Reading MA's blog regarding Kakak's UPSR result do stir a warm fuzzy feelings and I remember wanting to write something about my alma mater. Baru sekarang ada mood (ada masa terluang) nak menulis. Lagipon surat khabar report banyaknya application nak masuk boarding school.
When I got the offer letter, I was huh? Blur semacam. Melaka? Uh uh! Hujung dunia mana tu? I remember Cikgu Dollah telling me.. "Sekolah tu atas bukit. Dekat Ayer Keroh. Bagus sekolah tu.. bla bla bla.. while I'm still trying to figure where on earth is Melaka? Aku pernah ke Johor sebab Pak Ngah di Johor. Tapi Melaka? Seumur hidup aku, aku cuma tau boarding school ade satu je. SMS Teluk Intan sebab every time aku balik kampung memang aku nampak sekolah tu.
Mula-mula aku memang menyampah dengan sekolah tu.. tapi sekarang aku sayang sangat-sangat. Antara sebabnya..
1. Cikgu Dollah memang tak menipu bila dia kata sekolah tu atas bukit. Tapi dia lupa nak cerita berapa tinggi bukit tu. Aku ingat macam anak bukit atau tinggi setakat dua tiga meter dari paras laut. Sekali bila sampai, mak aaaaiii.. aku rasa macam dekat seribu meter dari aras laut (ok.. melampau sangat bunyinya.. tapi memang tinggi). Seluruh keluarga aku, mak ayah adik-adik, tok, pakcik makcik dan sepupu yg menghantar aku kekaguman. Dah la masa pagi aku mendaftar tu baru lepas hujan. Jadi suasana atas bukit tu sungguh nyaman dipenuhi kabus ala-ala berada di pusat peranginan. Masa minggu orientasi, kami (junior form one) kena mengira tangga yang ada. Aku dah ingat-ingat lupa tapi yg pentingnya, dari pondok guard sampai ke atas dekat blok A, ada dalam 200 anak tangga. Anak tangga dia ada yang lebar-lebar dan ada yang curam. Kalau sama size aku rasa kalah anak tangga Batu Caves.
2. Kera/monyet/beruk sangat ramai dan agresif sekali. I remember one of them kudung. Jahatnyeeee.. selambe monyet jek die curi pisang tepi kantin.. Sampai sekarang nenek aku dok teringat lagi monyet kudung tu. Tak pernah pulak aku tanya camne die boleh kudung. Aku rasa si kudung ni (SK) kepala monyet (macam DON monyet laa) kat atas bukit tu.Garangnya mak datok.. sumpah aku memang kecut perut bila SK ni bawak anak buah die gi makan nasik kat tempat kitorang buang sisa nasik kat dining hall. Aku ingat lagi ade sorang senior aku, kak Suhaila (bukan nama sebenar) yg memang otai habis.. Satu petang bila SK ni ngan anak-anak buah die menyerang hostel (korang akan tau bila dengar jeritan-jeritan yaring monyeeeeeeeeeeeeettttttttttt!!") Kak Suhaila ni dengan selambanya ambik gayung ketuk-ketuk kepala SK ni berkali-kali. Gile kecut perut aku tengok betape brutalnya kak Suhaila itu. Kalau nak cerita pasal monyet ni, aku kena dedicate satu entry khas untuk SK dan anak buah dia. Aku ngan dorm mate siap kena basuh dorm masa SPM lepas monyet-monyet nih buat wild party masa kitorang tengah exam..
3. Krisis air yang tak pernah berkesudahan. Aku tak tau sekarang macam mana keadaannya. Mungkin RMK9 ni, kerajaan bagi peruntukan untuk beli pam air baru atau PAM (Perbadanan Air Melaka) dah menukar paip lama bagi meningkatkan kualiti air (hahahaha..eh? apesal aku gelak?). Aku masuk Mozac pada tahun 1993. Krisis air baru pulih (kononnya..) Tapi boleh dikatakan tiap-tiap hari kena turun bukit (aku dah bagitau bukit tu tinggi kan?) dan mandi dekat rumah pam sambil mengambil risiko untuk disekodeng budak putera. Ramai yang ambik inisiatif bunuh diri dengan mengangkat air dari bawah keatas. Angkat satu baldi, tapi bila sampai cuma tinggal suku. Masa ni la ramai senior lelaki menjual minyak dengan menawarkan diri menjadi balaci mengangkat air air sambil mengayat bakal-bakal adik angkat atau yang dah ada adik angkat mengambil peluang untuk berdating. Aku yg takde abang angkat terpaksa la angkat air sendiri. Nasib baik mak dah latih aku angkat kat rumah.
