Esok genap dua tahun kami bersama. Orang kata dua tahun masih pendek untuk ukur sejauh mana kekuatan satu ikatan. Dua tahun masih bertatih-tatih. Masih dalam proses penyesuaian. Masih tercari-cari keserasian.
Entah. Aku tak pandai nak mengukur sebab aku bukan juru ukur. Aku tak pandai nak mengira-ngira sebab aku bukan ahli matematik. Aku cuma seorang isteri. Isteri kepada seorang lelaki yang dinikahi 2 tahun lalu. Jadi aku cuma tahu merasa. Aku cuma ada perasaan sebagai seorang isteri.
Kadang-kadang kami bermasam muka. Tapi selalunya kami bergelak ketawa. Itu biasa. Kami saling menerima. Aku baran. Dia pon baran. Tapi pandai-pandaila nak mengawal baran jangan jadi kebakaran. Aku peramah, dia pendiam tapi kami tak pernah kehilangan idea untuk bersembang. Aku gelap, dia cerah. Dia tinggi aku rendah. Pendek kata, kami saling lengkap melengkapi.
Pernah aku rasa kecewa bila dia tak memahami. Aku pernah rasa teramat penat. Aku pernah rasa alangkah baiknya kalau aku masih single. Aku bukan superwoman. Aku nak jadi supermom tapi takde kain terbang merah. Aku nak jadi suri rumah tapi hanya dalam kepala saja. Aku kadang-kadang tak berdaya. Bila aku tak berdaya aku jadi marah. Aku nak marah dia. Kerana tak cuba memahami.
Tapi dia juga manusia seperti aku. Dia juga kecewa, penat, marah dan tak berdaya seperti aku.
Perkahwinan bukan macam dalam drama. Tapi tak la sekronik "Sembilu Kasih". Ada pahit, ada manis, ada seronok, ada tangis. Aku menerima seadanya dan aku berdoa, semoga kami akan sentiasa bersama bukan setakat dua tiga tahun sahaja tapi untuk selamanya.
--------------------------------
Tahun lepas dia bagi CD lagu.. Aku terharu sebab dia peka dengan cerita-cerita aku.
Tahun ini.. aku masih menanti.. hehehe
Hadiah aku??
Aku bagi dia.. AKU.. wink wink.. boleh?
3 comments:
heppy anniversary has! 2 thn 2 anak...advance giler! tahniah tahniah hehe
waa..hass bes gile bacer ayat2 ko..hehe..ko ni patut jd penulis la..ayat ringkas tp bermakna..
ah ah ah.. terima kasih
Post a Comment