Hari ni dah ramai yang mula bercuti. Esok bertambah-tambah lagi. Semuanya berebut-rebut nak balik beraya AidilAdha. Aku? InsyaAllah akan balik ke rumah mak pada malam 10 Zulhijjah nanti. Adik lelaki sulung nak menyembelih kambing tahun ni. Balik nak bagi sokongan penuh kepada kambing yang akan disembelih tu nanti. "Hish!! ade kee?"
Ramai pasangan kawan-kawan yang kukenal membuat sistem giliran (kecuali sepasang suami-isteri yang kukenali. Mak ayah rumah sebelah-sebelah). Aidilfitri balik ke sini. AidilAdha balik ke sana. Aku? Baru pertama kali menyambut Aidilfitri dan AidilAdha dengan suami. Perancangan nak balik kemana-mana ikut keadaan semasa. Sebagai contoh masa Aidilfitri yang lalu. Rancangannya nak balik Raya ke-2 tapi ditunda sehingga raya ke-3 gara-gara adik ipar yang bongsu masuk hospital patah tangan. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Jadi aku hanya berharap AidilAdha kali ni aku dapat bersama-sama dengan keluarga sebelah aku memandangkan Aidilfitri dah terlepas peluang. Sedih? Memang sedih. Tapi bukankah seorang isteri perlu sentiasa disisi suami.
Mulai esok hingga minggu depan pejabat akan kesunyian. Ramai yang bercuti panjang. Aku nak menyimpan cuti tahunan. Mungkin aku terpaksa gunakan banyak cuti untuk urusan lain seperti kenduri kahwin adik-beradik, anak sakit dan macam-macam lagilah. Abang pon bukannya banyak cuti. Kalau aku boleh bercuti lama pon belum tentu dia ada bersama. Jadi, marilah kita menjadi tunggul di pejabat. Ada sebarang masalah? Sila hubungi saya. Talian dibuka dari jam 8.45 pagi hingga 6.00 petang.
Selamat menyambut AidilAdha untuk semua. Jangan makan daging korban banyak sangat.
No comments:
Post a Comment