4. Outing yang menyemputkan dada. Sebab apa semput dada? Baca No 1. Cuma bila aku join outing dengan parents kawan-kawan je baru tak semput dada. Kadang-kadang ada juga parents yg baik hati tumpangkan kami naik atas bila tengok termengah mengah panjat jalan kaki ikut jalan yg berliku-liku sebab tak nak naik tangga. Aku jarang outing masa form 1 - form 3. Bila aku dah masuk form 4 (bila aku dah tumbuh tanduk instead of tocang) aku memang suka outing.. saja jalan-jalan sampai aku hilang IC.
5. Cuaca sejuk dan nyaman. Baca No 1 kalau lupa. Tak tipu punya. Kami kena tipu hidup-hidup dengan senior masa minggu orientasi bila senior kata sekolah ni ada 4 musim dan masa kitorang baru sampai tu musim sejuk. Mati-mati aku percaya sebab masa aku daftar tu aku rasa aku nampak salji turun (ape kebodohnya.. padehal kabus jek.. bila belajar geografi baru aku tau aku dah kena tipu.. rase gila bangang..hahaha). Aku dah lupa sapa yang goreng kitorang masa tu.. tapi yang aku tau.. tu kengkawan abg bai aka atok punye keje laa tu..
6. Nak mandi kena booking bilik air pakai towel. Lepas tu lepak ngan muke poyo depan tu sambil menyumpah seranah orang yg bertapa kat dalam tu. Nak tau turn nombor berape senang je, kalau ada satu towel maknanya org kat dlm tu punya, so ko punyer towel automatik akan jadi org no 2. Tak payah terkejut laa kalau masa tengah mandi tiba-tiba orang gi sidai towel pastu siap boleh adjust-adjust towel.. Nak ngelat? ko letak la towel ko awal-awal sebelum tidur siap ngan baldi air (baldi air dah ade isi penuh laa.. sebabnya? refer no 3). Kalau taknak susah-susah, ko bangun awal (macam aku ngan bestfren aku..) mandi kol 5.30 pagi.. pastuh siap-siap pakai baju sekolah.. pastuh tido balik.. hahahahaha.. senang kan? Sebab yang ni jugak menyebabkan aku pandai mandi express dan boleh membersihkan diri dengan sebaldi sedang air sahaje.. terer eh? (Eh! ni hanya untuk budak puteri jek.. budak putera aku tak nak tau.. entah diorag mandi ke tak?
7. Alternatif bagi permasalahan no 6 ialah kolah air. Baldi yang penuh berisi air pon ambil dari kolah ni la. So sesiapa yang berkulit tebal atau bila aku tidor terbabas, aku memang mandi kat kolah ala-ala Sofia Jane dalam filem Perempuan dan dot dot.. (tak payah describe la kan..) Kalau weekend memang laa aktiviti membasuh dilakukan disini.. Siap ada sesi cuci-mencuci rambut. Amoi sorang ni ajar camner cuci rambut cara salon sebab makcik dia ada salon. Memang seronok..
8. Lepak tepi lereng masa riadah.. Masa riadah adalah wajib kecuali yang ada kelas mengaji. Suka hati korang la nak bersukan ke, nak berlepakkan ke. Macam aku dengan kawan-kawan kami ada sesi menternak badan. Cuma aku je yang tak berjaya-jaya nak menternak badan sampai laa sekarang. Jangan marah aaa ejaay.. Port paling nyaman sekali kat tepi lereng belakang blok A. memang bahaya sebenarnya tapi tu laa tempat paling best sekali. Berebut-rebut nak lepak kat situ. Pemandangannya memang superb!. Orang yang lalu lalang kat jalan raya sebenarnya boleh nampak bebudak bertenggek tepi lereng tu. Makan-makan sambil duduk juntai-juntai kaki.. Nikmatnyaaaa..
9. Masa prep. Hari-hari duduk dalam kelas. Weng je rase. Ada 3 masa prep. Pagi.. 6.30 - 7.10 pagi.., petang dari 2.30 petang - 4.30 petang. Prep malam mula kol 8.00 sampai kol 10.30. Prep pagi ni diperkenalkan oleh arwah Ayahanda Ramli (pengetua masa aku masuk form 1, bersara masa aku form 3 dan meninggal masa aku form 5). Aku ingat normal ada prep subuh ni.. Rupanya kat Mozac je ada prep subuh. Tapi aku respect ngan Arwah. Masa sarapan sebelum prep subuh ni Arwah selalu datang dan sarapan sama-sama di dining hall.. Pernah sekali masa dining hall lewat siapkan sarapan (kesian kat makcik n pakcik yg kerja kat dining hall kitorang.. kol 4 dah kena masak) arwah halau kitorang lepas perhimpunan pagi untuk pergi sarapan. wuh huuu.. escape perhimpunan. Balik pada prep.. Hari Sabtu prep pagi bermula jam 10 pagi lepas Dorm inspection (nanti aku cerita lain kali) sampai kol 12.30. Lepas tu outing.. Sabtu malam Ahad, masa berlibur. Suka hati laa nak buat apa. Biasanya tengok tv laa.. Pagi Ahad ada kelas membaca.. ape tujuan kelas membaca ni pon aku tak tau.. Eh.. melalut plak.. Tapi masa prep ni sepatutnya digunakan untuk buat revision.. tapi kawan-kawan aku ada banyak aktiviti lain masa prep ni.. nanti aku cerita benda-benda hilang akal yg kawan-kawan aku buat.. (aku tak buat sebab aku nerd) hehehehe..
