Terima kasih buat kembar Aini dan Aida.
Aku terima rezeki yang Allah beri. Mungkin rezeki kami pada anak-anak dulu. Aku yang sehat patut bersyukur kerana tak teruk nak mengandung macam Aini. Cuma mabuk biasa-biasa. Pening, nak pitam dan muntah-muntah.
Tapi aku rasa mabuk kali ni luar biasa. Aku lagi teruk peningnya. Aku lagi teruk nak pitamnya. Kena cepat-cepat ambik supplement macam ni. Aku betul-betul tak larat. Muntah tu kalau aku biarkan, memang akan bermaharajalela. Aku benci muntah. Sebab nanti tekak aku sakit dan ada rasa tak sedap. Euuwwww.. lagi membuatkan aku rasa nak muntah.
Aku jadi lembik. Aku jadi pemarah sebab bila aku tak sehat, aku mudah penat. Bila aku penat, aku marah. Marah dan penat. Kombinasi pembunuh! Kalau orang lain tak terbunuh, aku yg terbunuh. Errghh!!
Arghh!! hormon telah mengambil alih badan aku. Apa aku tulis ni?
4 comments:
Mungkinkah anda akan dapat baby girl? Hehehehe... kalau lain dari first pregnancy, maybe lain jantina. In case of Aini (aini scan nampak boy) and me ler
Aku benci muntah, sampai sekarang aku muntah2 lagi. Dulu mengandung Auni pun sama, sampai nak bersalin masih sakit kepala dan muntah2.
Ibu mengandung dan ada anak yang masih kecil lagi, kena kuat. Aku tabik dgn ibu yang berjaya melalui itu semua
tahniah ! wah senyap2 ada blog yer ? tahu-tahu anak dah nak masuk dua !
When I was pregnant with Abang - I steady ajer, boleh bawak kereta ke sana ke mari sampai the day masuk sepital.
Dengan Kakak, memang lembik selembik-lembiknya. Kalau angkat buang kat laut pun, untung sabut timbul - tapi rasanya tenggelam terus kot ?
Anyway - dugaan mengandung dan anak kecil memang ada. Cuma bayangkan hidup tanpa mereka, macamana ?
:-)
Aida: Mak kata mungkin lelaki sebab si abang tu makin kuat mengamuk. Kalau nampak ibu, taknak kat orang lain.
Aini: Doakan aku berjaye
MA: Masa si kecik duduk dlm incubator, rasa hancur luluh hati. Nanti bila-bila saya cerita.
Post a Comment