Wednesday, August 22, 2007

You and me.. 9 years and counting..

Happy Birthday to youuu.. happy birthday to youuu.. happy birthday to my haaaaabiii.. happy birthday to youuuu.. yey yeye yeee!! *clap clap...*

happy 29th birthday to my dearest and loveliest husband.. the best in the world (for me.. not for sharing basis..) tahun depan abang dah TIGA POLOH TAHON.. hahahaha.. dah tuaaaa... daku masih duapuluhan.. uh uh..

Hari ni jugak genap 9 tahun perkenalan secara 4 mata kami.. 9 tahun dating each other.. tapi abg tipu laa kalau kate tak pernah kluar dating dengan orang lain dalam mase 9 tahun ni sebab bi ingat kes x-men.. hehe..

anyway, it's been a wonderful 9 years.. look at we've achieved so far.. 2 and 1/2 anak.. ok laa kan.. tu laa harta paling berharga pon.. nak kata harta lain.. takat keta wera kelabu tuh ade laaa.. hahaha.. papepon.. bi bahagia dalam masa 9 tahun ni.. we've been together through thick and thin.. susah senang bersama.. standard aa marah-marah.. mane ade bumi yang tak ditimpa banjir.. hahahaha..

to my dearest.. i love you so much.. hope you have a wonderful days ahead.. good luck at the new place.. eh.. lupa laa nak congrats abg.. tahniah diatas pertukaran kerja kali ke-6.. hahahaha.. 7 tahun pengalaman kerja di 6 buah company.. great achievement.. so by 40 at least abag musti bleh lompat lagi 10 company.. wuhuuuu.. bi doakan last company yang abg lompat tuh company sendiri.. CEO.. amiiinnn..

to the rest of the world.. i pray for world peace.. amin..

Note: the author has suffered a temporary left brain malfunction.. hence lack of logical thinking ability and led to this non-sensical posting... thank you

Wednesday, July 18, 2007

Perkara pelik pembawaan budak

Aku tak tau mane datang istilah pembawaan budak. Istilah ini digunakan jadi alasan bila perkara-perkara pelik berlaku pada diri mak budak. Sebagai contoh, ini perkara-perkara yang aku selalu mengadu/komplen pada sesiapa yang sudi mendengar atau pura-pura dengar.

1. Muka aku macam kena tembak peluru penabur. Jerawat tumbuh merata-rata tempat. Menggerutu. Tak macam masa mengandung dua abang. Muka bersinar-sinar kegebuan. Takde langsung sinar kelicinan. Bila pegang pipi macam pegang kertas pasir gred kasar. SAkit plak tu..

2. Gatal-gatal satu badan. Aku mandi pakai sabun taaauuuu... siap gosok-gosok lagi.. tapi makin gosok makin rasa gatal. Aku ingat sebab kulit kering. Aku tonyoh losyen. Pon gatal jugak. Makin garu makin sedap. Tau-tau kulit dah lelas dah. Yang tak tahan kalau gatal-gatal menyerang masa dlm bilik meeting. Aiiyoohh.. Cannot tahan maaaa..!!

Nanti laa aku senaraikan lagi.. aku rasa list ni akan panjang kalau aku layan... tak gitu?

Wednesday, July 11, 2007

Minggu-minggu yang memenatkan

Bukan nak mengadu.. cuma 2 minggu awal bulan Julai ini adalah minggu yang memenatkan. Aku rasa bulan Julai ni bulan penuh stress..

1. aku masih alah lagi. muntah dengan jayanya. Kadang-kadang boleh makan. Kadang-kadang aku puasa. Jadi dengan BP yg rendah dan kekurangan Hb, aku selalu nampak black spot especially pagi-pagi. Alhamdulillah aku belum pengsan sesuka hati lagi.

2. minggu lepas ada meeting dengan CEO. jadi aku kena kerja sampai malam. meeting. habis meeting dengan CEO, start business plan 2008.

3. aku tengah bertapa dlm bilik meeting. esok satu hari lagi nak meeting. minggu depan BP08 submission. kepale dah pening-pening dah nih..

terima kasih atas ucapan kalian.. aku memang berharap dapat girl.. tapi kalau rezeki masih boys aku redha sahaja.. janji sehat dan takde cacat cela. itu sahaja..

bila laa mabuk nih nak ilangg.. krem perut muntah..