Kenapa kadang-kadang hati jadi sayu...
Perasaan jadi pilu..
dan air mata akan jatuh berguguran ibarat hujan..
Kadang-kadang aku jadi sekebal tembok.. kadang-kadang aku jadi selemah kulit bawah..
kadang-kadang rasa mcm nak ilang fokus dah..
aaa.. aaa.... semangat semangat seeeeeeeemangat!!!
Thursday, February 28, 2008
Wednesday, February 27, 2008
Pilihan aku
Aku dah buat keputusan.. biarlah dia susah nak buat keputusan.. tapi ini keputusan aku.. Aku yang memutuskan apa yang ingin aku lakukan dalam hidup ku sendiri.. sama ada dia suka atau tidak.. makin serabut atau tidak..
Aku memilih untuk berusaha kekal disisinya sampai bila dia memutuskan untuk tidak mahu aku disisi atau sampai aku tidak lagi berdaya menanggung penderitaan jiwa. Ya. Kenapa tunggu kalau menyiksa jiwa? Kerana aku yakin dan percaya, perkahwinan ini berbaloi diselamatkan.. Kerana aku yakin dan percaya, kami akan menjadi pasangan yang lebih bahagia bila semua badai ini reda.. dan kerana aku yakin dan percaya.. cintanya pada aku masih mendalam seperti mana kasih dan cintaku padanya..
katakan aku gila.. katakan aku buta.. tapi dia masih tetap lelaki yang aku cinta.. dimata dan dihati penuh dengan rasa syukur kerana dia lelaki baik.. tidak pernah sekali tangannya naik ke muka.. segala kemahuanku dipenuhi.. dia bertimbang rasa dalam semua perkara.. tidak pernah dia menipu aku melainkan tidak memberitahu.. dia menerima aku seadanya.. tidak pernah merungut tentang keburukanku.. malah memuji kelebihan yang ada padaku.. dia lelaki romantis walaupon kurang berkata-kata.. rasa kasih dan cinta dicurah tanpa perlu diminta-minta...
salahnya cuma satu.. tidak boleh membuat pilihan.. tidak mahu membuat pilihan.. membuatkan aku terkapai-kapai mencari penyudahan bila akan reda badai.. itu aku serahkan padanya untuk mencari jalan penyelesaian..
tapi bila aku membuat pilihan ini.. maka aku akan bersabar selagi berdaya.. aku akan bertahan selagi mampu.. akan ku perjuangankan hak aku sebagai isterinya sehinggalah dia menidakkan hak ku itu.. aku tidak menolak sekiranya takdir Allah menentukan setakat ini jodoh aku.. tapi aku juga tetap takkan mengalah.. Aku akan berusaha untuk menyelamatkan rumahtangga yang dibina.. aku maafkan segala kesilapannya.. aku takkan salahkan sesiapa melainkan diri sendiri yang serba kekurangan.. akan ku perbaiki diri agar jadi lebih baik.. menjadi isteri yang lebih baik.. menjadi kekasih yang lebih penyayang.. menjadi ibu yang lebih baik kepada anak-anaknya.. menjadi sahabat dan penyejuk hatinya..
aku akan beri masa kepada diri aku untuk melakukan semua itu.. seandainya selepas semua itu masih tidak berjaya.. aku akan menarik diri.. tapi menarik diri selepas aku tau aku bukannya pengecut yang lari dari medan perjuangan.. tetapi memang tiada apa lagi yang perlu aku perjuangkan..
YA ALLAH, KAU KURNIAKAN AKU KESABARAN DAN KEKUATAN DALAM MENGHADAPI UJIAN MU INI.. KAU BERIKANLAH AKU KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK UNTUK DIRIKU DAN KELUARGAKU.. DAN BERIKANLAH PETUNJUK KEPADA SUAMIKU..AMIN

Tuesday, February 26, 2008
Something to share..
Dear friends,
Something worth readings... something to think about..
http://bicarapantai.blogspot.com/2008/01/hijrah-1.html

