Tuesday, February 19, 2008

Cerita secawan kopi

Kita hanya merancang, tapi Tuhan yang menentukan...
Tiada seorang pon dalam dunia ni merancang untuk gagal.. untuk kecewa.. untuk menderita..
Kalau diberi pilihan, pasti orang akan memilih yang terbaik.. yang elok.. yang cantik-cantik dan yang bahagia sahaja..
......................

Sekumpulan graduates pergi melawat profesor diorang masa di universiti dulu. Diorang ni semua dah ada kerja yag best-best. Mula-mula sembang-sembang biasa kemudian melarat kepada komplen-komplen dan ketidakpuasan hati masing-masing. sebagai tuan rumah, profesor ni pegi ke dapur dan bancuh kopi.. dia keluar bawak satu tray dengan satu teko kopi dan berjenis-jenis cawan. Ada yang tingg.. ada yg kurus.. ada yang comel.. dia suruh student dia pilih cawan yg disukai dan tuang kopi..

bila semua student dah ambik kopi dengan mug pilihan masing-masing, profesor tu cakap..

"kalau korang perasan, cawan-cawan yang best semua korang dah ambik. Tinggal yang plastik dan murah dan tak berapa cantik. Memang normal kita nak pilih yang terbaik untuk diri kita tapi itu laa yang jadi punca stress, masalah dan ketidakpuasan hati kita. Cawan tu tak menambahkan pon rasa kopi tu. Malah kadang-kadang menjadikan kopi tu lebih mahal dan kadang-kadang kita tak nampak pon ape yang kita minum tu"

"Sebenarnya yg kita nak hanyalah kopi tu je..bukan cawan. tapi tanpa sedar kita pilih cawan yang terbaik..dan tanpa sedar jugak kita akan dengkikan cawan orang lain.."

Kopi itu adalah kehidupan.. dan cawan itu melambangkan kerja, kedudukan, pangkat, suami, isteri dan benda-benda lain dalam hidup. Ianya hanya sebagai alat dalam hidup dan jenis benda-benda yang kita ada dalam hidup tak semestinya memberi makna atau mengubah kualiti hidup kita. Kadang-kadang, sebab terlalu fokus pada cawan, sampai kita lupa pada nikmat kopi yang Tuhan bagi pada kita.

Bermula pada hari ni, aku nak enjoy kopi aku.. memang kita nak yang terbaik dalam hidup.. tapi sebenarnya yang kita patut minta pada Tuhan ialah kopi yang lebih baik.. Kita kena minta kehidupan yang lebih baik.. jangan fokus pada cawan, tapi pada kopi.

Ya Allah ya Tuhanku, kurniakanlah aku kehidupan yang lebih baik. Kehidupan yang Engkau redhai dan kehidupan yang Engkau berkati..

"The happiest people in the world are not those who have no problems, but those who learn to live with things that are less than perfect."

The happiest people don't have the best of everything. They just make the best of everything.
1. Live simply
2. love generously
3. care deeply
4. Speak kindly
5. Leave the rest to God.

Thursday, February 14, 2008

Bila Hati Sudah Retak..

Aku pernah nonton citer ni kat wayang masa aku kecik-kecik dulu. Aku tak ingat sape yang bawak. Tapi aku ingat Rubiah Suparman jadi misi aka bidan kerajaan kat kampong. Dia bawak diri sebab laki dia curang. Lepas tu masa kat kampung tu dia kena fitnah cuba menggoda laki-laki org di kampung itu selain tugasnya yang mencabar sebagai bidan kerajaan yang mendapat tentangan dari bidan kampung tersebut. Dia juga hampir dirogol oleh laki kepada salah sorang isteri yang berjaya diselamatkan masa nak beranak.. yang aku ingat ending dia, laki dia datang pujuk balik nak ke dia tapi dia tak ndak sebab kata dia "bila hati sudah retak..bla bla bla.." dan kedengaran esak tangis dalam panggung tu..

Aku taktau betul ke tak.. tapi rasanya Rubiah Suparman menang award untuk cerita tu.. yang pastinya.. semua masalah watak dalam cerita ni disebabkan oleh lelaki..

1. RS (Rubiah Suparman) terpaksa jadi bidan kerajaan diceruk kampung nun jauh d pedalaman sebab bawak diri sebab laki dia ceraikan dia n ada gepren lain.

2. RS kena fitnah goda laki org sebab laki-laki orang ni yang sebenarnya gatal tak boleh tengok janda. padehal die tak ambik port pon pasal laki-laki org ni.

3. Tugasnya ialah membidankan bini-bini orang kampung yang nak beranak. Kalau tak disebabkan lelaki, camne bleh mengandung. betul tak?

4. Die hampir dirogol oleh lelaki gersang yang telah dirijek oleh RS pada pertengahan cerite sebab lelaki ni laki orang.

5. RS jadi betambah makan hati bila ex laki dia datang merayu nak rujuk balik die.. Tapi aku suka sebab die rijek.. alasan paling masuk akal aku pernah dengar.. "Bila Hati Sudah Retak"

Kesimpulannya, memang sah lelaki telah menyusahkan hidup RS ni dalam filem ni.. tapi APe kena mengena Rubiah Suparman plak dalam kehidupan aku kan...? Entahlaaa.. pagi tadi aku macam ternampak-nampak lagi muka RS yang dizoom sampai nampak dagu dia belapis. Air mata berjurai-jurai.. ngan suare yang sayu dia cakap.."Bila hati sudah retak.." huuu huu huuu.. Syahduuuu....

Wednesday, February 06, 2008

Hati kering

Resepi untuk membuat hati kering...

1. Hati yang dihiris nipis-nipis (sukatan ikut berat badan tuan punya hati)
2. Satu mangkuk curang
3. Sedikit pembohongan/penipuan
4. 3 baldi air mata
5. Sebijik besen beli jiwe

Cara membuatnya..
Hati yang dihiris-hiris tadi digaul rata dengan curang dan sedikit pembohongan secukup rasa dalam besen beli jiwa. Kemudian basuh dengan secebok air mata. Ulang proses ini berhari-hari sampai air mata kering. kemudian jemur hati yang dah diperasakan tadi dibawah extreme condition seperti menjaga anak-anak yg tengah menangis dan menanggung keluarga sorang diri..

Bila hati tadi dah kering, simpan dalam balang kedap udara supaya tidak berkulat.

kelebihan hati kering ini ialah:
1. tidak mudah menangis tak tentu pasal..
2. tidak akan patah semangat bila bertemu dengan kesusahan...
3. tidak peduli dengan kata-kata orang
4. tidak mudah makan pujuk rayu..
5. boleh menjadi tangkal kebal.. (kebal perasaan sahaja.. kalau kena tikam/tembak.. still mati)

Tapi ingat.. bila hati kering ni boleh lemau semula.. tapi akan ambik masa yang sangat lama dan takkan kembali seperti sedia kala..

begitulah resepi kita pada hari ini puan-puan.. selamat mencuba.. renung-renungkan dan selamat beramal...