Aku perlukan masking tape yang besar. Aku nak tampal mulut.. sebab orang kata hati orang perempuan di mulut.. nanti hati aku selalu keluar di mulut.. orang tak suka.. jadi aku kena tampal mulut aku ngan masking tape besar.. supaya aku boleh tampal tebal-tebal.
Aku nak tampal mulut aku sebab aku yang sekarang bercakap tak pakai otak.. semua main ikut rasa.. ikut hati.. lama-lama orang jadi sakit hati.. aku nak tampal mulut aku rapat-rapat.. supaya aku tak bercakap benda-benda yang menyakitkan hati sendiri.. aku nak didik mulut aku supaya menahan diri dari bercakap perkara-perkara yang memakan diri..
Aku dah banyak bercakap.. aku dah banyak berfikir sampai aku dah tatau ape yang aku fikirkan dan perlu fikirkan.. aku dah banyak bercakap pasal ape yang aku fikirkan. jadi sampai masanya untuk aku diam..
sebab tu aku kena ade masking tape yang besar dan tebal..
Tuesday, February 05, 2008
Monday, February 04, 2008
Haruskah..
Haruskah aku mempertahankan hak aku?
Hak aku sebagai yang pertama dan terakhir seperti janjinya dulu..
Hak aku sebagai ibu yang melahirkan anak-anaknya..
Hak aku sebagai insan yang paling dikasihinya..
Atau..
Haruskah aku membawa diri bersama hati yang lara..
Hati yang saban hari diluka..
Hati yang tak berjaya aku tenangkan..
Hati yang amat-amat mencintai dia...
Atau..
Haruskah aku menerima permintaannya..
Permintaan yang pasti mengundang duka..
Permintaan yang membuat aku derita..
Permintaan yang akan membunuh aku dalam diam..
Aku dah penat menangis.. Aku dah penat merayu.. Aku dah penat mendiamkan diri.. Aku dah penat bersabar.. Aku dah penat nak meneruskan hidup...Dada aku sebak.. Nafas aku sesak.. Otak aku semak..
Oh Tuhan,
Tunaikan permintaanku ini.. Berilah aku petunjuk jalan haruskah yang mana patut ku pilih? Berikan juga aku kekuatan untuk meneruskan hidup dengan jalan haruskah yang ku pilih... Jangan Kau letak didalam diri ini persoalan "Haruskah ku ambil nyawaku sendiri"

Thursday, January 31, 2008
Dalam Hati Ada Duri
Dalam hati ada duri.. sakit menusuk-menusuk.. macam dah nak bernanah dah hati ni.. tapi hari-hari aku basuh.. aku letak antibiotik.. tapi duri yg cucuk hati aku ni sangat beracun.. sikit-sikit die suntik racun.. walaupon dirawat setiap hari, racunnya tetap dilepaskan sampailah aku berjaya mencabut duri tu keluar terus dari hati..
tusukan duri tu sangat dalam.. racunnya sangat bisa.. sampai aku rasa, alangkah bagus kalau Tuhan cabut saja nyawa.. tapi itu doa org putus asa. dan aku bukan orang yang berputus asa.. aku akan tetap rawat hatiku yang sakit ini selagi terdaya..
tapi andai kata.. sakitnya melarat ke seluruh anggota. aku terpaksa membuang hati yang telah rosak. aku perlukan pembedahan. akan ku cari hati baru sebagai pengganti.. itu kalau sudah kronik. bila hati yang sakit ini tidak dapat dirawat lagi...
Aku percaya bahawa ada sebabnya Dia anugerahkan aku duri di hati ni.. Mungkin sebagai kafarah dosa-dosaku.. Mungkin sebagai penguat diri di hari muka.. Mungkin juga sebagai penyedar diri yang makin alpa...
Tuhan,
Kau tabahkan lah aku dalam merawat hati.. Kau cabutkanlah duri yang menusuk hati ini.. Sesungguhnya aku tidak berdaya melakukannya seorang diri.. Berikan aku kekuatan untuk melawan racun-racun duri ini. Dan kurniakanlah aku ketenangan jiwa agar aku tidak menjadi manusia yang putus asa...

Subscribe to:
Posts (Atom)