Clubbing
Aku nak gi clubbing.. tapi kat kelab membaca keee.. kelab memasak kee.. kelabing jugak apeee? Aku tau berjenggo jenggo an.. clubbing clubbing an.. tidak menyelesaikan masalah.. takkan buat rasa sakit tu hilang.. macam makan panadol.. pain killer.. hilang sekejap je rasa sakit tuh.. lepas abis kesan ubat.. sakit tu ade jugak.. pendek kata kena carik root of the problem.. kasik cantas.. radioterapi kee.. kasik operate kee..
macam sekarang.. aku nak pakai rawatan kemoterapi.. kesannya lambat.. side effectnya banyak.. tapi dengan harapan penyakit tu takkan berulang.. kalau berulang jugak.. resort tu pembedahan laa gamaknya.. kasik potong habis.. biarlah aku tinggal separuh.. janji tak sakit.. tapi sementare aku tengah sengsare menahan side effect kemoterapi ni... aku perlukan cara untuk gembirekan hati.. aku tak nak pk pasal penyakit tu.. biar penyakit tu pk untuk diri dia sendiri.. pandai pandai die carik.. pandai-pandai laa dia buang..
jadi, sesiapa yg tau kat mane aku boleh join kelab membaca atau kelab memasak atau kea menjahit ke.. pape kelab laaa.. yang free.. hehehhe.. sile contact aku.. nak start buat collection hobi pulak..

Monday, February 25, 2008
I Want to be happy!!
Please.. i want to be happy.. teach me how to be happy again.. kalau korang nak ajak aku pegi enjoy.. boleh.. aku dah tak nak sedih sedih ni..
so sape yg nak ajak aku berjenggo.. clubbing pon bleh.. sile contact aku..

Thursday, February 21, 2008
Emosional vs Rasional
Adakah ada seorang perasa atau pemikir? Orang yg perasa akan menggunakan lebih banyak deria rasa untuk membuat sesuatu keputusan. Manakala pemikir pula menggunakan lojik akal dalam membuat keputusan.
Dalam erti kata lain, si perasa menggunakan hati dan perasaan sebagai pemberat kepada setiap keputusan yang ingin dibuat dan bergantung kepada emosi pada ketika keputusan tersebut dibuat.. (Emosional)
Manakala si pemikir pula akan menggunakan lojik-lojik yang difikirkan dapat membantu dalam membuat keputusan. Sebarang perasaan tidak akan diambi kira.. (Rasional)
Mentang-mentang laaa aku tgh banyak rasional ni. aku diperkotak katikkan.. wah wah wahh... ni yang rasa macam nak masuk mode perasa balik nih....

Tuesday, February 19, 2008
Terima kasih
Tuhan sentiasa ada cara untuk menghiburkan hati hambaNya yang meminta bantuanNya. It is a blessing in disguise.
Untuk kawan-kawanku, terima kasih atas doa dan sokongan kalian.. Sesungguhnya ini satu rahmat yang memang tidak kusangka-sangka. I thought I'm alone facing this ujian, tapi sebenarnya perancangan Allah itu sangat hebat... Dia berikan aku kekuatan dalam bentuk sokongan dan doa rakan-rakan...
Aku tak boleh nak sebut sorang sorang.. tapi sesungguhnya aku sangat-sangat berbesar hati ada kawan/sahabat seperti kalian.. terima kasih sangat-sangat aku ucapkan pada korang yang memberikan semangat pada aku walaupon korang clueless dengan apa yg aku rasa.. that's what friends are for kan? segala nasihat dan kata-kata semangat korang akan aku semat baik-baik..
aku tak sekuat mana yang korang sangka dalam menghadapi ujian ini.. tapi mujur aku ada sokongan macam sokongan dari kawan-kawan dan ahli keluarga.. aku tak sehebat mana sebab kadang-kadang aku juga meraung macam manusia biase.. Cuma aku minta jangan Tuhan cabut kewarasan aku.. dan aku juga merasakan doa korang dari jauh banyak membantu..
Alhamdulillah... I know I'm not alone.. InsyaAllah.. I'll be strong.. I'll fight for what is mine.. I won't give up.. and I leave the rest to Allah.. barulah betul konsep tawakkal kan Afie?
Doa aku sekarang ialah semoga Allah bukakan pintu hatinya untuk memilih jalan yg terbaik.. walaupon dia tak menyukainya.. begitu juga aku.. Semoga Allah tunjukkan jalan yang terbaik untuk aku.. supaya aku dapat meneruskan kehidupan..Amin..

