Banyak perkara berlaku dalam bulan 8 ni. Walaupon aku gagal interview lepas, aku masih kekal disini selepas beberapa siri 'gila kuasa' dengan puan GM. Alhamdulillah, tak perlu masuk peti ais lagi menjadi buih beku. Belum dapat surat rasmi lagi tapi dah buat kerja baru yang macam nak gila.
Aku baru tukar cermin mata. Mahalnya! Lebih baik tukar contact lense dari tukar cermin mata. Kanta sahaja sampai beribu. Isk. Kerana rupa aku sanggup berkorban harta. Terpaksa bercermin mata kembali. Mata luka. Entah? tak tau musababnya.
Uh uh.. Birthday suami tercinta semakin dekat. Tak tau nak bagi hadiah apa. Dengan budget yang sempit, tak dapatlah aku nak membeli PS2. (heheheh.. alasan)
Nampaknya aku terpaksa memberikan hadiah paling mahal iaitu kasih sayangku.. muahahahaha
No comments:
Post a Comment