Dalam hati ini ada banyak pertempuran.. kadang kadang menang, kadang kadang kalah.. sebab peperangan ini belum tamat.. kerana aku tak tau macam mana nak menamatkannya.. sebab banyak pertempuran yang kalah dan menang.. masih seri. belum ada satu pihak yang menunjukkan kemenangan. jadi macam mana perang nak tamat..
Dalam hati ini ada banyak persimpangan.. aku cuma berani tengok apa yang ada di depan.. aku takut nak melangkah memilih jalan. Aku takut bagaimana kalau apa yang aku tengok itu cuma fatamorgana (uisshh.. perkataan bombastik nih!!) Atau itu kenyataan pasti yang harus aku tempuhi.. Aku takut aku akan berpatah balik dan menyesal dengan jalan yang aku pilih..
Dalam hati ini ada banyak luka yang perlu disembuhkan. Ada kepercayaan yang perlu dikembalikan.. Ada pengkhianatan yang perlu dimaafkan.. dan aku pasti.. bila itu semua hilang.. aku bisa menang peperangan itu.. aku bisa memilih jalan yang akan mengamankan hati dan diri..
Buat masa sekarang.. aku masih buntu.. aku nak buat itu.. tapi hati menidakkan.. Bila hati kata YA.. akal pula kata TIDAK.. apa yang aku nampak tidak meyakinkan aku untuk meneruskan apa yang aku ingin lakukan.. dan kadang kadang apa yang aku lakukan menyakitkan diri sendiri..
Maybe I don't love him enough.. to love someone unconditionally is you still love him even if hurts you so much.. you put his happiness first.. and for that you are willing to sacrifice..
entah.. aku buntu
5 comments:
has, whatever it's menangislah dan sandarkan harapan pada Allah. dulu di saat aku menghadapi konflik sebegini, tapi tak seteruk ko, aku buat solat hajat byk2, mengaji banyak2...Alhamdulillah, Allah tolong aku
Akum...has! bersabar banyak2...ini semua dugaan allah...yang paling penting kau jangan terlalu bersedih...walau aper pun hidup perlu diteruskan...ingat anak2 kau...mungkin aku tak dapat memahami perasaan dan penderitaan yang terpaksa kau hadapi ini...tapi percaya ler tak selamanya kau akan derita....bukan kau seorang yang menghadapi masalaha...ada lagi orang yang lebih teruk daripada kau...
jangan tunjuk kelemahan kau has....sekurang2 nya kau ada kelebihan..kau adalah isterinya yang sah....itu kelebihan kau....! jalani kehidupan kau seperti biasa....kesian ke anak2 kau tu....insyaallah apa yang kau buat akan berbaloi...
bukan aku menggalakan perceraian. tapi kalau itu yang tersurat...ingat pesan aku ! hidup perlu diteruskan....menjadi janda bukan bermakna idup ko dah berakhir....berdoa banyak2 iye has....!
{... Satu perkara aku belajar dari pengalaman-pengalaman ni. You yourself is the limit. Kadang-kadang aku rasa macam nak putus asa bila kena cabaran yang aku rasa susah. Tapi bila kita kuatkan semangat,percaya dengan diri kita, memang kita boleh melakukan apa saja. Pendek kata nothing is impossible. Semuanya dalam kepala. Orang tua-tua kata, "Hendak seribu daya. Tak hendak seribu dalih".} cut & paste from ur own entry 26 august 2006..
Has, hang on & be strong. I know you can handle it better than anyone else.
salam buat has sayang.. dah lama aku tak jengah blog kau, tak sangka ada badai besar yg melanda diri kau..
has, do remember, Allah takkan uji hambanya yg tak mampu menerima dugaanNya.. so, bersabar & bertindaklah dgn wajar.. mungkin dgn kesabaran yg kau tunjukkan, kebahagiaan yg kau terima.. aku kagum dgn pendirian kau untuk meneruskan hak yg kau ada.. fikirkan anak2 dlm apa jua keputusan kau.. kerana anak2lah yg akan menjadi teman dan pendengar setia kita bila kita meningkat usia..
bak kata ummu auni, banyak2 dekatkan diri denganNya.. Dialah yg maha mendengar & maha penyayang.. mungkin aku bukan yg arif utk menasihati, sbb apa yg kau alami takkan dapat aku gambarkan.. solat hajat banyak2, mengaji banyak2 & berzikir banyak2.. especially bila kau rasa tersangat kusut..
semoga Allah mendengar keluhan & rintihanmu.. ameen
Post a Comment