Monday, October 06, 2008

Aidilfitri kali ini

Salam Aidilfitri untuk sahabat yang sentiasa menyokong diri ini..

Aidilfitri kali ini aku sambut dengan perasaan yang sangat-sangat berbeza kerana semuanya tidak sama.. 5 malam sebelum Aidilfitri, aku telah membuat satu pengorbanan yang paling besar dalam diri aku.. aku telah membuat satu perjalanan yang paling sukar pernah aku lalui.. aku telah mengubah seluruh kehidupan aku dalam satu malam.. aku telah membuat satu keputusan yang paling berat aku pernah pertimbangkan..

Aidilfitri tahun ini aku sambut semata-mata demi anak-anak.. Aku jadikan mereka sebagai pembakar semangat untuk terus aku menempuh hari-hari depan. Aku jadikan mereka sebagai tongkat untuk aku terus berdiri mengadap cabaran.. Dan aku jadikan senyum dan ketawa mereka pengubat duka di hati..

Aidilfitri kali ini.. aku bersyukur pada Tuhan kerana masih ramai yang sayangkan aku.. aku sanggup menyokong aku.. yang sanggup memimpin aku kala aku rebah.. Aku bersyukur kerana sebenarnya aku tak kehilangan apa-apa. Malah aku menerima seribu satu nikmat yang berlipat ganda yang tak pernah aku sangka-sangka. Syukurku tidak terhingga padaMu Ya Ilahi.

Aidilfitri tahun ini.. mengajar aku makna kehidupan sebenar.. mengajar aku erti kemenangan yang sebenar-benarnya.. mungkin orang lain melihat aku sebagai kalah.. tapi sebenarnya, erti kemenangan itu hanya akan difahami bila kita pernah mengalami kekalahan..

Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunkan lah dosa-dosaku. Berikanlah cintamu pada ku Ya Allah.. Redhakanlah kehidupanku.. Amankanlah hatiku.. Hapuskan lah gusar hati ku.. Berikanlah kekuatan untuk aku meneruskan kehidupan ini..

Wednesday, September 24, 2008

Duhai Hati..

Duhai hati..
Sabarlah dikau..
Tabahlah dikau..

Duhai hati..
hilangkanlah rasa marah.. kerana marah itu ibarat api.. yang hanya membakar diri..
wujudkanlah rasa sabar.. kerana sabar itu ibarat air di pergunungan.. yang menyejukkan diri..
hilangkanlah rasa dendam.. kerana dendam itu ibarat barah.. hanya merosakkan badan..
wujudkanlah rasa maaf.. kerana maaf itu ibarat penawar kepada segala penyakit hati..

Duhai hati..
Sabarlah dikau..
Tabahlah dikau..

Friday, August 22, 2008

Happy Birthday to my Husband..

Happy birthday to my dearest husband.. the love of my life.. the father of my children.. the best of my friends.. the mate to my soul..

Bi doakan abang panjang umur.. murah rezeki.. sentiasa gembira.. sentiasa berbahagia.. tak pernah terlintas Bi nak mendoakan keburukan untuk abang..

Selamat ulang tahun perkenalan kita yg ke -10 juga.. Hari ini 10 tahun lepas kite bertemu secara 4 mata buat kali pertama.. Bi masih ingat semuanya..

Mata abang merah.. sebab masuk serangga.. cili sos tumpah.. perjalanan dari kotamas ke jusco.. semuanya masih segar di ingatan.. dan bi juga ingat setiap pertemuan kita selepas itu.. semuanyaa... janji-janji yg dibuat.. harapan yang diberi.. impian yg dibina.. bi ingat semua...

hari ini 10 tahun lalu.. bi buat keputusan untuk sehidup semati dengan abang.. abanglah lelaki yang menjadi sandaran buat bi di masa depan...

tapi hari ini.. bi tak tau kenapa bi rasa berat nya cabaran nak meneruskan hidup bi dengan abang.. abang mudah mengucapkan tapi abg tatau betapa beratnya hati ni.. abang tak tau gelodak hati ni.. abg tak tau betapa runtun hati ini..

walau apa pon.. hari ni hari abang.. selamat ulang tahun yg ke-30.. semoga angka 30 menambah kematangan abang dalam menempuh hidup.. Bi sentiasa berdoa yg bi dapat bersama-sama menyambut ulangthaun abang tiap-tiap tahun..