Selamat hari raya kepada semua rakan-rakan.. harapnya sambutan aidilfitri indah-indah belaka..
orang kata pasti akan ada kali pertama untuk semua perkara. jadi apa salahnya buat kali pertama aku beraya dengan anak-anak tanpa dia. beraya dengan bonda dan nenda yg tercinta memandangkan ini kali pertama nenda beraya bersama di rumah bonda di Selangor. sementelah bonda masih disisi, izinkanlah aku untuk menyenangkan hatinya.
selepas 13 tahun (9 Ogos 1997) ayah pergi meninggalkan kami, kesannya masih sama. untuk yang tidak memahaminya, kehilangan orang tua memang sangat-sangat dirasai bila musim perayaan menjelma. dari kecil sehinggalah sampai dia pergi, Aidilfitri sentiasa istimewa.
Ayah tak pernah gagal untuk sediakan baju dan kasut baru untuk kami adik-beradik walaupon pendapatannya sebagai pekerja kampung dan nelayan cuma cukup-cukup untuk makan. Setiap tahun ayah tak pernah gagal lunaskan zakat fitrah kerana katanya kami bukan orang susah. setiap tahun kami sentiasa pulang berbondong-bondong kerumah nenda nun jauh di Perak walaupon terpaksa menempah separuh bas. Ayah pekak kan telinga bila ada yang mengata anak ayah berderet-deret menggalas beg. yang penting kami merasa meriahnya beraya di kampung bersama saudara-mara. ayah tak pernah culas mengerah kederat memotong buluh, mengopek kelapa sampailah membungkus ketupat palas kegemarannya. malah mengikut cerita mak, ayah pernah bermandikan minyak tanah kerana miang terkene getah buah nibong (atau buah enau).
mak pula dengan serba sederhana sediakan segala keperluan anak-anak. dari bersengkang mata menyediakan kuih muih sehinggalah menghiaskan rumah seadanya. pendek kata, Hari Raya sentiasa jadi hari yang paling istimewa buat kami adik-beradik. jadi bila ayah pergi meninggalkan kami 13 tahun lalu, kemeriahan raya agak suram. bila menjelang raya, kerinduan pada ayah makin meningkat.
setiap kali menjelang aidilfitri, mak akan jadi orang paling sibuk untuk kami kerana menggalas beban sebagai ibu dan ayah. walau sederhana dan tanpa ayah, hari raya kami tetap mak akan pastikan meriah. pasti ada acara istimewa yang mak rancangkan. salah satu projek raya kami adalah acara mengacau dodol. tahun tu mak rancang untuk kami adik beradik kacau dodol. kami adik beradik yang kumpul kayu, pasang api dan sampai lah aktiviti mengacau dodol. masa tu kami adik beradik masih belajar. masih dibawah ketiak mak. tahun berikutnya mak nak kami buat lemang, ketupat palas dan ketupat daun kelapa. kami kene belajar anyam ketupat. macam-macam versi ada. jadi bila dah kahwin dan ade keluarga masing-masing, mak punya tenaga kerja makin kurang.
jadi sementare mak masih ada dan kuat, aku nak sentiasa memeriahkan raya mak. tahun ni mak belikan songkok dan kain samping untuk semua cucu-cucu nya (cucu mak kesemuanya lelaki).
aku.. hmm.. raya dah macam tawar je..
2 comments:
...hmmm... a touching account... kenapa lambat entry ni keluar..?
hehe.. duduk dlm draft
Post a Comment