Tuesday, September 25, 2007

Dimana Aura positifku ini?

Susah betul nak mencari konsentrasi hari ini. Dalam kepala aku bersarang dengan macam-macam perkara. Nak mencari aura positif supaya aku dapat menarik nafas lega di bulan-bulan akan datang. Tapi dimana aura positif itu menghilang. Perasaan sekarang seperti kegembiraan aku telah disamun. Aku tak suka berperasaan begini. EErrrghhhhhhghhghhgghhhh..

Dimana dia aura positif aku hari ni. Supaya aku dapat menceriakan diri pada hari-hari akan datang...

Serabutnyaaaa.....

Monday, September 17, 2007

Bulan Ramadhan

Ramadhan ke-4 aku sambut sebagai bini orang. Dan ini kali ke-3 aku pregnant masa Ramadhan. Tahun lepas jek single mingle berpuasa. Kali ni kena pose dengan baby dalam perut.

Setakat lima hari puasa, aku masih blom kantoi bangun sahur. Makan dengan berjaya pulak tuh.. Siap ambik pil Obimin dengan penuh dedikasi. Harus gemuk gedempol adik dalam perut. Kan kan kan..

Ramadhan kali ni, aku belum berjaya menginsafkan diri dalam banyak perkara... iskkk

Monday, September 10, 2007

Rukun Nikah dan lain-lain

Rukun Nikah ada lima perkara. Yang pertama Suami, kemudian Isteri, kemudian wali, kemudian saksi dan akhir sekali Akad.

Tapi nak menjaya sesebuah perkahwinan melibatkan berpuluh-puluh rukun. Dari perkara-perkara sebesar rukun nikah sampai laa rukun kenduri kendara. Itu baru rukun, belum masuk bab tatatertib dan adab-adab serta protokol. Banyak sungguh peringkat-peringkatnya yang perlu diikut dan disusun. Pendek kata, kalau tak sabar boleh membawa kepada peringkat gila.

Setelah dipersetujui oleh majlis tertinggi kedua belah pihak maka, akan bernikahlah kak ngah selepas hari raya. Oleh kerana masa suntuk maka sila ganda kuasa duakan peringkat gila tadi. Bukan takat kekalutan dalam persediaan fizikal malahan ketahan mental juga perlu.

Sebagai kak long yang penyayang..(ceeewwwwaaah!!) aku dah menjadi biro pengaduan awam. Sini kena dengar sana kena dengar. Aku la consultant, counselor and coach all in one. Pening kepala dah ni.. mana nak jadi wedding planner, mana nak jadi pendengar masalah dan mana lagi nak memikirkan masalah sendiri.

Takpa takpa.. I can do it.. Yah yah yah!! Akulah SUPER KAK LONG!!!