Tuesday, June 13, 2006

Ayah

Cerita ni panjang...

Nama ayah saya Md Nor bin Hamid. Mengikut Surat beranak ayah dilahirkan di Kedah. Nama Tokwan saya Hamid bin Mat Saman dan nama Tok saya Halimah binti Jaeh. Ayah saya lahir pada tahun 1957. Ayah lahir dalam bulan Februari. Jadi ayah saya bukan anak merdeka. 40 tahun kemudian, ayah meninggal dunia.

Aku macam samar-samar punca ayah meninggalkan kami. Aku tau ayah sakit. Barah yang parah. Aku teringat aku pernah baca report biopsi ayah. Bla..bla, massive malignant tumor covering lymphoid gland messuring 4 x 8 x 7 cm. Aku teringat aku rasa macam nak terjun dari tingkat 1 Hospital Ipoh masuk dalam kolam ikan koi. Ayah tanya aku "Apa doktor tulis? Doktor cakap apa?" Aku jawap "Entah la yah! Doktor ni tulis cakar-cakar. Langsung Kak Long tak paham". Aku rasa macam nak menangis sebab tipu ayah. Aku baru 16 tahun masa tu.

Ayah mula sakit-sakit lepas aku dapat result PMR. Aku pujuk mak nak keluar dari SBP. Aku nak duduk rumah dengan mak ayah. Aku rasa cukuplah 3 tahun aku duduk asrama. Ayah tak benarkan. Ayah nak aku teruskan di SBP sampai habis SPM. Aku menangis-nangis merajuk dengan ayah. Alasan ayah, nanti senang aku nak dapat biasiswa sambung belajar ke luar negara. Aku taat, jadi aku teruskan juga. Awal tahun 1996, tengkuk ayah bengkak sampai mata sebelah pon tertutup. Ayah masuk hospital. Doktor buat biopsi. Dan resultnya aku yg baca.

Doktor Hosp. Ipoh rujuk ayah ke hospital swasta untuk buat radioterapi. Setiap hari ayah kena laser (kata mak) 3 saat sahaja. Kos rawatan untuk 3 saat itu ialah RM250. Ayah kena laser 30 hari. RM7500 untuk kos radioterapi sahaja. Masa tu rumah kami di Johor, tapi ayah nak buat rawatan di Perak sebab kampong mak di Sitiawan dan ramai anak-anak sedara mak kerja hospital. Adik-adik aku tinggal di johor dengan Pak Ngah kami. Aku di Melaka sebab sekolah berasrama. Jadi bayangkan kos yg kami kena tanggung. Kami bukan orang senang. Nasib baik ada tanah sawah yang boleh disewakan buat belanja.

Lepas radioterapi ayah makin sehat. Ayah dan mak kembali ke Johor. Rambut ayah tinggal atas kepala je lebat. Belakang kepala botak. Kami bergurau kata ayah macam baby. Cukur bantal. Aku balik ke sekolah dengan gembira.

Masuk 1997 ayah sakit-sakit balik. Aku tengah sibuk dengan persiapan nak SPM. Aku bukan saja sibuk dengan SPM tapi sibuk juga dengan kuiz dan pertandingan macam-macam. Pendek kata, waktu cuti aku selalu kesana-kesini wakil sekolah. Jadi aku telefon ke rumah tok di Perak bertanyakan khabar ayah. Selalu ayah marah kalau aku telefon dia. Katanya dia tak apa-apa. Jangan bazirkan duit katanya. Sepanjang Jan sehingga Julai, aku jadi manusia bengong. Kali pertama dalam sejarah persekolahan aku, aku dapat nombor 11. Ayah marah sebab sepanjang hidup aku disekolah aku maintain no. 1 dalam darjah/tingkatan. Cikgu-cikgu dah mark aku budak pandai giler (itu duluuuuuu.. zaman dulu dulu).

Cuti penggal bulan Jun ayah dah makin kurus. Dia selalu mengadu sakit pinggang. Mak dan adik-adik aku berniaga sate waktu malam. Aku tinggal dirumah jaga ayah dan adik yang bongsu. Aku tengah baca buku biologi masa ayah panggil minta tolong picitkan kaki dia. Ayah tanya aku belajar apa. Aku cakap biologi. Aku cerita dengan dia apa yang aku belajar dalam biologi. Kalau nak jadi doktor aku kena pandai biologi. Kata-kata ayah selepas tu masih terngiang-ngiang di telinga aku sampai hari ni. Ayah suruh aku belajar rajin-rajin. Dia takde harta nak diwariskan pada anak-anak. Dia cuma boleh bagi pelajaran walaupon dia tak pandai membaca. Dengan pelajaran katanya aku dan adik-adik boleh pergi jauh. Tak perlu kerja susah payah macam dia. Dia minta aku senangkan mak dan adik-adik. Kami sama-sama menitikkan air mata. Itu kali pertama aku melihat air mata ayah.

Aku balik semula ke sekolah dengan hati yang berat. Ayah makin parah, tapi aku tak tau. Adik-adik pon tak tau sebab ayah dah balik ke Perak dengan mak. Katanya dia nak mati di Perak supaya senang anak-anak nak balik ziarah kubur dia nanti. Sehari sebelum ayah pergi, aku tergerak hati nak call ke Perak. Mak kata Pak Cik (adik ayah) dlm perjalanan dari Johor nak ambil aku balik ke Perak. Aku dah bersedia untuk menerima segala kemungkinan (kononnya). Aku minta kebenaran untuk balik kampung dari warden masa bebudak lain tengah sibuk nak pergi dewan makan, makan malam.

