Salam Aidilfitri untuk sahabat yang sentiasa menyokong diri ini..
Aidilfitri kali ini aku sambut dengan perasaan yang sangat-sangat berbeza kerana semuanya tidak sama.. 5 malam sebelum Aidilfitri, aku telah membuat satu pengorbanan yang paling besar dalam diri aku.. aku telah membuat satu perjalanan yang paling sukar pernah aku lalui.. aku telah mengubah seluruh kehidupan aku dalam satu malam.. aku telah membuat satu keputusan yang paling berat aku pernah pertimbangkan..
Aidilfitri tahun ini aku sambut semata-mata demi anak-anak.. Aku jadikan mereka sebagai pembakar semangat untuk terus aku menempuh hari-hari depan. Aku jadikan mereka sebagai tongkat untuk aku terus berdiri mengadap cabaran.. Dan aku jadikan senyum dan ketawa mereka pengubat duka di hati..
Aidilfitri kali ini.. aku bersyukur pada Tuhan kerana masih ramai yang sayangkan aku.. aku sanggup menyokong aku.. yang sanggup memimpin aku kala aku rebah.. Aku bersyukur kerana sebenarnya aku tak kehilangan apa-apa. Malah aku menerima seribu satu nikmat yang berlipat ganda yang tak pernah aku sangka-sangka. Syukurku tidak terhingga padaMu Ya Ilahi.
Aidilfitri tahun ini.. mengajar aku makna kehidupan sebenar.. mengajar aku erti kemenangan yang sebenar-benarnya.. mungkin orang lain melihat aku sebagai kalah.. tapi sebenarnya, erti kemenangan itu hanya akan difahami bila kita pernah mengalami kekalahan..
Ya Allah Ya Tuhanku, Ampunkan lah dosa-dosaku. Berikanlah cintamu pada ku Ya Allah.. Redhakanlah kehidupanku.. Amankanlah hatiku.. Hapuskan lah gusar hati ku.. Berikanlah kekuatan untuk aku meneruskan kehidupan ini..
3 comments:
has, whatever do happens/happened, aku akan sentiasa di belakang ko
selamat hari raya kepada tuan punya blog.
saya setuju benar - seseorang itu hanya akan merasai kemenangan apabila menghadapi kesukaran. semoga hari2 yg mendatang membawa barakah pd kehidupan anda
-dreamgirl-
has, kau masih ramai kawan2 yg akan sentiasa menyokong & menyayangi kau.. langit tak selalunya cerah, kan? syukur kau ada anak2 yg ceria menemani.. bila hati gusar, ingat, masih ramai yg lebih besar dugaan mereka.. sentiasa syukur dgn apa yg ada..
Post a Comment