Friday, August 06, 2010

"Ibu nampak cantik laaa.. abang ngah saaayang ibu"

itu ayat abg ngah sebelum dia pelok aku nak tido. tergelak besar ibu sebab abang ngah puji ibu dalam gelap.. ceh..

bile tanya abang long.. die cakap sepatah je.. "cantik!" lepas tu sembam-sembam muke di bantal. malu la tu..

sebelum nak tido dan sebelum bace doa tido mesti kene bercerita dulu. mujur la ibu ni juara bercerita masa zaman sekolah rendah.. hahaha.. takat juara sekolah je laa.. sampai peringkat daerah dapat nombor 3 je.. kalau pakai baju singe mesti bleh dapat no 1.. heheheh

ape ceritenyer? nanti laa kite cerita.. ade banyak cerita.. tapi cerita wajib mesti cerita singa dgn tikus..

Wednesday, May 05, 2010

cerita dulu-dulu

Aku sampai di pulau ini tepat jam 12.25 tengah hari. Aku datang ke sini dengan kepala dan hati yang sangat berat. Aku tak tahu sama ada aku perlu gembira atau tidak semasa kapal mendarat. Dan secara jujurnya aku tidak tahu sama ada aku memerlukan percutian ini. Dan aku tidak ada langsung perancangan untuk apa percutian ini. Yang aku tahu dan mahu, aku perlu keluar dari KL dan jauh dari segala memori yang melukakan. Aku ingin mencipta memori baru. Memori aku sendiri.

Perkara pertama yang aku buat bila sampai ke bilik ialah tidur. Perkara yang sangat sukar untuk aku lakukan semenjak krisis ini bermula. Tidak selena yang diharapkan tapi cukup untuk memulihkan letih perjalanan. Aku harap, malam ini aku dapat tidur dengan lena.

Aku bukan sahaja memerlukan tidur, aku perlukan ruang untuk diri aku bernafas. Aku perlukan ruang untuk melihat ke belakang supaya aku boleh melangkah ke depan. Aku ingin tinggalkan segala duka aku di sini. Aku ingin tinggalkan segala duka aku disini. Aku harap semilir angin pulau dapat membawa jauh jauh rasa marah dan benci aku ke tengah lautan dan tinggalkan ia di sana. Aku berharap segala kesedihan aku akan dibawa oleh ombak dan dihempas ke batu lalu menjadi buih yang akhirnya hilang.

Demi Tuhan aku sunyi. Aku rindukan anak-anak ku dan aku rindukan dia. Aku sibukkan diri. Jadi perkara pertama yang kulakukan adalah mencari makanan. Bekalan di saat bosan melanda. Aku menyusuri pantai. Penuh dengan pelancong-pelancong yang kemerahan kerana berjemur di terik panas mentari. Aku sendiri berpeluh peluh menahan bahang panas di pulau ini. Pelik kerana awan berat membawa hujan sedang bergerak di atas kepala. Aku hirup dalam-dalam angin laut yang bertiup. Hati aku jadi sayu sekali. Lalu ku khabarkan kepada ombak, “Duhai ombak, bawalah duka ini pergi.. duhai angin laut, keringkanlah air mata ku.. aku tidak berdaya untuk menitiskan air mata lagi.. aku ingin tinggalkan segala lara hati ini di sini. Supaya aku tidak menangis lagi kerana seorang lelaki.”

Ku lihat kapal-kapal berlabuh. Bot- bot nelayan kembali ke pengkalan. Aku benar-benar rasa aman. Aku rasa sangat bodoh. Kenapa aku harus mensia-siakan hidup yang indah ini kerana kecewa dengan cinta seorang lelaki. Aku patut bersyukur dengan nikmat yang Tuhan telah kurniakan kepada aku. Aku ada anak-anak yang sayangkan aku tanpa syarat. Biar pun apa yang aku lakukan sekarang ini jauh dari menunjukkan kasih sayang sebenarnya seorang ibu.

Mengingatkan mereka aku kembali sedih. Air mata mengalir dipipi. Aku tekad.. selepas ini aku akan lebih kuat demi untuk mereka. Aku akan terus melangkah demi kebahagian mereka. Aku takkan benarkan duka ini menyentuh mereka. Aku akan pastikan hidup mereka penuh bahagia. Penuh ceria.

aku habiskan malam di Spa. Sangat menyenangkan dan menenangkan. Balik ke bilik mataku terus memberat. Sepanjang malam tidurku lena. Aku mimpikan bonda dan anak-anakku. Mereka semuanya gembira. Aku benar-benar rindukan mereka. Pagi terasa cepat menjelma.

Selesai sarapan, aku bersiap untuk check out. Aku ingin tinggalkan pulau ini dengan coklat yang banyak dan hati yang gembira. Aku membuat keputusan untuk mengelilingi pulau. Mungkin aku akan berjumpa sesuatu yang baru. Aku pening.

Pulau di utara Malaysia
18 Oktober 2008

Thursday, April 08, 2010

one of those days..

i'm having one of those days where everything doesn't seem right. I couldn't find my keys (which exactly i put it last night..) The dress i choose doesn't seem right so i change to something very dark and black. just like my head.. dark and gloomy

i'm having one of those days when breathing is hard. i lost my focus (i board a wrong bus). i feel like i want to throw up. my body aching all over

the general feeling would be depressed. I'm on the edge of losing my sanity. I feel like I want to curl up and never leave the bed. i feel like crying my heart out. i feel like wanting to scream my lung out.

am i losing it?