Tuesday, January 13, 2009

Selamat ulangtahun kelahiran.. untuk diri sendiri

Hari Jumaat lepas aku sambut ulangtahun kelahiran aku yang ke-29. Setahun berlalu.. dan setahun juga aku berendam air mata..

tengah malam aku nyanyi lagu happy birthday untuk diri sendiri sorang sorang sambil tepuk-tepuk bebudak tu tido.. Faris je yang tergolek golek layan aku nyanyi lagu birthday untuk diri sendiri.. Sedih sangat sebab siangnya dia berjanji nak supper dengan aku.. tapi sampai pukol 2 pagi dia tak sampai-sampai. pagi nya pun tiada ucapan selamat untuk aku.. sekurang-kurangnya ada laa pelukan hangat tanda aku dihargai pada hari istimewa aku.. sedih sangat tapi aku tahan dalam hati.. aku tanya kenapa lambat, katanya dia lupa.. LUPA.. how thoughtful..

on the other hands, ramai lagi yang sayang pada aku.. Sawi belanja aku makan tengah hari padahal birthday die yang lepas aku tak wish pon dia.. ramai yang hantar sms kat aku wish birthday kat aku tapi aku lupa masa birthday diorang.. so memang aku sengal laa kan.. layak laa kot DH layan aku macam tu..

aku tak boleh nak kata this year is the worst birthday or best ever sebab due-due aku rasa..

Tuesday, November 11, 2008

Aku sabar.. tapi aku tak gembira

susah untuk diluahkan.. aku tau segala-galanya Dia jadikan bersebab.. mungkin aku yang tak nampak sebab lagi.. atau aku dah nampak cuma aku butakan mata.. atau aku tak cukup percaya.. entah laa..

aku bersabar.. aku bertahan.. tapi hati tak gembira.. aku nak kan tawa aku semula.. aku nak sinar senyuman aku semula..

kalaulah aku bisa simpan jauh-jauh memori lama yang menyakitkan dan menyedihkan tu.. aku pasti aku akan lebih gembira.. entah..

Di Ribaan Bonda tercinta

Di ribaan bonda tercinta..
aku merebahkan segala kedukaan di dada..
hingga basah kain batik bonda disiram air mata..
aku luahkan segala keluh kesah yang menekan hati..
dengan harapan segalanya akan jauh-jauh pergi..

Di ribaan bonda tercinta..
ubun-ubun ku diusap lembut penuh manja..
bonda titipkan kalimat-kalimat mutiara..
nasihat berharga seorang bonda yang telah lama mengadap dunia..

Di ribaan bonda tercinta kuluahkan duka..
tapi bonda berkata itu sementara..
cinta dunia hanya bawa derita katanya..
cinta Tuhan yang abadi pastinya..
cintaNya yang akan bawa bahagia.. di dunia dan di Sana..

Di ribaan bonda tercinta aku luahkan keluh kesah yang menekan hati..
tapi bonda berkata itu cabaran sebelum mati yang akan datang pasti..
jangan dikesal apa yang tiada tapi apa yang ada harus disyukuri..
Tuhan tidak menguji hambaNya melainkan tiada yakin pada diri..
Mungkin bukan sekarang ganjaran yang menanti..

Di ribaan bonda tercinta..
aku mula berlapang dada..
mungkin ada hikmah bagi segala ujianNya..
Ya Allah, janganlah Kau letakkan dunia di hati ku tapi di tanganku...