sedang membaca satu nota seorang suami tentang isteri tersayang yang sedang berjuang dengan maut. air mata tak sedar mengalir di pipi.
kita selalu lupa betapa pentingnya orang yang dekat dengan kita tapi selalu kita take for granted sampai la satu hari kita kehilangan dia. or almost lost them.
to the husband, i know how it felt. the vulnerability, the sadnest, the lonelinest and the hopelessness. only doa and ayat-ayat Allah penawar duka. hidup ini ujian. kadang-kang kita kena buat revision to move forward.
aku dah lama tak menangis. selepas satu tekad yang dibuat, aku kuatkan semangat dan aku berjanji untuk tidak menumpahkan air mata lagi. aku ingin gembira hari-hari. tapi malam ni, lepas aku baca nota itu, air mata aku tak dapat dibendung. luahan hatinya meruntun jiwa. kemarahan hatinya membakar dada dan rasa cintanya pada isteri tersayang dapat kurasa. tabahlan wahai sahabatku.. hidup ini ujian.
air mata aku tumpah kerana malam ini, aku temukan satu chapter baru yang aku perlu ulangkaji supaya aku tak gagal dalam hidup. aku tidak keseorangan dalam dunia. ada yang lain merasakan peritnya ujian Tuhan. ada insan-insan hebat lain yang Tuhan tunjukkan padaku. betapa berat lagi ujian yang diberikan kepada mereka.
YaAllah, lindungi sahabatku. berikan dia kekuatan yang kau berikan kepada hamba pilihanMu. berikanlah kesihatanya semula agar dapat dia terus mendidik anak2nya menjadi insan hebat seperti dia dan suaminya. amin..
2 comments:
hye,,,setelah lama ak menyelak helaian demi helaian..akhirnye ak temui lembaran mu...di sudut ini, ak membaca satu persatu tulisan mu..nampaknya gaya tulisanmu itu penuh dengan lenggang lenggok seorang penulis novel...mungkin anda memang menyukai novel barangkali...cuma ingin nyatakan aku suka dengan gaya tulisanmu...keet it up...
terima kasih. saya memang suka novel. tapi bukan novel cinta. insyaAllah bila ada kelapangan dan topik yang nak diluahkan, saya akan teruskan
Post a Comment