10. Kawan-kawan. Di sini aku berjumpa dengan manusia-manusia bergelar kawan yang aku rasa banyak membentuk aku menjadi aku sekarang. Ada yang rapat, ada yg biasa-biasa. Ada juga yg macam talam.. Cuma yang luar biasa aku blom jumpa.. Ada yang mula-mula aku bercakar tak ingat-ingat tapi jadi kawan paling rapat. Ada yang aku ingatkan kawan sejati rupanya macam pisau belati. Adat la kan.. Tapi manusia-manusia yang aku sebut disini, mereka sentiasa ada bersama-sama aku masa senang dan susah.. Untuk Nyot, Sawi, Ejay, Madu, Alin, Jack, Hana, Wendy, Bebek, Donut, Peyjan... (in no particular order..) korang adalah berlian dalam hidup aku.. You gave me strength when I was weak.. You gave me shoulder to cry on.. You gave me hope.. and most of all, you gave me love as a true friend. Aku tatau macam mana nak berterima kasih pada korang sekalian.. Yang aku tak sebut kat sini bukan korang tak penting.. tapi dengan mereka-mereka ini, aku rasa memang kami dah ditemukan sejak dari alam roh lagi.. hehehe..
Mozac banyak mendewasakan aku. Ajar aku jadi independant. Ajar aku jadi Kak Long yang boleh adik-adik aku harapkan. Betul la kata arwah ayah masa dia tak bagi aku keluar MOzac..(baca entry untuk ayah).. Aku belajar banyak perkara.. aku tau banyak benda.. aku didedahkan dengan dunia.. Aku bangga menjadi salah seorang pelajarnya..
4 comments:
aku suka baca semua entry kau.. happy, sedih, semuanya ada feeling & value.. ada soft touch gitu.. aku tahu, ko tulis dari hati kan? keep on writing, has! love it!
uwaaaaaaaaaaaaa!!! nak nangis aku baca entry ni siot!! mula mula gila byk nak komen, pasal tangga, pasal air, tapi bila ending... aaaa... sedih!
MOZAC dan kabus kabusnya... eii.. ada abg angkat pun seropa takdak tau, abg angkat aku tak qualify hahhahaha, aku pun angkat air sendiri yeee tak pernahnya ada orang tolong hehe...
si kudung tu kau ingat tak, towards the last kita kat MOZAC dia macam dah takdek, ada yang membuat kesimpulan dia sudah arwah, pastu ada pengganti si kudung kecik...
kau ingat lagi ehk pasal abg atok punya snow tu hahahha... kureng kan diorang kan? ingat tak lagu minggu orientasi, lagu iklim? hehe...
kolam tu, aku ari ari mandi pagi kat situ. pukul 5.30 pagi bgn mandi air kolam sebab tak larat aku nak membook towel kat toilet, penuh, lembap dan membuang masa. ESPECIALLY toilet temenggung. masa kat Dorm H pun aku turun gi kolam, sebab maleh angkat air hahaha... kolam tu sgt sgt sgt berjasa pada aku and hell, hajat nak berenang dalam kolam tu tak tertunai. pernah mandi kolam Bendahara je, masa PPM aku Bee Yee ngan Yani (band ppl hehe) jadikler...
ye ye.. memang aku tulis dari hati.. sebab sambil aku tulis aku rasa nak nangis.. rasa nak gelak dan ade rasa-rasa sebak..
ye betul.. aku miss giler ngan sikudung tuh.. pernah aku terserempak ngn si kudung mase nak naik tangge die nak turun.. hilang napas aku jerit..
aku bleh kagum bile ingat-ingat camner bleh mandi subuh2 sepaie mcm dulu..
menggigil dowh mandi subuh subuh tuh. but it was so refreshing. dah tak pernah buat dah skang. kalau mandi subuh pun selalunya air panas.
but u knoe..
mozac dah tak macam dulu... the last time i went into their dorms [visiting my cousins] dah... lain. dengan bersepahnya, dengan susunan katil tah paper, locker diorang pun a lot bigger than ours and it's besi. and locker makanan, is integrated with ur locker baju. i was like, HAH??!!
lain, serious lain. cekgu cekgu cakap budak2 pun dah lain. *sigh*
Post a Comment