Thursday, January 31, 2008

Dalam Hati Ada Duri

Dalam hati ada duri.. sakit menusuk-menusuk.. macam dah nak bernanah dah hati ni.. tapi hari-hari aku basuh.. aku letak antibiotik.. tapi duri yg cucuk hati aku ni sangat beracun.. sikit-sikit die suntik racun.. walaupon dirawat setiap hari, racunnya tetap dilepaskan sampailah aku berjaya mencabut duri tu keluar terus dari hati..

tusukan duri tu sangat dalam.. racunnya sangat bisa.. sampai aku rasa, alangkah bagus kalau Tuhan cabut saja nyawa.. tapi itu doa org putus asa. dan aku bukan orang yang berputus asa.. aku akan tetap rawat hatiku yang sakit ini selagi terdaya..

tapi andai kata.. sakitnya melarat ke seluruh anggota. aku terpaksa membuang hati yang telah rosak. aku perlukan pembedahan. akan ku cari hati baru sebagai pengganti.. itu kalau sudah kronik. bila hati yang sakit ini tidak dapat dirawat lagi...

Aku percaya bahawa ada sebabnya Dia anugerahkan aku duri di hati ni.. Mungkin sebagai kafarah dosa-dosaku.. Mungkin sebagai penguat diri di hari muka.. Mungkin juga sebagai penyedar diri yang makin alpa...

Tuhan,
Kau tabahkan lah aku dalam merawat hati.. Kau cabutkanlah duri yang menusuk hati ini.. Sesungguhnya aku tidak berdaya melakukannya seorang diri.. Berikan aku kekuatan untuk melawan racun-racun duri ini. Dan kurniakanlah aku ketenangan jiwa agar aku tidak menjadi manusia yang putus asa...

2 comments:

-zaza:o:binxz- said...

hmm... this sounds heavy.

wait i read sampai atas.

Anonymous said...

err.. lama tak jenguk ..