Tuesday, January 13, 2009

Beza sayang dan cinta

Hari ni aku baru sedar beza antara sayang dan cinta.. kita boleh sayang seseorang tapi tak bercinta dengan dia.. macam sayang mak, adik-adik n anak-anak. kita sayang sangat kat diorang tapi kita tak bercinta dengan diorang.. bila kita bercinta kita akan buat perkara paling bangang sekali tanpa kita sedari janji orang yang kita cintakan kita akan notice kite.. tapi kalau kita sayang orang tu, walaupun orang tu tak balas pon kita tetap sayang dia.. walaupun die tak perasan pon kita, kita tetap sayang dia..

aku sayang sangat kat dia.. walaupun perbuatan and kata-kata aku kadang-kadang menyakitkan hati dia dan hati aku sendiri.. walaupun dia layan aku macam hampas pon aku tetap sayang pada dia.. walaupun aku terasa macam dia dah tak sayang kat aku.. aku tetap sayang dia.. walaupun dia sakitkan hati aku.. walaupun dia lukakan hati aku berkali-kali aku tetap sayangkan dia..

tapi cinta aku rasa makin pudar.. aku tak boleh nak tengok muka dia macam dulu.. aku tak boleh nak tersenyum dengan hati berbunga-bunga bila teringat kat dia.. tapi sayang aku tetap sama.. sikit pon aku tak boleh nak bencikan dia.. berkali-kali aku cakap aku benci.. tapi tak pernah sampai pon dalam hati.. aku sayang sangat-sangat kat dia..

aku tahu aku tak gembirakan hati dia dengan sedih tiap-tiap hari.. tapi hati aku tak tahan.. aku sayang sangat kat dia tapi tergamak dia lukakan hati aku.. aku tak mau diduakan.. aku mahu hanya aku di hati dia.. sama macam aku letak dia seorang dihati aku.. sebab tu aku sayang sangat kat dia.. walaupun dia dah buat macam-macam tapi aku tetap maafkan dia.. aku tetap nak bersama dia.. sebab aku sayang sangat kat dia..

Ya Allah.. kurangkanlah rasa sayang aku ni.. tambahkanlah rasa cinta padaMu.. kerana aku merana dengan cinta manusia ni..

5 comments:

eLLe said...

has..tabah k..chaiyok chaiyok..

afidalina said...

huhu. has, sedihnya. mmgla soal hati ni misteri betul. kita pun tgh dlm situasi tu. maybe i shud consult u.

hasmn said...

haha.. met.. tak payah laa consult consultant yg tengah bengong nih..

-zaza:o:binxz- said...

i feel so close with this particular writing of yours.

mungkin masalah kita tak sama, tapi aku pun memahami rasa sayang dan cinta dengan cara yang sama dengan kau has. being where I am now also bagi aku nampak jelas beza sayang dengan cinta.

betullah kata kau, kalau dah sayang biarlah sebusuk mana pun, kita tetap sayang. tapi cinta lain. sangat lain.

tapi aku betul betul mintak dijauhkan dengan masalah sebesar yang kau hadapi. aku tak rasa aku sanggup. dulu pernah seseorang tanya, what if... aku kata mungkin aku boleh lalui. tapi cerita yang kau kongsikan dengan kami menginsafkan aku, memang aku tak rasa aku boleh lalui sepertimana yang kau lalui.

aku doa kau stay in d right path. Allah will always be with u, bless u. Hope He makes u stronger, day by day.

biru said...

hmmmmm........

itulah lumrah kehidupan. cinta tak smestinya memiliki...

...=)