Rukun Nikah ada lima perkara. Yang pertama Suami, kemudian Isteri, kemudian wali, kemudian saksi dan akhir sekali Akad.
Tapi nak menjaya sesebuah perkahwinan melibatkan berpuluh-puluh rukun. Dari perkara-perkara sebesar rukun nikah sampai laa rukun kenduri kendara. Itu baru rukun, belum masuk bab tatatertib dan adab-adab serta protokol. Banyak sungguh peringkat-peringkatnya yang perlu diikut dan disusun. Pendek kata, kalau tak sabar boleh membawa kepada peringkat gila.
Setelah dipersetujui oleh majlis tertinggi kedua belah pihak maka, akan bernikahlah kak ngah selepas hari raya. Oleh kerana masa suntuk maka sila ganda kuasa duakan peringkat gila tadi. Bukan takat kekalutan dalam persediaan fizikal malahan ketahan mental juga perlu.
Sebagai kak long yang penyayang..(ceeewwwwaaah!!) aku dah menjadi biro pengaduan awam. Sini kena dengar sana kena dengar. Aku la consultant, counselor and coach all in one. Pening kepala dah ni.. mana nak jadi wedding planner, mana nak jadi pendengar masalah dan mana lagi nak memikirkan masalah sendiri.
Takpa takpa.. I can do it.. Yah yah yah!! Akulah SUPER KAK LONG!!!
3 comments:
salah tu, SUPERB kak long :o)))
wehhh.jgn lupa jemput aku weh..ada alasan aku nak pi umah ko lagik & pi tgk kelip2!!
jemput jemput.. mari beraya plus makan kenduri kawen.. nanti aku emel kat korang peta camner nak gi sane..
makan nasik sambil layan alunan padii.. assssiiiikkkk
Post a Comment