Sunday, January 10, 2010

I'm 30

I'm 30 yesterday. so technically I'm 30 and 1 day today.

Wednesday, December 30, 2009

Masehi 2010

Tahun baru datang lagi. bagi aku ianya sekadar nombor. angka supaya boleh dikira dan ditetapkan. secara zahirnya aku melaluinya satu hari pada setiap ketika. orang kata enjoy the moment.

ikut kiraan masehi aku akan melangkah ke angka 30 tahun 2010. secara lahiriahnya aku sepatutnya kesah dengan 7 tanda-tanda penuaan (hahahaha.. so what? aku tak pakai olay). rambut aku dah start beruban tahun lepas lagi. aku salahkan stress. dan genetik. everything else, alhamdulillah. malah ada yang tak percaya aku dah beranak 3. diorang ingat aku single lagi.. (apekah maknenyer? sama ada aku nampak muda atau muke aku cop tak laku..hahaha) aku dah buat colonoskopi which i'm proudly to announce that my usus is healthy.. blood pressure je ade sikit rendah.. yang lain semer tip top. alhamdulillah..

mungkin masa kecik-kecik kita excited nak sambut tahun baru sebab kita boleh sambut birthday.. macam tahun tahun tahun lepas. aku jarang celebrate birthday.. kengkawan aku (Moga Allah berikan rezeki tak terhingga pada korang) yang selalu celebrate. wish, cake, hadiah and all. thank you my dearest friend. akunye mode of celebration is telefon mak pagi-pagi, ucap terima kasih and bersyukur sebab masih hidup setahun lagi.

and around this time of year, aku jadi sayu, sedih dan seribu satu rase.. aku selalu associate new year with death. less a year aku hidup kat dunia ni. bukan aku taku mati tapi sekadar terfikir, macam mane kehidupan orang-orang yang aku sayang lepas aku takde. sebab aku masih terasa kehilangan ayah. macam ade satu ruang kosong dalam hidup aku yang susah nak kugambarkan.

aku tak letak ape-ape azam tahun baru sebab tahun baru sama macam hari-hari biasa. aku plan tak letak tahun. aku pakai bulan. aku kena start balik satu goal aku yang aku dah kantoikan. I fail miserably.

ish.. nak kene start balik program aku ni..

Tuesday, December 22, 2009

hidup ini ujian..

sedang membaca satu nota seorang suami tentang isteri tersayang yang sedang berjuang dengan maut. air mata tak sedar mengalir di pipi.

kita selalu lupa betapa pentingnya orang yang dekat dengan kita tapi selalu kita take for granted sampai la satu hari kita kehilangan dia. or almost lost them.

to the husband, i know how it felt. the vulnerability, the sadnest, the lonelinest and the hopelessness. only doa and ayat-ayat Allah penawar duka. hidup ini ujian. kadang-kang kita kena buat revision to move forward.

aku dah lama tak menangis. selepas satu tekad yang dibuat, aku kuatkan semangat dan aku berjanji untuk tidak menumpahkan air mata lagi. aku ingin gembira hari-hari. tapi malam ni, lepas aku baca nota itu, air mata aku tak dapat dibendung. luahan hatinya meruntun jiwa. kemarahan hatinya membakar dada dan rasa cintanya pada isteri tersayang dapat kurasa. tabahlan wahai sahabatku.. hidup ini ujian.

air mata aku tumpah kerana malam ini, aku temukan satu chapter baru yang aku perlu ulangkaji supaya aku tak gagal dalam hidup. aku tidak keseorangan dalam dunia. ada yang lain merasakan peritnya ujian Tuhan. ada insan-insan hebat lain yang Tuhan tunjukkan padaku. betapa berat lagi ujian yang diberikan kepada mereka.

YaAllah, lindungi sahabatku. berikan dia kekuatan yang kau berikan kepada hamba pilihanMu. berikanlah kesihatanya semula agar dapat dia terus mendidik anak2nya menjadi insan hebat seperti dia dan suaminya. amin..