Monday, February 26, 2007

Kepale ting tong.. Emosi tenat.. aarghhhh

Masa-masa yang sangat kritikal sekarang ni. Emosi, fizikal, financial dan macam-macam lagi. Aku rasa macam diserang semput yg tenat. Aku jadi penat. Banyak sebab kenapa aku rasa berat.

1. Rumah mak. *&%$$@ punye mangkok yang bawak lari duit rumah mak. Aku tak halalkan. Kalau aku nih sang gelembai*, dah lame dia jadi batu. Lepas tu aku hanyutkan dia ke laut lepas. Biar sampai tujuh keturunan dia tak dapat cari. Sebab mangkok ni dah bawak lari duit makanya segala financial plan dah kelam kabut. Habis togel dah saving aku nak siapkan rumah mak ni. Aku betul-betul dah penat nak pikir. Nak suruh adik pulak pikir. Tension punya pasal. Aku suruh je kontraktor tu stop dulu construction. Nasib baik mak ada. Sejuk sikit hati.
*Sang Gelembai ni wujud dlm cerita org dulu-dulu. Kerjanya menyumpah orang jadi batu sesaja. Aku pon pelik. Dia makan apa? Kalau ditegur je semua jadi batu. Makan batu gamaknya dia nih..

2. Aku kena makan ubat. Detail ubat tak payah laa aku cerita tapi aku rasa macam ting tong semacam. Pening seeh.. Ditambah dengan loya. Gile ah.. Macam ngandung anak sulung aku rasa. Aku buang jugak laa pil ni.. Sib baik aku dah janji ngan diri sendiri nak try satu bulan sahaja. Sengal kepala aku.

3. Rumah sendiri. Bila laaa boleh pindah ke rumah sendiri ni. Kena tunggu Letter of Consent dari Pemaju la pulak. Entah bila laa pemaju ni nak bagi surat. Aku dah banyak angan-angan Mat Jenin ni. Dah siap Layout untuk Interior Decoration lagi. Aku nak letak singa, gajah, kuda, dubuk tetapi bukan babi. Letak pokok-pokok. Tema rumah aku nanti "Me Jane. You Tarzan".. hahahha.. ok tak? (sawan sedara-mare bila melawat rumah nanti..). Yang penting aku nak duduk dengan family aku sendiri sebelum tension aku jadi kritikal. Aku takut sebab kadang-kadang aku punya sabar jadi sikiiiiiiiiiiiiit sangat dan aku kena istighfar banyaaaaaaaaaaaaak sangat.

4. Hidung anak-anak aku sumbat tak baik-baik. Alahan diorang nih merisaukan aku. Nak tidur malam pon susah bila diorang berlawan dengkur. Aku nak gi mintak rhinocort ngan doktor la ini macam. Kesian diorang. Hidung tersumbat. Aku pon kadang-kadang sumbat jugak.

Dah laa.. nak penatkan fizikal berkerja pulak.. hahahahah

Tuesday, January 09, 2007

27 today!!

I got 3 more years before hitting the big 3.. wuhuuu!!

(Ok. No more mushy mushy teary teary posting.)

Alhamdulillah masih bernyawa dan bernafas lagi sehingga ke hari ini. 27 tahun hidup dimuka bumi. Entah bila nak disimpan dalam bumi. (arrghh.. stop!)

sms pertama dari Hanis (adik bongsu) wish happy birthday dalam kol 12.05 pagi. Heh! Kak Long baru 17 laa dik!! Then dari Yani.. Lepas tuh wish dari hubby. SMS pon baca dah pukol berapa entah. Hek! Aku dah lelap kol 11 malam. Agaknya hubby wish tengah malam pon aku tak sedar.. Ada wish ke bang?

Sebelum naik bas (aku sekarang jadi budak sekolah.. pegi balik naik bas) hubby tercinta bagi hadiah.. wuhuuu.. I love you sayang.. the thoughts that really matter. (kononnya.. muahahahaha).

Ok.. keje belambak sampai aku dah pening report ape utk meeting ape n bila.. untuk sahabatku Ejay.. jangan lah pangkah namaku.. daku sibuk.. huu hu huuu.. nak celebrate birthday pon tak leh...

Wednesday, December 20, 2006

Tak tau nak letak tajuk apa..

ni cuma cerite fiksyen.. takde kene mengena dengan yang hidup atau yang mati.. cuma rekaan semata-mata..
..........................................................

Namanya Alin. Mak kata ayahnya yang pangggil dia Alin. Ayah Alin nak anak perempuannya penuh kelembutan dan keayuan. Sebab Lin tuh maksudnya lembut. Tapi ayah Alin dah lama meninggal. Dalam hidup alin cuma ada mak dan Arun. Harun nama penuhnya tapi alin lebih suka panggil Arun. Dari kecil sampai sekarang Alin panggil Arun bukan Harun. Aruah nenek Arun pon sama. Arun pon panggil diri sendiri Arun.

Alin dan Arun membesar sama-sama. Rumah nenek Arun dekat dengan rumah Alin. Nenek Arun jual kuih. Mak Alin pula kerja di pejabat. Bukan. Mak Alin bukan pegawai eksekutif di pejabat. Mak Alin cuma kerja jadi "cleaner". Pagi-pagi mak Alin dah keluar. Pukol 4.30 petang baru mak Alin balik. Jadi bila mak Alin pergi pejabat, Alin duduk rumah nenek Arun. Arun lagi tua dari Alin. Arun macam abang pada Alin. Alin tiada adik beradik lain. Arun pon sama. Mereka cuma ada "each other".

Alin tak pernah ada kawan. Alin pernah tanya Mak kenapa budak-budak sebaya Alin tak mau berkawan dengan Alin. Mak cuma senyum sambil cuba sembunyikan air mata. Jadi, Alin cuma berkawan dengan Arun. Cuma Arun seorang yang mahu berkawan dengan Alin. Bila Arun balik sekolah, Arun ajak Alin main buai. Ajak Alin jalan-jalan. Alin pelik sebab semua orang pandang Alin dengan muka sedih masa Arun ajak Alin jalan-jalan.

Alin masih ingat masa Alin ikut Arun hantar kuih Nenek ke kedai. Ada budak ejek-ejek Alin. Ada budak baling-baling batu pada Alin. Alin sedih. Alin nangis kuat-kuat bila batu kena badan Alin. Tapi Arun ada. Arun lindung Alin dari kena batu. Kemudian Arun hambat budak-budak yang baling batu pada Alin. Arun tunjuk penumbuk Arun. Arun suruh Alin bagitau Arun kalau ada budak-budak lain kacau Alin. Arun kata dia akan jaga Alin sampai bila-bila. Arun pujuk Alin jangan menangis. Alin angguk-angguk sambil tahan esak yang berbaki. Malam tu bila Alin cerita pada Mak, mak nangis sungguh-sungguh sambil peluk Alin. Alin keliru lagi.