Showing posts with label ayah. Show all posts
Showing posts with label ayah. Show all posts

Monday, September 12, 2011

selepas 14 tahun

aku tak nak menulis pasal raya. raya sekarang ni adalah untuk anak-anak aku.. paling aku tunggu-tunggu tetiap kali raya ialah kami adik-beradik baca yasin dan tahlil di kubur ayah.

semenjak ayah takde, hanya pada hari raya aku rasa keluarga aku cukup lengkap. ayah, mak dan adik-adik. cuma ada tambahan suami/isteri dan anak-anak. dan aku selalu terbayang keadaannya kalau ayah masih hidup.

macam tak percaya dah 14 tahun ayah pergi. tetiap kali aku ziarah kubur ayah, aku mesti menitiskan air mata.. almaklumlah aku kan jenis sayu-sayu gitu.. dalam hati ada taman punya kategori. dan macam biasa adik-adik aku ignore je kalau nampak aku start kesat-kesat air mata.. aku selalu jadi orang yang terakhir tinggalkan kubur ayah..

tahun ni aku cakap kat ayah aku sayang dia.. aku mintak dia doakan aku dan anak-anak aku.. aku minta dia doakan aku bahagia dan dipermudahkan perjalanan hidup.. dan aku doakan dia aman dan tenang disana. aku juga cakap kat dia.. nanti kita jumpa lagi..

haish.. masa menaip ni pon air mata ku meleleh-leleh.. memang sinetron btol.. hehehe

nota kaki: aku nak simpan duit nak buat kepok n nisan baru untuk ayah..

Friday, June 24, 2011

Abah..ayah..babah..daddy..appa..etc

Tahun-tahun sebelum ni aku selalu bercerita sedih-sedih pasal ayah. Tapi tahun ni bersempena dengan hari ayah, aku nak tulis pasal semua ayah yang aku ada sepanjang hidup aku sampai hari ni..

Ayah
Md Nor Hamid. Ni ayah kandung aku. Separuh DNA code aku ni diberikan oleh ayah aku. Nama aku pon berbintikan nama dia. Ayah yang aku kenal sampai umur aku 17 tahun. lepas tu die pon pergi meninggalkan kami adik beradik sampai bila-bila. Mohon Allah perkenankan doaku untuk bertemunya semula di Syurga.

Tok Hashim,
Second father figure that I know. Ini ayah kepada mak. Mase kecik aku adik beradik banyak masa dihabiskan di rumah Tok di Perak. Orangnya tak tinggi. Everytime aku tengok cerita nasib labu labi, bila tengok arwah Mahmud June menari malam pesta muda mudi. aku mesti sengih-sengih sebab dulu arwah tok paling suka tiru gaya tu bila die mengusik wife die (nenek dia la kan). Tok ni menyebabkan aku jadi seorang yang suka sarapan. Menu sarapan tok :nasi goreng sambal belacan campur telur, air kopi O kaw, telur suku masak dan ubat cap kaki tiga satu peket. Buang ubat cap kaki tiga satu peket tuh, yang lain tu semua makanan sarapan kegemaran aku. oh! and he was funny to the boot!. especially lawak-lawak kentut dia. hahahahahaha.. Dia sangat dihormati di kampung sampai ada orang gelarkan dia Tok Keramat (masa dia hidup) sebab apa yang dia cakap akan jadi betul. Tokei Cina kedai di Batu 8 tempat lepak dia selalu mintak Tok scan baby apa dalam kandungan wife die. ANd it was 100% tepat. Lagi satu larangan dia jangan laa dilawan. kalau dia kata jatuh, maka jatuh laa.. a very wise man. he left us when i was 12 in Mekah masa Haji. Pegi Mekah langsung tak balik2..

Pakcik Rabu *abah*
Ni ayah tiri aku. Lepas 5 tahun ayah pergi, mak kawen lain. Dah 9 tahun he is in the family tapi aku tak boleh jugak nak panggil "Abah". Memang masa dia nak kawen dengan mak kami tentang. cuma tak habis-habisan. semua kegusaran dan kerisauan kami adik-beradik kami tulis dalam satu surat untuk mak dan pakcik. dia setuju dengan syarat-syarat tuh dan diorang teruskan jugak perkahwinan tu. memang mula-mula kami agak tak berkenan. Orang asing kan, dahla takde pertalian darah. Tapi lama-lama aku hormat pada dia. walau berbeza macam mana pon, rasa sayang tu tetap akan ada. terutamanya bila aku tengok mak gembira. rumah kami di kampung pon cantik. WAlaupon dia tak baca blog ni.. hehehe.. dan mungkin aku takkan cakap depan-depan die.. tapi dalam hati aku selalu aku panggil dia abah.. wohaa.. thank you abah sebab jaga mak.. or mak jaga abah.. hahahaha..

Ayah (Wan Mohamad)
Ni ayah mertua ku. Mula-mula kenal aku agak takut dengan dia. Mane tak terkejut bila dia bertempik satu rumah panggil anak dia. Anak2 pon takut dengan dia. tapi aku hormat sangat pada dia. Orang yang sangat tetap pendiriannya. Satu perkara yang aku sangat suka. Dia tak peduli apa orang nak kata sebab itu pendirian dia sampai orang kata dia degil. Mula-mula kawen memang aku nampak dia sangat keras tapi semenjak dah bercucu especially budak 3 orang tu dah makin besar, aku makin nampak his soft side. biasalah orang kata, dengan anak tangan-tangankan tapi dengan cucu manja-manjakan. aku banyak belajar dengan ayah sebab dia suka bagi nasihat.

Abah kepada anak-anak ku
Ni lah sumber kebahagiaan dan juga sumber kedukaan aku.. tapi yang penting dia jadi sumber kebahagiaan anak-anak. so part Abah yang ni aku serahkan nanti pada anak-anak ku untuk menulis pujian-pujian pada abah diorang.

Walau apa pon, 4 lelaki bergelar ayah, abah dan apak ni sangat-sangat mempengaruhi hidup aku sama ada aku sedar atau tak sedar. Dan yang paling penting.. aku sayang diorang ni!!

Wednesday, November 07, 2007

Kerinduan Melampau

Dah 10 tahun dia tinggalkan aku. Perpisahan yang pada mulanya aku tidak relakan. Walaupon aku dapat menerima kenyataan yang dia takkan kembali, tapi kerinduan padanya tak pernah padam..

Dalam masa sebulan ni dah 2 kali dia datang dalam mimpi.. dua kali juga aku tersedar sambil berendam air mata.. subuh tadi dia muncul lagi.. macam selalu selalu, aku tersedar sebab teresak-esak sampai tersedak.. nafas jadi sesak dan macam selalu selalu juga sepanjang hari aku akan jadi sebak..

aku taktau apa sebabnya tapi semenjak dua menjak ni aku boleh mimpikan ayah.. selalunya dia tak sempat nak berkata-kata apa-apa.. aku cuma boleh lepaskan rindu dalam mimpi.. aku cuma sempat peluk dia sambil menangis, lepas tu mesti aku terjaga... agaknya ada makna yang tersirat atau sekadar kerinduan yang melampau...
.............
ayah,

kak long rindu sangat pada ayah.. walaupon dah 10 tahun ayah pergi tinggalkan kami, terasa macam baru semalam kami masih bergurau senda.. walaupon kami tak pernah cakap kami sayangkan ayah.. tapi kami sangat-sangat sayangkan ayah..

notes: kenapa aku sebak sangat sekarang nih?? rosaklaa keyboard ni disimbah air mata aku yang macam tak reti-reti nak berenti nii.. aku menaip dengan mata yang banjir.. aiseh.. spek dah banjirr...