Thursday, December 14, 2006

Menu Dewan Makan

Waktu lunch memang waktu yang menyeksakan bagi pekerja yang tak berkenderaan sendiri macam aku. Bila tiada kenderaan bermakna kenalah makan di kantin. Hari-hari mengadap lauk yang lebih kurang sama, aku teringat makanan masa aku di Mozac dulu. Menunya lebih kurang sama. Cuma aku nak highlight menu istimewa.

1. Ikan jaket

Ikan cencaru aka ikan jaket ialah ikan favourite dewan makan. Variasi masakan ikan jaket ni ada beberapa jenis.
  • Ikan jaket kuah pindang. Bayangkan ikan yg separe pucat berenang-renang dalam kuah yang pucat jernih. Rasa masam masin yang bersilih ganti.
  • Ikan jaket goreng keras. Kepada peminat Star Wars, bolehla gunakan ikan jaket ni sebagai Light saber. Boleh mendatangkan cedera parah kepada pemakan yg gelojoh.
  • Ikan jaket masak kicap. Gabungan ikan jaket goreng keras dan kuah kicap.

2. Kacang panjang. Selalunya kacang panjang ni dimasak dengan minyak. Ke minyak dimasak dengan kacang panjang? Ahhh.. yang pentingnya kacang panjang tu mesti berminyak-minyak.. Konpius aku..

3. Daging ayam. Lauk yang ditunggu-tunggu semua orang kecuali aku. Aku ada pengalaman ngeri ngan ayam dewan makan. So aku cuma makan ayam goreng sahaja. So bila ayam masak lemak ke, ayam masak kuah apentah atau ape-ape saje jenis kuah, Nyot and Ejay awal2 lagi dah booking nak duduk sebelah aku. Aku confirm tak makan ayam tu. Sila la kan laaa..

4. Daging. Aku boleh tolerate dengan daging. So masak kari ke, asam pedas ke, aku belasah je.

5. Sarapan. Menu sarapan tak banyak sangat variasi. Antaranya

  • Beehoon goreng. Kadang-kadang ok tapi selalunya KO. Keras kejung. Masin dan tersangat pedas. Cara nak bagi boleh dimakan, curah air teh o yang panas menggelegak dan manis dalam meehoon goreng. Baru boleh makan. Bess jugak kadang-kadang beehon goreng teh o kitorang.. haha.. buruk lantaknya aku..
  • nasik lemak dan telur rebus. Ok laa pada tekak aku. Tapi sambal dia.. peerghh.. lekang telinga. Pedassss
  • roti dengan telur hancur bersambal. Nih menu favourite. Memang berebut laa sebab sedap.
  • roti ngn marjerin simen. marjerin pada 4 keping roti boleh buat sebijik kek. Banyaaaak sangat bertepek.
  • Nasik goreng kacang panjang. Bertabur kacang panjang dalam tu. Mesti berminyak dan pedas.

6. Minum pagi/ minum malam: Minum pagi selalunya ada kuih yang best macam karipap, popia, kueh bom. Tapi kuehnya kecik-kecik. Boleh pegi makan masa waktu rehat. Cuma orang yang rajin macam aku je pegi dewan makan masa rehat. Waktu malam lepas balik prep selalunya ada biskut dan milo. Cuma kadang-kadang ada bubur kacang.

7. Minuman wajib Teh O. Panasnya menggelegak. Boleh bocor tekak. Kadang-kadang Air WAHI (macam Milo laa). Kadang-kadang kopi susu. Tengah hari aku lupa air apa. Teh O jugak ke? atau ada sirap.. Ejay tolong aku..

Menu special/Makan special masa hari Sabtu malam Ahad. Kami ada High Table. Bermakna kena makan guna fork and spoon. Menu pon special, nasi minyak selalunya. Buah epal dan ais krim. Masa ni aku sebagai AJK Dewan Makan memang penat sebab kena hidang, tapi best sebab dapat extra ais krim. wuhuuu.. Oh ya.. bila pakai fork and spoon nak mengoyakkan ayam goreng yg keras kejung, peristiwa ayam terbang selalu berlaku. Muahahaha..

