Wednesday, November 29, 2006

Dapur anganku

Aku memang suka makanan. Suka makanan tak bermaksud aku suka makan. Aku suka kumpul resipi. Suka kumpul resipi tak semestinya aku suka mencuba resipi. Apa yang aku nak sampaikan disini, aku memang teruja dengan cara orang memasak dan macam mana dengan bahan yg sama tapi menghasilkan hasil yang berbeza mengikut cara si tukang masak.

Aku kagum dengan kekayaan rempah ratus dalam masakan India. Aku suka dengan cara baling-baling-golek-golek-masak-lebih-kurang orang barat. Aku suka dengan masakan Malaysia yang kaya dengan pelbagai pengaruh masakan. Pendek kata aku suka rancangan masakan. Sampaikan assignment website aku masa pra-u aku buat pasal resipi. Thank you to the wonderful world of internet and G**gle, aku ade banyak koleksi resipi yg aku simpan. Cuma tunggu masa untuk aku cuba.

Oleh yang demikian, aku dah lama memasang angan-angan untuk memiliki dapur idaman. Aku dah terbayang-bayang aku beraksi ala Jamie Oliver memasak bak ribut didapur ku yg serba lengkap dengan peti ais 3 pintu dan built-in oven. Order je makanan apa yang diidam. oriental? western? japanese? indian? mediteranian? Perrghh.. sorang pon tak kubenarkan masuk ke dapur idaman ituh.. oohhhh.

Tak sabarnya nak menantikan saat itu menjadi nyata.. erk.. alamak! nanti takde alasan pulak bila malas nak masak menyerang

2 comments:

-zaza:o:binxz- said...

oit aritu masak caramel jadi tak???

hasmn said...

pesal masak caramel ade lubang-lubang?