Resepi untuk membuat hati kering...
1. Hati yang dihiris nipis-nipis (sukatan ikut berat badan tuan punya hati)
2. Satu mangkuk curang
3. Sedikit pembohongan/penipuan
4. 3 baldi air mata
5. Sebijik besen beli jiwe
Cara membuatnya..
Hati yang dihiris-hiris tadi digaul rata dengan curang dan sedikit pembohongan secukup rasa dalam besen beli jiwa. Kemudian basuh dengan secebok air mata. Ulang proses ini berhari-hari sampai air mata kering. kemudian jemur hati yang dah diperasakan tadi dibawah extreme condition seperti menjaga anak-anak yg tengah menangis dan menanggung keluarga sorang diri..
Bila hati tadi dah kering, simpan dalam balang kedap udara supaya tidak berkulat.
kelebihan hati kering ini ialah:
1. tidak mudah menangis tak tentu pasal..
2. tidak akan patah semangat bila bertemu dengan kesusahan...
3. tidak peduli dengan kata-kata orang
4. tidak mudah makan pujuk rayu..
5. boleh menjadi tangkal kebal.. (kebal perasaan sahaja.. kalau kena tikam/tembak.. still mati)
Tapi ingat.. bila hati kering ni boleh lemau semula.. tapi akan ambik masa yang sangat lama dan takkan kembali seperti sedia kala..
begitulah resepi kita pada hari ini puan-puan.. selamat mencuba.. renung-renungkan dan selamat beramal...
No comments:
Post a Comment