Monday, April 03, 2006

Kembali Bertugas

Arghh.. kepale otak lemau.. asyik fikir nak balik jek.. teringat kat anak-anak di rumah.. tapi sejak anak dah dua ni ok la siki. masa haziq haikal dulu memang menitik air mata. sebabnya satu je. haziq haikal duduk hospital lama.

bosan sangat sekarang ni. macam nak tido je.. masih blank lagi.. nak nak hari ni hari isnin. monday bluessssss... oh! no wonder la.. I'm wearing blue.

talking about blues (besides I'm wearing blue today).. I was hit by post natal blues few days after adik lahir. Agak mengharukan sebab aku tak boleh berhenti menangis dan hasilnye.. Sakit kepale secara besar-besaran (terasa otak membesar 8 kali ganda beratnya sampai mata pon nak terkeluar) dan mata bengkak (sebab otak tolak mate.. hehehehe)

Mungkin penyumbang utamanya ialah abah jauh di Penang. I was on my own nak menjaga 2 orang anak dengan badan yang masih lemah. Dah la badan tgh nak adjust hormon, sibuk tambah darah, betulkan tulang. Pendek kata, aku penat mental dan fizikal. ada rasa nak mengamuk, sedih, seronok dan macam-macam perasaan bercampur aduk. tambah-tambah bila abah balik weekend. Tengok Haziq Haikal aku menangis, tengok adik lagi laa aku menangis..

Penatlaaa.. nak sambung peningkan kepaleee..

Tuesday, February 21, 2006

wan najmi naufal

wan najmi naufal ... anak ibu ... gambar lepas keluar hospital ... kene kuning sbb ibu makan jamu ... makan salindah dah la ibu ...

btw ... me dah berjaya hijack blog ibu ... muahahaha ...

Sunday, February 05, 2006

Tahun Baru dan Anak baru

Selamat menyambut tahun baru. tak kira laa tahun baru cina atau tahun baru hijrah. Yang pentingnya semua orang sedang bercuti.

Untuk aku dan suami, Awal Muharram 1427 membawa seribu satu rasa kesyukuran. Wan Najmi Naufal selamat dilahirkan pada jam 10.42 pagi secara normal. Alhamdulillah, Najmi sehat walaupun dilahirkan 5 minggu lebih awal. Memang dah dijangkakan sebab dari minggu lepas aku dah MC. So sejarah berulang, adik dan abang dilahirkan tak cukup bulan. Cuma bezanya adik tak perlu duduk incubator sebab die sehat. Awal awal lagi dah bersedia.

So sepanjang dua bulan aku akan mengeraskan diri dirumah. Berpantang di rumah sendiri. Tak balik ke kampung pon. Mungkin nanti-nanti bila dah sehat.

Banyak nak cerita, tapi nanti-nantilah. Masa untuk menyusukan Najmi