Kami sampai pukol 11 malam. Ayah kurus sangat. Bercakap pon dah tak berapa terang sebab mulut dia kering. Nak duduk pon mak yang ampu. Bila kami sampai ayah terus tolak mak. Katanya anak-anak dia dah sampai. Biar anak-anak dia yang jaga dia. Aku tanya ayah nak minum ke? Ayah kata dia nak susu. Aku bancuhkan susu Anlene tolong pegangkan straw dan cawan. Ayah habiskan satu cawan susu. Kemudian ayah nak mandi. Aku, mak dan adik lelaki aku papah dia dan mandikan dia. Tukarkan kain pelikat dia. Dia tak nak baring jadi adik aku ampu dia duduk. Adik lelaki aku Emy baru 15 tahun masa tu. Kami sembang-sembang dan aku sempat tunjukkan pada dia piala kuiz perdana peringkat nasional yang baru aku menang. Entah pukul berapa aku terlelap hujung kepala dia.

Aku terjaga bila aku dengar mak panggil. Mak kata ayah takde respon bila dipanggil. Cuma matanya saja yg memandang. Kami adik-beradik duduk keliling ayah. Mak panggil Emy duduk tepi ayah. Mak suruh Emy ajar ayah mengucap. Aku nampak setitis air mata ayah mengalir. Kemudian aku bangun. Aku pergi ke beranda sebab aku tak berdaya nak melihat ayah pergi. Ayah pergi dengan tenang pada pukul 9.50 pagi 9 Ogos 1997. Sepanjang hari aku macam dalam mimpi. Lepas ayah menghembuskan nafas yang terakhir, tak setitik pon air mata aku tumpah. Aku dan mak rebah masa ayah diusung ke kuburan. Aku jadi sangat letih.

Aku kembali semula ke sekolah pada hari Isnin, hari kedua ayah tiada. Mak su aku belikan tiket bas express dari Lumut ke Melaka. Aku balik macam orang bengong. Macam kebas. Aku cuma sempat bagitau kawan aku sejurus selepas ayah meninggal. (Aku lupa terus no. telefon sekolah. Mujur kawan aku balik kampung masa tu). Aku rasa tak berdaya nak panjat tangga, jadi aku naik teksi ke sekolah. (Sekolah aku atas bukit. Tinggi macam nak naik Genting). Pak guard kat bawah tahan. Teksi tak boleh naik. Aku menangis disitu juga. Kelam kabut dia hantar aku naik ke sekolah. Sampai depan dorm, aku jadi lembik. Kawan-kawan papah aku masuk bilik. Sorang pon tak berani nak tanya. Malam tu, bebudak asrama putri buat bacaan Yassin sedekahkan pada arwah.

Hari-hari berikutnya aku jadi blur. Otak aku macam kebas. Ayah meninggal seminggu sebelum aku nak duduk peperiksaan percubaan SPM. Semua cikgu yang mengajar kelas aku dan cikgu yang pernah mengajar aku panggil aku bagi kata-kata semangat. Aku tak ingat pon apa yang diorang nasihatkan pada aku. Cuma nasihat sorang cikgu yang melekat dalam kepala aku. Katanya aku kena berusaha sedaya upaya aku dan serahkan selebihnya pada Allah. Dia tahu aku risau masa depan aku tanpa ayah, tapi katanya rezeki manusia itu ditangan Tuhan.

Alhamdulillah, katanya memang betul. Walaupon percubaan SPM aku tak secemerlang mana jika dibandingkan dengan keupayaan otak aku yg sebenarnya (aku hampir-hampir kantoi Add Maths), aku berjaya dapat biasiswa dan sambung pelajaran di universiti swasta. Sekarang ni aku dapat pulak berkerja dengan syarikat yang menaja aku belajar dulu. Sebab tu aku rasa walau seteruk mana pon syarikat ni layan aku, aku tetap bersabar. Sekurang-kurangnya sampai habis kontrak.

Moral of the story: Aku rindu ayah. sob sob sob.. Selamat hari Ayah

6 comments:

Anonymous said...

sedih giler....sampai menangis di ofc sorang2x...

aida said...

aku menangis

Anonymous said...

sedihnye has...aku nangis kat opis... :(

-shida-

hasmn said...

mungkin sebab aku menulis dengan hati..
mungkin hati kalian mudah tersentuh...
tapi aku dah tak menangis lagi..

m said...

aaaa....buat cerita sedih...huhuh...

Anonymous said...

sedihnya.aku nangis giler.aku masih punye ayah yang dah umur 90 tahun, yang sering sakit2.aku selalu takut.aku masih tak sanggup kehilangan dia.jasanya telalu banyak pada aku dan adik-beradik.kami semua lulusan universiti,berkat semangat dan kegigihan ayah menyekolahkan kami, walaupun dia sangat miskin.ayah selalu beri kata-kata hikmatnya - "HANYA ILMU YANG MAMPU MENGUBAH NASIB KITA ANAK BERANAK.AYAH TAKDE BANYAK TANAH NAK DIWARISKAN...BLA, BLA.."melekat betul semua tu dalam jiwa raga kami, menyebabkan kami belajar dan belajar, walaupun seringkali kemalasan menjengah, tapi mengingatkan kata-kata ayah, kami gagahkan juga.akhirnya, kamilah anak-anak kebanggaan ayah ibu..kami bertekad membalas jasa mereka,sebab tu sampai sekarang aku dan suami serta 4 anak masih tinggal dengan mereka walaupun punya banglo sendiri,semata-mata kerana tak mau ayah berkecil hati.ayah mau kami bersama mereka hingga dia menghembus nafas terakhir.Nasib baik aku punya suami berhati mulia, yang memahami pengorbanan ayah terhadap aku, dan dia pula turut sama membalas segala jasa ayah terhadapku..terima kasih ayah, terima kasih baba..