Thursday, August 04, 2005

Hmmm...

Semenjak dua menjak ni orang di sekeliling aku asyik bercerita pasal poligami. Kes paling haru ialah isteri simbah cuka getah di muka dan dada suami gara-gara suami nak kahwin lagi. Itu pon sang suami masih nak teruskan niat menikah lagi satu. Si suami tu patut bersyukur kerana isteri masih sayangkan dia. Cuba bayangkan kalau si isteri dah menyampah dan benci tahap dewa. Kalau aku (aku bilang KALAU) bukanlah dada dan muka jadi sasaran. Aku curah pada 'anu'nya biar kecut. Baru puas hati beb! Kata orang alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Masuk penjara pon puas hati beb! (Itu KALAU)

Tak! Aku bukan anti poligami. Hukum Tuham mana boleh lawan. Cuma perlaksanaan tu yang selalu jadi pertikaian. Macam MB Kelantan bagi nasihat. Nak poligami kenalah jantan dan pandai pujuk isteri. Ni dah la tak pandai pujuk, dengan dayusnya mentangankan pulak isteri.

Dalam Yahoogroup alumni pon sibuk cerita benda yang sama. Sorang senior perempuan pernah tanya kawan sekerja dia kenapa lelaki nak kahwin lagi satu. Ustaz tu jawab, macam kita minum air teh hari-hari. sekali sekala teringin juga nak minum air lain. Ceewah!! Senior aku bagi balik. Teh pon kita boleh pelbagaikan apa. Hari ni minum teh halia, esok teh O, luse teh tarik, tulat teh ais limau dan macam-macam cara lagi. Pendek kata berbalik kepada individu tu sendiri.

Orang tua-tua kata, jangan bercakap besar takut kena atas kepala kita sendiri. Jadi bukan aku nak 'kondem' sesiapa yang berpoligami. Cuma pada aku, kalau nak ikut sunnah Nabi, jangan main ikut sekerat-sekerat. "Ikut sunnah nabi poligami ni". Ceeewaaah!! Ambik sekerat je. Segala terma dan syarat poligami yang Nabi amalkan tak nak pulak diikut.

Orang yang paling rapat dengan aku pon hampir dimadukan. Nak kahwin di Siam lagi. Nasib ahli keluarga sempat menghalang. Pada aku lelaki tu memang tak boleh pakai punya jenis. Sampai sekarang sikit pon aku tak percaya kat lelaki tu. Satu auns pon tak sampai.

Ye! Ye! Belum kena atas batang hidung boleh laa bercakap. Bukan! Aku ulang bukan niat nak kata kat sesapa. Cuma aku rasa macam nak luku je kepala lelaki yang kena simbah asid dek bini dia tu. Kalau laa ada sikit rasa tanggungjawab, kebijaksanaan dan kesabaran, banyak jiwa yang tak menderita.

Erghhh.. Aku rasa loya.

No comments: