Monday, September 12, 2011

selepas 14 tahun

aku tak nak menulis pasal raya. raya sekarang ni adalah untuk anak-anak aku.. paling aku tunggu-tunggu tetiap kali raya ialah kami adik-beradik baca yasin dan tahlil di kubur ayah.

semenjak ayah takde, hanya pada hari raya aku rasa keluarga aku cukup lengkap. ayah, mak dan adik-adik. cuma ada tambahan suami/isteri dan anak-anak. dan aku selalu terbayang keadaannya kalau ayah masih hidup.

macam tak percaya dah 14 tahun ayah pergi. tetiap kali aku ziarah kubur ayah, aku mesti menitiskan air mata.. almaklumlah aku kan jenis sayu-sayu gitu.. dalam hati ada taman punya kategori. dan macam biasa adik-adik aku ignore je kalau nampak aku start kesat-kesat air mata.. aku selalu jadi orang yang terakhir tinggalkan kubur ayah..

tahun ni aku cakap kat ayah aku sayang dia.. aku mintak dia doakan aku dan anak-anak aku.. aku minta dia doakan aku bahagia dan dipermudahkan perjalanan hidup.. dan aku doakan dia aman dan tenang disana. aku juga cakap kat dia.. nanti kita jumpa lagi..

haish.. masa menaip ni pon air mata ku meleleh-leleh.. memang sinetron btol.. hehehe

nota kaki: aku nak simpan duit nak buat kepok n nisan baru untuk ayah..

No comments: