ni cuma cerite fiksyen.. takde kene mengena dengan yang hidup atau yang mati.. cuma rekaan semata-mata..
..........................................................
Namanya Alin. Mak kata ayahnya yang pangggil dia Alin. Ayah Alin nak anak perempuannya penuh kelembutan dan keayuan. Sebab Lin tuh maksudnya lembut. Tapi ayah Alin dah lama meninggal. Dalam hidup alin cuma ada mak dan Arun. Harun nama penuhnya tapi alin lebih suka panggil Arun. Dari kecil sampai sekarang Alin panggil Arun bukan Harun. Aruah nenek Arun pon sama. Arun pon panggil diri sendiri Arun.
Alin dan Arun membesar sama-sama. Rumah nenek Arun dekat dengan rumah Alin. Nenek Arun jual kuih. Mak Alin pula kerja di pejabat. Bukan. Mak Alin bukan pegawai eksekutif di pejabat. Mak Alin cuma kerja jadi "cleaner". Pagi-pagi mak Alin dah keluar. Pukol 4.30 petang baru mak Alin balik. Jadi bila mak Alin pergi pejabat, Alin duduk rumah nenek Arun. Arun lagi tua dari Alin. Arun macam abang pada Alin. Alin tiada adik beradik lain. Arun pon sama. Mereka cuma ada "each other".
Alin tak pernah ada kawan. Alin pernah tanya Mak kenapa budak-budak sebaya Alin tak mau berkawan dengan Alin. Mak cuma senyum sambil cuba sembunyikan air mata. Jadi, Alin cuma berkawan dengan Arun. Cuma Arun seorang yang mahu berkawan dengan Alin. Bila Arun balik sekolah, Arun ajak Alin main buai. Ajak Alin jalan-jalan. Alin pelik sebab semua orang pandang Alin dengan muka sedih masa Arun ajak Alin jalan-jalan.
Alin masih ingat masa Alin ikut Arun hantar kuih Nenek ke kedai. Ada budak ejek-ejek Alin. Ada budak baling-baling batu pada Alin. Alin sedih. Alin nangis kuat-kuat bila batu kena badan Alin. Tapi Arun ada. Arun lindung Alin dari kena batu. Kemudian Arun hambat budak-budak yang baling batu pada Alin. Arun tunjuk penumbuk Arun. Arun suruh Alin bagitau Arun kalau ada budak-budak lain kacau Alin. Arun kata dia akan jaga Alin sampai bila-bila. Arun pujuk Alin jangan menangis. Alin angguk-angguk sambil tahan esak yang berbaki. Malam tu bila Alin cerita pada Mak, mak nangis sungguh-sungguh sambil peluk Alin. Alin keliru lagi.
7 comments:
hmm..
is this beginning of a novel?
gila pantas kau inih ejay.. hahahaha.. tergezut aku..
i don't know.. i'll just follow with the flow.. mungkin jadi novel.. mungkin sekadar cerpen.. hehehe.. aku tak reti nak kembangkan the story to make it berjele-jele mcm dramasuria.. hehehehe..
dramasuria ke bawang putih bawang merah ada seratus lebih episod hehe
aku pantas ni sebab aku dah bosan takdek keje apa kat umah ni, ngadap internettttt je keje aku skang ni sambil melayan si jazzy hehe
ler bilernya alin tak keliru lagi nih :op~
hahaha..
nanti nanti..
aku tengah cuti..
lain kali aku sambung lagi..
aaa tensennyaaaa bila kau nak update nihhhh
hehe
heheh.. nama alin tu sangat sensitif bagi gue..
sambung lah citer ini..
Post a Comment