Masa-masa yang sangat kritikal sekarang ni. Emosi, fizikal, financial dan macam-macam lagi. Aku rasa macam diserang semput yg tenat. Aku jadi penat. Banyak sebab kenapa aku rasa berat.
1. Rumah mak. *&%$$@ punye mangkok yang bawak lari duit rumah mak. Aku tak halalkan. Kalau aku nih sang gelembai*, dah lame dia jadi batu. Lepas tu aku hanyutkan dia ke laut lepas. Biar sampai tujuh keturunan dia tak dapat cari. Sebab mangkok ni dah bawak lari duit makanya segala financial plan dah kelam kabut. Habis togel dah saving aku nak siapkan rumah mak ni. Aku betul-betul dah penat nak pikir. Nak suruh adik pulak pikir. Tension punya pasal. Aku suruh je kontraktor tu stop dulu construction. Nasib baik mak ada. Sejuk sikit hati.
*Sang Gelembai ni wujud dlm cerita org dulu-dulu. Kerjanya menyumpah orang jadi batu sesaja. Aku pon pelik. Dia makan apa? Kalau ditegur je semua jadi batu. Makan batu gamaknya dia nih..
2. Aku kena makan ubat. Detail ubat tak payah laa aku cerita tapi aku rasa macam ting tong semacam. Pening seeh.. Ditambah dengan loya. Gile ah.. Macam ngandung anak sulung aku rasa. Aku buang jugak laa pil ni.. Sib baik aku dah janji ngan diri sendiri nak try satu bulan sahaja. Sengal kepala aku.
3. Rumah sendiri. Bila laaa boleh pindah ke rumah sendiri ni. Kena tunggu Letter of Consent dari Pemaju la pulak. Entah bila laa pemaju ni nak bagi surat. Aku dah banyak angan-angan Mat Jenin ni. Dah siap Layout untuk Interior Decoration lagi. Aku nak letak singa, gajah, kuda, dubuk tetapi bukan babi. Letak pokok-pokok. Tema rumah aku nanti "Me Jane. You Tarzan".. hahahha.. ok tak? (sawan sedara-mare bila melawat rumah nanti..). Yang penting aku nak duduk dengan family aku sendiri sebelum tension aku jadi kritikal. Aku takut sebab kadang-kadang aku punya sabar jadi sikiiiiiiiiiiiiit sangat dan aku kena istighfar banyaaaaaaaaaaaaak sangat.
4. Hidung anak-anak aku sumbat tak baik-baik. Alahan diorang nih merisaukan aku. Nak tidur malam pon susah bila diorang berlawan dengkur. Aku nak gi mintak rhinocort ngan doktor la ini macam. Kesian diorang. Hidung tersumbat. Aku pon kadang-kadang sumbat jugak.
Dah laa.. nak penatkan fizikal berkerja pulak.. hahahahah
1 comment:
sabarlah yer.. sabar itu kan iman.. relax relax.. your time will come..
Post a Comment