Oh ya.. lupa pulak, buah-buahan mesti ada. Pisang, staaaaarfruit (ade sorang cikgu yg sebut starfruit dengan menekankan perkataan STAR), pisang, limau, pisang dan epal. Hahaha.. perasan tak berapa banyak pisang disebut.

Masa form 1 aku memang buruk lantak. Aku belasah je tak kira rupa dan rasa. Tapi lepas kejadian ayam ngeri tu, aku terus pilih makan. Kembang seh tekak. Cuba korang bayangkan masa tengah sedap-sedap melayan kuah masak merah. Tak nak membazir jadi kuah yang melekat di serai pon korang hisap. Tapi masalahnya bukan serai tapi bulu ayam.. kembang weeeeii tekak. Sheesh!

Aku kena berterima kasih dengan dewan makan. Sebab menu dewan makan la aku berjaya maintain body macam ni.. I love you lah dewan makan..

8 comments:

-zaza:o:binxz- said...

oi ayat last aku LANGSUNG tak setuju, sebab dewan makan la, lepas kluar mozac aku DEBAB macam ni sebab kat mozac tak cukup makan. kat mozac body aku perggghhh maintainnn sebab makanan ngarut ngarut.

air tghari kadang sirap, kadang teh o, tapi selalunya teh o. kau memang rajin gi rehat kat dewan makan aku tak kuasa, selalunya aku mengirim kepada orang2 seperti kau dan sawi hahahah kalau ada korang lebih aku makan la kuih cinonet tu hehe.

ayam punya time satu hal, ayam ni selalunya Nyot lebih dari aku [muehehhe, tak ngaku siot] aku ni punya la lapa kan kat mozac tu, sayur-sayur orang yang tak makan sayur mesti jadik habuan aku, aku belasah je, especially si kenit punya. budak tu memang susah betul menelan sayur.

telur sambal [sambal kau panggil??? aku rasa kuah tu punyala cair dan pedas, bukan sambal tuh] aku tak paham camana kau dgn Nyot bleh tak miss bfast kalau ada menu ni. sumpah tak paham. pedas dowhhhh sakit porut den makan sambal tu pepagi buta pkl 6 pagi tau tak. nasik lemak tu selalunya weekend, lepas kita jogging ikut Rumah pepagi before pegi prep. itu exceptional, sebab dah exercise, memang lapor nak mampos.

tapi tulah, i wish aku leh dapat balik body masa kat mozac. hahahahha in my dreammssss!!!!!

-zaza:o:binxz- said...

oi chop, kau lupa satu mende

roti marjerin tebal seinci.


muahahhahahahah!!!!

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Izham Miyake said...

roti marjerin tebal seinci tu kan dah ada.. yang roti marjerin simen tu..

-one of ex mozac-

Unknown said...

okay ape menu kat dewan makan... not bad at all! heheheheh... almaklumler kebuluran.. bedal je la apa yg ada...

btw, mrs godangz, tengkiu for harry potter e-book... sedihnyer dumbledore mati... saspen pulak sapa RAB? maybe harry potter & RAB akan bersama2 memusnahkan hocrux?

-zaza:o:binxz- said...

alamak dah ada ha'ah miss lah tu tak perasan. hehe punyala excited kan baca laju-laju :op~

hasmn said...

zaza binx: ye ye.. aku ngan nyot memang suke gile kat roti ngan telur hancur pedas tuh.. walaupon aku pernah terkunyah kulit telur.. tak plak aku jadi allergic mcm kes ayam tu.. bab ayam tuh sorri aa.. nyot lagi terer ngendeng.. dia chop in advance.. hahaha

abg atuk aka bai: aku dendam same org yg tipu aku kate mozac ade musim sejuk.. kalaulah ku ingat sape yg tipu.. woh oo.. ari tuh gi ntv7 ade majlis berbuka pose.. jumper kak chot.. kurus kering.. i mean sangat-sangat kurus.. tapi lawooo..

kak azq: same-same kasih.. sampai part dumbledore mati tuh cam terkasima sekejap.. bace due tiga kali.. eh? ye ke? mati dah? ala-ala harru potter jugak laa.. heheheh.. gile dark buku 6 ni..

-zaza:o:binxz- said...

abehla abg atuk dendam dia dah berbelas tahun dah tu hahahha