Cerita secawan kopi
Kita hanya merancang, tapi Tuhan yang menentukan...
Tiada seorang pon dalam dunia ni merancang untuk gagal.. untuk kecewa.. untuk menderita..
Kalau diberi pilihan, pasti orang akan memilih yang terbaik.. yang elok.. yang cantik-cantik dan yang bahagia sahaja..
......................
Sekumpulan graduates pergi melawat profesor diorang masa di universiti dulu. Diorang ni semua dah ada kerja yag best-best. Mula-mula sembang-sembang biasa kemudian melarat kepada komplen-komplen dan ketidakpuasan hati masing-masing. sebagai tuan rumah, profesor ni pegi ke dapur dan bancuh kopi.. dia keluar bawak satu tray dengan satu teko kopi dan berjenis-jenis cawan. Ada yang tingg.. ada yg kurus.. ada yang comel.. dia suruh student dia pilih cawan yg disukai dan tuang kopi..
bila semua student dah ambik kopi dengan mug pilihan masing-masing, profesor tu cakap..
"kalau korang perasan, cawan-cawan yang best semua korang dah ambik. Tinggal yang plastik dan murah dan tak berapa cantik. Memang normal kita nak pilih yang terbaik untuk diri kita tapi itu laa yang jadi punca stress, masalah dan ketidakpuasan hati kita. Cawan tu tak menambahkan pon rasa kopi tu. Malah kadang-kadang menjadikan kopi tu lebih mahal dan kadang-kadang kita tak nampak pon ape yang kita minum tu"
"Sebenarnya yg kita nak hanyalah kopi tu je..bukan cawan. tapi tanpa sedar kita pilih cawan yang terbaik..dan tanpa sedar jugak kita akan dengkikan cawan orang lain.."
Kopi itu adalah kehidupan.. dan cawan itu melambangkan kerja, kedudukan, pangkat, suami, isteri dan benda-benda lain dalam hidup. Ianya hanya sebagai alat dalam hidup dan jenis benda-benda yang kita ada dalam hidup tak semestinya memberi makna atau mengubah kualiti hidup kita. Kadang-kadang, sebab terlalu fokus pada cawan, sampai kita lupa pada nikmat kopi yang Tuhan bagi pada kita.
Bermula pada hari ni, aku nak enjoy kopi aku.. memang kita nak yang terbaik dalam hidup.. tapi sebenarnya yang kita patut minta pada Tuhan ialah kopi yang lebih baik.. Kita kena minta kehidupan yang lebih baik.. jangan fokus pada cawan, tapi pada kopi.
Ya Allah ya Tuhanku, kurniakanlah aku kehidupan yang lebih baik. Kehidupan yang Engkau redhai dan kehidupan yang Engkau berkati..
"The happiest people in the world are not those who have no problems, but those who learn to live with things that are less than perfect."
The happiest people don't have the best of everything. They just make the best of everything.
1. Live simply
2. love generously
3. care deeply
4. Speak kindly
5. Leave the rest to God.

Thursday, February 14, 2008
Bila Hati Sudah Retak..
Aku pernah nonton citer ni kat wayang masa aku kecik-kecik dulu. Aku tak ingat sape yang bawak. Tapi aku ingat Rubiah Suparman jadi misi aka bidan kerajaan kat kampong. Dia bawak diri sebab laki dia curang. Lepas tu masa kat kampung tu dia kena fitnah cuba menggoda laki-laki org di kampung itu selain tugasnya yang mencabar sebagai bidan kerajaan yang mendapat tentangan dari bidan kampung tersebut. Dia juga hampir dirogol oleh laki kepada salah sorang isteri yang berjaya diselamatkan masa nak beranak.. yang aku ingat ending dia, laki dia datang pujuk balik nak ke dia tapi dia tak ndak sebab kata dia "bila hati sudah retak..bla bla bla.." dan kedengaran esak tangis dalam panggung tu..
Aku taktau betul ke tak.. tapi rasanya Rubiah Suparman menang award untuk cerita tu.. yang pastinya.. semua masalah watak dalam cerita ni disebabkan oleh lelaki..
1. RS (Rubiah Suparman) terpaksa jadi bidan kerajaan diceruk kampung nun jauh d pedalaman sebab bawak diri sebab laki dia ceraikan dia n ada gepren lain.
2. RS kena fitnah goda laki org sebab laki-laki orang ni yang sebenarnya gatal tak boleh tengok janda. padehal die tak ambik port pon pasal laki-laki org ni.
3. Tugasnya ialah membidankan bini-bini orang kampung yang nak beranak. Kalau tak disebabkan lelaki, camne bleh mengandung. betul tak?
4. Die hampir dirogol oleh lelaki gersang yang telah dirijek oleh RS pada pertengahan cerite sebab lelaki ni laki orang.
5. RS jadi betambah makan hati bila ex laki dia datang merayu nak rujuk balik die.. Tapi aku suka sebab die rijek.. alasan paling masuk akal aku pernah dengar.. "Bila Hati Sudah Retak"
Kesimpulannya, memang sah lelaki telah menyusahkan hidup RS ni dalam filem ni.. tapi APe kena mengena Rubiah Suparman plak dalam kehidupan aku kan...? Entahlaaa.. pagi tadi aku macam ternampak-nampak lagi muka RS yang dizoom sampai nampak dagu dia belapis. Air mata berjurai-jurai.. ngan suare yang sayu dia cakap.."Bila hati sudah retak.." huuu huu huuu.. Syahduuuu....

