masa minggu orientasi bila senior kata sekolah ni ada 4 musim dan masa kitorang baru sampai tu musim sejuk. Mati-mati aku percaya sebab masa aku daftar tu aku rasa aku nampak salji turun (ape kebodohnya.. padehal kabus jek.. bila belajar geografi baru aku tau aku dah kena tipu.. rase gila bangang..hahaha). Aku dah lupa sapa yang goreng kitorang masa tu.. tapi yang aku tau.. tu kengkawan abg bai aka atok punye keje laa tu..

6. Nak mandi kena booking bilik air pakai towel. Lepas tu lepak ngan muke poyo depan tu sambil menyumpah seranah orang yg bertapa kat dalam tu. Nak tau turn nombor berape senang je, kalau ada satu towel maknanya org kat dlm tu punya, so ko punyer towel automatik akan jadi org no 2. Tak payah terkejut laa kalau masa tengah mandi tiba-tiba orang gi sidai towel pastu siap boleh adjust-adjust towel.. Nak ngelat? ko letak la towel ko awal-awal sebelum tidur siap ngan baldi air (baldi air dah ade isi penuh laa.. sebabnya? refer no 3). Kalau taknak susah-susah, ko bangun awal (macam aku ngan bestfren aku..) mandi kol 5.30 pagi.. pastuh siap-siap pakai baju sekolah.. pastuh tido balik.. hahahahaha.. senang kan? Sebab yang ni jugak menyebabkan aku pandai mandi express dan boleh membersihkan diri dengan sebaldi sedang air sahaje.. terer eh? (Eh! ni hanya untuk budak puteri jek.. budak putera aku tak nak tau.. entah diorag mandi ke tak?

7. Alternatif bagi permasalahan no 6 ialah kolah air. Baldi yang penuh berisi air pon ambil dari kolah ni la. So sesiapa yang berkulit tebal atau bila aku tidor terbabas, aku memang mandi kat kolah ala-ala Sofia Jane dalam filem Perempuan dan dot dot.. (tak payah describe la kan..) Kalau weekend memang laa aktiviti membasuh dilakukan disini.. Siap ada sesi cuci-mencuci rambut. Amoi sorang ni ajar camner cuci rambut cara salon sebab makcik dia ada salon. Memang seronok..

8. Lepak tepi lereng masa riadah.. Masa riadah adalah wajib kecuali yang ada kelas mengaji. Suka hati korang la nak bersukan ke, nak berlepakkan ke. Macam aku dengan kawan-kawan kami ada sesi menternak badan. Cuma aku je yang tak berjaya-jaya nak menternak badan sampai laa sekarang. Jangan marah aaa ejaay.. Port paling nyaman sekali kat tepi lereng belakang blok A. memang bahaya sebenarnya tapi tu laa tempat paling best sekali. Berebut-rebut nak lepak kat situ. Pemandangannya memang superb!. Orang yang lalu lalang kat jalan raya sebenarnya boleh nampak bebudak bertenggek tepi lereng tu. Makan-makan sambil duduk juntai-juntai kaki.. Nikmatnyaaaa..

9. Masa prep. Hari-hari duduk dalam kelas. Weng je rase. Ada 3 masa prep. Pagi.. 6.30 - 7.10 pagi.., petang dari 2.30 petang - 4.30 petang. Prep malam mula kol 8.00 sampai kol 10.30. Prep pagi ni diperkenalkan oleh arwah Ayahanda Ramli (pengetua masa aku masuk form 1, bersara masa aku form 3 dan meninggal masa aku form 5). Aku ingat normal ada prep subuh ni.. Rupanya kat Mozac je ada prep subuh. Tapi aku respect ngan Arwah. Masa sarapan sebelum prep subuh ni Arwah selalu datang dan sarapan sama-sama di dining hall.. Pernah sekali masa dining hall lewat siapkan sarapan (kesian kat makcik n pakcik yg kerja kat dining hall kitorang.. kol 4 dah kena masak) arwah halau kitorang lepas perhimpunan pagi untuk pergi sarapan. wuh huuu.. escape perhimpunan. Balik pada prep.. Hari Sabtu prep pagi bermula jam 10 pagi lepas Dorm inspection (nanti aku cerita lain kali) sampai kol 12.30. Lepas tu outing.. Sabtu malam Ahad, masa berlibur. Suka hati laa nak buat apa. Biasanya tengok tv laa.. Pagi Ahad ada kelas membaca.. ape tujuan kelas membaca ni pon aku tak tau.. Eh.. melalut plak.. Tapi masa prep ni sepatutnya digunakan untuk buat revision.. tapi kawan-kawan aku ada banyak aktiviti lain masa prep ni.. nanti aku cerita benda-benda hilang akal yg kawan-kawan aku buat.. (aku tak buat sebab aku nerd) hehehehe..

10. Kawan-kawan. Di sini aku berjumpa dengan manusia-manusia bergelar kawan yang aku rasa banyak membentuk aku menjadi aku sekarang. Ada yang rapat, ada yg biasa-biasa. Ada juga yg macam talam.. Cuma yang luar biasa aku blom jumpa.. Ada yang mula-mula aku bercakar tak ingat-ingat tapi jadi kawan paling rapat. Ada yang aku ingatkan kawan sejati rupanya macam pisau belati. Adat la kan.. Tapi manusia-manusia yang aku sebut disini, mereka sentiasa ada bersama-sama aku masa senang dan susah.. Untuk Nyot, Sawi, Ejay, Madu, Alin, Jack, Hana, Wendy, Bebek, Donut, Peyjan... (in no particular order..) korang adalah berlian dalam hidup aku.. You gave me strength when I was weak.. You gave me shoulder to cry on.. You gave me hope.. and most of all, you gave me love as a true friend. Aku tatau macam mana nak berterima kasih pada korang sekalian.. Yang aku tak sebut kat sini bukan korang tak penting.. tapi dengan mereka-mereka ini, aku rasa memang kami dah ditemukan sejak dari alam roh lagi.. hehehe..

Mozac banyak mendewasakan aku. Ajar aku jadi independant. Ajar aku jadi Kak Long yang boleh adik-adik aku harapkan. Betul la kata arwah ayah masa dia tak bagi aku keluar MOzac..(baca entry untuk ayah).. Aku belajar banyak perkara.. aku tau banyak benda.. aku didedahkan dengan dunia.. Aku bangga menjadi salah seorang pelajarnya..

Buat kerja Amal dan ingatan yang kembali

Hati terusik bila baca artikel di surat khabar. Cerita tentang orang yg ada hati yang besar untuk membuat bakti pada orang lain. Korbankan masa dan tenaga untuk menceriakan kanak-kanak yang sakit. Artikel ni menggerakkan satu perasaan yang dah lama aku pendam.. so here it is:

Antara 10 perkara yang aku nak buat sebelum aku mati ialah buat kerja kebajikan. Belajar bahasa isyarat. Menunggang kuda, terjun bungee.. dan lain-lain..

Aku teringin nak buat kerja amal. Sepatutnya aku kena mulakan dimana-mana. Jadi, sebagai satu azam aku tahun depan, aku akan cari satu NGO untuk aku berbakti. Aku rasa aku patut bagi sesuatu pada masyarakat. Kalau tak boleh secara fizikal, aku boleh sumbangkan idea. Tu paling lemah dan sekecil-kecil sumbangan.

Sebenarnya, masa aku di HKL dulu, aku dah terfikir satu projek. Tapi dalam kesibukan aku menjaga anak dan berdoa hari-hari dia cepat keluar wad, aku tak sempat nak zahirkan projek aku tu dalam bentuk paper work. Aku sempat conteng-conteng pada kertas yang aku dah tak ingat letak dimana. Nasib baik idea tu masih ada dalam hidden file dicelah celah lipatan otak aku. Artikel tu berjaya mengeluarkan file tu semula cuma aku kena susun balik idea tu. Apa projeknya?

Wait and see..