Wednesday, February 27, 2008

Pilihan aku

Aku dah buat keputusan.. biarlah dia susah nak buat keputusan.. tapi ini keputusan aku.. Aku yang memutuskan apa yang ingin aku lakukan dalam hidup ku sendiri.. sama ada dia suka atau tidak.. makin serabut atau tidak..

Aku memilih untuk berusaha kekal disisinya sampai bila dia memutuskan untuk tidak mahu aku disisi atau sampai aku tidak lagi berdaya menanggung penderitaan jiwa. Ya. Kenapa tunggu kalau menyiksa jiwa? Kerana aku yakin dan percaya, perkahwinan ini berbaloi diselamatkan.. Kerana aku yakin dan percaya, kami akan menjadi pasangan yang lebih bahagia bila semua badai ini reda.. dan kerana aku yakin dan percaya.. cintanya pada aku masih mendalam seperti mana kasih dan cintaku padanya..

katakan aku gila.. katakan aku buta.. tapi dia masih tetap lelaki yang aku cinta.. dimata dan dihati penuh dengan rasa syukur kerana dia lelaki baik.. tidak pernah sekali tangannya naik ke muka.. segala kemahuanku dipenuhi.. dia bertimbang rasa dalam semua perkara.. tidak pernah dia menipu aku melainkan tidak memberitahu.. dia menerima aku seadanya.. tidak pernah merungut tentang keburukanku.. malah memuji kelebihan yang ada padaku.. dia lelaki romantis walaupon kurang berkata-kata.. rasa kasih dan cinta dicurah tanpa perlu diminta-minta...

salahnya cuma satu.. tidak boleh membuat pilihan.. tidak mahu membuat pilihan.. membuatkan aku terkapai-kapai mencari penyudahan bila akan reda badai.. itu aku serahkan padanya untuk mencari jalan penyelesaian..

tapi bila aku membuat pilihan ini.. maka aku akan bersabar selagi berdaya.. aku akan bertahan selagi mampu.. akan ku perjuangankan hak aku sebagai isterinya sehinggalah dia menidakkan hak ku itu.. aku tidak menolak sekiranya takdir Allah menentukan setakat ini jodoh aku.. tapi aku juga tetap takkan mengalah.. Aku akan berusaha untuk menyelamatkan rumahtangga yang dibina.. aku maafkan segala kesilapannya.. aku takkan salahkan sesiapa melainkan diri sendiri yang serba kekurangan.. akan ku perbaiki diri agar jadi lebih baik.. menjadi isteri yang lebih baik.. menjadi kekasih yang lebih penyayang.. menjadi ibu yang lebih baik kepada anak-anaknya.. menjadi sahabat dan penyejuk hatinya..

aku akan beri masa kepada diri aku untuk melakukan semua itu.. seandainya selepas semua itu masih tidak berjaya.. aku akan menarik diri.. tapi menarik diri selepas aku tau aku bukannya pengecut yang lari dari medan perjuangan.. tetapi memang tiada apa lagi yang perlu aku perjuangkan..

YA ALLAH, KAU KURNIAKAN AKU KESABARAN DAN KEKUATAN DALAM MENGHADAPI UJIAN MU INI.. KAU BERIKANLAH AKU KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK UNTUK DIRIKU DAN KELUARGAKU.. DAN BERIKANLAH PETUNJUK KEPADA SUAMIKU..AMIN

4 comments:

ummi said...

awak mgkn ingat, mungkin tidak pada akak. akak ucapkan syabas atas semangat. bukan mudah untuk memaafkan, apalagi melupakan. sekali terluka, parutnya sampai bila-bila akan ada.

biarlah bagaimana sekalipun pengakhirannya, sekurang-kurangnya anda tidak terus mengalah dan tetap mencuba.

semoga masjid akan selamat dan berbahagia semula..

nurminah said...

has,
melalui apa yg aku baca kat sini..aku dpt rasa yg ko mmg kuat semangat..lebih2 lagi bila dah jadi seorang ibu..bukan senang nak buat keputusan mcm ni..tp aku tau ko fikir panjang..insyaAllah segala pengorbanan tu ada hikmahnya..semua ni ujian Allah..

aku doakan ko sentiasa tabah, dikukuhkan iman dan semoga rumahtangga ko kekal bahagia hingga ke akhir hayat..amin

y@tipruzz said...

syabas has, bukan mudah nak jadi isteri setabah kau. Aku berdoa, moga pengorbanan kau berakhir dgn kegembiraan dan kebahagiaan....semoga kau terus kuat! Pedulikan ape org kata..hanya kau yg tahu dan memahami setiap ape yg dilalui.....

~dcharminglady~{@ said...

payung emas disyurga...