Wednesday, February 06, 2008
Hati kering
Resepi untuk membuat hati kering...
1. Hati yang dihiris nipis-nipis (sukatan ikut berat badan tuan punya hati)
2. Satu mangkuk curang
3. Sedikit pembohongan/penipuan
4. 3 baldi air mata
5. Sebijik besen beli jiwe
Cara membuatnya..
Hati yang dihiris-hiris tadi digaul rata dengan curang dan sedikit pembohongan secukup rasa dalam besen beli jiwa. Kemudian basuh dengan secebok air mata. Ulang proses ini berhari-hari sampai air mata kering. kemudian jemur hati yang dah diperasakan tadi dibawah extreme condition seperti menjaga anak-anak yg tengah menangis dan menanggung keluarga sorang diri..
Bila hati tadi dah kering, simpan dalam balang kedap udara supaya tidak berkulat.
kelebihan hati kering ini ialah:
1. tidak mudah menangis tak tentu pasal..
2. tidak akan patah semangat bila bertemu dengan kesusahan...
3. tidak peduli dengan kata-kata orang
4. tidak mudah makan pujuk rayu..
5. boleh menjadi tangkal kebal.. (kebal perasaan sahaja.. kalau kena tikam/tembak.. still mati)
Tapi ingat.. bila hati kering ni boleh lemau semula.. tapi akan ambik masa yang sangat lama dan takkan kembali seperti sedia kala..
begitulah resepi kita pada hari ini puan-puan.. selamat mencuba.. renung-renungkan dan selamat beramal...

Tuesday, February 05, 2008
Masking Tape..
Aku perlukan masking tape yang besar. Aku nak tampal mulut.. sebab orang kata hati orang perempuan di mulut.. nanti hati aku selalu keluar di mulut.. orang tak suka.. jadi aku kena tampal mulut aku ngan masking tape besar.. supaya aku boleh tampal tebal-tebal.
Aku nak tampal mulut aku sebab aku yang sekarang bercakap tak pakai otak.. semua main ikut rasa.. ikut hati.. lama-lama orang jadi sakit hati.. aku nak tampal mulut aku rapat-rapat.. supaya aku tak bercakap benda-benda yang menyakitkan hati sendiri.. aku nak didik mulut aku supaya menahan diri dari bercakap perkara-perkara yang memakan diri..
Aku dah banyak bercakap.. aku dah banyak berfikir sampai aku dah tatau ape yang aku fikirkan dan perlu fikirkan.. aku dah banyak bercakap pasal ape yang aku fikirkan. jadi sampai masanya untuk aku diam..
sebab tu aku kena ade masking tape yang besar dan tebal..

Monday, February 04, 2008
Haruskah..
Haruskah aku mempertahankan hak aku?
Hak aku sebagai yang pertama dan terakhir seperti janjinya dulu..
Hak aku sebagai ibu yang melahirkan anak-anaknya..
Hak aku sebagai insan yang paling dikasihinya..
Atau..
Haruskah aku membawa diri bersama hati yang lara..
Hati yang saban hari diluka..
Hati yang tak berjaya aku tenangkan..
Hati yang amat-amat mencintai dia...
Atau..
Haruskah aku menerima permintaannya..
Permintaan yang pasti mengundang duka..
Permintaan yang membuat aku derita..
Permintaan yang akan membunuh aku dalam diam..
Aku dah penat menangis.. Aku dah penat merayu.. Aku dah penat mendiamkan diri.. Aku dah penat bersabar.. Aku dah penat nak meneruskan hidup...Dada aku sebak.. Nafas aku sesak.. Otak aku semak..
Oh Tuhan,
Tunaikan permintaanku ini.. Berilah aku petunjuk jalan haruskah yang mana patut ku pilih? Berikan juga aku kekuatan untuk meneruskan hidup dengan jalan haruskah yang ku pilih... Jangan Kau letak didalam diri ini persoalan "Haruskah ku ambil nyawaku sendiri"

Subscribe to:
Posts (Atom)