Aku pernah nonton citer ni kat wayang masa aku kecik-kecik dulu. Aku tak ingat sape yang bawak. Tapi aku ingat Rubiah Suparman jadi misi aka bidan kerajaan kat kampong. Dia bawak diri sebab laki dia curang. Lepas tu masa kat kampung tu dia kena fitnah cuba menggoda laki-laki org di kampung itu selain tugasnya yang mencabar sebagai bidan kerajaan yang mendapat tentangan dari bidan kampung tersebut. Dia juga hampir dirogol oleh laki kepada salah sorang isteri yang berjaya diselamatkan masa nak beranak.. yang aku ingat ending dia, laki dia datang pujuk balik nak ke dia tapi dia tak ndak sebab kata dia "bila hati sudah retak..bla bla bla.." dan kedengaran esak tangis dalam panggung tu..
Aku taktau betul ke tak.. tapi rasanya Rubiah Suparman menang award untuk cerita tu.. yang pastinya.. semua masalah watak dalam cerita ni disebabkan oleh lelaki..
1. RS (Rubiah Suparman) terpaksa jadi bidan kerajaan diceruk kampung nun jauh d pedalaman sebab bawak diri sebab laki dia ceraikan dia n ada gepren lain.
2. RS kena fitnah goda laki org sebab laki-laki orang ni yang sebenarnya gatal tak boleh tengok janda. padehal die tak ambik port pon pasal laki-laki org ni.
3. Tugasnya ialah membidankan bini-bini orang kampung yang nak beranak. Kalau tak disebabkan lelaki, camne bleh mengandung. betul tak?
4. Die hampir dirogol oleh lelaki gersang yang telah dirijek oleh RS pada pertengahan cerite sebab lelaki ni laki orang.
5. RS jadi betambah makan hati bila ex laki dia datang merayu nak rujuk balik die.. Tapi aku suka sebab die rijek.. alasan paling masuk akal aku pernah dengar.. "Bila Hati Sudah Retak"
Kesimpulannya, memang sah lelaki telah menyusahkan hidup RS ni dalam filem ni.. tapi APe kena mengena Rubiah Suparman plak dalam kehidupan aku kan...? Entahlaaa.. pagi tadi aku macam ternampak-nampak lagi muka RS yang dizoom sampai nampak dagu dia belapis. Air mata berjurai-jurai.. ngan suare yang sayu dia cakap.."Bila hati sudah retak.." huuu huu huuu.. Syahduuuu....
2 comments:
Has, walau apa pun yg retak,hidup perlu diteruskan demi anak-anak...kadang2 lelaki mudah lupa..hanya masa yg menentukan bila diorg akan ingat balik memori lama...:))
has,
aku masuk limkokwing monday ni.
i want to have lunch with you, one of those days, kalau masa mengizinkan.
Post a Comment